Tuesday 23 February 2016

PECAT DUA ADUN PKR SEBAGAI PENGARAH GLC MEMBERI TAMPARAN MAUT BETAPA PAKATAN HARAPAN UNTUK KE PUTRAJAYA HANYA TINGGAL HARAPAN.



Ramai pengundi yang cenderung pembangkang memberi reaksi terhadap tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang daripada agensi dan syarikat berkaitan kerajaan GLC di negeri itu.

Rata-ratanya mereka sependapat dan bersetuju bahawa ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dan ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen hanya menjalankan tugas pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dalam pembentangan usul UMNO mengenai isu alam sekitar di negeri itu.

Alam sekitar adalah isu penting membabitkan rakyat Pulau Pinang dan soal politik kepartian memang tiada makna dalam perkara sebegini.

Para pengundi pro pembangkang seluruh negara berpandangan, Guan Eng sepatutnya meraikan perbezaan pendapat oleh kedua-dua ADUN PKR itu dan menyemak kembali dasar kerajaan negeri, bukan balas semula dengan menyingkirkan mereka.

Semua setuju tindakan Guan Eng itu menambahkan lagi ketenatan gabungan parti pembangkang yang memang sudah tenat akibat pergeseran antara DAP dengan PAS sebelum ini. Tidak terfikirkah Guan Eng akan hasrat pengundi yang menginginkan perubahan?

Untuk ke Putrajaya, mahu tidak mahu pembangkang kena berpakat dan bergabung, bukannya mencari gaduh sesama sendiri. Habis punah harapan pengundi muda yang mahu perubahan. Kalau ini caranya memang sampai bila-bila UMNO Barisan Nasional terus berkuasa. Tak payahlah pengundi harapkan apa apa.

Mahu Malaysia amalkan sistem dua parti macam Amerika Syarikat dan United Kingdom? Lupakan sahajalah kalau perangai Pakatan Rakyat atau kini Pakatan Harapan yang macam ini rupanya. Kita sudah tahu memang tiada harapan.

Lagi satu, apabila kita membaca laporan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang singkirkan Kah Peng dan Chin Wen hanya kerana dua ADUN PKR itu bersikap berkecuali semasa undian usul itu, ini menimbulkan persoalan mengenai sikapnya yang langsung tidak boleh menerima perbezaan pendapat apatah lagi kalau ditegur dan dikritik rakan-rakan dalam satu komponen Pakatan Harapan?

Dimanakah laungan dan slogan serta janji merai dan menghormati kepelbagaian?

Sebab itu rakyat marhean bingkas bangkit dan mempersoalkan dan membidas Guan Eng agar mulai dari saat ini jangan lagi berbicara mengenai ketelusan, keadilan, kezaliman, tatakelola yang baik dan bersih kerana tidak lagi memiliki locus standi untuk berbuat sedemikian.

Sejak isu pemecatan dua ADUN PKR meletus, kita ada didatangi kawan yang cenderung kepada pembangkang. Mereka yang jengkel dengan sikap DAP, meluahkan rasa kecewa dengan parti berkenaan yang ‘mengacau’ PKR. Kenapa mesti berbalah sesama rakan? soal mereka. Sekali pun tidak setuju kenapa perlu ‘diserang’?

Apa jua isu dan kemelut yang melanda pihak lawan yang mau dijadikan senjata ampuh untuk tawan Putrajaya menjadi sia-sia belaka.

Tidak bimbangkah DAP dengan kajian terbaharu Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati hampir 2/3 responden Melayu di Selangor percaya DAP ialah sebuah parti berasaskan perkauman yang hanya mementingkan komuniti Cina, manakala separuh daripada mereka percaya DAP anti-Melayu dan anti-Islam? Atau sememangnya DAP tidak berasa bimbang sedikit pun asalkan penyokong asas mereka tidak goyah dan berubah???

Sudah begini keadaannya disertai persepsi tak enak terhadap DAP, kenapa Guan Eng mesti singkirkan ADUN PKR itu daripada GLC? Sedih apabila kalangan pengikut pembangkang melihat situasi ini kerana suatu ketika dulu mereka sangat kagum dan teruja dengan Guan Eng semasa beliau mula-mula ambil teraju Kerajaan Pulau Pinang dari tangan Gerakan/BN pada tahun 2008 lalu.

44 comments:

  1. AIDCNews – 22/2/16 – Trend terkini pemerintahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menuju ke arah diktator.

    Ia dapat dilihat dengan tindakan Guan Eng memecat dua wakil rakyat PKR daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

    “Ia tindakan drastik yang boleh beri persepsi (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng seorang pemimpin yang autokratik.

    “Beliau sepatutnya membincangkan perkara itu dengan kepimpinan Pakatan Harapan terlebih dahulu,” kata Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani kepada FMT.

    Ia merujuk kepada tindakan Guan Eng memecat ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan ADUN Bukit Bunga, Cheah Kah Peng kerana mengambil sikap berkecuali dalam pengundian usul yang dibawa UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November lalu, agar semua projek penambakan di negeri itu dihentikan.

    Azizuddin berkata lagi, tindakan Guan Eng berisiko mencetuskan ketegangan antara kedua-dua parti khususnya di peringkat negeri.

    “Tindakan ini pastinya boleh menjejaskan aktiviti (Pakatan Harapan) peringkat negeri, selain persediaan menghadapi pilihanraya umum akan datang,” katanya.

    Chin Wen sebelum ini merupakan pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Berhad, manakala Kah Peng merupakan Pengarah Perbadanan Bukit Bendera.

    “DAP ini nama sahaja Parti Tindakan Demokratik dan dalam perlembagaan saja kata dia mengamalkan demokrasi, tetapi tindak-tanduk pemimpin DAP khususnya Lim Guan Eng jelas membuktikan bahawa ia bukanlah sebuah parti yang menjunjung nilai-nilai demokrasi,”kata Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Dr Kamarul Zaman Yusof kepada Sinar Harian.

    Tambahnya, tindakan Guan Eng itu menunjukkan ciri diktator dan dua muka (double standard) dalam kepimpinan beliau dan DAP.

