Friday, 31 January 2014
PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR LARI LINTANG PUNGKANG TIDAK BERANI BERDEBAT DENGAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT DALAM RANCANGAN LANDSKAP RTM1.
Punyalah brengsek bangsat haprak kangkung Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar.
Rancangan landskap RTM1 malam ini sepatutnya mempertemukan beliau dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Sdr Suhaizan Kayat untuk mengupas isu PRK DUN N25 Kajang.
Akhirnya tempat beliau digantikan oleh bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda UMNO dan Panglima Ludah Beracun Armand Azha.
Sepatutnya masa inilah peluang terbaik Noh Omar nak lanyak sampai lunyai lumat Ketua Pemuda PAS Pusat .. Cakap kat luar bukan main samseng gedebe berdegar-degar macam nak terbalik dunia ajak YB Khalid Samad berdebat dalam isu Kalimah Allah .. Bila Sinar Harian batalkan mengamuk sakan konon dia sudah bersedia. Yang mudah untuk di pulas pun dia lari mencicit sampai tidak cukup tanah.
Dalam perbincangan 4 serang 1 itu, Omak Kau lihat betapa Ketua Dewan Pemuda PAS, Sdr Suhaizan Kayat tetap tenang dan dingin kepala memberikan penjelasan mengapa PAS terutamanya DPPP yang diketuainya mengambil akan menyokong dan memebrikan sokongan padu dari segi soral dan gerak kerja jentera demi kelangsungan penguasaan Pakatan Rakyat keatas Putrajaya.
Penerjunan DSAI di DUN N25 Kajang adalah sebagai lantai lojakkan ke arah pencapaian itu.
Beliau akui ada memberikan pandangan yang agak keras menongkah arus kerana masih kelabu akan maklumat mengapa berlakunya perletakkan jawatan oleh bekas ADUN Kajang.
Selepas penerangan dan penjelasan di berikan barulah Pemuda PAS faham ... perlu ingat PAS adalah sebuah parti yang terbuka kepada pandangan dan teguran dari ahli-ahlinya tetapi akan patuh dan wala' akan keputusan yang diambil pucuk pimpinan melalui Majlis Syura yang diketuai Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abd Aziz Nik Mat.
Maka hasrat dan niat jahat UMNO mau melihat berlakunya perpecahan. huru hara dan kehancuran kesatuan Pakatan Rakyat dalam PRK DUN N25 Kajang dengan meletakkan DSAI sebagai calon PR berkecai lebur hancur berkubur.
UMNO jenis parti mudah lupa .. Pakatan Rakyat lagi kuat diasak lagi kuat erat dan rapat perpaduan dan kesepatakan serta kesatuannya.
Propaganda jahat murahan UMNO telah terjawab dan dapat dipatahkan oleh Sdr Suhaizan Kayat malam ini .. Tahniah!!!!
SUASANA SOLAT JUMAAT DI MASJID QARIAH BATU 10, CHERAS KAJANG .. KEHADIRAN DSAI TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN DENGAN KHALID DAN AZMIN BERMASAM MUKA????
BIAR GAMBAR BERBICARA.
Tengah hari tadi DSAI bersama Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali untuk solat Jumaat di Masjid Qariah Batu 10, Kajang.
Apakah rakyat tempatan atau lebih tepat pengundi berdaftar DUN N25 Kajang dari warga Bani Melayu beragama Islam tolak kehadiran DSAI sebagai wakil rakyat mereka?
Apakah tiada suasan dan perasaan mesra antara Khalid dengan Azmin?
Lihat, fikir dan nilai kerana rakaman gambar tidak memperdaya kita .gambar mampu mengisahkan seribu bahasa.
RAKAMAN BEBERAPA KEPING GAMBAR TGNA TELAH MENGAKAD NIKAH EXCO KERAJAAN KELANTAN, YB DATO' ABDUL FATAH MAHMOOD.
YB Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat, Mursidul Am PAS, sebentar tadi telah mengakad nikah YB Dato Abdul Fatah Mahmood, ahli exco Kerajaan Negeri Kelantan dan pasangannya, Wan Sakinah Wan Ismail di Kampung Banggol, Kota Bharu.
Abdul Fatah merupakan wakil rakyat Dun Bukit Panau Tanah Merah di mana isterinya sebelum ini telah meninggal dunia pada Mei tahun lepas.
Tahniah semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat.
GAMBAR SEORANG PEMUDA DI NEGARA INDIA DAPAT GAJI PERTAMA KUMPUL BUDAK-BUDAK MISKIN BELANJA MEREKA MAKAN DI RESTORAN MCDONALD TERSEBAR DI ALAM MAYA.
Omak Kau cukup terharu akan nilai budi hati seorang pemuda di negara India apabila mendapat gaji pertama telah mengumpulkan beberapa budak-budak miskin yang berlegar dan bersepah dijalanan jamu mereka ke Restoran Mc Donald.
Rakaman gambar ini menceritakan segala-segalanya ... mulia sungguh hati pemuda India ini.
Salute dan tabik spring melantun bertingkat-tingkat dari Omak Kau.
EDISI TEMBELANG PECAH KANTOI .... PEGUAM UMNO MEMANG MENYIMPAN HASRAT MAU MENJADI PEGUAM NEGARA.
Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak menyembunyikan cita-cita beliau untuk menjadi peguam negara akan datang, dengan tujuan untuk berkhidmat kepada masyarakat, bukan untuk membuat duit.
"Saya akan mengambil apa sahaja jawatan untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya pada sidang akhbar di pejabat mewahnya di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Shafee , 61, berkata terdapat desas-desus beliau bakal menjadi peguam negara sejak zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kira-kira 20 tahun lalu.
"Terdapat artikel yang menulis berkenaan perkara ini. Ada pihak yang sengaja mereka-reka cerita dan berteka-teki," katanya yang pernah menjawat jawatan timbalan pendakwa raya sebelum berhijrah ke sektor swasta.
Shafee berkata, sebarang jawatan dalam kerajaan bukanlah berkenaan wang.
"Anda membuat wang apabila bekerja dengan swasta," katanya.
Shafee yang dilantik secara mengejut sebagai timbalan pendakwa raya untuk memimpin pasukan pendakwaan bagi membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes liwat pada 2012, berkata pelantikan ini juga perlu dilihat dalam situasi yang sama.
Beliau berkata, pelantikan peguam negara adalah hak perdana menteri.
Bagaimanapun, katanya, sesiapa sahaja yang layak boleh menjadi peguam negara tetapi kebiasaannya kerajaan melantik mereka yang berkhidmat dalam bidang kehakiman dan perkhidmatan undang-undang.
