Tuesday, 7 April 2015

SIAPAKAH WANITA YANG DIMAKSUDKAN INI??????



"Saya akan bagi hadiah wang tunai RM 300 malam ini juga (bank in) jika siapa dapat jawab dgn tepat soalan dibawah berserta dgn keratan (print screen) bukti. Pemenang dikira berdasarkan siapa yg jawab dulu. Seorg sahaja pemenang. Peraduan ini terbuka hingga jam 9 malam ini.
Wanita manakah isteri yg paling hebat cengkaman keatas suaminya, isteri yg bercita2 besar dan rakus hingga suaminya terpaksa mengaku kalah kepada dia ?"
Klue : april.2014
Bila dibaca sekali imbas sudah pasti majoriti akan terbayang wajah Datin Seri Rosmah Mansor isteri Dato' Seri Najib Razak ... rupa-rupanya jawapannya ialah Kak Wan Presiden KeADILan kerana peristiwa perebutan jawatan Presiden KeADILan 2014 yang lalu dimana DSAI telah menarik diri disaat-saat akhir bagi memberi laluan kepada Kak Wan menang tanpa bertanding.

Pada pandangan Omak Kau, apa yang cuba dibawa dengan status ini yang dimuat naik di laman sosial Facebook akuan kepunyaan Faisal bin Robhan ialah walaupun pelbagai serangan dilemparkan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, dimana salah satu darinya ialah seorang "Queen Control" dan mengawal segala pentadbiran negara, namun beliau tidak memegang apa-apa jawatan pun dalam parti UMNO sekadar menjadi ahli biasa sahaja.

Kini kena terima realiti betapa PKR kini sedang menghadapi suatu persepsi yang parti itu tadbir urus oleh satu keluarga .. maka sudah sampai masanya setelah berumur 16 tahun PKR harus keluar dari kepompong negatif itu sebab parti itu kini sudah mempunyai ramai tokoh untuk mengemudi parti tidak lagi seperti diawal penubuhan.

PEMIMPIN-PEMIMPIN TERTENTU DILIHAT BERSAMA DENGAN DAIM ZAINUDDIN MENJADI RIBUT DI MEDIA SOSIAL.



Antara yang dikenali umum dilihat bersama-sama minum petang sambil santai dengan Tun Daim Zainuddin ialah Dato' Seri Shahidan Kassim, YB Dato' Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat, ADUN PAS Batu Buruk, YB Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, blogger APANAMA Firdaus Abdullah.

Kelihatan juga bekas bos NSTP yang sejak kebelakangan ini cukup ligat hentam Najib Razak dan puja melambung Tun Mahathri, Datuk Kadir Jasin.

Telah menjadi perbualan kalangan warga media sosial apa tujuan dan motif sebenar perjumpaan minum petang bersama-sama dengan Tun Daim Zainuddin ini yang cukup terkenal sebagai salah seorang pengkritik ketat Dato' Seri Najib Razak.

Dimana lokasi dan bila tidaklah dapat Omak Kau pastikan lagi tetapi yang nyata memang ada perjumpaan minum teh itu berlaku.

Demi pencerahan ... sewajarnya mereka yang berdala dalam rakaman gambar ini memberikan respon segera agar tidak terbina suatu persepsi yang kurang lunak dan enak.

AKHIRNYA KPDNKK WPKL AMBIL TINDAKAN KEATAS RESTORAN NASI BERIANI INSAF KERANA KENAKAN HARGA CEKIK DARAH KEPADA PELANGGAN.




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNKK WPKL) memberikan tempoh tiga hari kepada pengusaha sebuah restoran nasi beriani terkenal di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, untuk memberi penjelasan berhubung tindakan mereka mengenakan harga ‘cekik darah’ kepada pelanggan.

Pengarahnya, Muez Abd Aziz berkata, ia selaras dengan tindakan notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, yang dikeluarkan terhadap pengusaha premis berkenaan, dalam operasi semalam.

Menurutnya, menerusi dua notis yang diberikan itu, pihak pengusaha perlu tampil memberikan penjelasan termasuk mengemukakan segala dokumen bukti sekiranya menyifatkan harga yang dikenakan itu adalah munasabah.

