Sunday 19 January 2014

GEMPAR!!!!! .... KETUA PEMUDA UMNO SABAH SUDAH MENGHINA PM!!!!


Ini sudah kes menghina dan biadap kepada PM ni ... kes sudah lawan towkey .... kes tidak hormat pada pemimpin teragung sendiri ... kes pecah tembelang temberang pemimpin teragung parti.

Wajar suatu demo bakar patung Ketua Pemuda UMNO Sabah diadakan dengan kadar segera sebagai tanda membela pemimpin bertaraf keramat hidup ini.


Sebahagian daripada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah didapati menjual barangan pada harga lebih mahal daripada kedai biasa, kata Ketua Pemuda Umno Sabah, Hafez Yamani Musa.


Berdasarkan kajian rawak dijalankan pemimpin Pemuda Umno itu, pihaknya melakukan tinjauan berkenaan sebagai sebahagian usaha mereka mengumpul data untuk menubuhkan Skuad Pengguna di negeri berkenaan.


“Apa yang menarik adalah alasan di sebalik perkara ini. Mungkin ia sebahagian daripada strategi untuk mengalih kos operasi kedai.


Sementara itu, portal Daily Express turut membuat tinjauan terhadap peniaga, dan mendapati harga kangkung tidak pernah turun seperti didakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Ahli Jawatankuasa Pengguna Daerah, Tukimin Tumin turut terkejut apabila beliau mengetahui penurunan harga kangkung sedangkan harga sayuran itu kekal berada pada kadar RM2 seikat.


Peniaga sayur, Surina Tapikon, 52, berkata, khabar angin penurunan harga sayuran juga tidak benar, namun tidak menolak kenaikan itu disebabkan peningkatan harga petrol yang dijadikan alasan.


Harga yang ditetapkan Gerakan Pengguna Daerah bagi harga sayuran adalah seperti berikut; tomato RM9 sekilo, bunga kobis RM9 sekilo, cili merah RM12 sekilo, sayur bunga RM3.50 sekilo, lobak merah RM5.50 sekilo, kangkung RM2 seikat.


Khabar angin berkenaan penurunan harga kangkung bermula selepas ucapan Najib ketika menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman.


Video berkenaan kemudiannya menjadi momokan warga Internet, malah turut dipetik media antarabangsa BBC.


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam mendakwa pihak yang terus memainkan isu kangkung sebagai bodoh, tidak mengetahui maksud di sebaliknya dan menjauhi budaya ketimuran.


Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, apa yang dimaksudkan Najib adalah kangkung sejenis sayuran yang murah dan boleh ditanam di merata tempat.


"Saya sudah beritahu mereka ini bodoh. Main isu kangkung ini bodoh. Dia tidak tahu konotasi maksudnya kerana kangkung ni jenis sayuran yang murah dan boleh ditanam di merata-rata.


"Apa yang Najib persoalkan adalah mengapa (sayuran) ini pun boleh turun naik tetapi mereka ini bodoh tidak ikut (budaya) ketimuran. Ikut cara Barat memburuk-burukkan dan memfitnah," katanya selepas merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul Masyarakat Acheh Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.


Tengku Adnan yang mesra dipanggil Ku Nan berkata, mereka yang terus memainkan isu kangkung ini perlu menjawab dengan Allah di Akhirat kelak.

6 comments:

  1. Ooo kalau main isu kangkunh kena jawab diakhirat tapi songlap dan tak amanah menjaga harta rakyat dan negara tak kena jawab diakhirat ke? jgn jadi munafik pergi belajar ugama la wahai tok nan oii..kamu menteri2 makan dihotel 5 star tp suruh rakyat marhaen makan kangkung, kamu semua naik kereta mewah rakyat tanggung tp rakyat dibeban dengan kos petrol yg tinggi, aku tak pernah undi puak2 munafik ni sebab aku tak mahu ditanya diakhirat kelak.

    ReplyDelete
  2. Kepada penyokong parti PKR, DAP, PAS... Sila ambil perhatian !

    Telah dikhabar dari puak desas-desus bahawa penyokong dari anti Pakatan Rakyat telah mengupah beberapa orang sanseng supaya wujudkan kumpulan provokasi agar terjadi suasana bertambah panas dan bergolak.

    Dikhabarkan juga pihak polus bersubahat dalam hal tersebut sehingga tiada tindakan dibuat keatas puak provokasi itu. Dari sejarah yang pernah kita lalui bersama Bersih 3.0 anggota pasukan itu adalah punca perhimpunan jadi huru hara.

    Oleh yang demikian bila provokasi mereka menjurus kepada keganasan,
    jangan dilayan cabaran mereka...lindungi keselamatan diri anda...anggap saja mereka kumpulan pemabuk kuasa.

    Mereka sudah terasa kalahhhhhh...mental mereka bertambah lemah untuk berfikir. Hanya orang berakal waras saja yang akan menguasainya

    Kangkung dulu naik..
    Sekarang turun...

    Kenapa tak puji kerajaan...

    ok kami puji...terima kasih kerajaan BN. Tanpa anda kami semua pasti mati kebuluran.

    Hari-hari makan kangkong.

    Petrol dulu naik sampai sekarang tak turun-turun. Ini tidak adil. Celaka kerajaan BN... Sepatutnya kerajaan uruskan kehidupan rakyat tapi kamu terbalikkan peraturan rakyat pula jadi tukang urus kehidupan kamu anak beranak.

    BN Haramjadah...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu setakat kangkung yg turun x terniat sya nk puji kerajaan..lain le klu minyak yg turun...semua ini berlaku disebbkn kebodohan mereka2 yg pangkah bn..disbbkn kebodohan mereka ni kita terikut2 susah... mmg sial orang2 bodoh yg pangkah bn..

      Delete
  3. alangkah malunya nanti najib dan balacinya apabila mengetahui ada harga barang di kr1m lebih mahal daripada harga barang di luar...... Kat TV kata harga barang di KR1M 30% lebih rendah daripada harga barang di kedai biasa...... Betul ker??? Maknanya kalu kat luar harga RM1.00, kat KR1M harganya cuma 70 sen. Untuk memastikan ianya betol, jom ramai2 kita terjah KR1M. Bawak kalkulator sekali....

    ReplyDelete
  4. Bahalol betul, hidup nak senang saja. Nak menipu aje siang malam. Apa punyea manusia ini?

    ReplyDelete
  5. nanana.....jgn ckp gitu bos...nnt bughah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...