"Mungkin kerajaan sudah maklum dan melihat hasil kerja calon berkenaan," katanya sambil menambah bahawa terdapat ramai yang berkelayakan dalam bidang itu termasuk swasta bagi memegang jawatan yang berkuasa dan berpengaruh itu.
Peguam Negara sekarang, Tan Sri Abdul Gani Patail dilantik pada 2002, adalah daripada bidang perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.
Shafee berkata, kedudukan peguam negara sama dengan kedudukan hakim Mahkamah Persekutuan dan mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya tempoh perkhidmatan selama 10 tahun sama ada kerajaan atau swasta, layak untuk memegang jawatan tersebut.
"Sudah tentu kriteria lain untuk jawatan itu adalah ilmu dan pengetahuan undang-undang yang mantap serta matang," katanya.
Awal bulan ini, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Shafee yang didenda sebanyak RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguam cara kerana melanggar peraturan publisiti di bawah Akta Profesion Guaman.
Pada 27 September 2009, akhbar The Star memaparkan artikel mengenai Shafee, yang dikatakan "melobi" peguam Umno itu.
Majlis Peguam melaporkan perkara itu kepada Lembaga Disiplin Peguam dan Shafee didakwa dan siasatan dilakukan.
Beliau didenda RM5,000 pada 5 Oktober 2012 kerana salah laku. Shafee sejak itu memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
Beliau dipanggil untuk sesi bertemu akhbar semalam untuk mengemas kini kepada media berhubung permohonan Anwar untuk membatalkan dirinya sebagai ketua pendakwa.
Rayuan Anwar atas permohonan kedua untuk membatalkan Shafee akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 11 Februari manakala Mahkamah Rayuan akan mendengar kes liwat pada 12 Februari.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Desa Damansara unit kondominium di Bukit Damansara, antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Gani melantik Shafee pada 2 Julai sebagai timbalan pendakwa raya mengikut Seksyen 376 (3) dan 379 Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Anwar memfailkan permohonan pertama untuk membatalkan Shafee atas alasan beliau bukan seorang yang layak dan sesuai tetapi ia ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 21 November.
Peguam bagi pemimpin pembangkang berhujah bahawa akan bercanggah kepentingan jika Shafee dilantik kerana ia merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes liwat itu.
Anwar kemudian memfailkan permohonan kedua untuk menyingkirkan Shafee pada 2 Disember berikutan akuan bersumpah bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.
Di dalam akuan bersumpah sebanyak 31 halaman itu, Mat Zain mendedahkan bahawa beliau bersama Shafee dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusof ke rumah Dr Mahathir pada Aidilfitri tahun lalu dan didakwa membincangkan salah laku Gani .
Pada 20 Disember, Mahkamah Rayuan menolak permohonan itu atas alasan akuan bersumpah berkenaan tidak relevan kepada Shafee dan mahkamah juga mempersoalkan kesahihan dokumen itu.
Thursday, 30 January 2014
PRK DUN N25 KAJANG ... APA LAGI MACAI UMNO MAU.
CALON N25 KAJANG YANG DIPERSETUJUI IALAH DATO SERI ANWAR IBRAHIM ... Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor.
SETUJU PENCALONAN ANWAR DAN HARAP KITA MEMPEROLEHI KEJAYAAN CEMERLANG ... YB Lim Kit Siang Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah.
PAS TAK AKAN BOIKOT KEMPEN DI KAJANG DAN AKAN MENYOKONG PKR ... Tuan Hj Mohammad Sabu Timbalan Presiden PAS.
SELURUH KEKUATAN JENTERA DIGERAK UNTUK PASTIKAN KEMENANGAN DI KAJANG ... YB Azmin Ali Timbalan Presiden KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa.
Kalau kenyataan-kenyataan ini pun masih tidak boleh nak hadam dan faham ... lebih baik berhenti jadi manusia.
MACAI UMNO SEBARKAN GAMBAR BAHAWA SELAIN SOTONG KANGKUNG, MAKANAN KEGEMARAN NAJIB RAZAK IALAH BISKUT KERING????
Punyalah nak tunjuk dan beritahu rakyat yang Presiden terulung dan teragung UMNO dalam sejarah penubuhannya Dato' Seri Hj Mohd Najib bin Tun Abd Razak bersama isterinya yang paling zuhud dalam dunia Datin Seri Hajah Rosmah bt Mansor pagi-pagi hanya makan biskut kering jenis murah dan bershopping pun di Pasaraya Jual Murah Econsave .. Pergh!!! .. cerita pasal pembaziran dan pemborosan itu adalah fitnah jahat rupanya.
Macam mana rakyat tidak kasih dan kagum dengan Perdana Menteri yang paling berjimat cermat dan sederhana dalam kehidupan seharian.
Sudah mula rasa kagum dan hormat dengan cara hidup seharian Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Cayalah sama lu Najib... Kepimpinan Melalui Teladan... pemimpin agung contoh .. ikon dunia.
Jadi yang para blogger UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO dok serang Najib kata pemboros .. Nah!!! sila lihat gambar yang dijaja oleh macai UMNO ini.
Insaflah ... hentikan buat cerita yang Najib Razak dan Rosmah Mansor pemboros melampau ok???????
Ooppss ... sebelum Omak Kau terlupa .. itu hari bukan main kencang kempen boikot Pasaraya Econsave kerana towkeynya orang DAP .. Jadi nampaknya Najib sudah sokong Cina DAP lah ye???? MUAHAHAHAHAHAHAHAHA.
PRK DUN N25 KAJANG .... MACAI UMNO SUDAH BANKRAP ISU DAN MUFLIS POLITIK SAMPAI SANGGUP BERDEMO DEPAN BALAI POLIS KAJANG BANTAH DSAI BERTANDING!!!!
ANWAR BUKAN ANAK JATI KAJANG ... ANWAR JEPUN TOLAK KAJANG PUN TOLAK .... KAJANG TOLAK ANWAR .... PENGUNDI KAJANG JANGAN TERTIPU ..
Begitulah antara ayat yang tertulis pada beberapa plakad yang dijulang oleh macai-macai UMNO tidak sampai 20 orang berselindung di belakang NGO entah apa nama Omak Kau pun dah hilang perkiraan .. terlampau banyak sangat .. nama lain tapi orangnya sama.
Kejadian memalukan ini berlaku hari ini jam lebih kurang 3.00 ptg .. Lokasi Ibu Pejbat Polis Daerah Kajang.
Begitu sekali terdesaknya bankrap isu dan muflis alasan dan cara politik UMNO sampai sanggup berdemo depan balai polis Kajang dan selepas itu buat laporan polis.