“Sekiranya mereka boleh beri kita alasan kukuh di mana harga yang ditetapkan itu munasabah dengan kos modal seperti bahan mentah, ia bukan satu kesalahan.

“Bagaimanapun jika mereka gagal kemukakan sebab ataupun didapati alasan tidak munasabah, tindakan selanjutnya akan dikenakan dan jika melibatkan kesalahan berulang, boleh dikenakan tindakan mahkamah.

“Untuk kesalahan bawah notis ini, tindakan denda sebanyak RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya boleh dikenakan kepada individu dan jika melibatkan pertubuhan, denda sehingga RM100,000 boleh dikenakan,” katanya pada sidang media selepas Operasi Pematuhan GST-Catut KPDNKK & Kastam di sini, semalam.

Sementara itu, pemerhatian di dua cawangan restoran berkenaan mendapati harga yang dikenakan bukan hanya tidak munasabah, malah berbeza walaupun melibatkan dua restoran dan menu sama.

Contohnya harga teh o ais dan teh ais ditetapkan RM3 dengan saiz gelas yang sama dan nasi putih dicaj RM3 sepinggan.

Manakala harga telur rebus juga didapati dinaikkan dari RM1.60 kepada RM2.00.

Dalam operasi sama, pemeriksaan turut dilakukan di pasaraya Kompleks Sogo melibatkan barangan yang dikenakan caj GST.

Muez berkata, hasil pemeriksaan mendapati pihak pasar raya mematuhi peraturan, namun beberapa perkara perlu dibuat penambahbaikan.

“Kita lihat ada tag 0 caj GST untuk rak-rak tertentu namun kita telah minta agar pihak Sogo perincikan untuk setiap produk untuk memudahkan pelanggan memahami lebih jelas,” katanya.

Untuk rekod, sejak 1 April lalu, sebanyak 465 premis telah diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat lima kes melibatkan peniaga yang mengenakan harga tinggi terhadap barang jualan.

Daripada lima kes berkenaan, sebanyak 25 notis dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Lima pasukan khas terdiri daripada pegawai KPDNKK WPKL dan Kastam digerakkan untuk pemantauan setiap aduan diterima.



ULASAN OMAK KAU:-

Ini baru betul, tepat dan bijak ambil tindakan .... bukan perkara baru rungutan orang ramai mengenai restoran ini tetapi semacam tidak ada tindakan yang menyakinkan di ambil.

Rakyat lihat tindakan di ambil bukan sekadar sembang kencang.

Salute kepada para pegawai KPDNKK WPKL.

SATU LAGI PENGAMAL POLITIK PRIMITIF BILA BUKA MULUT .... TUAI RUMAH YANG TIDAK SOKONG KERAJAAN KENA LETAK JAWATAN KERANA ELAUN MEREKA DI BAYAR KERAJAAN.




Seruan kepada tuai rumah tidak sokong kerajaan kerana kerajaan bayar elaun, lantik mereka
KANOWIT: Tuai rumah yang tidak menyokong kerajaan digesa meletak jawatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent berkata, ini kerana kerajaan membayar elaun para tuai rumah termasuk melantik mereka.

“Para tuai rumah diminta terus setia bersama kerajaan dan menyokong segala agenda serta dasar-dasar kerajaan.

“Elaun dibayar itu menunjukkan kerajaan menghargai perkhidmatan serta tanggungjawab anda,” ujarnya semasa berucap pada Program Santai Bersama Rakyat di Rumah Anthony Ikus, Pedai di sini, petang kelmarin.

Turut hadir Penghulu Barnabas Angkis, Penghulu Juin Adan dan Tuai Rumah Anthony.

Pada program itu, beliau turut menyampaikan sijil pelantikan tuai rumah kepada Anthony.

Alexander berkata tuai rumah yang dilantik harus memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Jelasnya, tuai rumah juga wajar sealiran dengan kerajaan sebagai mata dan telinga kerajaan.

“Tuai rumah adalah ejen kerajaan sebagai sumber maklumat. Mereka juga akan membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan memberi info yang jelas kepada rakyat. Kita tidak mahu tuai rumah menyalahgunakan kuasa mereka demi kepentingan diri sendiri,” tegasnya.