    Menurutnya, dalam isu-isu yang mempunyai kepentingan negara seperti National Security Council Bill dan perjanjian perkongsian Trans-pasifik (TPP) sebelum ini para pemimpin tinggi DAP termasuk Lim Kit Siang sendiri berdegar-degar meminta Ahli Parlimen BN menggunakan conscience vote (mengundi mengikut pertimbangan sendiri) kononnya bagi menghormati demokrasi.

    “Mengapa pula dalam isu yang menyentuh kepentingan negeri, Guan Eng menyifatkan Adun-adun PKR yang mengundi mengikut conscience vote sebagai mereka yang menikam dari belakang? Tidakkah ini double standard namanya?

    “Dan apabila Lim Kit Siang tidak berani menegur tingkah laku melampau anaknya sedangkan ia bertentangan dengan prinsipnya sendiri maka nyatalah Lim Kit Siang juga bukan pemimpin yang benar-benar berpegang kepada prinsip (berpegang kepada prinsip hanya bila prinsip ini menguntungkan DAP sahaja),”katanya.

    Dr Kamarul yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia turut memberitahu, berdasarkan kepada apa yang berlaku kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang maka tidak mustahil jika akan ada gerakan untuk menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sama ada sebagai Timbalan Presiden PKR atau Menteri Besar Selangor.

    “Pada masa yang sama, apa yang berlaku di Pulau Pinang sehari dua ini menjadi bukti nyata bahawa Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAN baru-baru ini hanya indah khabar dari rupa sahaja.

    “Perjanjian tersebut hanya wujud di atas kertas sahaja, di mana mekanisme dalaman bagi mengawal pertikaian antara parti-parti komponen yang diwarwarkan dulu? Jika ia berfungsi mengapa pemimpin PKR dan DAP masih bertikai secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan?,”katanya.

    Menurutnya, semua ini tidak syak lagi akan menghilangkan keyakinan rakyat Malaysia kepada kemampuan DAP untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara dalam PRU 14 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin PAN gembira dalam hal ini kerana apa jua kata2 DAP adalah amat dan terlalu afdhal bagi PAN. Itu pasal PAN adalah talibarut DAP dan Mat Sabu adalah mandur besar TALIBARUT

      Delete
    2. PKR BENGKAK, DAPigs HALANG KEBEBASAN SUARA!!!

      Hehehe!!! Baru tadi kita persoalan mengenai tindakan DAPigs yang telah menggugurkan dua orang ADUN PKR yang telah menjadi mangsa dendam Si Tokong DAPigs tu di Pulau Pinang.

      Dua orang ADUN yang mewakili PKR itu telah digugurkan dari jawatan mereka sebagai salah seorang pengarah dalam syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) berkuat kuasa serta merta.

      Diantara alasan yang diberikan oleh Si Tokong DAPigs dalam pemecatan itu adalah kerana 'hilang kepercayaan' dikalangan ADUN tersebut yang turut didakwa telah 'Memungkiri Janji'.

      (Baca: PKR Jadi Mangsa, Guan Eng Balas Dendam!!!)

      Jika dilihat dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh Rejim DAPigs Pulau Pinang itu jelas membuktikan bahawa mereka cuba nak menjadi 'Abang Besar' dalam Pakatan Haprak tu.

      Namun, tindakan tersebut telah dibantah secara terbuka oleh puak - puak PKR melalui keputusan yang dibuat melalui Biro Politik seperti mana yang dimaklumkan oleh Azmin hari ini.

      Kata Si Azmin, tindakan yang dilakukan oleh wakil rakyat PKR itu sebelum ini hanya sekadar memberikan pandangan dan maklum balas mereka kepada pihak Rejim DAPigs Negeri.
      "Mereka (ADUN) bukan membuat fitnah. Yang kita tolak (ialah) budaya fitnah dan tohmahan. Sebagai ahli DUN, mereka memberikan maklum balas dan pandangan.
      "Perkara ini perlu diraikan dan tak perlu diambil tindakan, tetapi apabila ada cadangan untuk memecat mereka daripada GLC, biro politik dua minggu yang lalu membuat ketetapan menghantar surat kepada kerajaan Pulau Pinang supaya perkara ini dapat dibincangkan secara baik dan dalam harmoni," katanya.
      Kalau kita baca kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin tu, dia seolah - olah mendakwa tindakan DAPigs itu telah membelakangi dasar PKR yang memperjuangkan Hak Kebebasan Bersuara.

      Dalam erti kata lainnya, apa yang dibuat oleh DAPigs itu jelas menghalang Kebebasan Bersuara bukan sahaja dikalangan rakyat, bahkan bagi pemimpin Pakatan Haprak tu sendiri. Jangan suka - suka hati je nak bercakap kalau tak "Kow Tow" dulu dengan DAPigs!!!

      Delete
    3. Hahaha....bukankah omak kau paling harapkan pkr dap berpecah dan pkr bersama pas!! Dap tak kisah pasal ke putra jaya kerana kalau menang sekalipun dap tetap tiada hak kuasa dlm kerajaan sebaliknya pkr yg menguasai kepimpinan. Siapa anjing siapa resis siapa sombong siapa bongkak kita semua tahu ! Namun tiada dap cina tiada tempat berpaut yg memberi sedikit harapan buat kaum cina.cina tidak mahu mca gerakan kerana mrk anjing umno yg tidak punyai kuasa hanya tunduk pd tuannya.

      Delete
    4. Helehhhhhh PAN Imayam talibarut DAP. DAP pula anti Islam.

      Balikla wahai Talibarut 11:49. Baik kao layan ceramah Mic Sabu yg yilek penonton tu

      Delete
  2. Pecat ADUN PKR: Wakil rakyat dalam GLC bukan untuk patuh melulu

    PETALING JAYA: Isu pemecatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Pulau Pinang daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) harus diselesaikan di Majlis Presiden Pakatan Harapan, kata bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof.

    Beliau berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sepatutnya mencontohi bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang sentiasa menyelesaikan sebarang masalah di peringkat dalaman dan secara aman.

    “Isunya bukan pemecatan, tetapi kepemimpinan. Anwar sebelum ini berhadapan cabaran dan isu yang lebih sukar seperti hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan.

    “Isu sebenarnya adalah bagaimana untuk menguruskan perbezaan antara parti. Kedua-dua Azmin dan Guan Eng patutnya berusaha lebih lagi untuk menunjukkan kepemimpinan yang berwibawa,” katanya kepada FMT di sini, hari ini.

