Wednesday 9 November 2011

SEMOGA DATUK SERI HJ MOHD NAJIB RAZAK MEMPEROLEHI "HAJI MABRUR"..EHEM EHEM.....



PAS: Semoga Najib dapat ‘haji mabrur’, panggil PRU dengan pembaharuan


Di sebalik desas-desus pilihan raya umum dipanggil dalam waktu terdekat, PAS berharap semoga perubahan dapat dilihat pada diri Datuk Seri Najib Razak selepas mendapat haji mabrur termasuk memastikan pilihan raya umum ke-13 adalah yang bersih dan adil dengan memenuhi janji tuntutan pembaharuan.
Jawatankuasa pilihan khas Parlimen dengan sembilan anggota diberi enam bulan untuk mengkaji sistem pilihan raya negara ini.
Spekulasi semakin rancak pilihan raya umum ke-13, yang pertama di bawah kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri, akan dipanggil dalam waktu terdekat sebaik sahaja beliau pulang ke tanah air selepas menunaikan haji. Pun begitu sesetengah penganalisis dan pemimpin parti politik menjangkakan ia hanya akan dipanggil pada suku pertama tahun depan.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, partinya mendoakan agar seluruh jemaah haji termasuk Najib telah mendapat haji mabrur kerana itu yang menjadi cita-cita setiap orang yang mengerjakan haji.
“Haji mabrur yang dijanjikan oleh Rasulullah ialah haji mabrur tiada balasan lain di sisi Allah, melainkan syurga,” kata beliau sambil menambah, “inilah cita-cita yang mendorong setiap umat Islam menunaikan haji selain ia sebagai rukun Islam.”
Pesuruhjaya PAS Pahang ini menambah, haji mabrur yang mengubah amalan seseorang dari sebelum mengerjakan haji dan selepasnya, dengan kata lain, mereka yang memperolehi haji mabrur dapat dilihat perubahan amalan sehariannya, daripada yang kurang baik kepada baik dan lebih baik.
Najib yang juga Presiden Umno merupakan sebahagian daripada tiga juta jemaah yang menunaikan haji, salah satu rukun Islam, kali ini.
Tuan Ibrahim berkata, dalam erti kata lain, rakyat menaruh harapan tinggi dan menanti perubahan yang bakal dihayati oleh Perdana Menteri dan isterinya dalam melaksanakan amanah memimpin negara ini.
Menurut beliau, antara agenda besar yang rakyat ingin lihat hasil daripada mendapat haji mabrur sudah tentulah tindakan susulan Najib terhadap banyak penyelewengan sama ada daripada kroni Umno dan serta pelbagai pihak lain yang terlibat yang memperolehi pelbagai projek seperti yang ditegur oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya baru-baru ini.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan pada 24 Oktober lalu juga mendapat perhatian banyak pihak khususnya pembangkang yang mengkritik siri kelemahan pentadbiran Najib. Najib mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri pada April 2009.
“Rakyat benar-benar kecewa setiap tahun bila mana teguran Laporan Audit Negara langsung tidak menjadi bekas bagi kerajaan BN dalam usaha untuk memperbaiki pengurusan kewangan negara.
“Kalau tahun lalu, mungkinlah masih tak sedar kerana masa tersebut, Perdana Menteri tak pergi haji lagi,” kata Tuan Ibrahim.
Namun tahun ini, kata Tuan Ibrahim, sudah tentu tidak akan sama kerana Naib yang baru menunaikan haji dengan semangat melontar “jumrah sehebat melontar sifat mazmumah dalam diri, sudah pasti akan membawa pelbagai perubahan sama ada dalaman dan luaran, kerana ia antara tanda-tanda haji mabrur.”
Lebih besar dari itu, tambah beliau, rakyat yakin Najib akan hanya mengadakan pilihan raya setelah segala penyelewengan sistem pilihan raya dapat diperbaiki.
“Mana mungkin mereka yang dapat haji mabrur sanggup mengadakan pilihan raya dengan penipuan, ketidakadilan dan daftar pemilih yang tidak bersih?
“Bahkan, demi membuktikan kesan haji mabrur, Perdana Menteri diyakini akan mencadangkan agar celup jari dilaksanakan dalam pilihan raya umum akan datang untuk menghalang penyelewengan dalam bentuk undi hantu dan undi berganda. Kesemua ini petanda haji mabrur, selain amalan peribadi yang bertambah baik dengan amalan tahajud, zikrullah dan munajat berterusan,” katanya lagi

PANDANGAN OMAK:-
KITA SAMA-SAMA DOAKAN YANG TERBAIK TETAPI KALAU DILIHAT PADA CARA BELIAU DAN ISTERINYA MENGERJAKAN HAJI.. OMAK TIDAK NAMPAK KEARAH ITU...CUBA JUGA OMAK BERSANGKA BAIK TETAPI FAKTA DIDEPAN MATA KENA JUGA MENYIMPUL PERASAAN CURIGA AKAN KEIKHLASAN MEREKA BERDUA MENUNAIKAN HAJI KALI INI....LEBIH MERUPAKAN UNTUK DIJADIKAN MODAL PILIHANRAYA BAGI MENAMBAT DAN MEMIKAT PENGUNDI KAUM MELAYU TERUTAMANYA ANAK-ANAK MUDA....TETAPI DIA LUPA ANAK-ANAK MUDA KINI RATA-RATA SUDAH BERILMU DAN ADA AKSES PADA INTERNET DAN MELAYARI PORTAL DAN BLOG SEBAGAI BAHAN MAKLMUAT ALTERNATIF... JARANG AMAT MEREKA MENONTON TV3,RTM BERITA ASTRO DAN MEMBACA AKHBAR UTUSAN MELOYA DAN BERITA HAIRAN... YANG PASTI UMNO DIAMBANG TUMBANG DAN REBAH... RAKYAT SUDAH NAK BERUBAH...UMNO IS DEAD....PR GANTI BN

.

1 comment:

  1. Hanya Allah saja yang tau sama ada seseorang itu mendapat Haji yang mabrur atau tidak..kita sebagai manusia hanya yg lemah dan selalulah bersangka baik..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...