Beliau menyeru agar para tuai rumah sentiasa mewujudkan hubungan baik dengan semua pihak dan dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan sebagai pemimpin setempat.

Sementara itu, beliau memberitahu bahawa kuota tuai rumah di negeri ini akan ditambah tidak lama lagi.

“Ini menunjukkan kerajaan sudah mula memberi kepercayaan kepada kita untuk membantu mereka dan jangan pula anda melawan kerajaan,” tambahnya.


ULASAN OMAK KAU:-


Pergh!!!! Satu lagi pemimpin berjawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) bila bercakap tidak pandang kiri kanan langsung ... siapa sahaja yang tidak setuju dan bersongsang dengan kerajaan dikerah supaya letak jawatan .. sebelum ini pernah juga kedengaran rakan-rakan beliau yang seangkatan dengannya berkata jika tidak setuju dan sokong kerajaan supaya nyah dari negara ini .. duduk di hutan dan terbaru dari Ahli Parlimen Langkawi merangkap Pengerusi KTMB supaya duduk dibulan kalau enggan bayar GST.

Inilah dinamakan politik primitif .. berpolitik secara guna modal usang dan pupus tarikh .. berpolitik lebih teruk dari spesisi yang menjadi penghuni hutan belantara .... politik diktator.

Bab ini Omak Kau secara ikhlas lagi jujur puji Dato' Seri Najib Tun Razak .. setakat ini walaupun bertali arus diserang sama ada pihak lawan maupun dari kalangan ahli-ahli parti sendiri .. sepatah ayat pun tidak keluar dari mulutnya suapa yang menentang beliau dipersilakan keluar dari negara ini maupun kakitangan awam digesa letak jawatan hatta ahli parti dikerah berdiam diam atau berdepan dengan tindakan disiplin parti .. TIDAK ADA ... ini membezakan antara negarawan dengan yang ingat pemimpin berjiwa haiwan.

Kalau berterusan para pemimpin BN mengamalkan budaya politik diktator dan primitif ini, maka tunggu dan saat ketikanya, bakal menjadi pembangkang selepas PRU 14 nanti .. politik ugut dan hambat sudah tidak ada tempat dijiwa dan minda rakyat yang berfikiran waras.

Hujah lawan dengan hujah bukan dengan terjah  ... berpolitik secara matang bukan ikut cara binatang.

Sebab itu, walaupun Najib diserang secara ganas tanpa henti dan berperikemanusiaan dari Tun M, namun majoriti rakyat terutamanya kalangan ahli-ahli UMNO masih memberikan sokongan padu kepada beliau .. kerana apa????  ... Sebab tidak mengamalkan politik primitif seperti ADUN Ngemah dan mereka yang sewaktu dengannya.

EDISI DON'T PLAY PLAY .... SEMPENA PELAKSANAAN GST PENIAGA NAIKKAN HARGA 1 SEN PUN AKAN DI DAKWA KATA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN HASAN MALEK JAGA.




Peniaga yang sengaja menaikkan harga barang susulan pelaksanaan GST boleh dikenakan tindakan walaupun jumlah kenaikan harga kecil, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad.

Beliau mengulas aduan pengguna mengenai harga barang yang sudah termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum ini dikekalkan peniaga yang kemudian menambah kadar enam peratus GST, sekali gus meningkatkan harga barang dan membebankan pengguna.

“Prinsipnya jelas, kalau barang itu ada SST (sebelum ini), kalau kadar SST lebih daripada GST, barang akan turun harga. Kalau SST (sebelum ini) lebih rendah daripada GST, harga akan diseimbangkan dengan enam peratus GST.

“Sekiranya peniaga naikkan harga lebih daripada yang patut dikenakan, kita akan lihat sama ada peniaga mencatut atau tidak. Apabila berlaku kenaikan begini kita kena lihat banyak perkara, kita tak menghukum secara tidak adil.

“Kenaikan harga mungkin boleh berlaku akibat macam-macam sebab jadi peniaga perlu tunjukkan sebab kenaikan harga itu. Kalau untuk mengambil keuntungan, peniaga naik satu sen pun kita boleh dakwa di bawah undang-undang, kerana peniaga dikira mencatut (mengambil untung berlebihan),” tegas Alias pada sidang media mengenai GST, semalam.

