Thursday 23 January 2014

TIAN CHUA DI HUKUM PENJARA 1 BULAN DAN DENDA RM1,000 ATAS KESALAHAN AKTA KAWASAN LARANGAN 1959 (AKTA 298).



KUALA LUMPUR 23 Jan - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua hari ini dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 setelah didapati bersalah atas tuduhan melanggar arahan di bawah Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah yang membuat keputusan itu di Mahkamah Seksyen di sini mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam bela, Eric Paulsen untuk menangguhkan hukuman penjara.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, didakwa tidak mematuhi arahan Deputi Superintendan A Rajakopal, untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan 1975.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohamed Yusoff, manakala peguam Eric Paulsen mewakili Tian Chua.

Mengikut laporan, Tian Chua dikatakan melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL), Jalan Semarak, jam 2.39 pagi, pada 29 April 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959 (Akta 298), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan dua saksi.

7 comments:

  1. Kisah pertelagaan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali bukanlah satu rahsia lagi. Di dalam PKR sendiri telah wujud 2 kem samada
    yang menyokong Khalid atau Azmin. Kini timbul lagi cerita mengenai pergolakan dalaman PKR.
    Daripda maklumat yang diterima melalui sumber dalaman PKR, telah ada perancangan untuk menjatuhkan
    strategis parti itu, Rafizi Ramli. Sumber berkenaan mendakwa, beberapa maklumat mengenai kegiatan Rafizi yang sumbang semasa berada di luar negara sedang dikumpulkan.

    ReplyDelete
  2. aku sokong khalid, sbb azmin ade kisah mkn aiskrim dkt tandas... memalukan...



    keza

    ReplyDelete
    Replies
    1. lembu makan kangkung.....

      Delete
    2. Ko pn ade kisah gak keza,mnk babi kn.

      Delete
    3. eh....aku ader tanya kau sokong siaper ker.....kangkung betul.....

      Delete
    4. keza....biasa la tu. Emak ko pun makan aiskerim bapak ko jugak kan keza........

      Delete
  3. Isu Pentadbiran Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan ( Bawah Pakatan) , sebenarnya pasti ada DALANG TAK BERTELOR yang sengaja melaga-lagakan pentadbiran 3 negeri ini supaya ianya REBAH KEBUMI. Jangan sesekali GOYAH dek mainan JAHAT pasukan 47% . LURUSKAN SAF, HAPUSKAN PASUKAN 47% INI.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...