Friday 31 January 2014

EDISI TEMBELANG PECAH KANTOI .... PEGUAM UMNO MEMANG MENYIMPAN HASRAT MAU MENJADI PEGUAM NEGARA.


Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak menyembunyikan cita-cita beliau untuk menjadi peguam negara akan datang, dengan tujuan untuk berkhidmat kepada masyarakat, bukan untuk membuat duit.
"Saya akan mengambil apa sahaja jawatan untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya pada sidang akhbar di pejabat mewahnya di  Bukit Tunku, Kuala Lumpur.


Shafee , 61, berkata terdapat  desas-desus beliau bakal menjadi peguam negara sejak zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kira-kira 20 tahun lalu.


Shafee berkata, sebarang jawatan dalam kerajaan bukanlah berkenaan wang.

"Anda membuat wang apabila bekerja dengan swasta," katanya.

Shafee yang dilantik secara mengejut sebagai timbalan pendakwa raya untuk memimpin pasukan pendakwaan bagi membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes liwat pada 2012, berkata pelantikan ini juga perlu dilihat dalam situasi yang sama.


Beliau berkata, pelantikan peguam negara adalah hak perdana menteri.


Bagaimanapun, katanya, sesiapa sahaja yang layak boleh menjadi peguam negara tetapi kebiasaannya kerajaan melantik mereka yang berkhidmat dalam bidang kehakiman dan perkhidmatan undang-undang.


"Mungkin kerajaan sudah maklum dan melihat hasil kerja calon berkenaan," katanya sambil menambah bahawa terdapat ramai yang berkelayakan dalam bidang itu termasuk swasta bagi  memegang jawatan yang berkuasa dan berpengaruh itu.


Peguam Negara sekarang, Tan Sri Abdul Gani Patail dilantik pada 2002, adalah daripada bidang perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.


Shafee berkata, kedudukan peguam negara sama dengan kedudukan hakim Mahkamah Persekutuan dan mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya tempoh perkhidmatan selama 10 tahun sama ada kerajaan atau swasta, layak untuk memegang jawatan tersebut.


"Sudah tentu kriteria lain untuk jawatan itu adalah ilmu dan pengetahuan undang-undang yang mantap serta matang," katanya.


Awal bulan ini, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Shafee yang didenda sebanyak RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguam cara kerana melanggar peraturan publisiti di bawah Akta Profesion Guaman.


Pada 27 September 2009, akhbar The Star memaparkan artikel mengenai Shafee, yang dikatakan "melobi" peguam Umno itu.


Majlis Peguam melaporkan perkara itu kepada Lembaga Disiplin Peguam  dan Shafee didakwa dan siasatan dilakukan.


Beliau didenda RM5,000 pada 5 Oktober 2012 kerana salah laku. Shafee sejak itu memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.


Beliau dipanggil untuk sesi bertemu akhbar semalam untuk mengemas kini kepada media berhubung permohonan Anwar untuk membatalkan dirinya sebagai ketua pendakwa.


Rayuan Anwar atas permohonan kedua untuk membatalkan Shafee akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 11 Februari manakala Mahkamah Rayuan akan mendengar kes liwat pada 12 Februari.


Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Desa Damansara unit kondominium di Bukit Damansara, antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Gani melantik Shafee pada 2 Julai sebagai timbalan pendakwa raya mengikut Seksyen 376 (3) dan 379 Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.


Anwar memfailkan permohonan pertama untuk membatalkan Shafee atas alasan beliau bukan seorang yang layak dan sesuai tetapi ia ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 21 November.


Peguam bagi pemimpin pembangkang berhujah bahawa akan bercanggah kepentingan jika Shafee dilantik kerana ia merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes liwat itu.


Anwar kemudian memfailkan permohonan kedua untuk menyingkirkan Shafee pada 2 Disember berikutan akuan bersumpah bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.


Di dalam akuan bersumpah sebanyak 31 halaman itu,  Mat Zain mendedahkan bahawa beliau bersama Shafee dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusof ke rumah Dr Mahathir pada Aidilfitri tahun lalu dan didakwa membincangkan salah laku Gani .


