Wednesday 29 January 2014

PRK DUN N25 KAJANG .... SUASANA PELANCARAN JENTERA KEADILAN.



Perlancaran Jentera PRK Kajang 29.01.2014 Jam 09.30 Pagi Dewan Orang Ramai, Sungai Sekamat, Kajang,  Bersama Majlis Kepimpinan Negeri yang dilancarkan oleh Pengerusi MPN Selangor YB Azmin Ali.

Sambutan para petugas cukup bersemangat sekali untuk mempastikan kemenangan cemerlang bergaya calon PKR yang mewakili gagasan Pakatan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Isu remeh hingit bingit diketepikan ... matlamat utama ialah membawa kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat dengan menumbangkan calon yang diketengahkan oleh UMNO/BN.

Kesetiaan dan kepercayaan kepada perjuangan parti akan di uji ... Omak Kau akan tetap tenggelam timbul dengan parti yang Omak Kau dakap dan percayai.

Kalau terperangkap dengan isu remeh temeh jangan berbicara mengenai perjuangan... Membujur lalu melintang patah .. Lawan Tetap Lawan.

Ketua Cabang KEADILAN Kapar Sdr Azizi Ayob turut hadir bagi menyatakan sokongan serta ikrar janji bahawa semua anggota KEADILAN Cabang Kapar yang diketuai sendiri oleh beliau akan bersama-sama untuk memastikan Calon PKR/PR DSAI menang bergaya.

17 comments:

  1. Alhamdulillah. Inilah semangat yang ada dalam PKR. Kami akan berjuang dan mempertahankan kerusi ini. Pelancaran Jentera yang dihadiri semua kepimpinan cabang cabang yg penuh amai menandakan KEKUATAN PKR adalah di atas kaki kami sendiri. Kami tidak perlukan sokongan Ketua Pemuda PAS selangor yang lebih kepada menggugut. Kepada Ketua Pemuda PAs selangir..sila jaga parti anda. Banyakkan hantar pimpinan anda belajar keperingkat lebih tinggi untuk mentadbir urus negeri!
    HIDUP PKR!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mempertahankan kerusi yg sememangnye dah jadi hak milik...membazir mmg membazir...tapi harus ingat majoriti 6 ribu lebih pru13 dulu datang dr undi penyokong Pas..jangan bongkak la nak suruh pas jaga parti sendiri..

      Delete
    2. Jgn takbur saudara..kalau ditakdirkan pkr kalah disebbkan xdpt undi dr penyokong pas...kerusi pkr di Sngor makin kurang...silap2 MB baru dari pas...jgn over confident...

      Delete
    3. jangan termakan provok macai umno

      Delete
  2. Pas menegur secara tersirat supaya bn melompat.....baru panas lwan.dsai bro....moga dsai kalah

    ReplyDelete
  3. Elok rasanya PKR muhasabah diri tu. Jika betul hangpa taknak PAS masuk campur dalam PRK ini. Takpa, hangpa buat la kerja sendiri......

    ReplyDelete
  4. Ini penerangan Rafizi kenapa DSAI kena masuk Selangor;

    http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=220601:kajang-move-the-real-game-changer-in-the-quest-for-putrajaya&Itemid=2#axzz2rn1pWo25

    ReplyDelete
  5. Mgkn ada benda yg trsirat yg org2 biasa mcm kita ni tak tahu. Itu pdangan saya. Apa pun yg berlaku aku ttap dgn PR.

    ReplyDelete
  6. sesungguhnya kalau kitorang adalah pengundi kat kajang nun... maaflah sampai rosmah dan najib terbongkang atau terjerangkang sekalipun kami TETAP TIDAK AKAN berikan undi kami kat UMNOBN ...mampos umno... mampos BN ... mampos Najib ... mampos rosmah... walaupun siapa yang bertanding mewakili parti mana pun PKR, DAP atau PAS sekali-kali UmnoBN tak kan dapat undi kami

    ReplyDelete
  7. jgn masa perasmian jentera jer ramai.masa turun kerja harap parti lain plak.itu realiti standard kerja PKR.

    ReplyDelete
  8. Pemuda Pas selangor dan dewan pemuda pas jgn cepat melatah. Masing2 parti dlm pr memerlukan antara satu sama lain. Bila ada masalah dalaman PKR, biar PKR yg selesaikan. PKR tak pernah mwncampuri urusan Pas di Perak dan masalah kepimpinan di KEDAH. Ini lah politik. Penyokong PKR ada yg undi Pas begiru juga sebaliknya. Org2 bawahan yg masih beljar tu,cerminkan dulu apa dia itu politik. Mungkin org di atas ada alasan terjadinya PRK. Memang TSKI bagus utk menjadi MB dgn menambahkn dana sehingga belion rm. Tapi dgn duit saja tak menjamin pr masih boleh kekal. Seseorang MB mesti mempunyai kebolehan dr segi strategi politik, ekonomi, dan pentadbiran telus. Hanya angka berbillion2 di dlm kerajaan selangor tak akan bawa apa2 makna jika duit tak digunakan utk pembangunan Selangor ke depan.

    ReplyDelete
  9. Pkr kena terima hakikat...pas byk mmbntu anda...jgn br naik sikit dah takbor...jgn sedara...realitinya...pas yg byk buat kerja..

    ReplyDelete
  10. yaaah aku stuju sgt! mesti kasi laluan kat DSAI. matlamat kita tombangkan BN/UMNO. ape pn PKR terbaek.

    ReplyDelete
  11. wah..cabang kapar rulez!

    ReplyDelete
  12. Salam geng PR.. JGN TERMAKAN PROVOK DARI MACAI UMNO...SPT YG KAT ATAS SEKALI anon 12:05...dia nak lagakan Pas & keadilan je...ikut kenyataan dr TGNA....

    ReplyDelete
  13. PAS jangan lurus bendol dan berlagak juara. Sebab lurus bendol beginilah PAS kena tipu banyak kali oleh UMNO yang putar alam. Kalau nak masuk gelangang perang kenalah ada ada strategi halus . Dan strategi biarlah memeranjatkan musuh. Nak tanya nasarudin tantawi lompat parti setelah kemenagan tak haram ke? Jangan jadi bodoh.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...