Wednesday, 26 February 2014

KERANA PENDEDAHAN EMEL INI OLEH RAFIZI MAKA TEMBELANG SEBENAR ZAID IBRAHIM LONDEH TERBURAI!!!!!



Sejak mengumumkan menjadi calon PRK Kajang, Datuk Zaid Ibrahim melontarkan pelbagai tuduhan terhadap Keadilan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini termasuklah tuduhan yang mempersoalkan ketelusan, integriti dan budaya politik yang dibawa Keadilan.

Kebelakangan ini, Datuk Zaid Ibrahim membuat cabaran untuk berdebat pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga atas alasan ketelusan dan integriti.


Saya pada mulanya tidak mahu memberi maklum balas tetapi selepas ditanya berkali-kali terutamanya oleh FreeMalaysiaToday yang ghairah membawa berita ini, saya akhirnya membuat keputusan melontarkan kembali beberapa perkara berhubung kredibiliti yang perlu juga dijawab oleh Datuk Zaid Ibrahim.


Malangnya, keadaannya tidak sebegitu.


Dalam tempoh pendek lebih setahun beliau menjadi anggota Keadilan beliau jugalah yang tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri berhubung beberapa projek yang diusahakan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.


Sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri oleh Datuk Zaid Ibrahim yang meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.


Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu/Selayang. Saya dimaklumkan bahawa rakan/rakan kongsi beliau telah membuat cadangan pembangunan bersama dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).


Pada 25 Jun 2010, dalam satu e-mel yang saya sertakan bersama, Datuk Zaid Ibrahim secara terang-terangan memohon pejabat saya campur tangan dengan melobi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, untuk meluluskan cadangan yang dibuat oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau itu.


Datuk Zaid Ibrahim juga ada menyebut secara lisan kepada saya untuk membantu mendapatkan tanah PT70 dan PT71 iaitu dua lot tanah premium di Petaling Jaya juga bagi tujuan untuk dibangunkan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.


Saya memaklumkan perkara ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kami bersetuju bahawa adalah tidak menepati prosedur untuk pejabat kami membenarkan pimpinan parti melobi atau mempengaruhi keputusan kerajaan negeri, terutamanya yang bersabit dengan harta awam.


Oleh itu, pada 13 Julai 2010, saya membalas e-mel Datuk Zaid Ibrahim untuk memaklumkan kepada beliau prosedur yang akan digunapakai oleh pejabat kami dan kerajaan negeri dalam menangani permohonan pembangunan bersama harta kerajaan Selangor.


Budaya melobi dan menggunakan kedudukan politik di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan adalah budaya Umno/Barisan Nasional (BN) yang tidak telus. Budaya ini bertentangan sepenuhnya dengan hasrat Pakatan Rakyat (PR) untuk mengehadkan pengaruh politik di dalam perkara-perkara bersabit dasar dan maklum balas pelaksanaan dasar.


Keputusan melibatkan harta dan tender diserahkan kepada jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan mengikut prosedur yang termaktub.


Jelas bahawa kelantangan Datuk Seri Zaid Ibrahim mengenai ketelusan, integriti dan budaya politik bebas rasuah hanyalah lantang dengan suara, tetapi tidak dicerminkan oleh tindak tanduk beliau.


Ini soal kredibiliti sebenar. Sebelum beliau terus lantang mencabar orang lain, wajarlah Datuk Zaid menjelaskan kenapa beliau kekal dengan budaya Umno/BN setelah meninggalkan Umno/BN?

APABILA HIDUP DALAM BALANG KACA JANGAN TERLALU GHAIRAH MELONTAR ... SEBAB DIBALING DARI DALAM PUN PECAH KALAU DI LONTAR DARI LUAR LAGILAH PARAH.

PERLU PENDEKATAN BARU DALAM MENANGANI MASALAH WABAK DENGGI TEGAS ADUN KOTA ANGGERIK





KENYATAAN MEDIA


Y.B. DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) KOTA ANGGERIK

26hb FEBUARI 2014


DENGGI PERLU PENDEKATAN BARU

“Penyelesaian masalah wabak denggi perlu pendekatan baru” Y.B. Dr. Haji  Yaakob Bin Sapari berkata demikian ketika mengulas kenyataan Datuk Bandar Shah Alam  Y. Bhg Dato' Hj Mohd Jaafar bin Mohd Atan yang akan mengambil tindakan serius dalam menangani permasalahan denggi. Tambah beliau pendekatan sekarang adalah dengan menggunakan semburan asap ternyata tidak berkesan. Kata beliau lagi “Sudah lama kita sembur asap tetapi jumlah wabak denggi terus meningkat”


Y.B. Dr Haji Yaakob Bin Sapari yang juga merupakan ADUN Kota Anggerik menyatakan rasa bimbang dengan jumlah peningkatan wabak denggi dia di Shah Alam bahkan sudah ada kematian di seksyen 8 baru-baru ini. “Saya melihat seperti ada toleransi di antara musim panas dan wabak denggi” tambah beliau lagi. Beliau mencadangkan supaya ini dilihat dari aspek kejuruteraan seperti longkang-longkang di seluruh Shah Alam.


