Saturday 18 January 2014

ROADSHOW KALIMAH ALLAH ANJURAN NOH OMAR DI SHAH ALAM MALAM TADI TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN LANGSUNG!!


Nampaknya hasrat besar Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar mau menjadikan isu kalimah Allah sebagai senjata ampuh meraih sokongan umat Islam terutamanya Bani Melayu di negeri Selangor menyokong UMNO/BN nampaknya tidak mendapat sambutan langsung.

Jelas taktik lapuk usang purba ketinggalan masa pupus tarikh itu gagal menarik rakyat Selangor untuk menyokong UMNO/BN... Ini dibuktikan dengan roadshow Kalimah Allah yang diadakan di Padang Tadika Kemas, Seksyen 24 Permai, Seksyen 24 Shah Alam, Selangor anjuran UMNO Bahagian Shah Alam yang berketuakan Ketua UMNO Bahagian yang baru malam tadi 17hb Januari 2014 mulai jam 8.30 malam.

Anak-anak muda boleh dikatakan tidak kelihatan langsung... Sedangkan para penganalisis politik sama ada yang pro UMNO atau pun pro PR hatta atas pagar sependapat bahawa PRU 14 ialah PRU anak muda dan PRU pengundi pertama.

Dari kiriman beberapa gambar kepada Omak Kau nampaknya jumlah yang hadir tidak sampai 150 orang kebanyakkannya ialah kaum wanita.

Kalau difikirkan secara logik ahli UMNO Shah Alam sendiri tidak turun untuk berikan sokongan mendengar celoteh jual minyak atar Noh Omar.

Rakyat Selangor sedar bahawa isu Kalimah Allah yang cuba dimainkan oleh UMNO ini hanyalah suatu taktik jika diberikan sokongan akan merugikan negara.

Jika gambaran ini mau dijadikan kayu ukur sokongan rakyat kepada UMNO maka jawapnya harapan UMNO Selangor dibawah pimpinan Noh Omar mau merampas Selangor dari Pakatan Rakyat amatlah tipis sekali.


Nasihat ikhlas suci murni Omak Kau kepada Noh Omar dan mereka yang sewaktu dengannya dalam Perhubungan UMNO Selangor agar lupakan saja hasrat mau mengadakan roadshow seluruh Selangor isu Kalimah Allah ini .. Rakyat beragama Islam dan Melayu dah cerdik pandai belaka... Jangan nak buang masa buat kerja yang tidak mendatangkan faedah dan menambah sokongan rakyat kepada UMNO .. Ini semua kerja sia-sia dari pemimpin yang berakal kangkung!!!!!

11 comments:

  1. Noh x jual kangkung mlm tadi... Tu pasal xde org datang. Noh noh.... Nampak eee nampak kangkung, ketuk kepala anak omar ni dulu.. Satu meleishia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spesis kangkung liar indah water nii... baka taik orang. yurk!!!

      Delete
  2. Kalu PM kangkung...pengikut pun mcm kangkung...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahap kangkung tepi parit..

      Delete
  3. Yg datang tu penyokong tegar wanita umno sahaja, pemuda tak nampak langsung, puteri umno ada kot dua tiga orang.

    Wahai noh omar jangan lah mencari jalan murahan untuk survival politik kamu dan jangan politikkan isu kalimah Allah, kalau nak perbetulkan akhidah perbetulkan akhidah dikalangan ahli ahli umno, perkasam dan mat tinju tarian punggung tu dulu. Wahai noh omar kamu bukan ahli agama nak bercakap soal akhidah Islam kamu tu ahli politik yg berada didalam kumpulan ahli ahli politik yg terang dan nyata terlibat dengan amalan rasuah dan salah tadbir harta rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian bini-bini siapalah tu atau janda-janda siapalah tu. Makcik beg besar tu mesti tukang bagi elaun kehadiran. Satu untuk kau sepuluh untuk aku, sepuluh untuk kau seratus untuk aku. Biasalah kalau tak menipu tak boleh jadi ahli!!

      Delete
  4. Noh udang ni ingat rakyat selangor bodoh macam rakyat johor jawa dan sbh srwk ke..kita orang dah tak duduk atas pokok la..kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Puak puak ni nk petahan kalimh allah mcn mna.yg luluskan pemimpin puak dia jugak.....buat kempen jom solat berjemaah kat rumah Allah kt. Baik...ni lah hasil byk mkn kangkong parit...

    ReplyDelete
  6. Yg datang itupun mungkin secara paksarela

    ReplyDelete
  7. Rakyat Selangor pun dah menyampah tengok muka Noh Omar ni...tak payak nak berlakon le Noh Omar oii... kita kenal kau siape....

    ReplyDelete
  8. Nor omar jaga lah adik ko tu dulu pengedar dadah baru la ceta bab lain dari dulu kini dan selama nya marhaen dh tahu sapa lu marhaen selangor lg boring gan lu muka sial otak kangkung.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...