Punyalah bangang kangkung hapraknya para penyokong UMNO takut menggeletar kepala lutut takut kecut perut bila dapat khabar DSAI akan bertanding di PRK DUN N25 kajang sebagai calon Pakatan Rakyat.
DSAI hanya menggunakan haknya untuk bertanding PRK Kajang kerana tidak ada sebarang halangan undang-undang untuk menyekat beliau daripada menawarkan dirinya kepada pengundi di Kajang sebagai wakil mereka .... DSAI memenuhi semua keperluan undang-undang untuk bertanding.
Ikut undang-undang dan perlembagaan negara kriteria bagi seseorang calon untuk bertanding kerusi DUN beliau mestilah warganegara Malaysia, beralamat di negeri yang ingin ditandingi, berumur lebih 21 tahun, sempurna akal, tidak muflis, tidak memegang jawatan berpendapatan dan tidak pernah di penjara melebihi satu tahun (tetapi boleh bertanding selepas tamat hukuman).
Alamat kad pengenalan calon mestilah di negeri tersebut, contohnya dalam kes kekosongan Dun Kajang. Mana-mana calon yang ingin bertanding, perlu beralamat di Selangor.
Omak Kau ingatlah, cara macai-macai ini berdemo jangan katakan rakyat Kajang rasa malu .. Perkasa, Jati dan Pekida pun malu tutup muka tengok gelagat beberapa kerat yang buat kerja tidak guna akal dan otak... Mesti mereka ingat dan berkata .. Ingatkan aku yang bodoh rupanya ada lagi macai lebih bodoh.
BERITA GEMBIRA PRK KAJANG ... NAJIB SUDAH ANGKAT BENDERA PUTIH SURRENDER??????
Omak Kau tengok macam BN tak nak bertanding jer .... macam takut jer .... macam menggigil jer ... macam pucat jer .... macam dah tahu kalah jer .... macam takut hilang wang deposit jer ..
Kalau BN tak mau bertanding eloklah .. jimat sikit wang rakyat .. tidaklah berlaku kesesakkan lalu lintas .. tiadalah berlaku kacau bilau.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mahu melayan cabaran Timbalan Presiden PKR Azmin Ali untuk bertanding di pilihan raya kecil Kajang.
Najib berkata ia masalah 'dalaman' PKR dan beliau tidak mahu dilibatkan bersama.
"Ini bukan masalah saya, ini masalah mereka. Saya tiada masalah.
"Kenapa tolak perkara ini kepada saya?" kata beliau dalam sidang media di Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Semalam Azmin mencabar Najib untuk bertanding di Kajang menentang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar ketika mengumumkan pencalonan dirinya minggu lalu turut meminta BN tidak meletakkan calonnya bertanding dalam PRK itu.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut membayangkan Umno perlu bertanding sekiranya MCA, yang secara tradisi memegang kerusi DUN Kajang, tidak mempunyai calon sesuai.
Bagaimanapun Najib tidak mahu memberi komen sama ada BN akan bertanding atau tidak sebelum mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi BN
"Biar MT buat keputusan tunggu.
"Biar saya teliti semua pendapat sebelum buat keputusan. Mesyuarat (MT) hanya selepas Tahun Baru Cina," katanya.
MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN TUBUH JAWATANKUASA PEMILIHAN PUSAT LAKSANA PEMILIHAN KEADILAN 2014.
Lepas PRK DUN N25 Kajang, semua anggota KEADILAN akan tumpukan pemilihan KEADILAN 2014.
Omak Kau dah ada beberapa calon pada firasat dan bisikan hati yang layak menjadi pemimpin dan peneraju parti .. Ada yang inkumben . Ada yang perlu muka baru .. Inkumben yang perform dan deliver mesti dipertahankan ... Yang gagal dan dilihat sudah lesu tidak bermaya harus di tukar ganti dengan wajah segar dan baru serta lebih bermutu.
Prinsip Omak Kau .. If your are good your are good.
Majlis Pimpinan Pusat dalam mesyuaratnya pada 15 Januari 2014 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk melaksana dan mengawal selia Pemilihan Parti 2014.
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) ini dipengerusikan oleh Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sg Petani, Timbalannya, Datin Paduka Tan Yee Kew dan tujuh orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada kalangan anggota kanan Parti yang berwibawa dan berpengalaman luas dalam pemilihan dan pilihan raya.
Parti Keadilan Rakyat adalah parti yang pertama di Malaysia yang memberikan hak kepada anggota terbanyak untuk memilih pucuk pimpinan melalui pengundian terus (direct election) bermula pada Pemilihan 2010.
Pemilihan kali ini adalah penerusan kepada proses yang diamalkan pada pemilihan 2010 dengan pembaharuan-pembaharuan berikutan kerangka Perlembagaan baru Parti yang diluluskan pada 24 November 2014 yang antaranya:
1. Pencalonan secara individu oleh calon dengan memansuhkan pencalonan dari Cabang
2. Pengundian secara serentak di peringkat Cabang dan Pusat
3. Tempoh masa Pemilihan yang lebih pendek berbanding Pemilihan 2010
Dengan tertubuhnya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) seperti yang diumukan hari ini, maka saya mengambil kesempatan ini menyeru keanggotaan Parti semua peringkat mempersiapkan diri bagi mengambil bahagian dan memilih dalam suasana persaingan yang sihat dan demokratik.
Saifuddin Nasution Ismail
Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat
FAKTA YANG DI SOROKKAN OLEH UTUSAN, BERITA HARIAN, TV3 DAN RTM ... PELABUR ASING TIDAK MAHU MELABUR DI PASARAN MALAYSIA!!!!
Pengurus dana antarabangsa sedang mengelak daripada melabur di pasaran Malaysia berikutan kadar inflasi negara yang jatuh pada tahap terendah sejak 2010, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ).
Pasaran saham Malaysia lemah di mata dunia selepas jatuh 4.5% bulan lalu dengan hutang kerajaan mencecah kadar tertinggi sejak 2010 yang menyebabkan kadar mata wang Malaysia jatuh hingga tahap terendah minggu ini.
Ini meletakkan kadar ringgit terendah di Asia selepas won Korea dan peso Filipina.
Ketua Pasukan Pendapatan Tetap Asia di J.P Morgan Asset Management, Hong Kong, Stephen Chang, berkata syarikatnya sedang mengambil langkah berhati-hati dengan pasaran Malaysia kerana kadar ringgit yang rendah.
Chang berkata, susulan daripada kadar ringgit yang rendah, Malaysia akan memendekkan bon untuk mengelak daripada kenaikan kadar faedah lantas menurunkan nilai bon tersebut.
Katanya, kenaikan kadar deposit untuk akaun pertukaran asing membuatkan pelabur Malaysia mencari jalan perlindungan daripada mata wang yang semakin rendah.