Beliau mendapati banyak longkang-longkang yang telah pecah dipenuhi daun-daun dan saluran sementara kawasan penangkap pasir menakung air. “Saya bersetuju agar peruntukan di bawah peruntukan MARRIS yang diperuntukkan untuk DUN Kota Anggerik sebanyak sebanyak RM 2.25 juta diberi keutamaan untuk memperbaiki longkang-longkang di kawasan Bandar Shah Alam” tambah beliau lagi.


Y.B. Dr Haji Yaakob Bin Sapari yang juga baru-baru sembuh dari dijangkiti demam denggi menggesa orang ramai untuk terus bergotong-royong untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah dan sentiasa mengawasi takungan air di dalam rumah kerana wabak demam denggi perlu ditangani secara kolektif dan bukannya sekadar berharap kepada jabatan kesihatan, pihak berkuasa dan wakil rakyat sahaja, masyarakat juga memainkan peranan besar dalam memastikan langkah-langkah pencegahan awal dapat dilaksanakan. Sementara itu pengawasan juga hendaklah diberi bagi rumah-rumah kosong, kawasan pembangunan, rumah-rumah tinggal pekerja kontrak dan kawasan Hot Spot yang berpotensi menjadi tempat pembiakan denggi.


“Selangor mempunyai 5.6 juta penduduk dan ini merupakan salah satu sebab Selangor mencatatkan kes denggi tertinggi di negara ini,” katanya lagi, beliau melahirkan kebimbangan kerana sehingga 22 Februari 2014, Selangor mencatatkan 11 kematian akibat denggi sementara daerah Petaling mencatatkan kes tertinggi iaitu 8, 936 kes, empat daerah utama yang menunjukkan beban kes denggi tertinggi adalah daerah Petaling dengan 2738 kes, Hulu Langat (1784 kes), Gombak (644 kes) dan Klang (775 kes).


Sama-sama lah kita mencegah wabak denggi dengan memastikan nyamuk aedes tidak membiak.


TIADA AEDES TIADA DENGGI.


Sekian,


Y.B. DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) KOTA ANGGERIK




SELEPAS CHEF WAN KRITIK MAKANAN YANG DISEDIAKAN OLEH MAS TARAF NASI LEMAK TELANJANG KINI GILIRAN SEORANG LAGI CHEF SELEBRITI KATA MAKANANNYA MACAM MAKANAN HOSPITAL.


MAS food cam sial ....fish assam pedas...can u see the fish? . .. no desert .. no choc.. no nothing else... cam makanan hospital. nasi lembekk . sayur sedih.

Selepas Chef Wan mengkritik set nasi lemak yang dihidangkan dalam penerbangan Malaysia Airline System sebagai Nasi Lemaka Telanjang , kini giliran Chef Zam pula mengkritik makanan MAS macam sial macam makanan hospital.

Melalui Instagram beliau, Chef Zam menyatakan kekesalan beliau terhadap hidangan MAS yang disifatkan ‘memalukan’ memandangkan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk mempromosikan Malaysia sebagai ‘syurga makanan’ namun pengalaman. Beautifulnara

Caption Chef Zam dalam Instagram beliau:

chef_zam There is something terminally wrong with MAS food onboard. It is such a huge embarrassment not only to domestic passengers but most importantly to our foreign guests. How in the world can you promote this country as a food haven when their very first encounter with our so-called 'cuisine' is this ridiculousness?? It really embarassingly undermines the government's effort i.e. MATRADE, Tourism Malaysia and the likes spending hundreds of millions of tax payers' hard-earned money every year trying to paint a glorious picture of our cuisine to the world. Some people up there MUST go NOW!!


Yang sedihnya itu adakah makanan yang di sediakan di hospital macam sial!!!!!!!! .. Opps lagi satu Chef Zam bukan desert tapi dessert (manisan) sebab desert tu maknanya padang pasir .. dalam makanan memanglah tiada padang pasir.

Kalau nak kritik dan tegur pun sebagai Chef selebriti apakah perlu menggunakan perkataan kesat dan kasar????

8 orang terbunuh dan 30 lain cedera parah insiden orang ramai sedang angkat sebuah keranda menyeberangi jambatan gantung tiba-tiba terputus dan runtuh.

KECOH JENAZAH SUDAH SEMPURNA DIKAFANKAN DITINGGALKAN DI TEPI JALAN.



Kekecohan telah tercetus bilamana satu jenazah yang telah lengkap dikafankan telah ditemui ditepi jalan di Bukit Minyak, Bukit Mertajam pagi ini.

Jenazah tersebut telah ditemui oleh para pengguna yang sedang menggunakan jalan yang berhampiran Bulatan Kawasan Perindustrian Tambun, Bukit Minyak, Pulau Pinang awal pagi ini.

Pihak Polis masih menjalankan siasatan buat ketika ini bagi mencari jawapan akan insiden ini.

RAHSIA MENGAPA DAIM ZAINUDDIN BEGITU LANTANG DAN KENCANG MENYERANG DSAI TERBONGKAR!!! ... DSAI MENANG KAJANG UMNO HILANG PUTRAJAYA.!!!!!



Apa yang nyata, bekas menteri kewangan itu dalam keadaan penuh kebimbangan. Cukup bimbang sehingga beliau terus bercakap mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara terbuka, beliau menolak pemimpin PKR sebagai seorang gila publisiti dan sukakan perhatian. Secara terbuka juga, beliau merendah-rendahkan ketua pembangkang itu sebagai seorang yang tidak pernah mampu menyelesaikan sebarang masalah.

