Monday 20 January 2014

MASJID WARISAN DIMANA NAMA MASJID TANAH MENDAPAT NAMA KINI TERBIAR DAN TIADA SUARA AZAN BERKUMANDANG.


Omak Kau mendapat kiriman gambar memberitahu sebuah masjid tua yang dibina awal 1900an dimana nama Masjid Tanah mendapat nama kini terbiar tidak diimarahkan paling menyedihkan sudah tiada lagi suara azan berkumandang.

Lokasi Masjid Warisan ini terletak ditebing Sungai Baru di tengah Pusat bandar Masjid Tanah, melaka berhampiran dengan pasar.

Jalan besar didepan Masjid ini dikatakan terdapat deretan kedai judi empat nombor ekor da ma cai, magnum dan toto.

Pengirim rasa terkilan mengapa pihak yang berwajib terutamanya Majlis Agama Islam Negeri Melaka tidak membuat sesuatu untuk menghidupkan kembali roh masjid ini.

Dalam juak-juak UMNO melemparkan tuduhan liar fitnah bahawa masjid-masjid di Pulau Pinang sejak diambil alih oleh DAP/PR tidak diizinkan azan dilaungkan , rupa-rupanya masjid dimana UMNO memerintah langsung azan tidak berkumandang lagi dan tidak di bela dan dijaga dengan sempurna.

Pengirim memberitahu keadaan masjid itu kini sudah agak daif dan tidak berjaga .. lalang dan rumpai tumbuh dengan segar disekeliling kawasan masjid yang juga terdapat kubur-kubur lama.

Mohon jika apa yang disampaikan ini benar dan sahih .. Pihak yang diberi amanah dan tanggung jawab untuk memelihara dan menjaga masjid ambil tindakan yang sewajarnya.

15 comments:

  1. "Tanpa umno maka hilang martabat islamdi Malaysia" ini lah kalimat yg dilaungkan diperhimpunan agung umno, nah ambik kau umno masih menjadi kerajaan tp sudah ada masjid yg ditutup.

    Mana pejuang islam umno dan sekutunya hingga masjid boleh terbiar apakah dimelaka itu dipenuhi dgn cina dap? islam umno hanya retorik buat masjid hanya untuk perhiasan dilawati shaja mcm masjid kristal di tgganu, ni di melaka pula masjid jd terbiar, ini lah islam umno.

    ReplyDelete
  2. Saya pernah singgah di masjid ini. Terdapat kubur-kubur lama di sisi masijid ini dan di jadikan tempat pemujaan (ngangkong@khas utk taik2 judi) bagi orang-orang yang tidak bertanggungjawab.. Shitla weiii pembela agama!!!!!

    ReplyDelete
  3. Susah sangat lantik je Keza jadi imam dam muezzin kat situ....

    Keza??? Mana kau Keza....

    ReplyDelete
  4. Orang tengah kunyah KANGKONG boleh sholat ke ? Mungkin itu punca masjid kosong sebab masing masing sebuk kunyah KANGKONG tepi longkang ?

    ReplyDelete
  5. Pembela islam.......keza ko gi sekolah kan depa ....

    ReplyDelete
  6. Pembela islammmm....keza tu bnyk hbiskn msa chow kit jek..

    ReplyDelete
  7. Menghidup amalan masjid seperti melaungkan azan dan solat berjemaah adalah tanggung jawab orang islam di situ....Sikap jahil orang Melayu adalah beranggapan masjid adalah milek kerajaan dan solat berjemaah adalah fardu kifayah....orang lain buat...kita tak payah....tu salah satu ciri ajaran sesat yang tesebar luas di alam maya Melayu....
    Sedar lah orang Melayu... MASJID ADALAH RUMAH ALLAH SWT...mereka yang datang ke masjid adalah tetamu Allah...saper2 pun azan....apa kah jahil sangat orang di situ ..sampai nak azan pun tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi jahil kepala atok ko... ko g selidik sapa JKKKKKKKKK masjid tu kalau tak orang UMNUUUU... Ko cuba masuk campur tengok apa akan jadi.. Taik la nak kata tanggungjawab orang islam keliling kampung tu.. Memang masjid rumah allah tapi pabila ada yang nak imarahkan masjid semuanya disekat... Pa Citaaaa..