    Beliau bersetuju dengan rasa tidak puas hati Azmin memandangkan Guan Eng tidak membawa perkara itu kepada PKR terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

    Beliau juga membantah tanggapan bahawa wakil rakyat lantikan politik tidak boleh bersuara berhubung soal operasi pentadbiran negeri.

    “Tujuan wakil rakyat dilantik dalam GLC negeri adalah untuk semak dan imbang, bukan patuh secara melulu,” katanya.

    Guan Eng hari ini menyangkal kritikan Azmin berhubung pemecatan itu dengan berkata, keputusan kerajaan negeri perlu dipatuhi rakan dalam gabungan pemerintah.

    Azmin mengecam Kerajaan Pulau Pinang dan berkata, PKR tidak gembira dengan pemecatan ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen daripada Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng daripada Perbadanan Bukit Bendera.

    Azmin juga berkata, PKR telah menghantar surat kepada Kerajaan Pulau Pinang berhubung perkara itu. - FMT

    Chin Wen dan Kah Peng antara lima ADUN PKR yang berkecuali ketika pengundian menolak usul UMNO agar kerajaan negeri menghentikan semua projek penambakan di negeri itu, ketika sidang DUN November lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin PAN gembira dalam hal ini kerana apa jua kata2 DAP adalah amat dan terlalu afdhal bagi PAN. Itu pasal PAN adalah talibarut DAP dan Mat Sabu adalah mandur besar TALIBARUT

      Adalah diketahui juga Parti Kuali Leper ini amat berharap dapat sedikit Ehsan pangkat dan habuan untuk sokongan mereka. Dalam diam PKR disabotage oleh PAN Cable TV

      Delete
    2. PKR JADI MANGSA, GUAN ENG BALAS DENDAM!!!

      Hebat betul bila Si Guan Eng ni memerintah ye. Asal orang tak sehaluan dengan dia je, mula la dia ambik tindakan untuk membalas dendam. Nampak sangat Chauvanistnya Si Tokong DAPigs ni.

      Kalau sebelum ni, puak - puak Pakatan Haprak tu dok sibuk kutuk UMNO. Nak pulak puak - puak PKR dalam isu berkaitan kemelut kepimpinan yang melanda Kedah seolah - olah macam diorang 'Suci' sangat.

      Jadi kali ini, bila dikalangan pemimpin diorang sendiri ditendang oleh DAPigs hanya semata - mata kerana didakwa tidak sehaluan dengan kepimpinan Rejim Negeri, apa pulak kata diorang?
      Shah Alam - Dua daripada lima wakil rakyat PKR yang tidak mengundi dalam usul tambakan laut pada sidang Dun Pulau Pinang tahun lalu ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) negeri itu.

      Memetik laporan sebuah portal, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pihaknya sudah tidak mempunyai keyakinan dua Adun tersebut dapat berfungsi secara profesional dan berkesan.

      “Apabila anda hilang keyakinan terhadap seseorang yang bersetuju dengan anda dan kemudian memungkiri janji mereka, bagaimana mereka boleh berfungsi dengan berkesan dan secara profesional, terutamanya apabila saya jadi pengerusi.


      “Mereka kemudiannya menikam kami dari belakang apabila mereka berkecuali daripada mengundi menentang usul itu. Sekarang, kita tidak yakin mereka akan dapat berfungsi secara profesional dan berkesan dan jika saya, sebagai seorang pengerusi, tidak mempunyai keyakinan terhadap anda, maka anda perlu tahulah apa yang patut dibuat,” katanya. - seterusnya...
      Adakah PKR hanya akan mendiamkan diri dan membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja? ATAU, mereka akan menjaga maruah dua orang wakil rakyat yang telah diaibkan oleh Rejim DAPigs Pulau Pinang tu?

      Jelas, apa yang dilakukan oleh puak - puak DAPigs tu membuktikan bahawa mereka mahu dianggap sebagai "Abang Besar" dalam Pakatan. Semua orang kena "Kow-Tow" pada kehendak mereka.

      Pokok pangkalnya, tindakan puak - puak DAPigs tu membenarkan pandangan yang diberikan oleh beberapa pihak berhubung isu yang sedang berlaku di Selangor pada ketika ini.

      Tak mustahil sekiranya DAPigs mengambil tindakan untuk menyingkirkan PKR supaya mereka dapat pegang jawatan Menteri Besar selepas Pilihan Raya yang akan datang

      Delete
    3. Ini kronologi tentang pemecatan itu:
      http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kronologi-pemecatan-2-adun-pkr-di-pulau-pinang-muammar-qaddafi

      Delete
  3. Takkan la DAP nak lupa akan rakyat marhaen yg majoritinya orang melayu dan India kat Penang. Takkan DAP tak Amanah, walaupun talibarut mereka menamakan diri Talibarut Amanah. Walaupun semua orang panggil mereka PAN

    Banyak Persoalan Di Sebalik Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang, PAS Desak Pendengaran Awam

    Huzir Sulaiman – PAS telah dimaklumkan bahawa 3 daripada 4 pakej projek lebuh raya di bawah Penang Transportation Master Plan (PTMP) bernilai RM6.3 Billion akan dilaksanakan pertengahan tahun ini selepas Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) diluluskan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam tempoh terdekat.

    PAS melalui Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar Pusat (LATAS) telah mengemukakan bantahan rasmi kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jabatan Alam Sekitar di Putrajaya pada 22 Januari yang lalu untuk membatalkan kebenaran untuk melaksanakan Kajian Awal Impak Alam Sekitar (PEIA) atas alasan ia bercanggah dengan Perintah Kualiti Alam Sekeliling yang sudah digazetkan pada bulan Ogos tahun yang lalu.

    PEIA yang PAS sedia maklum tidak akan melibatkan Konsultansi Awam dan ia mirip Jadual 1 di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 yang baru itu. Oleh kerana itu, PAS melalui LATAS ingin terus mendesak satu Konsultansi Awam untuk segera dilaksanakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Konsortium yang terlibat serta dipantau wakil Kerajaan Persekutuan khususnya untuk ketiga-tiga projek lebuhraya di bawah, antaranya ialah:

    1.Persiaran Gurney ke Persiaran Tun Dr Lim Chong Eu sejauh 4.2km.