Daim cuba melindungi kegusaran sebenar beliau terhadap kesan daripada kemungkinan kemenangan Anwar di PRK Kajang. Daim cuba melindungi kegusaran sebenar beliau terhadap kesan daripada kemungkinan kemenangan Anwar di PRK Kajang. Secara terbuka, beliau berkata bahawa langkah Anwar bertanding pilihan raya kecil di Kajang hanya membazirkan duit rakyat.

Rupa-rupanya penentangan Daim terhadap Anwar diteruskan dalam sesi perbincangan peribadi tetapi dengan nada lebih serius dan tidaklah begitu memandang rendah terhadap kemampuan Anwar.

Mereka yang berada di kelilingnya berkata, beliau gusar akan kesan sekiranya Anwar menang di Kajang; terutamanya kemungkinan Anwar menjadi ketua eksekutif negeri paling kaya di Malaysia dengan beberapa bilion pada tangannya dan kesan segera terhadap moral ahli-ahli Umno di Selangor serta seluruh negara.

Namun, tidak dinyatakan ketakutan bahawa ia mampu menjadi  asas ekonomi yang kukuh dan landasan untuk mempamerkan kualiti kepimpinan kuat berbanding Putrajaya, nafas baru dan fokus Anwar ini boleh membawa Pakatan Rakyat (PR) untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang – keputusan akhir yang ternyata membuatkan Daim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin Umno lain dari zaman kegemilangan penswastaan tidak senang duduk.

Tambahan pula, Selangor adalah negeri perindustrian dan paling kaya serta bersebelahan dengan Kuala Lumpur yang menjadikannya sumber bagi  projek-projek infrastruktur, tawaran hartanah dan perniagaan untuk kroni dan lain-lain yang berkaitan dengan Putrajaya.

Ia menjadi penting bagi pihak yang pernah mendapat manfaat untuk memastikan Selangor kembali kepada BN. Kepimpinan Anwar di negeri ini akan menjauhkan lagi kemungkinan masa hadapan dan menjadikan Selangor sebuah lagi kubu politik seperti Kelantan bagi PAS.

Secara mudah, wujud keperluan untuk melindungi “angsa emas”.  Para jutawan yang mempunyai kaitan dengan Umno akan berusaha sedaya mungkin menghalang Anwar mengambil alih jawatan sebagai menteri besar.

Justeru, jangan terkejut jika Daim mengambil berat terhadap bagaimana persediaan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk “berperang” dengan Anwar.

Penting bagi golongan yang mendapat manfaat pada zaman Mahathir jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengosongkan jawatannya.

Jelaslah, dakwaan mereka berkenaan “Langkah Kajang” sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan penggunaan dana awam untuk pilihan raya kecil.

Ini kerana jika mereka benar-benar mengambil berat bagaimana wang pembayar cukai dibelanjakan, mereka pasti tidak akan membenarkan konsesi tol yang berat sebelah atau tawaran untuk pengeluar tenaga bebas atau menyimpan sumber air di tangan beberapa ahli perniagaan tertentu sahaja.

Oleh itu, pertempuran di Kajang adalah pertempuran bagi menentukan siapa yang akan dapat mengawal Putrajaya pada masa hadapan. Kemenangan Anwar di Kajang boleh menyebabkan Umno kehilangan Putrajaya lambat laun nanti.

GAMBAR BUNG MOKHTAR DIKATAKAN SEDANG BERJUDI TERSEBAR DI ALAM MAYA.


Heboh kini di alam maya rakaman gambar Bung Mokhtar sedang berjudi ketika bercuti di luar negara bersama-sama dengan isteri mudanya.

Jika kisah ini benar maka amat-amatlah malu akan perangai seorang yang bergelar wakil rakyat dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO .. jika ianya fitnah perlu beliau tampil mengeluarkan kenyataan rasmi penafian dengan berfakta.

MEREMPIT ALA-ALA SUPERMAN TIDAK MENGENAL SIZE TUBUH BADAN.


Ini dinamakan merempit tidak kenal size tubuh badan .. janji ada keberanian dan kebodohan melampau.

Salah suatu aksi yang paling popular dan digemari dilakukan oleh mat rempit @ samseng jalanan ialah aksi Superman.

TUDUH KERAJAAN SELANGOR TIDAK TAHU URUS AIR TAPI YANG INI APA CERITANYA???????


Pelbagai tuduhan, cemuhan dan kritikan liar dilemparkan kepada kerajaan PR Negeri Selangor kerana dikatakan tidak bijak mengurus air .. seolah-olah di negeri-negeri yang ditadbir urus oleh UMNO/BN langsung tiada krisis air.

Negeri-negeri yang di dibawah pemerintahan UMNO/BN dikatakan sifar masalah air bersih .. negeri-negeri UMNO/BN tadbir cukup pintar dan hebat luar biasa sekali.. Tapi realiti dan hakikatnya?????


Pengagihan air berjadual di sembilan zon di Kluang dilanjutkan kepada 36 jam sekali berbanding 24 jam sebelum ini berikutan keupayaan Loji Rawatan Air Sembrong Timur membekalkan air semakin berkurangan.


Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ) Jamaluddin Jamal berkata paras air di Sungai Sembrong Kiri sekarang pada tahap 0.1 meter, iaitu jauh di bawah paras kritikal 0.5 meter.


"Ini menyebabkan Loji Rawatan Air Sembrong Timur tidak mendapat bekalan air mentah secukupnya daripada sungai tersebut dan hanya mampu membekalkan 12 juta liter air sehari berbanding keadaan biasa 30 juta liter sehari," katanya kepada pemberita semasa Majlis Makan Malam SAJ bersama media, di Johor Baharu malam tadi.


Bagaimanapun kata Jamaluddin, keadaan itu tidak menjejaskan seluruh negeri sebaliknya hanya sesetengah kawasan di Kluang.


Katanya pengagihah menerusi lori tangki juga hanya akan dilakukan di kawasan kritikal dan yang menghadapi tekanan air rendah serta premis yang memerlukan bekalan air sepanjang masa seperti hospital dan pusat dialisis.


Di lokasi lain bekalan air akan terus diagih menerusi paip seperti biasa, katanya.


Menurut Jamaluddin, pengagihan air berjadual itu dijangka berlangsung sehingga 18 Mac.


Orang ramai boleh merujuk jadual pengagihan air di http://saj.com.my atau menghubungi SAJ Info Center menerusi Talian Mesra 1 800 88 7474 atau khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 019-7727474 atau menerusi e-mel customer.care@saj.com.my yang beroperasi 24 jam.

EDISI TEMBELANG KASI PECAH!!! .. BANDAR JENGKA DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO/BN DAH BERDEKAD TIADA AIR.


Tuduh di negeri Selangor tiada air ketika musim kemarau sedangkan hakikatnya di negeri Pahang terutamanya di kawasan Gugusan Felda Jengka kubu UMNO paling kebal dalam dunia bukan saja musim kemarau musim hujan lebat banjir pun masih tiada air bersih.

Bukannya setahun dua tetapi semenjak tertubuhnya Felda Jengka ...

Sebab itu jangan tunding jari tinjau dan teropong kuman negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat sedangkan bangkai ikan paus didepan mata tak nampak langsung.

Kata dulang paku serpih .. kata negeri Selangor negeri sendiri yang ditadbir semenjak merdeka lagi teruk dia punya lebih.

EDISI BONGKAR SAMPAI TERBARAI ... PUNCA KLIA2 LAMBAT DI BUKA KERANA LANDASAN RETAK ?????



Kebimbangan mengenai keselamatan lapangan terbang tambang murah klia2 dibangkitkan lagi selepas penemuan keretakan di jalan rayap, kawasan apron dan sekurang-kurangnya satu tempat parkir pesawat, seminggu selepas bangunan terminal gagal pemeriksaan bagi piawaian kebakaran dan keselamatan.

Satu set gambar yang diambil baru-baru ini menunjukkan keretakan dan permukaan beralun di jalan rayap membawa ke landasan sepanjang 3.96 km, selain keretakan di kawasan apron dan tempat parkir pesawat yang boleh menyebabkan pembukaan lapangan tambang murah itu yang dijadualkan pada 2 Mei ditangguhkan lagi.

"Jalan rayap ini penting kerana lebih 300 pesawat berlepas dan mendarat di lapangan terbang tambang murah pada ketika ini dengan pesawat yang penuh. Sebarang keretakan akan menyebabkan kebimbangan keselamatan kepada syarikat penerbangan untuk mendarat di sini," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Di antara syarikat penerbangan bakal menggunakan terminal ini adalah AirAsia, AirAsia X, Cebu Pacific dan Malindo Air yang kebanyakannya akan menggunakan pesawat kecil seperti Boeing 737 dan Airbus 320. Bagaimanapun, AirAsia X menggunakan pesawat besar A330 dan A340 yang boleh membawa beban lebih berat.

"Pihak berkuasa sudah diberitahu mengenai keretakan dan kerja baik pulih akan mengambil masa, lebih lama daripada tarikh pembukaan pada 2 Mei ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan," tambah sumber tersebut.

Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengadakan ujian landasan Oktober lepas menggunakan pesawat Boeing 737-900ER Malindo Air di Landasan 3 dan menganggapnya sebagai satu kejayaan kerana pesawat tidak melantun semasa mendarat.

KUB Builders, anak syarikat KUB Malaysia adalah kontraktor landasan lapangan terbang bernilai RM268.8 juta yang menghubungkan jalan rayap ke terminal lapangan terbang.

Sumber mengatakan syarikat pesawat tambang murah akan berwaspada menggunakan klia2 sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dengan salah seorang mengatakan.

"Ini boleh menjejaskan rekod keselamatan 100% mereka, jadi syarikat seperti AirAsia dan Malindo Air mahukan jaminan penuh kerana sebarang kemalangan akan menjejaskan perniagaan mereka."

"Sesetengah syarikat tambang murah masih belum membuat keputusan sama ada mahu berpindah operasi ke lapangan tambang murah itu pada 2 Mei sehingga pihak berkuasa menyelesaikan isu keselamatan," kata sumber lain.

Awal bulan ini MAHB mengesahkan pembukaan klia2 mungkin ditangguhkan kerana dua pertiga daripada bangunan terminal utama lapangan terbangan itu tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran selepas pemeriksaan dijalankan bulan lepas.