Pengurus Pelaburan di Invesco Singapore, Jalil Rasheed, berkata lawatannya ke Malaysia baru-baru ini mendapati pengeksport daripada Malaysia memegang ketat kepada mata wang Amerika Syarikat dan enggan menukarkannya ke ringgit kerana kadar dolar Amerika Syarikat semakin tinggi.
"Menjadi tren di kalangan rakyat Malaysia untuk menukar mata wang ringgit daripada simpanan kepada mata wang asing kerana risau dengan nilai ringgit yang semakin susut," kata pakar kadar kewangan Asia di Deutsche Bank di Singapura.
"Pemilik bon dari negara asing di Malaysia sangat tinggi dan ini sangat merisaukan kerana ramai yang mempersoalkan kesan kepada pasaran Malaysia sekiranya pemilik asing bon kerajaan menarik balik pelaburan mereka," kata Elsie Tham daripada Manulife Asset Management Malaysia.
Dengan kadar ringgit yang semakin rendah, Malaysia menyertai senarai pasaran saham lemah di Asia Tenggara seperti Thailand yang sedang riuh dengan bantahan politik dan Filipina yang baru ditelan taufan yang mengorbankan ribuan rakyat.
Laporan WSJ tersebut turut menuding jari kepada langkah kerajaan yang memotong subsidi bagi gula dan minyak petrol demi membendung pembelanjaan kerajaan serta menutup defisit bajet.
Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang tetap melabur di pasaran Malaysia kerana kadar eksport yang tinggi dan langkah kerajaan untuk menghentikan defisit dihadapi negara sejak krisis kewangan Asia pada 1997 hingga 1998.
EDISI KETAWA TERBAHAK SAMPAI TERBERAK!!!! ... PRK DUN N25 KAJANG ... PRESIDEN MCA LIOW TIONG LAI SEBAGAI CALON BN ???????
Tee Keat : Liow Calon Sesuai Bertanding PRK Kajang
"Saya menyeru Pengerusi Jawatankuasa (Pusat) Pilihan Raya Kecil Kajang Datuk Dr Wee Ka Siong untuk mencalonkan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai calon BN dan MCA di Kajang.
"Dalam perspektif kepentingan partisan, kemenangan beliau kepada Barisan Nasional Semestinya akan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai Pengerusi MCA Selangor dan menyelamatkan parti dari terus malu dengan tidak mempunyai wakil dalam Dewan Undangan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas mengenai perletakan jawatan ADUN Kajang Lee Chin Cheh yang disifatkannya sebagai pengkhianatan kepercayaan, Ong menjelaskan PRK Kajang juga akan menguji kepercayaan komuniti Cina kepada kepimpinan Liow yang baru dilantik sebagai Presiden MCA.
"Memandangkan kawasan Kajang diduduki 40.4 peratus pengundi Cina, keputusan pengundian akan menjadikan sebuah kajian terbaik untuk melihat sokongan kaum Cina kepada parti.
"Delegasi pusat parti yang mengundi pemimpin baru ini seharusnya mempunyai keyakinan penuh dengan kebolehannya untuk memenangi kerusi tersebut untuk parti," katanya lagi.
Ini cadangan bekas Presiden MCA jer .. tapi taubat lahom tidak berani punya ... Najib di cabar oleh Azmin Ali pun menikus lintang pungkang lari tidak sanggup dan kecut perut inikan pula Presiden MCA ...
BILA PENJAGA TANDAS BANGLA NAIK ANGIN SATU BADAN!!!!
Macam mana tidak naik angin .. petugas keselamatan tidak jaga tandas dengan baik dan bersikap sivik ..
TADAS SECURITY .... KENCIN KALU CUCI KASI AIR .. BERAK KALU TARUK KASI AIR .. CUCI MUKO TIDA KASI BOLEY SINI ...ROKOK ISAP MANA BOLEY SINI .. TISU PAKAI BUANG JANGAN SUKA SUKA!! .. ROTI PAKAI KALU JANGAN BUANG SUKA!!
SILA YEKUT AREYHAN!!!
Marah betul mat bangla ni kepada pengawal keselamatan lelaki dan perempuan . .. Aapa-apa pun apa yang cuba diluahkan itu ada kebenarannya.. Mohon yekut areyhan.. OK????
PRK DUN N25 KAJANG .... BELUM PENAMAAN CALON UMNO DAN MCA SUDAH GADUH BESAR BEREBUT SIAPA YANG LAYAK JADI CALON BN!!!!
Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda MCA Malaysia bertegang urat bertengkar siapa yang layak wakili BN di PRK DUN N25 Kajang .
Kali ini giliran orang tua UMNO dan MCA pula bergumpal nak berebut siapa yang lebih layak wakili BN menentang DSAI .
Presiden MCA kata MCA akan letakkan calon atas alasan itu kerusi yang diperuntukkan kepada MCA atas semangat BN ...., Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat pula kata suara akar umbi konon maukan UMNO menjadi calon sebab katanya MCA tiada sokongan langsung .. Dengan lain perkataan MCA ini parti tin kosong .. bunyi bising nyaring tapi debu sedikit pun tak lekat.
Kaum Tionghua tidak sokong MCA.. Apa UMNO ingat kalau letak calon UMNO maka berduyun-duyun habis semua pengundi Tionghua sokong UMNO?
Apa-apa pun itu hal rumah tangga BN . Omak Kau malas nak masuk campur .. mereka nak bergaduh ke, bertekak ke, bergumpal ke .. Itu hak mereka meluahkan perasaan dalam linkup demokrasi .. Tapi yang pasti akhirnya BN juga akan terlingkup.
PRK DUN N25 KAJANG .... KEPUTUSAN DI AMBIL PIMPINAN PR TEPATI SYARIAH DAN AMALAN DEMOKRASI.
Keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan Pakatan Rakyat pada 28 Januari 2014 berkaitan isu
DUN Kajang, adalah suatu yang tepat dan betul berasaskan prinsip-prinsip di dalam disiplin al-Qawa’id al-Fiqhiyyah (Kaedah-Kaedah Fiqh) yang relevan dengan realiti terkini perkembangan politik Malaysia.
Sukacita dijelaskan, bahawa ijtihad politik yang dilakukan oleh KEADILAN ini, sememangnya mempunyai justifikasi yang kukuh berasaskan prinsip dar’u al-mafasid muqaddamun ‘ala jalbil al masalih (menghindarkan berlakunya kerosakan adalah diutamakan sebelum berlakunya sesuatu kebaikan).
Dengan lain perkataan, demi mempastikan sesuatu kebaikan yang dirancang itu benar-benar berlaku, maka semua perkara yang mungkin menjadi faktor penghalangnya hendaklah dihindarkan.