    2.Tun Dr Lim Chong Eu ke Bandar Baru Air Itam sejauh 4.6km dan,

    3.Tanjung Bungah ke Teluk Bahang sejauh 12km.

    Ketiga-tiga lebuh raya ini juga akan dihubungkan dengan projek kontroversi Terowong Laut sejauh 6.5km dari Persiaran Gurney di pulau ke Bagan Ajam di Butterworth di tanah besar.

    Bukankah kepadatan penduduk Pulau Pinang antara tertinggi di negara ini?

    Wujudkah ancaman dari ketiga-tiga pakej projek lebuhraya serta Terowong Laut itu terhadap alam sekitar, industri pelancongan, perikanan, kesihatan dan keselamatan penduduk terdekat, bukit bukau, sungai serta laut?

    Adakah Rakyat Pulau Pinang bakal dibebani dengan konsesi lebuh raya melalui Tol selama 30 tahun di Pulau itu?

    Adakah kaedah bayaran kepada konsortium atau pemaju yang terlibat melalui tambakan/tebusguna laut seluas 100 ekar di Tanjung Pinang itu satu kaedah yang baik kepada Alam Sekitar serta tidak menggadaikan kedaulatan Negeri itu?

    Lebih-lebih lagi dengan adanya 2 syarikat asing dari China di dalam konsortium 5 pemaju itu. Adakah perbelanjaan yang dianggarkan melebihi RM27 billion dari projek PTMP itu sesuatu yang baik dalam keadaan kemelesetan ekonomi yang sedia ada?

    Lebih-lebih lagi selepas pengumuman belanjawan defisit Kerajaan Negeri? Bukankah dana melebihi RM27 billion itu lebih wajar digunakan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi di Pulau itu?

    Apakah nasib golongan nelayan di utara pulau itu khususnya kesan dari projek ini terhadap ekologi hidupan laut serta akibatnya terhadap hasil tangkapan laut mereka? Bukankah Persiaran Gurney Paired Road akan dibina di atas laut di sepanjang Persiaran Gurney dan hampir dengan lokasi Nelayan?

    Adakah pembangunan yang bakal dibina di atas tanah tambakan/tebusguna laut itu akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup dan seterusnya melebarkan jurang kemiskinan penduduk di kawasan itu?

    Adakah impak sosio-ekonomi dari pembangunan di kawasan itu akan mempengaruhi golongan miskin khususnya untuk berhijrah keluar dari pulau itu ke tanah besar sehingga mewujudkan ketidakseimbangan ketara komposisi kaum atau demografi penduduk di pulau itu?

    Apakah yang akan berlaku kepada bukit bukau di sepanjang laluan Batu Feringgi yang merupakan salah satu pusat pelancongan utama di Negeri itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin PAN gembira dalam hal ini kerana apa jua kata2 DAP adalah amat dan terlalu afdhal bagi PAN. Itu pasal PAN adalah talibarut DAP dan Mat Sabu adalah mandur besar TALIBARUT

      Adalah diketahui juga Parti Kuali Leper ini amat berharap dapat sedikit Ehsan pangkat dan habuan untuk sokongan mereka. Dalam diam PKR disabotage oleh PAN Cable TV

      Delete
  4. Kerana mahukan imbuhan, PAN Imayam menjadi talibarut kurang AMANAH

    Orang Melayu Islam dihalau, dinista dan dicerca di Pulau Pinang. Mana Mat Sabu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Baling mic saja tau, orang negeri sendiri jadi bagai orang Palestine di Gaza.

    Jika undi diberi kepada DAP dan PAN alangkan kampung2 melayu lain, Pulai Condong Kelantan mungkin akan digadai oleh mereka bila menang nanti.

    Satu Persatu Kampung Melayu Dirobohkan Sebaik Sahaja Lim Berkuasa Di Pulau Pinang

    AIDCNews – 17/12/15 –Satu persatu kampung Melayu dirobohkan di Pulau Pinang sebaik sahaja Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri.

    Perkara itu didedahkan oleh Syed Imran Syed Ahmad dalam blognya, Kuda Ranggi.

    Berikut tulisan Syed Imran bertarikh pada 4 September 2009 bertajuk “Tanjong To’kong – secebis kisah”

    Satu demi satu kampung Melayu hilang atas nama pembangunan. Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan atas tapak bekas perkampungan Melayu di Pulau Pinang disempurnakan oleh kedua-dua pihak, iaitu pemaju swasta dan agensi pemerintah atau syarikat berkaitan kerajaan.

    Di kawasan bandar raya George Town, tiada lagi perkampungan Melayu dalam erti kata yang sebenar. Yang masih tegak tetapi tidak semestinya tidak akan rebah ialah beberapa buah kampung kecil seperti Kampung Makam (wakaf Sheikh Kassim) dan saki baki perkampungan Melayu di Tanjong Tokong.

    Di mukim Kelawai, umpamanya, kampung Melayu termasuk yang berada di sepanjang pantai yang kini terkenal dengan Plaza Gurney, Hotel G, Hotel Gurney dan Hotel Evergreen Laurel telah lama berkubur.

    Antara Kelawai dan Tanjong Bunga, kampung Melayu yang sebenarnya hanya wujud di Tanjong Tokong kerana beberapa buah kampung di Bagan Jermal, Bagan Atas dan Tanjong Tokong sendiri telah hilang ditelan pembangunan.

    Kampung Melayu Tanjong Tokong adalah antara perkampungan Melayu yang awal wujud di Pulau Pinang. Semasa nakhoda kapal Syarikat Hindia Timur atau East India Company (EIC) bernama Francis Light mendarat di Tanjong Penaga (dekat Padang Kota Lama), kampung Melayu Tanjong Tokong sudah pun wujud. Ia bukan sebuah kampung yang dibuka selepas kedatangan Inggeris pada tahun 1786 tetapi jauh lebih awal. Ia adalah warisan bangsa.

    Malangnya, atas nama pembangunan, satu demi satu kampung Melayu antara Kelawai dan Tanjong Bunga dilenyapkan. Kini nasib perkampungan Melayu Tanjong Tokong berada dihujung tanduk.

    Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan untuk membangun semula Tanjong Tokong dan tugas itu diserahkan kepada UDA Holdings Bhd. Penduduk kampung dilabelkan sebagai setinggan sedangkan nenek moyang mereka telah menghuni perkampungan itu sejak 200 tahun lalu. Inilah nasib kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang.

    Musibah yang menimpa Kampung Buah Pala sebenarnya telah dialami jauh lebih awal oleh beberapa buah kampung Melayu termasuk di Ayer Itam, Kampung Rawa, Kampung Rawana, Jelutong, Sungai Nibong, Gelugor dan Bayan Lepas.

    Pembangunan semula perkampungan Melayu Tanjong Tokong dikatakan akan menelan belanja 800 juta ringgit hingga satu bilion ringgit. UDA Holdings menjangkakan pembangunan semula itu akan dapat dilaksanakan antara lapan hingga 10 tahun dalam empat fasa, membabitkan pembangunan bercampur rumah kediaman dan unit-unit komersil. Keseluruhan projek pembangunan itu membabitkan kawasan seluas 30 hektar termasuk tanah pantai (laut) yang dipulih guna.

    Cadangan pembanguna semula itu membabitkan 870 keluarga yang akan dan telah dipindahkan ke penempatan sementara secara berperingkat. Menurut laporan media, 250 keluarga telahpun dipindahkan pada tahun 2007 yang membolehkan fasa pertama projek berkenaan dimulakan.

    Yang pasti, pembangunan semula perkampungan Melayu Tanjong Tokong akan sekali gus melenyapkan sebuah kampung tersusun yang menjadi lambang warisan Melayu Pulau Pinang kerana kampung-kampung lain dalam kawasan bandar raya dan pinggir bandar sudah menjadi sejarah.

    ReplyDelete
  5. DAP adalah anti Islam, PAN pula talibarut mereka. Talibarut pula bermandurkan Mike Sabu


    http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

    Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

    APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

    Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

    Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

    BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

    Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

    Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

    Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

    Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

    Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

    Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

    Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

    Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

    Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

    DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  6. Nama pun Pakatan Haprak...

    ReplyDelete
  7. Komen banyak tak guna. Apa pun persepsi yang di buat untok menyokong komen tuan tuan tak guna.
    Yang perlu di ingat kan ialah.' Melayu tak faham lagi ke sikap cina DAP ni? Tak nampak lagi kah permainan cina DAP ni?
    dulu PAS jadi belasahan nya.hingga lahir PAN. Kini PKR pula menjadi ounching bag untok mengukohkan kedudokan nya.
    DAP sememangnya berlagak Abang besar dalam PH.
    Sedarlah melayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAP bapak DAP

      PAP Pro Iarael

      DAP anti Islam

      PAN pimpinan mic selfie talibarut DAP

      Komplot Lee Kuan Yew Dan Israel Didedahkan

      Perhubungan Rahsia
      Malam Krismas, 1965, adalah tarikh tidak rasmi bermulanya hubungan rahsia antara Israel dan Singapura. Lee Kuan Yew mendedahkan dalam bukunya, “Dari Negara Dunia Ketiga kepada Negara Dunia Pertama: Kisah Singapura 1965-2000,” yang diterbitkan pada tahun 2000, rahsia yang telah disimpan selama hampir 40 tahun: iaitu Angkatan Pertahanan Israel yang menubuhkan tentera Singapura. Misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, seorang kolonel, yang kemudiannya dinaikkan pangkat ke brigadier jeneral. Selepas meninggalkan tentera, beliau menjadi perunding kepada tentera Singapura. Beliau meninggal dunia 15 tahun lalu. “Untuk menyembunyikan kehadiran mereka, kita memanggil mereka`Mexicans’.”kata Lee.
      Tentera Singapura hari ini dianggap yang paling kuat dan paling maju di Asia Tenggara. Hubungan antara Israel dan Singapura bertambah erat dan meliputi hubungan kerjasama dalam bidang industri ketenteraan.Tentera Singapura merupakan pelanggan utama Israel dalam bidang pertempuran dan teknologi ketenteraan. Singapura sedang bekerjasama dengan Israel dan Elbit Systems untuk menaik taraf F-5 pesawat pejuang Tentera Udara Turki. Beberapa tahun lalu, Menteri Pertahanan Singapura mendedahkan peluru berpandu anti kereta kebal Gil, yang dihasilkan oleh Raphael (Lembaga Kemajuan Persenjataan Israel), telah dibangunkan dengan kerjasama antara kedua-dua negara.
      Singapura Dikelilingi Negara Muslim
      Lee Kuan Yew merahsiakan hal ini kepada ramai. Beliau juga berkata “kita perlu memastikan bahawa ketibaan Israel tidak diketahui umum, supaya tidak mendatangkan tentangan dari orang Melayu Islam yang tinggal di Malaysia dan Singapura,”Singapura yang mempunyai keluasan kira-kira 670 kilometer persegi, kebanyakannya penduduk Cina, hidup di antara dua negara Islam iaitu Malaysia dan Indonesia. Mereka takut kepada serangan Malaysia kerana merupakan sebahagian daripada negara itu. Sehingga 1965, Singapura masih lagi sebahagian Malaysia. Pada tahun itu, kerajaan British memutuskan untuk menarik diri dari jajahannya dan memutuskan untuk memisahkan Singapura daripada Malaysia dan mewujudkan ia sebagai sebuah negara yang baru dan berasingan.
      Singapura diisytiharkan merdeka pada 9 Ogos 1965. Pada masa tersebut ia hanya mempunyai dua rejimen infantri, yang telah ditubuhkan dan diketuai oleh pegawai British. Dua pertiga daripada tenteranya bukanlah penduduk Singapura, dan pemimpin negara mereka sendiri tidak yakin dengan kekuatan tentera mereka. Menteri Pertahanan, Goh menghubungi Mordechai Kidron, bekas duta Israel ke Thailand, dan meminta bantuan.
      Kidron tiba di Singapura dalam masa beberapa hari, bersama-sama dengan Hezi Carmel daripada Mossad. “Goh memberitahu kita bahawa hanya Israel boleh membantu mereka membina tentera yang dinamik,” Carmel berkata. Mereke berdua kemudian bertemu dengan Lee, namun Lee memberitahu Keng Swee untuk menagguhkan permintaan beliau sehingga Lal Bahadur Shastri, Perdana Menteri India, dan Presiden Nasser dari Mesir memberikan jawapan untuk membantu mereka dalam membina angkatan tentera . ”
      Ia tidak jelas sama ada Lee sebenarnya percaya India dan Mesir mampu untuk membina tentera Singapura atau semata-mata untuk menjaga air muka mereka. Selepas beberapa minggu menunggu, India dan Mesir mengucapkan tahniah kepada Singapura tetapi tidak menawarkan sebarang bantuan ketenteraan. Lee mengarahkan Goh untuk terus berhubung dengan Israel.