Menurut satu kenyataan dari MAHB, Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat pemeriksaan terhadap bangunan itu pada minggu terakhir Januari lalu dan mendapati 65% daripada terminal utama tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran.

Terdapat keretakan dalam paip pembetungan di luar terminal, dan bahagian-bahagian jalan dan perparitan tidak sesuai untuk digunakan. Perakuan pihak berkuasa itu penting bagi pengeluaran Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) untuk lapangan terbang yang menelan belanja RM4 bilion itu.

Malaysia Airports Holdings Bhd, dalam kenyataan tersebut turut berkata mereka gagal untuk menerima CCC bagi bangunan terminal klia2 daripada UEMC-Bina Puri.

Kontraktor utama UEMC-Bina Puri Joint Venture sebelum ini sudah memberi jaminan ia akan menyerahkan bangunan terminal atau menyerahkan CCC kepada pengendali lapangan terbang itu pada 31 Januari.

Dalam satu kenyataan berasingan, UEM-Bina Puri mengesahkan ia tidak boleh mendapatkan CCC pada 31 Januari dan mendakwa ini disebabkan oleh "isu yang tidak dijangka" berlaku baru-baru ini semasa pemeriksaan susulan.

Akhbar The Star melaporkan awal bulan ini kerja-kerja pembaikan akan mengambil kira-kira tiga hingga empat minggu untuk melengkapkannya dan walaupun kontraktor dijadualkan akan melalui satu lagi ujian yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam masa dua minggu lagi, namun sebarang kelewatan dalam mendapatkan pengesahan kelayakan untuk bangunan beroperasi akan memberi kesan kepada pembukaan lapangan terbang.

"Begitu banyak janji dan jaminan yang diberikan oleh kontraktor, namun gagal untuk mendapatkan CCC. Kini terdapat kebimbangan adakah mereka boleh mendapatkan CCC pada akhir Februari," kata sumber dalam industri kepada The Star.

Kelewatan pembukaan klia2 selama hampir setahun menyebabkan perang mulut diantara pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin berkata pada hujung minggu pihak berkepentingan usah menunding jari atau menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya mengutamakan kepentingan nasional dan rakyat terlebih dahulu untuk mematuhi tarikh operasi yang ditetapkan iaitu pada 2 Mei ini.

"Tarikh yang dijanjikan itu ditetapkan oleh mereka sendiri bukan dari kerajaan kerana ia merupakan 'private commercial venture'. Jadi mereka kena bertanggungjawab kalau mereka tidak sehaluan sekalipun.

"Saya sebagai menteri bertanggungjawab mahu tarikh yang ditangguhkan dahulu, dan sudah dijanjikan akan beroperasi pada 2 Mei itu dapat ditunaikan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kajang pada Ahad.

Sehari sebelum itu Fernandes menggunakan akaun Twitternya untuk menyerang MAHB dan Hishammuddin kerana peningkatan kos dan cukai klia2.

Fernandes berkata di Twitternya: "Kita harus jelas. Lapangan Terbang Malaysia adalah monopoli. Kebimbangan saya adalah mereka perlu pastikan kos dikurangkan untuk orang awam Malaysia.

"Kita cipta penerbangan tambang murah. Kita tidak minta lapangan terbang 4 bilion (ringgit) yang lewat selama 3 tahun. LCCT sekarang hanya berkos RM250 juta.

Sebagai respon kepada Fernandes, Hishammuddin mempertahankan kelewatan klia2 selama lebih dua tahun:

"KLIA2: Peningkatan kos&Kelewatan-Orang ramai akan tahu kenapa/siapa selepas dibuka 2 Mei = Fokus kerajaan @jayadylan @tonyfernandes."

Klia2 sudah beberapa kali ditangguhkan pembukaannya dengan terakhir seharusnya dibuka pada 30 April sebelum ditunda lagi ke 2 Mei.

Tuesday, 25 February 2014

LAGI SEKALI MEDIA ARUS PERDANA MILIK UMNO KALAH SAMAN FITNAH .. BEKAS MB PERAK DS NIZAR MENANG SAMAN FITNAH TERHADAP TV3.



Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) hari ini menang saman fitnah yang dikemukakannya terhadap stesen televisyen TV3 berhubung posting Twitter beliau yang mengatakan Sultan Johor menggunakan wang rakyat bagi membida nombor pendaftaran kereta WWW1.


Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof, membenarkan rayuan Nizar, berkata plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang.


"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini mengenepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi,"katanya.


Beliau berkata pembelaan justifikasi gagal dan TV3 tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.


"Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka," katanya.

Mahkamah juga memerintahkan bayaran RM30,000 sebagai kos.

Pada 12 April, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Yeoh Wee Siam menolak dakwaan Nizar bahawa TV3 memfitnah beliau.


Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim memutuskan TV3 memperlihatkan justifikasi pembelaan terhadap semua fakta dan hujah yang dibangkitkan kedua-dua belah pihak.


"Saya berpendapat defendan berjaya dalam pembelaan mereka berdasarkan justifikasi. Pembelaan justifikasi adalah pembelaan yang lengkap. Oleh itu, berdasarkan faktor ini, tuntutan plaintif patut dibuang," katanya dalam kenyataan penghakiman bertulis sebanyak 30 muka surat.