Sehubungan ini, kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkaitan hal amat menarik dan dialu-alukan. Beliau menasihatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada dan tidak terjebak dengan adu domba pihak musuh.
Sebagai seorang negarawan yang begitu masak dengan selok belok politik negara, beliau melihat bahawa keputusan yang telah dibuat dalam isu ini adalah suatu yang positif dan tentulah mempunyai ‘illah (sebab) yang tersendiri.
Justeru, dalam menentukan pendirian kita mengenai sesuatu perkembangan politik semasa, hendaklah bersandarkan kepada maklumat yang cukup berasaskan sumber-sumber yang autentik.
Maka itu, tindakan-tindakan yang bersifat taksub, emosional dan tergopoh-gapah hendaklah dielakkan. Seorang pemimpin politik yang sekian lama dikenali sebagai pejuang rakyat dan telahpun begitu banyak berkorban demi kebajikan rakyat sejak dari usia mudanya, sudah pasti membuat keputusan politik yang
Sesungguhnya, politik itu adalah suatu dinamik. Memang ada ketikanya, keputusan dan tindakan yang mengejut terpaksa dilakukan di luar dari jangkaan. Keberanian seseorang pemimpin untuk membuat keputusan demi mencapai perubahan yang lebih baik adalah suatu yang wajar.
Hakikatnya, perkembangan ini adalah suatu yang tabi’e sebagai penerusan perjuangan dan kebangkitan rakyat.
Sememangnya kita sedar, bahawa cabaran yang sedang dilalui ini tidaklah mudah. Sebahagian dari kita mungkin berjaya dikelirukan dan bakal tercicir ditepian perjalanan. Namun percayalah, gelombang kebangkitan rakyat bersama kebenaran dan keadilan ini akhirnya akan tetap mencapai kemenangan.
Kebatilan dan kepalsuan akan tetap pudar dan tenggelam di arus perubahan.
“Dan katakanlah, “Telah datang kebenaran dan hilang lenyaplah perkara yang salah. Sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.” (Al Israk: 81).
Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan KEADILAN
Wednesday, 29 January 2014
PRK DUN N25 KAJANG .. PAS TIDAK AKAN BOIKOT MALAHAN MEMBERIKAN KERJASAMA DAN MENYOKONG PENCALONAN DSAI.
Kenyataan ini sudah pasti bakal mengundang tidak senang dikalangan yang menentang keras pencalonan DSAI sebagai calon PR DUN N25 Kajang dan sekali gus melenyap dan mensenyapkan terus kata-kata dan pandangan songsang kalangan penyokong dan pendokong PAS.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti itu tidak akan memboikot kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.
Beliau menegaskan demikian walaupun mengakui pandangan keras PAS Selangor dan Dewan Pemudanya semalam, yang mengkritik tindakan PKR mengosongkan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada PRK.
Bercakap dalam satu sidang akhbar bersama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Mohamad berkata PAS tidak akan memboikot PRK tersebut dan akan menyokong PKR.
Anwar yang juga ketua umum PKR akan dicalonkan bertanding kerusi DUN Kajang berikutan peletakan jawatan mengejutkan penyandangnya, Lee Chin Cheh dua hari lepas.
UNTUNGNYA ADA PRK DUN N25 KAJANG DSAI JADI CALON PR .... BELUM APA-APA HAJAT DAN HASRAT NAK NAIKKAN TOL DIBATALKAN!!!!
Lembaga Lebuh Raya Malaysia melalui Ketua Pengarahnya Datuk Ismail Md Salleh memberitahu bahawa kerajaan UMNO/BN belum lagi membuat keputusan mau menaikkan tol.
Sebelum ini bising bangau hiruk pikuk gegak gempita riuh rendah satu negara bahawa tol akan di naikkan.
Tup tup bila ADUN Kajang letak jawatan dan PKR menamakan DSAI sebagai calon PKR/PR terus hasrat dan niat mau menaikkan tol di batalkan ... sampai bila tidaklah diketahui tetapi pukulan PRK memainkan peranan untuk menangguhkan kenaikkan tersebut.
Jadi siapa kata PRK merugikan rakyat secara pukal sedang nikmatnya sudah pun mulai dirasai dan dinikmati .. Itu belum lagi masuk projek kilat segera untuk rakyat Kajang yang sekian lama tertangguh.
PRK DUN N25 KAJANG .... KENYATAAN MURSYIDUL AM PAS, TGNA BILA DI AJUKAN SOALAN.
Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya.
Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan.
Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa.
Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi.
Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.
Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti.
Sebab itu semalam Omak Kau cakap .. jangan adanya pihak bertindak dan bercakap lebih sudu dari kuah ..
Omak Kau pun muak juga dengan segelintir "pendokong" Pakatan Rakyat yang mengeluarkan pendapat dengan fikiran selapis dan selorong.
KENYATAAN BEKAS ADUN KAJANG YANG TIDAK DI SUKAI OLEH MEREKA YANG MAU MELIHAT PUTRAJAYA DIRAMPAS OLEH PAKATAN RAKYAT PADA PRU 14 NANTI.
Bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh hari ini memohon maaf kepada pengundi Kajang kerana tidak dapat menunaikan janji untuk terus mentadbir kawasan tersebut.
Lee berkata keputusan tersebut diambil bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil di situ.
Menurutnya, lamngkah itu dilakukan untuk membuka laluan kepada Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.
"Saya minta maaf kepada rakyat tidak dapat menunaikan janji terus mentadbir di Kajang.
"Saya membuat keputusan untuk kepentingan bersama bukan hanya kepada PRK tetapi untuk Pakatan Rakyat umumnya.
"Langkah ini akan melangkah dengan lebih dekat kepada misi mendapatkan Putrajaya," katanya ketika taklimat pilihan raya kecil Kajang di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, Kajang.
Lee turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Kajang kerana memilih beliau sebagai ADUN dalam pilihan raya umum lalu.
Kalau masih lagi ada syak wasangka curiga atas politik taktikal yang di ambil PKR ini maka penjelasan ini akan memberikan sedikit pencerahan.
Undur selangkah demi memecut kehadapan.
PRK DUN N25 KAJANG .... KALAU UMNO/BN RASA DIRI KUAT DAN HEBAT ... PKR CABAR NAJIB BERTANDING LAWAN DSAI.
PKR mencabar Barisan Nasional (BN) agar tidak meletakkan calon mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang daripada parti komponen MCA dan Gerakan, sebaliknya, mereka mahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanding satu lawan satu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata BN seharusnya meletakkan calon mereka daripada Umno di kerusi berkenaan jika merasakan parti Melayu itu mempunyai sokongan yang kuat.
