Thursday 23 January 2014

SEKEPING GAMBAR MENGGAMBARKAN SERIBU PATAH PERKATAAN .. APA ITU KESETIAAN DAN PERJUANGAN.

Gambar tidak mampu menipu...sekeping gambar boleh melakar seribu makna dan bahasa....gambar juga akan menceritakan segala-galanya....cuit minda dan tanya akal logik.

Ketika pemimpin lain yang bermuka-muka memberikan sokongan padu kepada DSAI atas prinsip Keadilan, Kebenaran dan Kebebasan namun YB Azmin Ali Timbalan Presiden KeADILAN tetap setia kepada pemimpin dan perjuangan parti.

Kalau maukan kedudukkan dan kemewahan tanpa perlu merengkok dalam lokap serta diaibkan dengan pelbagai fitnah sampai diheret seluruh keluarganya yang tidak berdosa ... ikut hukum akal logik .. dah lama YB Azmin Ali ikut jejak langkah yang diambil oleh para petualang dan pengkhianat perjuangan Ahmad Zahid Hamidi dan Zambry Kadir.

Kesetiaan akan diukur dan diuji ketika ditimpa musibah dan kesusahan serta kepayahan hidup.

Ketika seorang demi seorang meninggalkan DSAI terkapai-kapai keseorangan mengharungi perjuangan reformasi bagi menegakkan keadilan demi rakyat, YB Azmin Ali tetap setia dan berdiri teguh di belakang DSAI walaupun pelbagai fitnah dan serangan kotor datang merempuh.

Pemimpin seperti inilah yang patut dan wajib diangkat sebagai pemimpin .. Kenal erti susah dan pernah merasai susah dan payah... Tahu erti kesengsaraan rakyat .. Faham akan kemahuan rakyat  .. bijak memimpin .. cekap menghidu taktik lawan .. Tidak mudah melatah .. sentiasa tenang walaupun diserang secara ganas dari lawan dan kawan... bersikap profesional dalam berpolitik .. hormat yang lebih tua akur pada pandangan yang lebih arif.

Calon sebagai Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat yang wajib dikekalkan.

10 comments:

  1. Respect YB Azmin

    ReplyDelete
  2. Kempen untuk Azmin nampak??????
    Apakah salahnya TS KI..... Respect TS KI anda dengan izin Allah telah memantapkan ekonomi Selangor yang tak pernah dijangka dan dimimpi dalam masa lima tahun......

    AZMIN..... AZMIN..... AZMIN

    ReplyDelete
  3. Aku respect azmin...tp pd aku...dlm bab menguruskan ekonomi negeri...ts ki lebih berwibawa...kita tetap memerlukan kedua mereka utk sgor...

    ReplyDelete
  4. Dalam masa Selangor maju kehadapan dengan lebihan wang ramailah lalat-lalat yang suka mendampinginya. Akan dikabarkan pelbagai cerita yang pelik2 agar kebaikkan yang ada ini berakhir dengan memecahkan kesatuan rakyat. Diharapkan ada yang mengenali cucukan duri ini dan semoga dapat menelakkan perpecahan.

    Peminat PR

    ReplyDelete
  5. Kuburkan PKR Selangor dengan kaedah MP cina sertai DAP dan MP Melayu sertai PAS, PAS hanya boleh bekerja dengan DAP

    ReplyDelete
  6. Sedangkan lidah lagi tergigit....

    ReplyDelete
  7. Rasanya omak kau bukan kempen kat sapa2 pun tapi memang patut diperkatakan untuk hal yang benar, begitu juga dgn TS KI yang dipinggir kerajaan pusat yg telah byk berjasa dan melonjakkan guthrie. Tapi bila DSAI difitnah, dipukul, didera mereka yang mengaku setia berjuang meninggalkan beliau kecuali beberapa kerat termasuklah YB AA. Jgn libatkan PAS dan DAP kita manusia hendaklah istiqomah dgn apa kita perjuangkan. Yakinlah PKR dan PR akan tetap kukuh dan bertambah subur di hati rakyat. Perubahan mmg perlu untuk terus bergerak maju.

    ReplyDelete
  8. Puan sepatutnya bersikap natural, semasa memandu kereta, jangan selalu sangat pandang cermin belakang, takut bertembung dgn lori kontena kat depan.

    ReplyDelete
  9. Bagi aku biarlah Tan Sri Khalid mengurus ekonomi Selangor dan Azmin main peranan politik dlm menyatukan semua, ini baru namanya strategi dan DSAI berperanan mengawal kedua-duanya iaitu politik dan ekonomi.

    ReplyDelete
  10. Sabor ja l yb min. Ado joki x ko mano apo pun taniah centulah tetap teguh walaupun kuyup...hati waja tul kalu imam ej waja trus......

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...