Bagaimanapun, Yeoh turut meneliti hak keistimewaan pembelaan dan pembelaan Reynolds yang digunakan oleh stesen penyiaran itu.


Menggunakan ujian kemunasabahan yang digariskan dalam kes di United Kingdom, Reynolds melawan Times Akhbar Ltd, Yeoh berkata, TV3 tidak mengamalkan amalan kewartawanan yang dipertanggungjawabkan kerana ia tidak mengesahkan tweet berkenaan dengan Nizar atau meminta sebarang komen daripadanya.


Beliau sebelum itu berkata, adalah jelas bahawa laporan berita TV3 itu mempunyai kepentingan awam dan bertanggungjawab untuk menyiarkannya.


Pada Julai 2012, Nizar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan penerbit TV3 Rohani Ngah di atas berita laporan 30 Mei 2012 yang didakwa boleh ditafsirkan dalam beberapa maksud, termasuk beliau melakukan hasutan, pengkhianat kepada Sultan Johor dan mengbangkitkan kebencian orang ramai kepada pemerintah Johor.


Nizar juga memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap penerbit Utusan Melayu (M) Berhad ke atas laporan mengenai tweet, di mana saksi daripada kedua-dua pihak telah memberi keterangan minggu ini, penghujahan lisan akan didengar di mahkamah pada 7 Jun.

SAMAN RM2 JUTA TGHA, PIMPINAN KEADILAN BERI JAMINAN AKAN DISELESAIKAN.



Selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) disaman RM2 juta oleh bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, PKR hari ini memberi jaminan kes saman tersebut akan dapat diselesaikan dengan baik.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, Shamsul berdegil meneruskan saman terhadap Hadi walaupun beliau dinasihati untuk tidak berbuat demikian.

"Pimpinan PKR mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman berkenaan tidak perlu diteruskan.

Abdul Hadi diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperoleh Shamsul.


Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.


Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.


Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.


Abdul Hadi disaman Shamsul ekoran dakwaannya  bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang PRU13 lalu.


Ekoran dakwaan itu, PAS meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi PKR.


Ia menyebabkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.


Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.


“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen PRU lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.


Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau memfailkan saman itu.


Pimpinan PKR berkata Fahmi bagaimanapun akan mengambil langkah perlu untuk membolehkan kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah, demi kebaikan serta kesepakatan Pakatan Rakyat.

BAGI PANDANGAN OMAK KAU INI TINDAKAN PERIBADI BUKANNYA TINDAKAN PARTI .. OLEH ITU PARTI KEADILAN TIDAK BOLEH DI HERET DENGAN KEMELUT PERIBADI YANG TIDAK BERPUAS HATI .. NAMUN BEGITU PIMPINAN KEADILAN TIDAK MENDIAMKAN DIRI.

PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA NAJIB YANG PASTI MEMBUAT PARA PENYOKONG UMNO RASA TERAMAT MEGAH DAN BANGGA!!!



Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak digambarkan sebagai antara lima pemimpin dunia yang berbelanja boros menurut satu laporan portal Indonesia, www.merdeka.com.

Menurut portal Merdeka.com itu menyatakan Majalah The Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan menghabiskan dana sebesar Rp 2,5 triliun.

Merdeka.com meletakkan Najib Razak sebaris dengan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 tahun ini dengan biaya Rp 11,8 miliar.

Seterusnya adalah Mantan Perdana Menteri, Italia Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp 48,5 miliar untuk memberi hadiah kepada para artis perempuan dan acara television yang disukai beliau pada 2011.

Berlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5,8 miliar untuk memberikan hadiah.

Sementara itu turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang hobinya belanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 374 halaman menemukan pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang mewah mencapai Rp 8,4 triliun hanya dalam setahun yang lebih dua kali ganda daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu Rp 3,9 triliun dalam satu tahun.

Turut dilaporkan berbelanja boros adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berbelanja memborong lilin wangi dan bunga seharga sepenuhnya Rp 294,2 miliar untuk perhiasan pejabatnya. -selangorku 

ISU DSAI BERCERAMAH DI GEREJA DAN KUIL ... BEKAS BOS NST BELASAH LUMAT LUNYAI RIDHUAN TEE ABDULLAH.



CERITA masuk gereja dan babi dekat dengan hati saya. Jadi apabila penceramah Ridhuan Tee Abdullah dilaporkan mengecam perbuatan seorang bakal calon Melayu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang berucap di gereja, saya ingin tumpang sekali.

Saya katakan “bakal calon” kerana penamaan calon belum diadakan. Antara sekarang dan saat itu, apa pun boleh berlaku.

Menulis dalam akhbar Sinar Harian, Ridhuan mengkritik langkah bakal calon tersebut memasuki gereja Holy Family, Kajang dan berucap. Tee menyifatkan tindakan itu  sebagai “liberal dan keterlaluan”. Bakal calon yang dimaksudkan itu ialah Anwar Ibrahim.

Katanya: "Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka.”

Saya katakan cerita masuk gereja dan babi dekat dengan hati saya kerana kedua-duanya adalah sebahagian daripada pendewasaan saya.