"Kalau Umno hebat, letak Najib. Jangan letak MCA, Gerakan sebagai calon," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu ketika sesi taklimat bersama jentera PKR di Kajang, hari ini.
"Setuju atau tidak?" soal Azmin, dan disambut dengan jerita “Setuju!" daripada jentera PKR yang berkumpul di Dewan Serbaguna Sekamat.
Kekosongan kerusi DUN Kajang berlaku selepas Lee Chin Cheh, bekas Adun kawasan berkenaan melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.
Difahamkan, tindakan ketua pembangkang itu adalah untuk meredakan kemelut "perang dingin" antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tindakan Anwar turun bertanding kerusi negeri itu juga dikatakan cubaan untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
"Ini bukan satu perjudian seperti yang dituduh pelbagai pihak. Ini bukan satu percubaan.
"Ini satu komitmen bertanggungjawab yang ditunjukkan kepimpinan tertinggi bukan sahaja PKR tetapi Pakatan Rakyat (PR).
"Tidak mudah masyarakat biasa faham bagaimana tokoh besar yang (pernah) diangkat sebagai calon perdana menteri kini turun ke Kajang," kata Azmin dalam ucapannya.
PRK DUN N25 KAJANG .... SUASANA PELANCARAN JENTERA KEADILAN.
Perlancaran Jentera PRK Kajang 29.01.2014 Jam 09.30 Pagi Dewan Orang Ramai, Sungai Sekamat, Kajang, Bersama Majlis Kepimpinan Negeri yang dilancarkan oleh Pengerusi MPN Selangor YB Azmin Ali.
Sambutan para petugas cukup bersemangat sekali untuk mempastikan kemenangan cemerlang bergaya calon PKR yang mewakili gagasan Pakatan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Isu remeh hingit bingit diketepikan ... matlamat utama ialah membawa kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat dengan menumbangkan calon yang diketengahkan oleh UMNO/BN.
Kesetiaan dan kepercayaan kepada perjuangan parti akan di uji ... Omak Kau akan tetap tenggelam timbul dengan parti yang Omak Kau dakap dan percayai.
Kalau terperangkap dengan isu remeh temeh jangan berbicara mengenai perjuangan... Membujur lalu melintang patah .. Lawan Tetap Lawan.
Ketua Cabang KEADILAN Kapar Sdr Azizi Ayob turut hadir bagi menyatakan sokongan serta ikrar janji bahawa semua anggota KEADILAN Cabang Kapar yang diketuai sendiri oleh beliau akan bersama-sama untuk memastikan Calon PKR/PR DSAI menang bergaya.
EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI!!!! ... ADA MACAI FITNAH KONONNYA SEORANG ANGGOTA POLIS KENA PUKUL TURUNKAN BANNER KALIMAH ALLAH DENGAN GUNA GAMBAR KISAH LAIN!!!!
Inilah akal satu akaun FB atas nama Persatuan Mukabuku Pulau Pinang yang sejak kebelakangan ini cukup rancak dan ligat membuat fitnah adu domba perkauman dan agama di Pulau Pinang.
Buat satu status dengan kata-kata ...Semakin menjadi bangsa cinabeng ni .. Mencabar orang melayu dan anggota polis. Anggota polis ini telah di pukul sekumpulan Samseng cinabeng ketika anggota polis itu Menurunkan bannner penghinaan kalimah allah.
Hakikatnya gambar digunakan ialah mengenai seorang anggota FRU kena serang oleh penyokong Sarawak dalam pertandingan bolasepak bulan April 10hb 2012.
Semakan dapati tiada kejadian anggota polis kena pukul pun sebab nak turunkan banner Kalimah Allah.
Untuk apa tujuan sampai begini sekali ingin mengwujudkan suasana tidak tenteram dan harmoni dalam negara kita ... Apakah macai ini ingat cara ini akan berduyun-duyun orang Melayu melompat masuk menyokong UMNO/BN?
Perlunya dan sewajarnya pihak berwajib ambil tindakan tegas kepada pengendali akaun FB ini kerana cuba menimbulkan rasa tidak tenteram dan selamat dinegara kita.
Ketenteraman dan Keselamatan Awam adalah prioriti utama yang mesti di jaga dan di pelihara. .. gelagat pihak-pihak tertentu yang cuba menganggu gugat ketenteraman dan keselamatan awam mesti diambil tindakan tegas.
Diperturunkan gambar dan kisah sebenar yang dicilok oleh pemfitnah jahat ini ....
Tuesday, April 10, 2012
Kita Tengok Apa Tindakan FAM....
SEORANG anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikejarkan ke hospital akibat parah dibelasah dua orang penyokong fanatik pasukan bola sepak Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.
Dalam kejadian berkenaan, dua orang anggota FRU cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Sarawak dan Kelantan namun berakhir dengan keadaan ngeri apabila dua penyokong itu bertindak ganas dengan menumbuk salah seorang anggota FRU bertubi-tubi sehingga pengsan.
Salah seorang penyerang dengan gaya rambut Mohawk bagaimanapun turut sama campur tangan dengan cuba menghalang seorang anggota FRU lain dalam memberi bantuan kepada rakannya yang sudah tidak sedarkan diri itu.
Kekecohan mula berlaku apabila sekumpulan penyokong kedua pasukan bola sepak Sarawak dan Kelantan itu saling mencemuh antara satu sama lain sebelum pergaduhan mula tercetus.
Kira-kira 30 anggota dikejarkan ke kawasan tempat duduk penonton dalam cubaan meleraikan pergaduhan yang mungkin akan berakhir lebih teruk.
Bagaimanapun dua orang penyerang itu berjaya melepaskan diri dan dipercayai berjaya ditangkap kira-kira 15 minit kemudian pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, kelekaan benteng pada lewat permainan menyebabkan kemenangan yang berada hampir dalam genggaman terlepas apabila Sarawak terpaksa berkongsi mata selepas seri 1-1 menentang Kelantan, malam tadi.
Beraksi di depan 20,000 penyokong, skuad Bujang Senang sudah mendahului seawal minit ke-12 apabila sepakan percuma ketua pasukan, Guy Bwele melencong masuk menerjah pintu gol pelawat yang dikawal Mohd Shahrizan Ismail.
Bagaimanapun, Kelantan yang beraksi longlai separuh masa pertama bangkit menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan tetapi usaha mereka gagal sehinggalah pada minit ke-85 apabila Norfarhan Mohamad melepaskan rembatan padu untuk gol penyamaan.