      Delete
    2. Masjid Melayu ajer yang mundur seperti ni....Apa saja yang ade kiatan dengan Melayu....mesti hampeh dan mundur...orang Melayu memang jahil...Allah perintah untuk berlumba2 beribadat...Melayu berlumba nak jadi AJK atau Iman ......Orang jahil memang suka nak salahkan orang lain bila ada benda yang memalukan...
      Sepatutnya betulkan niat bila.datang ke masjid , niat ibadat bukan rampas kuasa....
      Satu pekara yang Melayu situ buat.... kenapa qariah disitu lantik AJK yang kaki ponteng....Kalau nak dibanding dengan Masjid India,
      azan sentiasa berkumandang bila masuk waktu walaupun di sekeliling masjid tidak ramai orang India Muslim......
      Aku agak pasal tu orang Melayu takut bila China Muslim ada ura2 nak bina masjid sendiri...cepat2 sekat....sebab tau dia akan malu yang masjid China yang akan lebih imarah dan maju...

      Delete
  8. Apa nak jadi anak qaryah masjid ni. Mana ajk masjid, mana imam siak. Dah pupus ke melayu islam qaryah ni. Cuba tengok tokong hindu asal pacak lembing sebatang akhirnya jadi bangunan dan mambesar ditambah dng tokong beratus2 dan bertingkat2 tokong tu tak akan mereka tinggalkan samasekali kerana nilai tapaknya yg susah nak dapat...... ini mesjid yg duduk di tengah bandar pulak tu dibiar tanpa pemulihan... sedihnya. Mengapa projek yg membazir boleh dibuat. Kata ada yg puja kubur pulak. Ha... ni tugas siapa ni. Pegi tangkap le. Ni dah khurafat, syirik.......

    ReplyDelete
  9. Melaka Darul Islam, macam tak sesuai je. Perlu ditukar kpd Melaka Darul Lalang

    ReplyDelete
  10. Dapat MB pun semua kaki rasuah. Yakin orang Masjid Tanah memang penyokong tegar puak keris, jadi walaupun harta warisan tak di jaga mereka tetap pangkah dacing timbang kati.masjid adalah lambang kebesaran Allah SWT, jika abaikan tunggu lah kehancuran.

    ReplyDelete
  11. Sebelum kita menyalahkan mana-mana pihak, kita perlu tahu situasi di kawasan sekitar masjid tersebut. Memang betul di hadapan masjid tersebut terdapat kedai perjudian tetapi kedai perjudian pun menang terdapat di mana-mana tempat di Malaysia kecuali di Kelantan dan Terengganu kalau tak salah saya. Tapi ini isu yang berlainan sama sekali. Untuk pengetahuan semua, masjid ini tidak lagi digunakan selepas masjid Jamek Putra didirikan tidak jauh dari masjid ini (dalam 100m saja jaraknya), Jadi kami anak kariah sekitar masjid ini tidak lagi bersolat jemaah di masjid ini tetapi di Masjid Jamek Putra yang lebih besar, selesa dan mempunyai kawasan parking yg agak luas jika dibandingkan dengan masjid ini yang tidak mempunyai kawasan letak kereta dengan kedudukan yang agak menyukarkan anak kariah untuk mengunjunginya. Jadi kepada pembaca2 laman Omak Kau yang secara kebetulan datang atau singgah di Masjid Tanah, bolehlah sama-sama berjemaah di Masjid Jamek Putra yang tidak jauh dari masjid ini, InsyaAllah, boleh solat berjemaah lima waktu bersama anak kariah Masjid Jamek Putra.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...