Wednesday 22 January 2014

GELAGAT ROMBONGAN KETUA AMK MEMBAKAR BENDERA DAN BOIKOT BARANGAN JEPUN MENDAPAT LIPUTAN MELUAS AKHBAR UTAMA DI JEPUN!!



Sekatan kerajaan Jepun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu telah mendapat liputan dan disiarkan oleh agensi berita Jepun, Kyodo News semalam.

Menurut akhbar berkenaan, para penyokong Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim telah berhimpun di depan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur semalam untuk membantah halangan kemasukan Anwar ke negara berkenaan hujung minggu lalu.

Sementara itu, pihak keduataan dilaporkan telah menyatakan episod itu berlaku kerana Anwar keliru mengenai syarat untuk memasuki negara tersebut.

Semalam, tidak sampai duapuluh penyokong dari Parti Keadilan Rakyat telah menyatakan bantahan sambil memegang poster yang bertulis “boikot barangan Jepun”.

Portal Keadilan Daily menyebut, sekatan kerajaan Jepun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu mengejutkan, kerana rekod pejabat Ketua Umum KEADILAN itu menunjukkan tiada isu yang boleh menyebabkan beliau dihalang, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Untuk rekod, pada tahun 2011 dan 2012, Datuk Seri Anwar ada memasuki Jepun tanpa halangan.

“Namun kenapa beliau dihalang dari memasuki Jepun pada 19 Januari lalu,” kata Shamsul ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan di kedutaan Jepun di Jalan Tun Razak, semalam.

Justeru, Shamsul menggesa jawapan munasabah dari kedutaan Jepun kerana menyenaraihitam nama Ketua Pembangkang yang mendapat jemputan rasmi untuk membentangkan kertas kerja untuk Yayasan Nippon.

Jepun juga telah memansuhkan permohonan visa oleh rakyat Malaysia ke negara itu semenjak Julai 2013.

“AMK dan KEADILAN meminta kedutaan Jepun segera menyiasat insiden tersebut dan memberi penjelasan menyeluruh selain membuat permohonan maaf,” kata Shamsul yang juga merupakan ahli parlimen Bukit Katil.

14 comments:

  1. ingatkan UMNO/BN jer yg seriau/ takutkan si nuar, rupa2nyer leh sampai ke jepun.yg negara maju, sosial teruk pn seram...dasyat!!!!

    ReplyDelete
  2. Kes Anwar Ibrahim dihalang memasuki negara Jepun adalah satu tindakan yang disifatkan kes terpencil tapi menjurus pada penghinaan.

    Anwar Ibrahim adalah diantara ahli politik terkenal diperingkat antarabangsa. Dan beliau memang sering melawat negara luar yang menjadi asas bahawa beliau amat memahami peraturan dan undang-undang imigresen sesebuah.negara yang beliau lawati.

    Jika sebelum ini beliau dibenarkan memasuki negara Jepun tanpa halangan tapi dihalang pula kali ini atas alasan tanpa visa kerna orang yang telah diiktiraf sebagai banduan mesti perlu memohon visa apabila ingin memasuki negara Jepun menyebabkan timbul kekeliruan adakah Anwar Ibrahim tidak mematuhi peraturan imigresen Jepun atau wujud konspirasi terancang.

    Anwar perlu tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan duta jepun di Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke Jepun berikutan pemansuhan visa rakyat Malaysia untuk ke negara itu yang diputuskan baru-baru ini tidak melibatkan bekas banduan.

    Bukan menjadi satu kesalahan jika beliau mengaku melakukan kesilapan tidak memohon visa dan tidak salah juga diatas kesilapan itu membuatkan ianya seperti menarik perhatian orang agar mengingati beliau... Itu adalah perangai ahli politik.

    Cuma kita ingin mengingatkan...masa untuk manusia hidup amat pendek dan suntuk. Oleh kerana itu jangan bazirkan masa dan tenaga untuk pekara yang kurang memberi faedah dalam memperjuangkan sesuatu agenda..

    Cita-cita bukan semuanya boleh tercapai dan bukan mudah untuk mencapai cita-cita yang boleh mencipta sejarah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru lpas kna sup kangkong paa

      Delete
  3. ni kes salahpaham je. Yg x paham tu si samsul tu. Dia ni kalau isu yg melibatkan anwar, dia la orgnya yg paling ke depan membela. Usik anwar dia wat repot. Usik dia repot...tu la keje ketua AMK dri dulu saampai skang ni. Baek punya bodek. X nampak manenya efektifnya dia ni sebagai ketua AMK. Jauh sgt beza dgn chegu bard yg mmg rebel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin elok kalau cikgu Bad ambik tempat samsul. Apalah sangat yang nak dimegahkan kalo ketua pemuda cuma mampu bawak 20 orang untuk serah memorendum. lagipun kalo nak dibandingkan dengan unit amal Pas, apalah sangat pencapaian pemuda PKR ni....macam hidup segan mati tak mahu.