      Delete
    2. woi dongok kalu nak copy pastepun buatler betui-betui.....

      Delete
  8. Macai ug tolongla rajin sikit.jgn kopipes aje kje nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Catatan sejarah membabitkan Pulau Pinang telah lama diherotkan semata-mata untuk mengambil hati kaum pendatang yang banyak tertumpu ke pulau tersebut. Dari buku-buku sejarah yang digunakan untuk pembelajaran di sekolah, mahupun di pusat-pusat pengajian tinggi, sejarah Pulau Pinang hanya bermula pada 11 Ogos 1786 apabila Francis Light, seorang privatier atau sebenarnya lanun yang bekerja untuk Raja Britain di bawah nama Syarikat Hindia Timur menamakan Tanjung Penaga sebagai Georgetown.

      Pulau Pinang sebenarnya merupakan sebahagian daripada negeri Kedah dan Francis Light telah berjaya memperdayakan Sultan Muhammad Jiwa setelah berjanji akan memberi perlindungan kepada Kedah daripada serangan Siam dan Burma. Dengan kata lain, Pulau Pinang sepatutnya menjadi pangkalan tentera laut bagi British dan Syarikat Hindia Timur.

      Malangnya, ia tidak begitu memandangkan kapal-kapal dalam Syarikat Hindia Timur bekerja secara bersendirian dan mereka tidak mempunyai angkatan tentera sebagaimana yang difahami. Mereka adalah lanun tetapi sentiasa digambarkan sebagai peneroka dan pengasas bandar-bandar besar dunia.

      Sebelum kedatangan Francis Light lagi, bahagian pulau negeri itu telah diduduki oleh orang Melayu. Untuk memastikan kuasanya di Pulau Pinang tidak dicabar oleh orang Melayu, Francis Light mula memasukkan lebih ramai Cina ke bahagian pulau. Orang Melayu mulai dipinggirkan sedikit demi sedikit. Malah demi memastikan Pulau Pinang kekal menjadi pengkalan lanun Syarikat Hindia Timur, pada 1800 juga menerusi tipu daya Francis Light.

      Apabila Syarikat Hindia Timur menyerahkan hak penjajahan kepada Britain, semakin ramai orang Cina yang datang bermastautin di Pulau Pinang. Orang Melayu terus dihalau dan terpaksa berkampung di bahagian ‘belakang’ pulau tersebut. Manakala bahagian utama pulau yang menghadap ke Tanah Besar, dikuasai sepenuhnya oleh kaum pendatang yang menjadi proksi British.

      Itu sejarahnya. Kini sejarah berulang kembali. Kerajaan Negeri Pulau Pinang berada dalam genggaman DAP. DAP menjalankan proses menghalau orang Melayu semenjak awal mereka menguasai negeri itu pada PRU12 lalu. Konsep Malaysian Malaysia yang menyebabkan tragedi 13 Mei 1969 tercetus, digunakan secara lebih baik di Pulau Pinang. Dengan melakonkan watak sebagai penyelamat, DAP dan Lim Guan Eng memulakan operasi menghalau Melayu dari Pulau Pinang ketika PRU-13 sedang hampir. Dengan pelbagai alasan dan kekuatan sokongan daripada masyarakat pengundi Cina, DAP akhirnya merumuskan bahawa untuk menguasai sepenuhnya Pulau Pinang, mereka perlu terus menghalau orang Melayu atas nama pembangunan

      Delete
  9. Betul zhao..abis nak harap umno yg keje nya asyik membelasah rakyat dan mengumpul harta peribadi berbilion2..mengkaya kroni dan anak2..pas la ni dah jd kuda umno..asyik kena kencing ngan umno tgk kes hudud...pas tak cerdik..ostad2 standad surau je belek kitab..lgsung tak trrkehadapan dlm isu2 rakyat..nak cakap bab ekonomi,kewangan tak tahu..dlm parlimen merapu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak canpak mic ka wahai PAN Imayam. Yg suci hanya DAP. Yg tu Jadi talibarut tu.

      Delete
    2. GUAN ENG DIBELASAH 'BUDAK HINGUSAN'!!!

      Heh! Kan dah kena sebijik. Walhal selama hari ini, kita dah kata, tindakan puak - puak Pakatan Haprak tu persis seperti perangai orang - orang yang dianggap MUNAFIK dalam masyarakat.

      Tapi takde sapa yang nak dengar. Hakikatnya, apa yang dilakukan oleh mereka memberikan kita gambaran jelas bahawa mereka hanya sekadar mementingkan Politik Peribadi mereka sendiri.

      Selama hari ini, macam - macam dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan oleh puak - puak Pakatan Haprak tu terhadap pihak Kerajaan Barisan Nasional. Tapi, diorang pun takde la baik mana.

      Sebaliknya, tindakan yang dilakukan oleh puak - puak Pakatan Haprak tu sendiri pun jauh lebih 'Menjijikkan' dari tuduhan dan dakwaan yang dibuat terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

      Serupa macam 'Ketam Mengajar Anak Berjalan Lurus' padahal dia sendiri berjalan senget. Tak ke itu BODOH namanya? Nak tunjuk diri tu baik, tapi dok buat kerja - kerja Haramjadah.