1. Ketika saya kanak-kanak,  di kampung saya babi peliharaan adalah perkara biasa. Jiran Cina yang berupa penduduk minoriti pelihara babi dan kadang kala babi mereka terlepas keluar kandang dan masuk kampung kami.

2. Babi masuk kampung perkara biasa waktu itu. Kita hambat keluar atau kita biarkan asal tidak merosakkan tanaman atau datang terlalu hampir dengan rumah. Malah nenek saya melakukan kegiatan tukar barang kerana babi. Penternak babi tuai keladi liar yang tumbuh dalam kampungnya untuk makanan haiwan itu. Sebagai ganti mereka memberikannya gula, kopi dan susu.

3. Kalau menunggang basikal dari Tanah Merah (Pendang) ke Kubur Panjang melalui Tobiar, kita akan  melintasi sebuah perkampungan orang Siam. Mereka pun pelihara babi dan babi mereka jinak. Bila kita lalu, babi akan ikut kita, apatah lagi kalau kita membawa buah-buahan atau sayur-sayuran.

4. Tapi orang Melayu jijik dengan daging babi dan sangat ambil berat makanan halal. Tapi ramai tidak peduli sangat kalau makanan halal diperoleh secara haram atau dibeli dengan pendapatan haram macam rasuah. Dua cerita daging babi dan makanan halal adalah:

(a) Seorang buta (tentunya tidak tahu rupa bentuk babi) terambil bungkusan mengandungi daging babi kepunyaan kawan Cinanya. Si isteri celik, tapi tidak pernah tengok dagang babi. Mereka masak dan makan. Tidak jadi apa-apa. Si kawan Cina berasa sangat bersalah dan pergi beritahu yang itu daging babi. Laki bini muntah sampai lembik. Begitulah jijiknya orang Melayu dengan babi.

(b) Seorang Melayu (tentunya Islam) “bergumbira” tiga hari dua malam di Haadyai dengan “temannya” berkurung dalam bilik hotel. Hari ketiga lapar dan turun cari makan. Pertanyaan pertamanya: “Halal ke ayam ni?” Maksudnya disembelih ikut cara Islam.

5. Mengenai masuk gereja pula, kalau itulah interpretasi Tee, saya lagi teruk daripada bakal calon yang Tee kritik itu kerana:

(a) Saya masuk gereja ketika bersekolah selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar. Bukan masuk gereja untuk sembahyang Kristian, tetapi berlindung daripada bahang panas musim kemarau. Saya juga masuk gereja untuk ziarah kenalan Kristian yang mati.

 (b) Ketika belajar kewartawanan di New Zealand, saya tinggal seminggu di rumah seorang paderi Gereja Anglican. Di rumah beliaulah saya belajar mengenai “grace” atau doa sebelum makan berbunyi: Bless, O Father, Thy gifts to our use and us to Thy service; for Christ’s sake. Amen.

Jadi apalah salahnya bakal calon masuk berucap dalam gereja atau melawat kuil. Perdana Menteri kita, Mohd Najib Abdul Razak pun buat masa perayaan agama-agama bukan Islam siap dengan pakaian sekali. Inilah 1Malaysia. Wallahuaklam.

NOTA KAKI: Hari ini, 25 Feb, 2013 genaplah lapan tahun usia blog kita. Terima kasih kepada pelawat, pembahas dan "followers". - http://kadirjasin.blogspot.com/

BERITA SAHIH YANG TIDAK DI SIARKAN OLEH TV3, RTM, UTUSAN DAN BERITA HARIAN ... 174 AHLI UMNO MASUK KEADILAN.


Serang kononnya DSAI dan KEADILAN sudah tidak relevan dalam politik arus perdana tetapi beratus ahli UMNO yang masuk KEADILAN tetapi tidak disiarkan oleh semua media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN.

MARAN - Bekas ketua kampung dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Maran antara 174 individu yang menyerahkan borang keahlian Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada majlis perasmian Pejabat PKR Cabang Maran, di sini.

Borang  keahlian diserahkan kepada Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Rahman yang turut melancarkan penubuhan empat ranting PKR Maran iaitu Bandar Maran, Taman Sri Keramat, Kampung Senggora dan Taman Maran Impian.

Bekas ahli jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Senggora, Hairi Dahalan berkata, keputusan keluar dari Umno dan menyertai PKR bukan kerana kecewa sebaliknya demi kemajuan Bandar Maran.

Menurutnya,  pembangunan dan kemajuan prasarana itu hanya boleh dilakukan oleh PKR selepas pemimpin Umno setempat gagal berbuat demikian meskipun tidak pernah kalah dalam pilihan raya bagi kesemua kerusi di Parlimen Maran.

“Lebih 30 tahun saya menyokong Umno tetapi pembangunan Maran jauh mundur daripada daerah lain.

“Ini membuktikan Umno tidak mampu menyediakan prasarana lebih baik kepada penduduk seperti hospital, kilang untuk peluang pekerjaan, institut pengajian dan sebagainya.

“Parlimen Maran tidak pernah kalah dan merupakan kubu kuat Umno di negeri ini namun apa yang mereka beri kepada pengundi semula?,” katanya.

Bekas ahli jawatankuasa Pemuda Umbi Bahagian, Ahmad Suhor Awang berkata, visi dan perjuangan PKR lebih jelas untuk keadilan semua rakyat dan bukan demi kepentingan peribadi.