Alias berkata, di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, peniaga diwajibkan menyimpan dokumen dan invois berkaitan jual beli selama tujuh tahun untuk dijadikan bahan bukti terhadap siasatan KPDNKK.

Sistem cukai SST yang diguna kerajaan sejak 1972 sebelum ini mengenakan kadar cukai berbeza mengikut jenis barang, contohnya kadar lima peratus bagi makanan segera, minuman dan produk tenusu.

PERAGUT GEMOK KENA CEKUP DAN RAKAN SEJENAYAHNYA YANG KURUS BERJAYA MELARIKAN DIRI.


Kejadian dikatakan berlaku di Sri Petaling semalam dimana sepasang peragut cuba melakukan ragut keatas seorang wanita warga emas .. mendengar jeritan warga emas itu meminta tolong, orang ramai terus mengejar kedua-dua peragut tersebut dan berjaya menangkap salah seorang dari mereka ... yang seorang lagi secara kebetulan berbadan kurus berjaya melarikan diri.

Peragut gempal ini diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan selanjutnya .... Tahniah perlu diberikan kepada orang ramai yang menghulurkan bantuan dan tidak ambil tindakan undang-undang ditangan sendiri.

ARMADA KERETA AUDIT GST DI HANTAR KE PEJABAT KASTAM DIRAJA MALAYSIA TERSEBAR DI LAMAN SOSIAL SEJAK SEMALAM.


Begitu sekali tumpuan dan kesungguhan kerajaan dalam memastikan setiap sen GST dapat dikutip .. sampaikan ada kereta khas untuk para pegawai dan petugas dari Jabatan GST Kastam DiRaja Malaysia.

GST belum kutip tapi puluhan kereta sudah mula dipesan.

Tunggu sahaja kesan dan impak dari pelaksanaan GST nanti  .. kena berlapang dada dan berdingin kepala memberi ruang dan peluang cukai kontroversi ini menjalankan peranan dan mengambil tempatnya .. risikonya, kerajaan sedia ada yang kena tanggung .. jika rakyat merasakan suatu bebanan dan mencekik leher mereka, sudah pasti mereka akan balas dendam dengan memberikan undi kepihak lawan .. begitu juga sebaliknya, jika memberi untung sudah pasti kerajaan sedia ada akan dikekalkan pada PRU 14 nanti.

Sehingga kini jelas, GST suatu bentuk cukai yang tidak popular dikalangan rakyat .. alasannya mungkin cara penerangan dan hebahan tidak betul dan mengelirukan sehingga rakyat menjadi bercelaru haru biru.

Monday, 6 April 2015

SIAPA YANG LIHAT GAMBAR INI TIDAK MENITISKAN AIR MATA MEMANG SAH HATI KAUDU.


Bila melihat pemimpin paling dihormati, disanjung, dikagumi dan mengaku tidak pernah buat salah, YAB Tuan Hj Mohamed Azmin bin Hj Ali dalam keadaan sedih,sayu dan pilu duka semasa hari pengkebumian Allahyarham Ayahanda Dato' Seri Anwar Ibrahim semalam, tanpa disedari air mata Omak Kau pun menitis meleleh sedih ... berkongsi kesedihan dengan Tuan Hj Mohamed Azmin b Hj Ali.

Paling Omak Kau terharu apabila yang lain sekadar muka suram, tetapi amat berbeza dengan Tuan Hj Mohamed Azmin Hj Ali  .. jelas beliau kehilangan orang yang amat disayangi dan dihormatinya dalam hidupnya.

Apabila melihat pemimpin berjiwa rakyat, zuhud,cekap,maksum, tidak pandai beretorik dan berlakun serta tidak pernah ada sifat pendendam kesumat ini mengalirkan air mata, terasa amat bersalah pula jika mengkritiknya.

Sebab itu, jika sesiapa yang melihat gambar pemimpin yang dilahirkan untuk memimpin ummah ini menitiskan air mata kerana terlalu sedih tidak sama menitiskan air mata,  memang sah dia memiliki hati yang cukup kaudu.

