Sunday 26 January 2014

GAMBAR BEKAS POLIS BANTUAN KENA BELASAH TERUK OLEH ORANG RAMAI KERANA CUBA NAK MERAGUT GUNA PARANG.





IPOH – Tindakan seorang bekas polis bantuan merompak seorang lelaki dengan bersenjatakan parang panjang pagi semalam, mengundang padah apabila dia dibelasah beramai-ramai oleh penduduk yang melihat kejadian itu.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian jam 11.30 pagi, suspek berusia 24 tahun dikatakan cuba melakukan samun bersama dua rakan di Bandar Pengkalan Indah, Simpang Pulai, di sini.

Sumber polis berkata, suspek yang menaiki motosikal dikatakan menyerang mangsa berusia 31 tahun yang menunggu rakan di depan sebuah kedai.

Menurutnya, suspek menghunuskan parang dan cuba merentap rantai emas dipakai di leher mangsa ketika itu.

Bagaimanapun, mangsa bertindak berani apabila cuba merampas parang penjenayah sebelum berlaku pergelutan.

9 comments:

  1. Mampus ko ANJING! Kah kah kah kah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak baik ko cakap cam gitu... bukan aku nak bela dia tapi kena pikir2 jugak sebabnya. mungkin dia dah terdesak sangat. kerja tak ada. Harga barang2 pulak kejaan dah naikkan. Iman pulak tak seberapa. habis tu cam mana nak idup. last2 merompak.... susah nak idup kalu semua barang2 dah naik rega nih....

      Delete
    2. Tu la..stuju dgn anon 17:45..nk minta bntuan dgn zakat mcm2 karenah..pusat zakat nk galakkan org byr zakat smpy tepi longkang pun sggup bkak kaunter tp nk agihkan liat..

      Delete
  2. Jng pukul sampai mati nanti jadi kes plak. Silap hari bulan kedua2 ke dalam. Dia masuk dalam kubur yg pukul masuk dalam lokap. Nak buat camna barang mahal, duit tak ada. Apa hal ni, belia2 habis jadi rosak... salah siapa. Diri sendiri, i/bapa, menteri belia tak ada program kerohanian, masyarakat tak membantu, tok imam tak adakan kurus belia, kerajaan atau apa2 lagi.... ini lah punca hidup nak jalan mudah.. hilang agama dlm diri. Najib kena tengok belia2 kita ni. Kalau kena cara dia ni dapat satu undi...huh..huh...

    ReplyDelete
  3. Sedih budak melayu lagi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat macamana....kerja susah nak cari sbb bangla dan indon dah kebas. harga barang-barang pulak suma dah naik....susah nak cakap laa.

      Delete
    2. tak nak mengata la, tapi kalau hari-hari makan kangkung, mana la boleh tahan...

      Delete
  4. Ada orang kata Malaysia aman damai. Ekonomi kukuh. Ramai orang asing melabur. Tengok-tengok ada pulak anak bangsa yang merompak. Bekas polis pulak tu!! Tak kiralah polis bantuan ke, pols simpanan ke atau polis rahsia. Apa-apa pun memang tak patut pukul dia tu. Sepatutnya pukul sahaja kepala lutut dia dengan kayu 2 x 3. Baru dia tahu. Nak ganti kepala lutut bukan murah bang ooi. Spare part pun kena import, nak bayar GST lagi. Ingat lain kali kes macam ni belasah kepala lutut.

    ReplyDelete
  5. Pergi jumpa Masitah, tentu boleh dapat kerja

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...