Tuan rumah sepatutnya meraikan kemenangan pada minit ke-90, tetapi pemain import baru mereka yang pernah beraksi bersama kelab German, VfL Bochum dan Liga Greek, Panathinaikos, Joel Epalle gagal menampan bola ke dalam gawang.
Kedudukan itu bagaimanapun menyaksikan Kelantan kekal di tempat kedua, manakala Bujang Senang kekal di pertengahan liga.
Sumber : BeritaHarian Online
PRK DUN N25 KAJANG ... KENYATAAN TEGAS DAN JELAS KETUA WANITA SELANGOR KEADILAN.
Kenyataan Media Ketua Wanita Selangor Parti Keadilan Rakyat,
Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail 29 Januari 2014
Mengekalkan Kemenangan di Kajang Wanita Parti Keadilan Selangor akan memberikan sepenuh sokongan dan mobilisasi jentera pilihan rayanya bagi mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil di N25 Kajang nanti.
Pergolakan politik sentiasa menjadi cabaran dan lumrah untuk diatasi oleh para ahli politik. Yang penting ialah memastikan bahawa kita tidak dikalahkan oleh sebarang unsur yang ingin menggagalkan agenda reformasi. Parti Keadilan Rakyat adalah parti termuda di kalangan Pakatan Rakyat.
Setiap yang menginginkan yang terbaik akan melalui beberapa proses dan cabaran. Pimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mendokong dan menginginkan reformasi itu menjadi kenyataan akan meneruskan usaha yang diperlukan bagi merealisasikannya.
Lumrah juga dalam arena politik bahawa lawan akan menggunakan apa saja untuk memusnahkan apa yang ada di dalam genggaman kita. Tidak kurang juga mereka yang menangguk di air keruh, sering mengambil kesempatan dalam setiap krisis dan kekurangan.
Wanita Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor menyeru anggota parti dan rakyat fokus hanya terhadap meraih kemenangan bagi Dato’ Seri Anwar Ibrahim di N25 Kajang.
Reformasi!
Membujur lalu, melintang patah.
Rodziah Ismail
Merangkap Timbalan Ketua Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat dan ADUN Batu Tiga
Tuesday, 28 January 2014
PRK DUN N25 KAJANG .. KENYATAAN TARAF UGUTAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR GRED LEBIH SUDU DARI KUAH!!!!
Pemuda PAS Selangor mengancam memboikot kempen pilihan raya kecil Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.
"Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan yang menuntut agar PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Pemuda PAS.
"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihanraya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya.
Omak Kau sentiasa mengamalkan prinsip meraikan perbezaan pendapat dan pandangan tetapi jika sudah sampai ugut mengugut , gertak mengertak itu sudah lebih dan keterlaluan ... Inilah dinamakan cakap lebih sudu dari kuah ... Naib Presiden Kanan PAS yang mewakili PAS dalam perbincangan kepimpinan Pakatan rakyat yang juga hadir YB Dr Hatta Ramli telah menyatakan persetujuan dan sokongan atas perletakkan jawatan ADUN Kajang bagi memberi laluan suatu PRK di adakan.
Dalam kenyataan bersama semasa mengumumkan DSAI sebagai calon PKR/PR untuk PRK DUN N25 Kajang, Sdr Salahuddin Ayub telah menyatakan bahawa PAS akan memberikan sokongan penuh padu bagi mempastikan kemenangan calon PKR/PR iaitu DSAI.
Yang ada pemimpin bertaraf Ketua Pemuda PAS keluarkan ugutan ini apa cerita? ... Mengapa sudah berubah sikap dari wala' ke derhaka menentang?
Jangan berlagak lebih sudu dari kuah .. ADA BATASAN DAN CARA DALAM MENYATAKAN KETIDAK PUAS HATI.
PETALING JAYA: PAS hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan PKR yang meletakkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.
Naib Presiden PAS, Slahudin Ayub berkata, PAS sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat sentiasa mendokong semangat kebersamaan dan muafakat bersama PKR dan juga DAP.
"Ini semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat, setiap parti akan memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan itu milik Pakatan Rakyat, khususnya (kali ini) PKR," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Beliau ditemui selepas hadir mewakili PAS pada sidang media PKR hari ini di mana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang.
Turut hadir pada sidang media itu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke.
Mengulas lanjut, Salahudin berkata memang sudah menjadi kebiasaan mana-mana parti dalam Pakatn Rakyat yang bertanding, akan disokong oleh rakan parti yang lain dengan mengambil semangat calon itu adalah calon Pakatan Rakyat.
Mengulas pemilihan Anwar pula, Salahuddin berkata, ianya adalah keputusan terbaik yang dirasakan oleh PKR bagi menyelesaikan masalah dalaman parti itu, dan menerima secara terbuka.
"Pencalonan Anwar itu bagi saya isu dalaman PKR dan ia sebagai penyelesaian terbaik, kita diberitahu kekosongan dan tanggungjawab sebagai rakan Pakatan Rakyat kita akan memberi sokongan.
"Begitu juga jika berlaku dalam PAS mahupun DAP, parti-parti akan memberi sokongan," jelasnya.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada sidang media turut menyatakan sokongan kepada calon pilihan PKR itu.
Jelasnya, DAP akan memberi kerjasama penuh bagi memastikan Pakatan Rakyat di Selangor boleh mencipta kecemerlangan yang lebih baik.
EDISI KETAWA TERBAHAK SAMPAI TERBERAK!!!! ... PAPAGOMO BUAT LAPORAN POLIS MERASAKAN DIRINYA DIANCAM SEBAB ADA ORANG SNAP GAMBAR KERETANYA.
Wan Muhammad Azri Wan Deris a.k.a. Papagomo hari ini membuat laporan polis selepas tindakan pemandu peribadi kepada Peguam N Surendran mengambil gambar diri dan keretanya ketika beliau tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta pagi ini.
Papagomo berkata, beliau merasakan diri beliau terancam kerana tindakan mengambil gambar tersebut dikhuatiri mempunyai hubungkait dengan kes saman bernilai RM 100 juta antara dirinya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Lebih kurang jam 9.10 pagi ketika saya bersama pengawal peribadi dan pembantu saya tiba di perkarangan mahkamah muncul seorang lelaki india mengambil gambar kenderaan, cukai jalan dan nombor pendaftaran kenderaan saya.
"Ketika ditanya lelaki bangsa India itu menggunakan alasan bahawa saya telah meletakkan kenderaan di tempat yang salah dan apabila ditanya sekali lagi, beliau mengaku bahawa beliau adalah pemandu peribadi kepada Surenderan sebelum meninggalkan saya dengan tergesa-gesa.
"Sehubungan itu, saya membuat laporan polis kerana bimbang perkara yang tidak diingini berlaku ke atas saya," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini.