HIDUP AZMIN ALI!!!!!!  .... WE LOVE AZMIN ALI!!!!!

SELEPAS TUN MAHATHIR KINI GILIRAN AZMIN ALI BERKATA SEJAK DIA MENJADI MB SELANGOR TIDAK PERNAH BUAT SILAP.



Azmin menegaskan dia tidak pernah melakukan kesalahan seperti yang didakwa oleh Khalid Ibrahim ... Sebelum ini Tun Mahathir secara terbuka baru-baru mengatakan sejak menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun lebih tidak pernah lakukan kesilapan.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berang dengan dakwaan Tan Sri Khalid Abdul Ibrahim yang mengatakan dia seorang dungu dan jahil.

Mempertahankan keputusan pembatalan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), beliau berkata ia dilakukan selepas mengambil kira maklum balas daripada rakyat Selangor.

“Saya juga telah berbincang panjang dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan memberikan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pemaju kerana ianya bidang kuasa kerajaan negeri di bawah Seksyen 18.

“Jadi, di mana kesalahan saya? Saya tidak pernah melakukan kesalahan seperti yang didakwa oleh Khalid Ibrahim kerana sebagai ketua negeri saya perlu mengambil kira semua perkara yang mengutamakan kepentingan rakyat Selangor,” katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.

Terdahulu, Khalid yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang mendakwa projek KIDEX terletak di bawah bidang kuasa penuh Kerajaan Persekutuan.

Kata Khalid, peranan kerajaan negeri dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam adalah tidak lebih daripada memberi nasihat.

Dia juga memberitahu kerajaan negeri tiada kuasa menolak projek Kerajaan Persekutuan.

Mengulas mengenai perjanjian utama air antara Selangor dan Kerajaan Persekutuan pula, Azmin menegaskan beliau akan memberikan maklumat secara terperinci di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.

“Saya akan memberikan fakta yang jelas menjelang petang ini walaupun jawapan telah disampaikan dalam sesi soal jawab tempoh hari. Mungkin Khalid Ibrahim sudah lama tiada dalam pentadbiran dan ketinggalan maklumat.

“Saya akan meneruskan perjanjian utama dan memuktamadkan pada kadar segera,” jelasnya.

Azmin bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perjanjian utama itu terhalang kerana ada pihak yang berdolah-dalih dan tidak mematuhi semangat prinsip perjanjian utama.

“Oleh kerana masih ada pertikaian yang perlu diselesaikan segera demi kepentingan rakyat Selangor, saya akan jelas perkara ini juga secara secepat mungkin” ujarnya.

Jika apa yang dinyatakan ini benar maka kini negara sudah ada dua pemimpin bertaraf maksum .. mengaku tidak pernah buat silap ketika terajui negara dan negeri.

Memang hebat pemimpin yang paling disanjung dan sayangi rakyat Selangor sejak merdeka ini  .. memang dilahirkan untuk memimpin ummah ... satu dalam sepuluh billion ... bertuah sungguh rakyat Selangor dapat pemimpin yang tidak pernah buat salah ini ... Pergh!!!! .. tak rugi dan berbaloi.

Bapa angkat borek anak angkat rintik.

HIDUP AZMIN ALI!!!!! ..... WE LOVE AZMIN ALI!!!!

BEKAS KETUA MENTERI SABAH MERANGKAP TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SABAH KECAM TUN MAHATHIR SEBAGAI PEMIMPIN KETINGGALAN ZAMAN.



Kritikan yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dikatakan mempunyai agenda tersirat.

Dakwaan itu dibuat, Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak dalam entri terbaru di blognya yang mempersoalkan tindakan Dr Mahathir.

Tulisnya, bekas Perdana Menteri itu berhak untuk menyuarakan pandangan, tetapi beliau tidak boleh memaksa orang lain menerimanya.

Selain itu, beliau menyifatkan apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir tidak lagi sesuai dengan perkembangan semasa.

“Pandangan dan pendekatan yang dibawa oleh Tun Mahathir mungkin sesuai pada eranya, tetapi mungkin tidak sesuai pada zaman ini,” ujarnya.

