Wednesday, 1 February 2012

BERITA MENGEJUTKAN!!!...MB PERLIS SERU PARA GURU JANGAN TERPENGARUH DAKYAH NAK JATUHKAN KERAJAAN NEGERI-NEGERI PAKATAN RAKYAT!!!


Guru diingat tak terpengaruh dakyah jatuhkan k'jaan
Warga pendidik khususnya di negeri ini diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan demi kepentingan diri mereka.

NONEMenteri Besar Perlis, Datuk Md Isa Sabu ketika memberikan ingatan itu berkata sebagai golongan profesional dan intelektual, para guru perlu sentiasa berada di hadapan dan peka dengan usaha-usaha kerajaan yang sangat menitikberatkan soal pendidikan.

"Saya tidak mahu golongan pendidik terpedaya dengan pihak yang mahu menggugat kekuatan kerajaan. Sama-samalah hindarkan diri daripada dakyah yang tidak membawa faedah dan merosakkan peribadi,” katanya ketika berucap pada majlis Perutusan Tahun 2012 Jabatan Pelajaran Perlis, di Kangar semalam.

Md Isa berkata para guru yang merupakan golongan berpengaruh juga mesti memahami semua dasar yang dilancarkan kerajaan terutama yang melibatkan sistem pelajaran negara.

"Kerajaan yang ada sekarang meletakkan kepentingan anak-anak lebih daripada yang lain-lain. Pemberian wang bantuan RM100 kepada semua pelajar baru-baru ini menunjukkan kerajaan bersikap adil," katanya.

Menteri Besar berkata warga pendidik juga perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan dan bermuhasabah diri serta tidak mudah berpuas hati dengan apa yang  dimiliki sekarang kerana tuntutan dan cabaran masa depan akan bertambah getir.

"Setiap guru perlu muhasabah diri dan menilai apakah tahap komitmen yang  telah diberikan dan sejauh mana iltizam dalam menjunjung imej dalam profesion ini.

PSSTTT....KERAJAAN PR SELANGOR, KELANTAN, PULAU PINANG DAN KEDAH ADALAH KERAJAAN YANG SAH JUGA....SUDAH PASTI SERUAN INI DITUJUKAN KEPADA PARA PENDIDIK/GURU DINGERI-NEGERI TERSEBUT SUPAYA TERUS MENYOKONG KERAJAAN NEGERI YANG SEDIA ADA...BETUL TAK WEH!!!!

2 comments:

  1. Sebagai golongan profesional dan intelektual sudah
    pasti kalian boleh melihat situasi negara sekarang ini.
    Yang nyata sekarang ini HANYA gurux yang
    mempunyai KEPENTINGAN DIRI saja yang masih merelakan diri DIPERBODOHKAN.

    ReplyDelete
  2. Hek eleh..kamu yang terpedaya dengan gulungan yang suka buat onar. Apa lagi yang tak dibuat oleh kerajaan. Kau bersekolah dan jadi bijak macam sekarang (kalau kau rasa kau bijak..tapi sebenarnya kau bodoh macam lembu)siapa yang beri. Manusia macam kau mana tau berterima kasih. manusia seperti ini lah yang jadi najis negara...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...