N Surendran merupakan peguam yang mewakili Anwar dalam kes Saman bernilai RM 100juta ke atas Papagomo dan prosiding tersebut telah bermula sejak semalam.
Laaaa... orang snap gambar kereta pun dah rasa terancam ... orang snap gambar kereta ketika di kelilingi pengawal peribadi dan pembantu pun boleh berpeluh menggigil ketakutan? ... ini apa punya jantan ni.
Polis pun tahu mamat papagomo ini bekas anggota polis pangkat konstable kena buang kerja sebab ambil rasuah RM400 dari penagih dadah semasa bertugas sebagai anggota Polis Trafik Balai Polis Ampang sampai masuk jel 14 hari dan denda RM10,000.
GAMBAR DUA TOKOH ULAMA NEGARA YANG SEMPOI DAN COOL.
Dato' Seri Presiden PAS TGHA menemani Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Dr Harun Din makan bersila di wad IJN cukup menyentuh kalbu Omak Kau.
Syukur AlhamdulillahTGHD kelihatan ceria dan bertambah sehat.
KECOH SATU DUNIA PASAL NAJIB DAN ADIKNYA BERTENGKAR MENGENAI SATU ARTIKEL YANG DIKATAKAN MENYINDIR KEPIMPINAN BELIAU SEBAGAI PM.
Artikel bertajuk “Mengenang kembali bapa saya, Tun Razak” yang ditulis jurubank terkemuka Datuk Seri Nazir Razak dikatakan menyebabkan kemarahan keluarga perdana menteri dan penyokongnya - dengan kemungkinan akan menyebabkan bos CIMB itu menerima akibatnya.
Menurut kem Datuk Seri Najib Razak, artikel tersebut yang menggambarkan legasi perdana menteri kedua Malaysia ibarat memberikan peluru kepada musuh beliau – kini menyerang dirinya dan isteri daripada pelbagai sudut.
Dalam artikel dikeluarkan sempena ulang tahun ke-38 kematian Tun Abdul Razak Hussein, Nazir meceritakan tentang kualiti yang menyebabkan bapanya dihormati. Sebagai seorang pemegang amanah aset negara, kesederhanaannya adalah lagenda.
Apabila keluarga menemaninya dalam lawatan rasmi kerajaan, Tun Razak memastikan perbelanjaan untuk keluarga daripada poketnya sendiri. Beliau juga terkenal dengan integriti, merupakan hamba kepada rakyat dan kepercayaan diberikan mestilah tidak boleh dikhianati.
Nazir berkata, bapanya sudah melaksanakan "Rakyat Didahulukan", sebelum slogan tersebut kedengaran dan percaya terdapat tempat bagi semua rakyat di bawah matahari Malaysia.
Difahamkan, artikel tersebut dikeluarkan untuk mengingatkan rakyat Malaysia mengenai legasi Razak dan juga mempertahankan nama keluarganya.
Artikel tersebut disukai ramai terutama yang tidak gembira dengan pencapaian Najib sebagai perdana menteri serta membiarkan peningkatan ektremisme kaum dan agama.
Ramai beranggapan artikel tersebut dikeluarkan tepat pada masanya di kala kerajaan berbelanja secara mewah dan sikap angkuh ahli politik pemerintah pada ketika rakyat Malaysia menderita akibat kenaikan kos kehidupan.
Tetapi di Putrajaya, artikel tersebut tidak disukai dan Nazir kini terpinggir daripada koridor kuasa.
Beliau kini tidak menikmati sokongan kerajaan sehingga terpaksa memikirkan pilihan pekerjaannya.
Wujud cakap-cakap mengatakan Nazir dilihat sebagai pengkhianat.
Apa yang pasti, hubungan di antara keluarga Najib dan penyokongnya dengan pengurus bank itu semakin dingin.
Sumber dekat memberitahu The Malaysian Insider terdapat banyak penentangan terhadap artikel tersebut termasuk nada tulisan, masa dikeluarkan dan motif di belakangnya.
Kumpulan Najib berkata, seolah-olah hanya Nazir yang menjaga legasi Razak. Sebagai tambahan mereka berkata, perlu ada kesetiaan kepada keluarga, terutamanya pada waktu sukar.
Dan mesej kepada perdana menteri dihantar melalui artikel disiarkan media tidak dikawal Umno. Artikel bertarikh 14 Januari itu disiarkan The Malaysian Insider, The Star dan Sinar Harian.
Difahamkan Najib dan adiknya bertengkar mengenai artikel tersebut, dan sebuah lagi artikel tentang isu sama disiarkan akhbar milik Umno New Straits Times, dua hari kemudian.
Walaupun diserang penulis blog pro kerajaan berhubung artikel tersebut, Nazir tidak berganjak dan mempercayai beliau mempunyai tanggungjawab kepada keluarganya untuk mengingatkan rakyat Malaysia mengenai legasi ayahnya dan mempertahankannya walau apa pun terjadi.
EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI!!!! ... JOM TENGOK WAJAH MACAI UMNO/BN GUNA AKUAN TWITTER ATAS NAMA MB SELANGOR HEBAHKAN 8 AHLI PARLIMEN PKR AKAN LETAK JAWATAN SEBELUM KHAMIS INI!!!
Punyalah terdesak tahap kangkung macai UMNO/BN dalam mengambil kesempatan perletakkan jawatan ADUN Kajang semalam.
Suatu akaun twitter didaftar atas nama MB Selangor tweet kononnya di jangka 8 lagi MP PKR akan letak jawatan sebelum hari Khamis tanda protes terhadap Anwar Ibarahim.
Laaaa .... yang tukang buka akaun MB Selangor adalah seorang macai UMNO/BN yang bernama Ramesh Rao Khrisnan Naidu.
Macha ni kerja dia siang malam pagi petang tukang laporan polis ... Patutlah Mahathir cakap yang menyokong UMNO ni jenis baka baghal bodoh tahap gaban.
Macha inilah yang buat bising kata BN jadi barua Pakatan Rakyat.
Monday, 27 January 2014
KENYATAAN MEDIA PERLETAKKAN JAWATAN SEBAGAI ADUN KAJANG.
Untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor”.
Ini merupakan penjelasan oleh Ahli Dewan Undangan Negara (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh atas perletakan jawatan beliau sebagai wakil rakyat.
Kenyataan Lee, yang juga dikenali sebagai CC Lee, dimuat naik dalam Facebook rasmi parti politiknya PKR.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil rakyat DUN N25 Kajang,” kata Lee dalam kenyataan tersebut.
“Saya terharu dengan kemurahan hati pengundi-pengundi di Kajang yang telah memberi kerjasama dan kepercayaan selama ini kepada saya.”
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...