Tuesday 15 November 2011

PAK LAH DAN MUHYIDDIN YASSIN BERGABUNG PERTAHANKAN SHAHRIZAT KES LEMBU DUDUK DIKONDOMINUM MEWAH SEBAB NAK LAWAN DAN TUMBANGKAN NAJIB????



NFC: Shahrizat tak perlu letak jawatan, kata Muhyiddin


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak terlibat secara langsung dalam Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), projek kontroversial yang diuruskan oleh anggota keluarganya, dan tidak perlu meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet dan parti.
Beliau mengulas demikian ekoran kenyataan pelbagai termasuk desakan wakil rakyat Umno-BN dari Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin semalam di Dewan Rakyat agar mereka yang bertanggungjawab dalam skandal NFC wajar meletakkan jawatan.
"Beliau (Bung Moktar) tidak mengatakan Shahrizat secara langsung terlibat sebab ini adalah soal bisnes yang dikendalikan oleh keluarganya, tetapi beliau tidak terlibat," kata Muhyiddin kepada pemberita hari ini.
Bagaimanapun katanya, gesaan timbalan pengerusi BBC-BN itu agar Shahrizat meletakkan jawatan adalah sesuatu yang tidak perlu di kalangan "orang sendiri."
“Ini sudah dijawab di Parlimen oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Datuk Seri Noh Omar) dan telah dibincang dan diperjelaskan dengan mendalam lebih sejam dan seharusnya disambut dengan baik.
“Sama ada betul (untuk meminta agar letak jawatan)Datuk Bung Moktar dengan sendirinya boleh fikir,” katanya lagi.
Muhyiddin juga berkata syarikat yang terlibat seharusnya datang dengan penjelasan mereka sendiri dalam isu ini.
Kata beliau, ia akan membolehkan syarikat terbabit menjelaskan apa yang berlaku sebagaimana ditekankan oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya.
“Terserah kepada mereka,” katanya

NFC: Pak Lah minta Pakatan jangan heret Shahrizat, tapi tanya suami dia

Sebaliknya, bekas perdana menteri ini berkata individu yang perlu menjawab segala persoalan berkaitan adalah suami Shahrizat yang juga Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail.
Abdullah (gambar)menambah Shahrizat tidak perlu melayan desakan supaya meletakkan jawatan.
“Tanya individu yang berkenaan, apa kena-mengena dengan Shahrizat, itu suami dia... Shahrizat tidak terlibat, jadi jangan tanya dia.
“Kalau Shahrizat jadi CEO bolehlah (tanya) tapi sekarang dia tidak terlibat dan sangat tidak adil melabelkan Shahrizat terlibat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Sains dan Nilai: Isu-isu Kontemporari dan Jalan Penyelesaian di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) di sini.
The Malaysian Insider difahamkan NFC mula beroperasi pada 2008 semasa pentadbiran Abdullah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Ditanya mengenai NFC, Abdullah bagaimanapun enggan memberi sebarang komen dengan alasan ia perkara lama.
Isu projek NFC didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan 24 Oktober lalu

PANDANGAN OMAK:-
PENGARUH ANAK MAMI SHAHRIZAT JALIL SEBAGAI KETUA WANITA UMNO AMAT DIPERLUKAN JIKA NAK TUMBANGKAN HJ NAJIB SEBAGAI PRESIDEN UMNO....DUA PEMIMPIN UMNO INI SUDAH MENUNJUKKAN TARING DAN MEMPAMIRKAN SIKAP MEREKA SECARA TIDAK LANGSUNG BAHAWA NAJIB BAKAL DITENTANG DAN DIDESAK SUPAYA MELEPASKAN JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO...MUHYIDDIN YASSIN INGINKAN JAWATAN TERSEBUT.. PAK LAH PULA DILIHAT SEBAGAI MEMBALAS DENDAM DAN TIDAK BERPUASHATI SEBAB MENANTUNYA MENANG KETUA PEMUDA UMNO TIDAK DILANTIK KESEBARANG JAWATAN DALAM KABINET...SEBELUM INI MENANTU PAK LAH PERTAHANKAN ANAK MAMI SHAHRIZAT JALIL... BUKU YANG MELONDEHKAN KEPINCANGAN KEPIMPINAN HJ NAJIB SUDAH DIPERSEPSIKAN SIAPAKAH DALANG YANG MENAJANYA KINI....UMNO SUDAH NAZAK TAHAP KRITIKAL.....KINI HANYA HIDUP ATAS EHSAN BANTUAN ALAT MESIN PENAFASAN....DIWAR-WARKAN HEBAT HANYA SUATU GAMBARAN PALSU OLEH SEMUA MEDIA ARUS PERDANA KEPUNYAAN DAN KAWALAN UMNO/BN....UMNO KINI HANYA TUNGGU MASA UNTUK TUMBANG DAN DITALKINKAN PADA PRU 13 NANTI... RAKYAT BENCI UMNO.. UMNO IS DEAD... PR GANTI BN..

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...