Wednesday 9 November 2011

PALING LAMBAT KELANTAN AKAN DAPAT ROYALTI 6 TAHUN LAGI.. PALING CEPAT SELEPAS PRU 13 PR PERINTAH M'SIA..TAKBIR!!!


Kelantan jangka dapat royalti minyak enam tahun lagi
Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menjangkakan negeri itu akan mendapat tuntutan royalti minyak, paling lewat enam tahun lagi.

AZLANAndaiannya itu, berdasarkan kepada perlantikan Sultan Kelantan, Muhammad ke-V yang dilantik sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada pertengahan Oktober lalu.

“Iya, kenapa saya berkata demikian? Alhamdulillah, saya mengucap syukur kerana Sultan Muhammad ke-V diterima sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong.

NONE“Dan insya Allah dipanjangkan usia, tidak ada apa-apa melintang baginda akan menjadi Yang di-Pertuan Agong, insya Allah. Justeru, pada waktu itu, tentulah baginda akan menyebelahi tuntutan rakyat Kelantan,” kata Husam dipetikHarakahdaily di Kota Bharu semalam.

Pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan Kelantan dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.
Bagaimanapun menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  Kelantan tidak layak menerima royalti untuk minyak yang digali di kawasan persisirannya namun, sebaliknya bersetuju memberikan   wang ehsan RM20 juta sebagai ganti.

NONETawaran itu ditolak oleh kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai bukti untuk menyokong hujah bahawa rakyat Kelantan berhak mendapatkan royalti sehingga RM2 bilion.

Wang ehsan berkenaan kemudiannya disalurkan kepada Umno Kelantan untuk diagihkan kepada rakyat di negeri itu.

Kes tuntutan royalti minyak oleh Kelantan ini akan kembali didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Disember nanti

PANDANGAN OMAK:-

KALAU NAK CEPAT LIHAT KEADILAN DAN KELANTAN MENDAPAT HAKNYA RAKYAT PERLU DAN WAJIB MAINKAN PERANANNYA....PRU 13 NANTI TUMBANGKAN KERAJAAN ZALIM UMNO DAN BERIKAN MANDAT DAN AMANAH KAPADA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH NEGARA DAN MENTADBIR PUTRAJAYA....RAKYAT BENCI UMNO/BN... UMNO IS DEAD... PR GANTI BN.. TAKBIR!!!!!!!

1 comment:

  1. kenape dulu xsokong Putrajaya, sekarang nak tawan wilayah tu? muka xmalu ke puak2 kamu ni?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...