Menurutnya,  Maran seakan tersisih dari sebarang kemajuan walaupun berada di bawah penguasaan Umno.

“Masyarakat di sini sudah sedar dan semakin hilang kepercayaan kepada pemimpin Umno apabila gagal membangunkan Bandar Maran.

“Golongan muda tagih peluang pekerjaan dan perkara ini telah lama disuarakan dalam Umno.

“Tapi suara akar umbi itu tidak mendapat perhatian dan jika Umno terus memerintah, sampai bila-bila Maran tidak akan berubah,” katanya.

PECAH BERITA!!!! ... PEJABAT PORTAL TERKEMUKA MALAYSIA KINI DI LEMPAR DENGAN CAT MERAH DAN BANGKAI ITIK!!!




Kini pejabat portal Malaysiakini pula menjadi sasaran lemparan cat merah .. bukan saja cat merah tetapi terdapat jua seekor bangkai itik.

Kejadian disedari awal pagi ini ...

Cat merah dan kotak berisi bangkai itik ditemui di luar pejabat portal berita Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur, pagi ini.

Pengarang Grafik Malaysiakini, Azlan Zamhari, berkata cat merah turut disimbah ke dinding serta papan tanda Malaysiakini dan percikannya turut terkena motosikal yang diletakkan berhampiran pejabat itu.


“Cat merah itu masih lagi basah waktu saya sampai ke pejabat jam 6.15 pagi tadi...


“Bangkai itik itu ditemui dalam kotak yang ditinggalkan di depan pintu pejabat kami dengan foto Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di dalamnya,” katanya.

Kok sebelum ini berdepan kontroversi berhubung video klip ucapan sambutan Tahun Baru Cina bertajuk “Onederful Malaysia CNY 2014.”  ... berita selanjutnya bakal menyusul
.

PRK KAJANG .. PROGRAM DAN CERAMAH ANJURAN UMNO HAMBAR SUNGGUH!!!!


BIAR GAMBAR BERBICARA ....

Ceramah sulung UMNO PRK Kajang bertemu rakyat sebaik saja Tan Sri Muhyiddin Yassin menobatkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar sebagai Pengarah Pilihanraya BN PRK Kajang di Kg Sungai Kantan malam tadi langsung tidak mendapat sambutan dari penduduk tempatan.

Dari rakaman gambar diatas cukup jelas walaupun calon BN Chew Mei Fun hadir sama ... kelihatan hanyalah beberapa kerat pemimpin UMNO Bahagian Hulu Langat dan petugas parti .. rakyat tempatan boleh dikatakan tiada langsung.

Yang mau diraih undi dan sokongan ialah penduduk tempatan yang jua pengundi berdaftar dan bukannya para petugas parti yang diangkut dari kawasan luar.

Apakah benar seperti apa yang diperkatakan oleh para penganalisa politik yang penyokong UMNO kini sudah beralih arah berhijrah menyokong DSAI?

Jika dilihat pada suasana rakaman gambar diatas memang ada kebenarannya.

Diberitakan warga Melayu Kajang cukup pekat dan tebal sifat KeMelayuannya .. mereka rata-rata akur dan ikut apa jua pemimpin tempatan memberikan sokongan.

HEBOH TUKANG PROPAGANDA NAJIB GUNA BOTS TWITTER UNTUK PUJI BR1M 3.0.

"LEGA BEB , DUIT #BR1M TU LAH AKU GUNA UTK TOP UP BELANJA AKU BULAN INI"

Punyalah terdesak nak tunjukkan kepada Najib dan juga rakyat yang ada akses pada internet kononnya pemberian BR1M 3.0 yang sudah mula di agih-agihkan kepada rakyat sama ada terus melalui akaun bank atau pemberian secara tunai dengan menerima dari tangan para pemimpin UMNO/BN, tukang propaganda kerajaan UMNO/BN 1M'sia dikhabarkan menggunakan cara "BOTS TWITTER".

Cara ini amat mudah di kesan .. salah satu caranyanya ialah penggunaan ayat yang sama dari akaun yang berlainan .. Lagi terus kononnya penyokong PAS pun memberikan sokongan dan pujian.

Kini tembelang kantoi ini yang terburai telah menjadi bahan kutukan di alam maya.

Terfikir dalam kepala Omak Kau ... siapa yang di upah untuk buat kerja bodoh ini???? ..


Monday, 24 February 2014

BIAR GAMBAR BERBICARA ... ANAK-ANAK MASIH KECIL PUN SUDAH BIJAK MENILAI .... PEMIMPIN MANA RAKYAT MERASAKAN ADA MASA DEPAN.


Lihat betapa selamat dan tenangnya perasaan anak kecil itu dipangkuan DSAI ...  amat berbeza apabila seorang anak kecil berada dalam dakapan Najib Razak .. bukannya seorang tetapi dua orang sekali .. menangis meraung ketakutan.

Disitu kita boleh menilai pemimpin mana yang dirasai oleh anak-anak ini mereka ada masa depan dan boleh di taruhkan harapan.


Kalau anak-anak masih kecil pun sudah mampu menilai .. kita yang sudah dewesa patut malu jika masih tidak mampu menilai dan membezakan pemimpin yang mampu memacu negara kearah yang lebih baik dan tahap yang lebih tinggi.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...