Jelas Salleh lagi, bagi sesebuah negara demokrasi pendapat Najib juga harus dihormati oleh semua pihak termasuk Tun Mahathir sendiri.

“Semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, tidak semua keputusan beliau dipersetujui oleh ahli-ahli parti, tetapi terus menyokong keputusan itu atas dasar dan prinsip menghormati keputusan ketua nombor satu,” tambahnya.

PEMANDU TEKSI YANG MENJADI KECOH DI LAMAN SOSIAL DI HERET KE MAHKAMAH DENGAN TIGA PERTUDUHAN MEMUKUL TIGA WANITA DAN MEROSAKKAN SEBUAH KERETA MYVI.




Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas tiga tuduhan memukul tiga wanita dan merosakkan sebuah kenderaan, minggu lalu.

Azmi Mat Mokhtar, 54, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap tiga beradik Sharifah Fara Difla Syed Faried, 28, Sharifah Fara Afzan, 27 dan Sharifah Fara Rayyana, 24.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan stesen minyak Petron, Persiaran Kayangan Seksyen 7, dekat sini, jam 3.30 pada 29 Mac lalu.

Sebelum ini, sebuah video kes pergaduhan di stesen Petron Seksyen 7, Shah Alam  yang melibatkan 9 gadis memaki hamun lelaki usia pertengahan itu tersebar dan menjadi viral di internet.

Video kedua pula menunjukkan lelaki terbabit yang juga seorang pemandu teksi bertindak kasar terhadap gadis-gadis berkenaan sehingga menyebabkan mereka berang dan tercetusnya perang mulut di antara kedua-dua pihak.

Punca kejadian itu didakwa berlaku kerana pemandu teksi berkenaan enggan memberi laluan kepada kereta Myvi itu walaupun sudah memberi isyarat masuk ke kiri termasuklah mengangkat tangan.

KELAB PENYOKONG BARISAN NASIONAL (BNBBC) BIDAS TUN MAHATHIR KERANA BERSIFAT PERIBADI SERANG NAJIB DAN TIDAK FAHAM ISU DI AKAR UMBI KERANA BERADA DI KEDUDUKAN ATASAN.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah menemui Tun Dr Mahathir Mohamad secara "one-to-one" dan memberikan penjelasan berhubung isu dibangkitkannya, kata Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.

Shahrir berkata, selain Najib, ahli BNBBC dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut mengadakan pertemuan sama bersama perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu.

"Saya tanya Najib (hasil pertemuan), beliau cakap Tun (Dr Mahathir) 'hot and cold'," kata Shahrir, kepada pemberita, pada sidang media BNBBC di Parlimen, hari ini.

Dr Mahathir dilihat semakin agresif mengkritik pentadbiran Najib, malah, turut berkata sekiranya Najib masih mengetuai Umno, Barisan Nasional (BN) akan tewas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ahli Parlimen Johor Baru itu berkata, sebagai ahli Parlimen, mereka lebih memahami isu di peringkat akar umbi berbanding Dr Mahathir yang berada di kedudukan atasan.

"Dr Mahathir tidak akan tahu apa yang kami lakukan di peringkat akar umbi, ini orang atas-atas, kami peringkat bawahan.

"Itu orang yang bercakap, tidak ambil kira kenyataan sebenar di bawah, sebab itu kami biasanya diam, kali ini kami nyatakan," kata Shahrir, dan menambah, BNBBC terpaksa bersuara mempertahankan Najib memandangkan serangan Dr Mahathir kini menjurus kepada isu peribadi.

"Pada hari ini, tujuannya, sebagai ahli Parlimen biasa, kami bukan golongan 'buta-buta' menyokong, kami berdiri bersama dengan perdana menteri.

"Kami melihat perubahan dan keadaan yang kami rasa begitu puas hati dan seronok sebagai ahli Parlimen," katanya
.

WANITA BERNAMA AIDANA BAIZIEVA YANG TURUT TERKORBAN NAHAS HELIKOPTER TERHEMPAS DI SEMENYIH SABTU LALU DISAHKAN KEDUTAAN KYRGYZSTAN ADALAH WARGANEGARA KYRGYZSTAN.