      Delete
  4. PKR MEMANG BAHLOL.

    ANWAR YG TOLOL TAKDE VISA.

    NAK SALAHKAN KERAJAAN JEPUN & KERAJAAN MALAYSIA PULAK.


    ANWAR MEMANG SUKA TIPU.

    PRU13 CAKAP ADA BANGLA.

    LAST2 ANWAR YG JADI BANGLA.

    SURUH BANGLA ANWAR BERSARA LA WOI.

    DAH TAK LAKU DAH.

    SI KAKI KELENTONG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal bangla tu...kalu betul pun ...mana kau nak percaya...sbb kau tu lembu...dapat menteri dan PM kangkung....padan sgtlah tu.....kene tipu dulu..kini...dan selama-lamanyer

      Delete
    2. lembu ameno kalau kena tipu pun bukan nak kisah sangat. Otak dia dah penuh dengan rumput. Bukan boleh nak berfikir pun.....

      Delete
  5. PKR = PARTI KELENTONG RAKYAT = PARTI MATA SATU = DAJJAL

    ANWAR IBRAHIM = KAKI KELENTONG = KAKI TUDUH ORANG PADAHAL DIE YANG BODOH TAKDA VISA

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan parti Kangkong rakyat ke?...bro, lu fobia ke dgn kangkong...

      Delete
    2. Yang aku tau la, parti kelentong rakyat tu ialah parti keris telanjang. Sbelum PRU janji nak turun tol, tak naik harga petrol. Lepas menang PRU, semua aku janji tukar jadi tipu janji.

      ko tak perasan ker?

      Delete
  6. Anon 13:51 ini sah TAK PERNAH KELUAR lebih dari pekan atau kampong dia.....
    DSAI bukan sekali tapi kerap keluar negara, namun apa yang berlaku mungkin keralatan taknikal atau ada tangan ghaib.... Wallahu 'alam.

    TETAPI TINDAKAN AMAK & syamsul agak tergesa-gesa dan boleh mengaibkan PKR khususnya dan PR amnya.

    PERLU RASIONAL.... selidik kaji dan bertindak.....
    Harap tidak tERGESA-GESA hai anak muda..... Sikap ini ada pada AZMIN yang gila jawatan dan Kuasa.... Cukuplah kemelot dalam PKR khususnya di Selangor, muhasbah cari jalan kita selesaikan denga selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dengan saudara 22 January 2014 14:48

      tidak menyalahkan saudara untuk memberi pandangan bahawa...TINDAKAN AMAK & syamsul agak tergesa-gesa dan boleh mengaibkan PKR khususnya dan PR amnya....

      Tapi jika dipandang pada individu yang dipertahankan oleh mereka itu membawa maksud bahawa Anwar Ibrahim adalah bangsa Melayu, beragama islam, ahli politik yang menentang kezaliman UMNO Baru. Kewibawaanya menjadi persepsi dalam politik yang boleh mencipta pelbagai prasangka dan andaian.

      Apa yang dibuat oleh AMK yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin itu adalah diantara corak tindakbalas secara spontan yang mengundang pelbagai riaksi sebagai jawapannya. Dan mendesak secara spontan itu juga boleh memberi gambaran sama ada ia konspirasi atau salah faham oleh pihak Anwar sendiri.

      Jika Anwar menyalahkan kerajaan Malaysia atau pemimpin UMNO Baru kerana tidak dapat masuk ke negara Jepun adalah kerana Anwar Ibrahim adalah rakyat Malaysia yang ditadbir oleh UMNO Baru dalam Barisan Nasional..... sememangna beliau perlu tunding jari kearah mereka bagi mendapat jawapan walaupun mereka tidak mahu bekerjasama.

      Mengikut lojik akal, perlukah Anwar Ibrahim memberi tahu pada semua negara luar yang dilawatinya bahawa beliau adalah bekas banduan Dan bagaimana kerajaan Jepun boleh mengetahui Anwar jadi banduan jika tidak diberitahu oleh kerajaan Malaysia dan pemimpin UMNO Baru tentang rekod peribadi beliau...?

      Walau pun Anwar Ibrahim mampu dihina melalui kerajaan Jepun dan dilihat seperti pekara kecil saja tapi sebenarnya memberi kesan buruk yang menjadi salah satu faktor pada nilai ringgit yang terus menjunam setelah beliau di halau dari negara matahari terbit itu.

      Kalau kurang pasti, sila tanya pada menteri kewangan, apakah nilai ringgit sekarang ini kukuh dipasaran antara bangsa ?

      Delete
  7. kalu tak buat macam nih, nama samsul orang dah lupa dah..... Tapi bila keluar isu macam ni, nama samsul akan diingat semula. Samsul hanya perlu menggilap sikit dan namanya akan melonjak naik semula. Syaratnya, selepas ini dia perlu terkehadapan apabila menangani isu2 penting peringkat nasional.

    Tindakan samsul ini amat bijak jika dilihat dari sudup mencari pengaruh politik masa depan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...