      Bak kata Pendebat Ulung Asia ni, tindakan Lim Guan Eng baru - baru ini membuktikan bahawa pemimpin Pakatan Haprak tu 'Bermuka Dua' dalam isu pemecatan ADUN PKR tu.
      “Kamu mendakwa mewakili kepelbagaian pandangan, namun kamu menuduh mereka yang berbeza pendapat sebagai tikam belakang dan pengkhianat.
      “Kamu mendakwa menghormati nurani insan, kebebasan seseorang itu membuat pilihan, tetapi kamu hukum mereka yang mengundi berdasarkan nurani masing-masing.
      “Memalukan apabila seorang yang memimpin sebuah parti demokratik mengambil jalan yang tidak demokratik untuk membungkam bangkangan,” katanya.
      Tapi, bukan setakat DAPigs je yang buat benda tu. Dalam PKR pun sama je. Asal ada yang bangkit mempertikaikan penyelewengan dalam parti, terus mereka dipecat, digantung dan sebagainya.

      Buktinya jelas bila berlaku pemilihan PKR sebelum ini. Malah dalam perlaksanaan agenda Langkah Kajang pun begitu juga. Sebab Khalid Ibrahim enggan ikut perintah, terus dia kena pecat.

      Maka kesimpulannya, tak payah la puak - puak Pakatan Haprak tu nak mendabik diri seolah - olah diorang ni jauh lebih 'Maksum' dan 'Suci' sangat dari orang lain. Jangan jadi 'Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Diri Sendiri Pulak Yang Lebih'!!!

      Delete
  10. Mat Sabu menghina Melayu untuk mendapat restu DAP racist yg tercinta

    MAT Sabu-BODOH SANGAT MELAYU NI RUPANYA!!!

    Haduyai!!! Bodoh betul jadi Melayu ni rupanya. Sampai tahap Melayu ni dilabelkan 'Bangang Bin Bodoh Bin Bahlol' secara terang - terangan oleh Presiden parti Kuali tu baru - baru ini.

    Kenyataan Presiden parti Kuali tu melabelkan orang Melayu sedemikian rupa adalah satu langkah justifikasi terhadap tindakannya membaling mikrofon sewaktu menyampaikan ucapan.

    Bagi pendapat Presiden parti Kuali tu, orang Melayu golongan pertengahan, terutama dikalangan kakitangan Kerajaan yang masih enggan berubah membuatkan dia sangat kecewa.
    “Orang Melayu kenapa tak mahu berubah? Takutkah kalau UMNO jatuh, Cina perintah Malaysia? Kenapa bodoh, bodoh, bodoh?
    “Apabila orang Cina hendak ambil alih Malaysia melalui pilihan raya boleh atau tidak? Tetapi berapa ramai pegawai kerajaan boleh percaya? Bangang bin bodoh bin bahalol,” katanya.
    Dalam erti kata lainnya, orang Melayu ni patut tunduk kepada DAPigs seperti yang telah dilakukannya. Bagi dia, DAPigs ni Bersih, DAPigs ni Maksum. Maka sebab itu rakyat perlu memilih DAPigs.

    Selain itu, Presiden parti Kuali ni juga turut mendakwa kononnya Polis Cawangan Khas yang dok bawak Bekas Pegawai Khas Si Tokong DAPigs tu dan menjaja cerita pasal isu Dana Israel.
    “SB kerjanya itulah, bawa bekas ahli DAP, Razali (Mohamed Razali Abdul Rahman) diiringi oleh polis pergi berbohong pegawai kerajaan,” lapor akhbar itu.
    Soalnya, jika betul apa yang didedahkan oleh Bekas Pegawai Khas Si Lim Guan Eng tu menipu, kenapa puak - puak DAPigs tu sampai hari ini masih tak ambik tindakan dan saman dia?

    Tidakkah itu membuktikan bahawa puak - puak DAPigs tu ada agenda yang tersembunyi sehingga membuatkan mereka Kecut Buah Kerandut untuk mengambil tindakan sedemikian?

    Hakikatnya, disebabkan puak - puak Pakatan Haprak tu Takut dengan Bayang - Bayang sendiri la yang membuatkan rakyat, terutama dikalangan orang Melayu tak percaya pada diorang. Tambah pulak pemimpin Pakatan ni kuat menabur Fitnah. Tu pasal la rakyat tak percaya!!!on

    ReplyDelete
  11. LGE baru terima silibus freemanson kot... semenjak freemanson mula buat program kat penang hari tu makin lain macam perangai dia kalah gollum smeagol.... mungkin dajjal nak muncul bila2 masa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Freemason pulak. Haje yg bongok,nape x kate lge tu sebenarnya nya dajal,tgk mata lge ada satu je. Umur lge sudah ribuan tahun sbb nk memusnahkan islam.kahkahkahka.. Bodo mcm telo

      Delete
    2. ada jugak pengikut freemason abadi kat sini tak leh tegur LGE skit....org tak ckp pun LGE tuh dajjal org kata dajjal muncul bila2 masa... ko dah kaji ke saper dajjal ?? Oi pengikut oing oing suci sangat ke LGE tak leh komen???

      Delete
  12. Syukur akhirnya umno bn menang. Boleh berbisnis lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu.pembangkang bergaduh,berpecah belah maka umno blh merembat duit berbilion2 lagi.rakyat juga yg kena. Kahkahkahkah

      Delete
    2. Kat bawah ni pencacai PAN Kuali Leper mengipas2 Stalin Penang kah kah kah

      Delete
  13. Teguran saya rakam kepada salah seorang ADUN PKR supaya belajar disiplin organisasi. Saya mengajak semua berfikir dengan jujur. Apa pandangan anda apabila anda duduk dalam Jawatankuasa Pengangkutan Awam kerajaan negeri Pulau Pinang. Ketika mesyuarat dan taklimat penambakan laut (pulau buatan) kamu diam membisu hadir tanpa membuat kajian awal. Dalam mesyuarat jawatankuasa pengangkutan awam jelas dibincangkan projek asalnya diluluskan seluar 3,241ekar oleh kerajaan BN namun setelah perdebatan dan pertembungan panjang kerajaan Pakatan Harapan P.Pinang hanya meluluskan 744 ekar sahaja untuk ditebus guna. Wakil perbagai pihak termasuk DAP sendiri bersuara dan dalam mesyuarat tersebut sehingga beberapa perkara diubah. Dimaklumkan bahawa jika dibatalkan sepenuhnya maka kerajaan negeri kemungkinan menanggung pampasan sehigga RM1biliion.