Pada 20 Disember, Mahkamah Rayuan menolak permohonan itu atas alasan akuan bersumpah berkenaan tidak relevan kepada Shafee dan mahkamah juga mempersoalkan kesahihan dokumen itu.

19 comments:

  1. Replies
    1. Berat tu...takut balik semula kat ko 08.32

      Delete
    2. dulu selalu dengar umno kata pas kapirkan umno. skang terbalik, anjing amno kapirkan manusia plak.

      Delete
    3. orang Islam menjadi kafir kalau berkongsi pemerintahan dengan kafir..

      dewan ulama' PAS

      Delete
    4. jadi jangan pilih kapir kat kajang

      Delete
  2. Dah tak der modal camana nk menang kes liwat ker?...org yg ada kes cam ni nk jadi MB..mmg lawak mata satu betul la....macam2 ada..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan ker Atantuyar pun kena liwat jugak.......

      Delete
  3. Siapa berkuasa dia Boss - selective prosecution - next. No pay OK.

    ReplyDelete
  4. Kami ahli umno mahu wakil umno sebagai calon dun kajang. Jika mca letak calon kami akan boikot PRK Kajang. Kami mahu keadilan.


    Ahli Pemuda Sg Sekamat

    ReplyDelete
  5. ayuh turun ke dataran merdeka.. pegi mampus sama umno.. kita PR tidak akan masuk jerat UMNO.. ADUN Kajang dibeli.. AYUH buat perhimpunan BERSIH.. boikot PRK selagi SPR tidak penuhi tuntukan kita..

    ReplyDelete
  6. Anuwar betul betul goyanggggg dgn Tan sri ni apsal?
    masa menggoyangkan punggung balun belakang tak hengat.

    skrg goyang dgn lawyer!kahkahkah

    ReplyDelete
  7. Ishhh...ishhh...ishhh..Kan senang kalau dulu lagi Anwar bersumpah. Apasal Anwar takut sgt bersumpah. Tu la pasal, kuat sangat liwat bontot jantan kemudian spin, menipu...takkan selamat punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah bersumpah la. Suruh je abang anwar ni ziarah Dr Harun Din. Berani ke? berbelas tahun hilang anwar menyuruk cari jalan tanak berjumpa dgn Haron din. kenapa ye?.

      Delete
  8. ANWAR IBRAHIM NAK JADI PM KAN???

    AZMIN ALI NAK JADI MB KAN????



    ANWAR IBRAHIM NAK JADI PM KAN???

    AZMIN ALI NAK JADI MB KAN????


    ANWAR IBRAHIM NAK JADI PM KAN???

    AZMIN ALI NAK JADI MB KAN????


    ANWAR IBRAHIM NAK JADI PM KAN???

    AZMIN ALI NAK JADI MB KAN????


    ANWAR IBRAHIM NAK JADI PM KAN???

    AZMIN ALI NAK JADI MB KAN????

    ReplyDelete
  9. So far x de bukti anwar meliwat.. tp yg confirm diliwat ialah saiful.. 9 org plk tu..

    ReplyDelete
  10. Ini budak EEEE aka KHORDHING-GHELL lah.......

    EEEE...... Jijik lah.

    Teringat pulak kat Tukar Tiub.

    ReplyDelete
  11. Pendakwa mengesahkan ada 9 dna selain dna yg lemah tu.. hakim mengesahkan adanya perlakuan liwat, anwar menafikan, saiful mengaku diliwat.. kesimpulannya pendakwa betul, hakim pun betul, anwar pun betul dan saiful pun betul (yg diliwat mungkin oleh 9 org yg dna dia ada kt jubor saiful dan telah diakui saiful sendiri yg mengaku telah diliwat lebih dari sekali)..

    Aku rasa semua org senang je nak paham kes ni kan...!!!!

    ReplyDelete
  12. When a man has cast a longing eye ona higher office, a rottenness begins in his conduct.

    ReplyDelete
  13. mamak mamak semakin giler kuasa

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...