Thursday 10 November 2011

KISAH TIGA PM BERLAINAN CARA TETAPI MENUJU KEARAH YANG SAMA....MEMBANKRAPKAN NEGARA!!!!


Kisah tiga Perdana Menteri: Tak hairanlah Malaysia akan bankrap!
Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang berwawasan yang telah berusaha membangunkan Malaysia berdasarkan 'nasionalisme korporat' dengan cara bertentangan dan paksaan demi mencapai status negara perindustrian yang berkeinginan untuk masuk dalam senarai  negara-negara maju OECD menjelang tahun 2020.
Sekarang diusia 85 tahun, Mahathir telah memperolehi  pencapaian yang besar dan telah menetapkan tanda aras yang tinggi. Walaubagaimanapun, beliau juga gagalan dalam beberapa aspek. Secara keseluruhannya, sewaktu beliau  bersara, keadaan masih baik walaupun pelan sosial yang beliau bina melalui  Dasar Ekonomi Baru adalah telah berjaya mengasingkan orang Melayu hampir sepenuhnya daripada kaum-kaum lain.
Kisah kejayaan Mahathir berhenti pada tahun 2003 apabila beliau secara tiba-tiba menyerahkan tampuk kepimpinan kepada timbalannya Abdullah Badawi. Ia kemudiannya membawa kepada permulaan masalah.
Badawi menyelit masuk dan keluar, tiada pencapaian konkrit
Badawi tidak dapat masuk ke dalam acuan yang ditinggalkan oleh Mahathir dan dia juga telah mengabaikan semua  amaran awal. Badawi telah hilang dalam dunianya  sendiri tanpa memahami apa sebenarnya yang berlaku dalam negara ini sama ada dari segi ekonomi, kewangan, sosial atau politik. Beliau menyerah semuanya kepada "orang-orang bodoh di tingkat empat" yang diketuai oleh menantunya Khairy Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai Perdana Menteri  de-facto  termuda di negara ini.
Badawi hanyalah alat bersuara dan apabila ditinggalkan sendirian, beliau akan meraba-raba dan tergagap-gagap menjawab soalan mudah yang diajukan kepadanya oleh wartawan. Satu contoh klasik adalah jawapan beliau mengenai hutang RM150 juta Ketua Menteri Sabah Osu Sukam di sebuah kasino di UK. Walaupun berkemungkinan  jumlah itu adalah tidak logik, Abdullah Badawi terus bergegas mengutuk Osu tanpa memeriksa fakta sebenar. Beliau mengatakan bahawa jika akhbar berkata demikian, maka ia pasti benar.
Walaupun sebagai seorang pemimpin veteran, Abdullah Badawi bukanlah seorang ahli politik dalam erti kata sebenar dan tidak mampu memimpin negara melalui zaman kegelapan. Pengkritik beliau yang ramai yang membenci beliau disebabkan Khairy, mendakwa bahawa Badawi bukan seorang pentadbir yang baik - dia hanyalah seorang penjaga yang teruk!
Mahathir marah apabila Badawi memansuhkan projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura, menyebabkan kerajaan BN terpaksa membayar kira-kira RM115 juta pampasan kepada pemegang konsesi. Ini merupakan  episod terakhir pemerintahan beliau yang teruk itu. Mahathir membuat kesimpulan bahawa Abdullah bukan sahaja tidak layak untuk jawatan itu tetapi menjadikan misinya untuk menendang keluar Abdullah Badawi.
Najib juga tidak melakukan apa-apa yang konkrit-dibawa masuk dan menunggu masa untuk dibuang
Dalam  masa yang sama, tiada peningkatan dalam ekonomi, namun kos untuk segala-galanya meningkat dan kerajaan tidak dapat memenuhi keperluan itu. Apabila Najib Tun Razak mengambil alih daripada Abdullah Badawi pada tahun 2009, beliau tidak mempunyai pilihan tetapi untuk terus meminjam. Kerajaan telah meminjam sebelum ini tetapi kini, ia benar-benar dalam keadaan terdesak. Oleh itu, hutang negara telah meningkat kepada RM407 bilion (angka 2010).
Masalah dengan Najib adalah beliau sudah pun banyak bebanan. Beliau mempunyai skandal peribadi, pembaziran dan gaya hidup mewah, isu-isu yang melibatkan saudara-mara beliau dan yang paling dasyhat adalah isteri beliau yang dikatakan campur tangan dalam urusan pentadbiran negara.
Cara Rosmah yang berlebih-lebihan telah menarik perhatian dan memberikan tanggapan buruk orang awam dan akhir-akhir ini anak beliau sendiri (bersama isteri pertamanya), Mohd Nazifuddin, juga menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan syarikat pembalakan.
Setakat ini, segala-galanya yang Najib telah cadangkan dan cuba laksanakan tidak berhasil seperti yang dirancangkan. Mungkin kerana kekangan kewangan. Apapun, beliau hendaklah fokus dan cuba memikirkan cara terbaik untuk mengeluarkan Malaysia daripada belenggu ini. Tetapi Najib tidak melakukannya. Beliau memilih untuk melarikan diri melalui perjalanan luar negara yang mahal yang telah menambahkan lagi beban kewangan negara.
Pentadbiran beliau telah diburukkan lagi oleh skandal Khir Toyo, Liwat II, BERSIH 2.0, kematian SPRM, kekejaman dan ketidakcekapan pihak polis, kemerosotan UMNO, kejatuhan Gerakan, MIC dan MCA. Hutang RM407 billion negara dan laporan Ketua Audit Negara ke atas perbelanjaan kerajaan yang tidak bertanggungjawab pada tahun 2010 telah membuka Peti Pandora BN dan Malaysia sepeti sudah tidak bermaya lagi untuk menghadapinya.
Pendek kata, Najib tidak mampu untuk memberi tumpuan kepada pengurusan, pembangunan, ekonomi dan kewangan negara. Berita mengenai pinjaman besar-besaran RM6 bilion yang diberikan oleh KWSP kepada FELDA telah tersebar, walaupun FELDA sering dihebahkan sebagai sebuah entity penjana wang dan kaya tunai. Mengapa harus meminjam dengan begitu banyak apabila tidak ada pelan pelaburan yang setimpal direncanakan?
Malah syarikat minyak nasional Petronas terpaksa menerbitkan bon untuk pembangunan modal. Ia kelihatan seperti mengalami kegelinciran disebabkan Umno dan BN tidak dapat melepaskan diri daripada peminjaman yang berterusan dan perbelanjaan melampau.
Kelihatan seakan-akan Umno-BN akhirnya akan terpaksa mengemis untuk memenuhi keperluan kewangan. Ia telah meminjam dan "mencuri" dari Petronas. Seterusnya ia akan merompak KWSP. Sesungguhnya, Malaysia adalah ibarat sebuah badan korporat yang berada diambang kebankrapan!.....

JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA...UBAH SEKARANG....UMNO WAJIB RAKYAT KASI TUMBANG....JALANKAN KEWAJIPAN KITA... JANGAN NANTI KUBUR KITA DIKENCING OLEH ANAK CUCU KITA.... UMNO IS DEAD... PR GANTI BN

7 comments:

  1. pr ganti bn pastu telingkop. sama je mana2 pihak memerintah still ade penyakit kurap x kn hilang.. makin merebak aku percaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko sapa?..buleh tau perkara yg akan datang..mencuba yg baru utuk 5 tahun adalah lebih baik drp menanggung penyakit kurap 55 tahun.

      Delete
    2. for sure yg menggantikan akan sentiasa beringat, tidak mudah mendapat mandat kuasa yg diberi oleh rakyat dan adalah hilang akal kalau dibiarkan terlingkup tanpa membuktikan sesuatu kepada rakyat. Oleh itu bakal pemerintah ini akan sedaya upaya utk menjaga mandat yg diberikan itu dengan cuba memcuci palat yg telah ditinggalkan oleh pemerintah karat sekarang ini...mungkin masa 5 tahun itu belum cukup sempurna utk membersihkan karat2 dan daki2 pemerintah yg bertapuk selama 55 tahun...lama tu...

      Delete
  2. apa2 pun...ini semua dunia....yg penting akhir zaman ni islam yg menang...bukan pr bukan umno.....kalo sokong pun x kaya,x sokong pun x miskin...Tuhan dah tetapkan rezeki masing2...jgn terlalu taksub...islam melarang bergaduh sesama sedara islam....ape yg dilakukan salah,biar ditanggung di akhirat...

    ReplyDelete
  3. Aku sokong Anymous atas ni..setiap org xde yg smpurna, masing2 ade kelebihan dn kekurangan...sptut nye kne la toleransi bkn korapsi..

    ReplyDelete
  4. Macam Putus Asa aje

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...