    8. Ini pernah berlaku sebelum ini di mana kerajaan negeri terrpaksa membayar RM20 juta kepada Bousted Holdings Sdn Bhd untuk menguruangkan ketinggian projek hotelnya dimana sebelum ini diluluskan oleh kerajaan Bn dengan ketinggian tidak munasabah dan kerajaan negeri hilang RM14.7 juta wang rakyat kepada syarikat yang terlibat skandal tanah Tang Hak Ju dimana ia melibatkan keputusan kerajaan Bn sebelum itu.




    9. ADUN PKR tersebut terlibat dalam mesyuarat sehingga keputusan dibuat dan dia diam. Namun apabila Bn datang di dalam Dewan membentag usul membantah maka ADUN tersebut mengambil sikap protes dan berkecuali. Dia yang menjadi sebahagian jawatankuasa yang memutuskan sepatutnya mempertahankan keputusan tersebut. Adakah dia tidak faham apa dalam mesyuarat tersebut dan hanya hadir untuk elaun kehadiran atau ada pihak ‘luar kerajaan P.Pinang’ yang menyusun semua ini agar berlaku. Sepatutnya PKR harus memanggil ADUN ini memberikan penjelasan dan merakamkan teguran kerana jelas prestasinya dalam pentadbiran Pulau Pinang harus dipertikaikan.

    dlm mesyuarat diam tak bantah apa pun. bila bentang kat dewan berkecuali pulak. celaka punya adun!

    ReplyDelete
  14. Pembangkang di Malaysia bodoh
    Pembangkang di Malaysia tolol
    Pembangkang di Malaysia bengong

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen taraf budak tadika

      sekian,

      Jeff Ulu Bernam
      Reformis Tegar

      Delete
  15. Pergi mampos lah umno/bn dan pakatan pembangkang. Korang memang cibai, bila dah menang undi rakyat kau tindas, kau abaikan tanggungjawab dan janji masa berkempen. Kata nak bantu rakyat letak dlm menifesto. itu semua butto! Dasar ahli politik ANJING! Baik pro kerajaan atau pro pembangkang semua sama. Selamat Jahanam Malaysia. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik kau masuk hutan jd komunis, dapat makan babi hutan free.

      Delete
    2. 1634 insan tolol

      Delete
  16. elok jugak UMNO BN main gaduh dengan oink-oink DAP .....polis dengan tentera kalau DAP gi kempen PRN sarawak biar kan untung 2 kena culik Abu Sayyaf senang blh mintak wang tebusan duit kat Israel berbillion billion Najib tak yah mintak saudagar Arab lagi mintak duit....kasi kering poket yahudi tuh skit

    ReplyDelete
  17. Kah kah kah ....... abg besar (Dap) dah mula tunjuk perangai angkuh yg tak senonoh ..... tp spt biasa barua2 dan balaci Dap cakap itu bukan perangai keji tp perangai suci murni lagi terpuji ....... entah apa2 la kapla hotak puak2 barua ni ....... mgkn depa dah kena nasi kangkang tuan galu LGE kot campur kapla taik tokong penang ........ mmg power dan mujarab punya penangan !

    ReplyDelete
  18. Ahli politik memang anjing bro. Dia gigit balik bila menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan hanya kepada DAP dan PAN.

      Delete
  19. Semakin Terserlah, DAP Memang Suka Anwar Kekal Dipenjara


    AIDCNews – 22/2/16 –Sikap sebenar DAP yang lebih suka Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kekal dipenjarakan semakin terserlah, ulas bekas aktivis reformasi, Sman.

    Walau bagaimana pun, katanya imej Anwar dari penjara tetap akan tetap dijadi ‘maskot’ untuk meraih undi Melayu-Islam PKR kepada DAP

    “Hati kecil DAP pun memang suka kalau Anwar terus terpenjara, jadi boleh lah mereka terus mendominasi Pakatan Pembangkang.

    “(Namun begitu) Anwar terus diwarwarkan sebagai PM oleh DAP, hanya sebagai sandiwara untuk memikat Melayu, terutamanya Melayu PKR.

    “Kesanggupan DAP mengambil Prof. Dr Aziz Bari bekas orang kuat PKR dan memberi tempat istimewa kepadanya juga menunjukan DAP memang tidak ikhlas pada PKR.

    “Itulah juga sebabnya DAP sangat suka jika pemimpin lemah seperti Wan Azizah yang jadi MB Selangor,”katanya ketika mengulas artikel bertajuk “Sejak Dari Dahulu, DAP Mahu Jadi Ketua – Penganalisis Politik”

    Kenyataan Sman itu hampir sama dengan kenyataan bekas pembantu peguam bela Anwar, Yuktes Vijay pada tahun lalu.

    Yuktes Vijay mengulangi kenyataannya bahawa DAP sebenarnya mahu Anwar kekal dipenjarakan kerana ia tidak akan memberi saingan pimpinan DAP mendominasi pembangkang.

    Ketika diwawancara AIDC pada 2013 Yuktes Vijay mendedahkan hasrat itu pernah disuarakan sendiri penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu majlis perkahwinan anak mendiang Karpal Singh di Pulau Pinang.



    Yuktes Vijay mendedahkan, dia mengetahui apakah pendirian sebenar mendiang Karpal Sing (bekas Pengerusi DAP) dan Kit Siang terhadap Anwar berkaitan kes liwat.

    “Saya tahu apa yang dikatakan oleh isteri Karpal Singh, Lim Kit Siang..saya tahu apa mereka kata tentang Anwar.

    “Tanyalah pada Kit Siang. Dia (Kit Siang) menjunjung Anwar sebagai PM (Perdana Menteri), tapi masa satu majlis perkahwinan anak Karpal Singh di Pulau Pinang, masa tengah mabuk itu, apa dia sound kepada Sankara Nair (tentang Anwar)..tanya dia…,” dedahnya

    ReplyDelete
  20. INGAT PAN INGATLAH DAP!!

    SEHATI SEJIWA SEFIKRAH SEFITNAH!!

    ReplyDelete
  21. LGE HANYA SASAR KEKAL BERKUASA DI PULAU PINANG DAN RAMPAS BEBERAPA NEGERI. ITU SAHAJA SASARANNYA.

    SEKIAN LAPORAN DARI SAYA KARAM DI PANTAI BOLEH DISELAMATKAN LAGI. KARAM DI LAUTAN TIADA SIAPA YG TAHU.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...