Kedutaan Kyrgyzstan mengesahkan identiti wanita bernama Aidana Baizieva, mangsa terakhir nahas helikopter yang terhempas di Semenyih pada petang Sabtu lalu, merupakan rakyat negara berkenaan.

Ketika dihubungi di sini, pejabat kedutaan berkenaan memaklumkan pegawainya bersama kakak Aidana hadir ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses pengecaman dan tuntutan jenazah wanita tersebut.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada jenazah akan dibawa pulang ke negara asal atau tidak.

Menurut rekod kedutaan, Aidana dilaporkan masih lagi bujang dan telah berada hampir setahun di Malaysia.

Kakak Aidana yang menaiki kereta Vios dilihat keluar daripada perkarangan dan enggan memberi sebarang reaksi ketika ingin ditemubual oleh pemberita.

Kira-kira pukul 10.45 pagi tadi, sebuah kereta milik pejabat kedutaan Kyrgyzstan tiba Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di sini sebelum sebuah lagi kereta tiba dua minit kemudian.

Pada pukul 1 petang, kereta model Toyota Vios yang dinaiki oleh kakak Aidana dilihat keluar daripada perkarangan dan enggan memberi sebarang reaksi ketika ingin ditemubual oleh pemberita.

Sebelum ini, lima mayat mangsa nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di Semenyih sudah dituntut keluarga masing-masing.

Keluarga mendiang Kapten Fournier, yang berasal dari Minnesota dan bekerja di negara ini sejak 20 tahun lalu sudah disahkan oleh pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara akan tiba hari ini bagi mengecam dan menuntut mayatnya.

Pada Sabtu, Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Dato' Seri Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bersama empat orang lagi terkorban apabila helikopter Dauphin AS365N2 yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur, terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada jam 4.55 petang.

Empat lagi mangsa di dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.

TAN SRI KHALID BIDAS KERAS AZMIN ALI AGAR JANGAN BERLAGAK SEPERTI PAK KADUK SEHINGGA TERGADAI NEGERI SELANGOR.



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dibidas kerana menjadi pemimpin oportunis apabila sering membuat keputusan yang popular tanpa memikirkan kesan besar kepada negeri, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bekas menteri besar yang disingkirkan PKR itu berkata, Azmin masih belum layak menjadi negarawan kerana mengamalkan pentadbiran retorik dan sandiwara politik, selain mengulangi gesaannya supaya Azmin berundur.

"Kita semua, lebih-lebih lagi pemimpin sepatutnya tahu ada perbezaan yang besar antara keberanian melulu dan kebijaksanaan terpimpin dalam membuat keputusan.

"Apa gunanya berani persis panglima perang sekiranya strategi dan teknik yang diguna pakai akan menyebabkan kita menang satu pertempuran tapi kalah dalam peperangan.

"Ambillah iktibar dan pengajaran kisah nasib malang Pak Kaduk yang menang bersorak, kampung tergadai akibat kedunguan dan kejahilannya.

"Kelayakan, kredibiliti dan integriti seorang pemimpin bukan diukur atas neraca keberanian tetapi lebih bersandarkan keupayaan dan kebijaksanaan hakiki," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kritikan Khalid itu merujuk kepada kenyataan Azmin minggu lalu berhubung Selangor menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST), selain pembatalan lebuh raya bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex), penstrukturan air dan amalan sistem tender terbuka yang menjejaskan rakyat Selangor.


RAKYAT SELANGOR TIDAK PERLU RETORIK DAN SANDIWARA POLITIK


Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Menteri Besar Selangor kerana memberi respon terhadap sesetengah isu yang saya bangkitkan meskipun jawapan beliau lebih kepada cubaan untuk memperlekehkan legasi saya selaku mantan Menteri Besar.

Apatah lagi isu yang sangat penting yakni penstrukturan semula industri air tidak disentuh sama sekali. Sesungguhnya, rakyat Selangor berhak mendapat penjelasan dan kepastian terutama tentang komitmen beliaudalam memuktamadkan segera penyusunan semula industri air pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion; langkah-langkah mengambilalih Splash, satu-satunya syarikat konsesi yang masih berdegil dan penamatan serta-merta Perjanjian Penswastaan berat sebelah dengan semua syarikat konsesi.   

