Wednesday 9 November 2011

PR MEMBERI JAMINAN JIKA PERINTAH NEGARA SAIZ PERKHIDMATAN AWAM KEKAL!!



Pakatan jamin saiz tenaga kerja sektor awam akan kekal

Pakatan Rakyat tidak akan sama sekali mengurangkan saiz kakitangan sektor awam, sebaliknya akan memberi fokus untuk menjadikan tenaga kerja kerajaan lebih efisien jika pihaknya memerintah.
Dilihat sebagai usaha mahu meredakan rasa tidak senang ekoran pandangan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berhubung perkara tersebut baru-baru ini, kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini menegaskan, pihaknya akan mengekalkan bilangan semasa jika mengambil alih kerajaan pusat pada pilihan raya umum ke-13.
"Pakatan Rakyat mahu menjelaskan bahawa kedudukan seramai 1.2 juta kakitangan dan pegawai perkhidmatan awam akan dijamin, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pada sidang media di lobi bangunan Parlimen hari ini.
Sidang media itu turut dihadiri oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad, masing-masing Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Kuala Selangor.
Salahuddin (gambar) yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pakatan Rakyat sememangnya telah menekankan dalam bajet alternatif mereka tentang kepentingan peranan perkhidmatan awam dalam melaksanakan polisi kerajaan dan sebarang usaha untuk mengesyorkan sebaliknya adalah fitnah.
Katanya, perikatan itu juga menyedari bahawa campur tangan politik telah membawa kepada kemerosotan keberkesanan sektor awam dan berjanji akan menghentikan amalan sedemikian jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.
Dalam pada itu, Nurul Izzah berkata, Pakatan Rakyat akan memansuhkan peranan Pemandu dan pakar runding jika memerintah kerajaan pusat bagi memotong kos operasi Putrajaya.

PANDANGAN OMAK:
MELEGAKAN DAN DITERIMA DENGAN AMAT BAIK SEKALI....KAKITANGAN AWAM DIKEKALKAN...HANYA KAKITANGAN YANG BEKERJA SEBAGAI ALAT UMNO/BN MACAM BTN,KEMAS,JASA ITU PATUT DIMANSUHKAN DAN KAKITANGANNYA DISERAPKAN KEJABATAN-JABATAN LAIN....SKIM GAJI HARUS MENJADI LEBIH MENARIK DAN KOMPETITIF...GELAGAT KAKITANGAN AWAM HARUS BERUBAH UNTUK MEMBERIKAN KHIDMAT LEBIH CEMERLANG....UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN
.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...