PARIT - Kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk jika barisan pemimpin lebih mengutamakan agenda untuk membina kekayaan peribadi, keluarga dan kelompok, titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Baginda bertitah kekayaan material yang diperolehi secara mendadak lagi mencurigakan akan melahirkan individu kaya yang 'artificial' dan sementara.

"Kekayaan material sedemikian tanpa dilengkapi kekayaan minda, intelek, ilmudan rohani merupakan kekayaan palsu yang sekadar melahirkan budaya bermewah-mewah, bermegah-megah dan banyak melakukan pembaziran.

"Lalu berlaku ketirisan sumber, pembangunan yang tempang, kadar pengangguran, penghijrahan, penyeludupan dan jenayah yang tinggi dituruti pula dengan pelbagai penyakit sosial," titah baginda semasa merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di perkarangan Masjid Raudhatul Mardhiah di sini, hari ini.

Sultan Azlan bertitah perkara itu akhirnya akan menjejaskan ketenteraman awam selain menggugat kestabilan politik serta meningkatkan perbelanjaan keselamatan dan pertahanan negara.

"Akibatnya ummah akan bertambah derita kerana telah terperangkap dalamputaran ganas kemiskinan," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah setiap usaha untuk membina kekayaan ummah perlu dilaksanakan berasaskan saluran yang halal dengan bersandarkan formula kesaksamaan bagi memastikan kesejahteraan ummah secara menyeluruh.

Baginda bertitah perkara itu perlu dilakukan dengan tidak mengizinkan perlakuan yang mendorong berlakunya kekayaan secara mendadak hingga menyisihkan undang-undang serta dibolot oleh segelintir individu yang tamak.

Kesejahteraan sesuatu bangsa dan sebuah negara amat dipengaruhi oleh sifatdan akal bicara seseorang pemimpin, titah baginda.

Baginda bertitah ulama besar, umara yang berwibawa dan peniaga yang jujur akan lahir dalam negara yang pemimpinnya memiliki sifat takwa serta menghayati kebesaran Ilahi.....




Nama2 individu yang terkaya di Malaysia dari segi kedudukkan dan jumlah kekayaan mereka adalah seperti berikut :

7. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary RM 8.84 billion, 59 tahun, Yayasan AlBukhary


11. Tan Sri Azman Hashim RM 3.93 billion, 71 tahun, Amcorp


19. Datuk Mokhzani Mahathir RM 1.665 billion, 49 tahun, Kencana Petroleum


28. Datuk Kamarudin Meranun RM 0.856 billion, 49 tahun, AirAsia


30. Datuk Shahril Shamsuddin RM 0.804 billion, 50 tahun, Sapura Group


31. Shahriman Shamsuddin RM 0.791 billion, 42 tahun, Sapura Group

37. Raja Datuk Eleena Raja Azlan Shah RM 0.568 billion, 50 tahun, Gamuda


AMPUNNN TUANKU... SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN.. PATIK MEMANG SOKONG APA YANG TUANKU TITAHKAN DIATAS... AMPUNNNN TUANKU... DAULAT TUANKU!!!...