Tuesday 15 November 2011

PRESIDEN YEMEN AKUI SESEORANG YANG TERUS BERPEGANG KAPADA KUASA ADALAH GILA!!!



Presiden Yemen sedia undur dalam 90 hari akhiri krisis 9 bulan



SEORANG DAH BERHENTI..SEORANG DAH MATI..TUNGGU SEORANG LAGI BAKAL CABUT LARI.
Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh berjanji yang beliau bersedia untuk melepaskan jawatannya dalam 90 hari sebaik sahaja mencapai perjanjian berkenaan proses formal untuk melaksanakan inisiatif Teluk yang bertujuan menamatkan krisis sembilan bulan negara itu.
Ali Abdullah, yang enggan menandatangani perjanjian yang disyorkan oleh enam negara Majlis Kerjasama Teluk pada April lalu memberitahu stesen televisyen Perancis Channel 24 bahawa beliau telah memberi kuasa kepada timbalannya Abd-Rabbu Mansour Hadi untuk berunding dengan pihak pembangkang.
Ketika ditanya bila beliau akan berhenti Ali Abdullah berkata: “Apabila satu perjanjian inisiatif Teluk dicapai.”
“Dan, apabila ia ditandatangani dan mekanisme operasi dipersetujui dan apabila pilihan raya diadakan, presiden akan pergi,” katanya.
Ketika ditanya sama ada akan ada satu tempoh tertentu bagi beliau melepaskan jawatan, Ali Abdullah memberitahu: “Ia sudah ditentukan. Ia dalam tempoh 90 hari (dari perjanjian).”
“Saya sudah 33 tahun berada dalam kuasa dan saya tahu kesukaran, saya tahu negatif dan yang positif. Seseorang yang terus berpegang dalam kuasa adalah gila,” katanya lagi. — Reuters

PANDANGAN OMAK:-
UMNO KINI SUDAH GILA...TERUS BERPEGANG KEPADA KUASA SUDAH MASUK 55 TAHUN...KALAU BAGUS TIDAK MENGAPA KINI DILIHAT YANG KAYA RAYA ADALAH KRONI, ANAK BERANAK, KAUM KERABAT DAN SEPUPU SEPAPAT....RAKYAT TERUS HIDUP MEREMPAT TERUTAMANYA DIKAWASAN UMNO KUAT....RAKYAT MAUKAN PERUBAHAN.. RAKYAT DAHAGAKAN SEBUAH KERAJAAN YANG BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT...UMNO DILIHAT SEBAGAI PARTI YANG MEMPEJUANGKAN KRONI...PAKATAN RAKYAT DILIHAT SEBAGAI PARTI YANG DATANG DARI RAKYAT.. BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT.. DIPIMPIN OLEH MEREKA BERJIWA RAKYAT....RAKYAT BENCIKAN UMNO...UMNO IS DEAD... PR GANTI BN
.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...