Kita semua, lebih-lebih lagi pemimpin, sepatutnya tahu ada perbezaan yang besar antara keberanian melulu dan kebijaksanaanterpimpin dalam membuat keputusan. Apa gunanya berani persis panglima perang sekiranya strategi dan teknik yang digunapakai bakal menyebabkan kita menang satu pertempuran tapi kalah di dalam peperangan.

Ambillah iktibar dan pengajaran daripada kisah nasib malang Pak Kaduk yang menang bersorak, kampung tergadai akibat kedunguan dan kejahilan beliau. Kelayakan, kredibiliti dan integriti seorang pemimpin bukan diukur atas neraca keberanian tetapi lebih bersandarkan keupayaan dan kebijaksanaan hakiki.

Memandangkan Menteri Besar menjadikan isu KIDEX sebagai sandaran, sekiranya Dato' Menteri Besar terlupa atau terlepas pandang, saya ingatkan bahawa Kerajaan Negeri terikat dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bidang kuasa dan prerogatif bagi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sama ada di bawah senarai persekutuan, negeri atau bersama.

Jika diteliti Jadual Kesembilan tersebut, amat jelas bahawa projek KIDEX terletak di bawah bidang kuasa penuh Kerajaan Persekutuan memandangkan perkara-perkara berkaitan komunikasi dan pengangkutan serta kontrak Kerajaan Persekutuan termasuk dalam senarai persekutuan.

Hakikatnya, skop dan capaian bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal-ehwal berkepentingan awam sangat meluas dan hampir mutlak. Dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, peranan Kerajaan Negeri tidak lebih daripada memberi nasihat dan tiada kuasa menolak projek Kerajaan Persekutuan. Malah, walaupun sebarang perkara berkaitan tanah di bawah senarai negeri, perancangan pembangunan bandar dan desa masih tertakluk di bawah senarai bersama.

Meskipun KIDEX tidak termasuk dalam draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dan pelan rancangan tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya yakni hujah Seksyen 18 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 mungkin boleh dipertimbangkan, saya amat khuatir akan keterdedahan Kerajaan Negeri kepada implikasi perundangan dan kewangan akibat pengumuman pembatalan pada 16 Februari 2015 kerana saya difahamkan Kerajaan Persekutuan sedang meneliti semua aspek berkaitan bersama Jabatan Peguam Negara.

Sebenarnya, pengumuman pembatalan projek ini aneh dan diragui kesahihannya di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri kerana ia tidak terlibat langsung dalam perjanjian konsesi yang ditandatangani di antara syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan pada 16 November 2013.

Terdapat juga percanggahan hujah dalam alasan pembatalan di mana syarikat konsesi didakwa gagal memenuhi kesemua syarat yang ditetapkan dalam tempoh yang diberi sehingga 14 Februari 2015 sedangkan syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan mendakwa sebaliknya.

Berpandukan krisis KIDEX, kita tidak dapat menolak kemungkinan pelabur swasta akan berfikir berulang kali sebelum membuat keputusan melabur di Selangor khususnya dalam pembinaan infastruktur pengangkutan awam.

Saya kira perlu dimaklumkan kepada rakyat juga ketika saya mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES), persetujuan secara prinsip atau kelulusan bersyarat yang diberikan pada 23 Februari 2012 sebenarnya tertakluk kepada empat (4) prasyarat yang wajib dipenuhi oleh syarikat konsesi dalam tempoh masa yang mencukupi sebelum kebenaran merancang boleh dikeluarkan:

(1) Hasil laporan penilaian impak lalu lintas (TIA), impak alam sekitar (EIA) dan impak sosial (SIA)
(2) Unjuran kewangan lengkap mengenai pulangan pelaburan modal oleh syarikat konsesi untuk menetapkan tempoh tol perlu dikenakan
(3) Unjuran margin keuntungan bakal dikaut
(4) Sesi "engagement" di antara syarikat konsesi, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan penduduk yang bakal terkesan, dimudahcara oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Setelah kepimpinan pentadbiran negeri bertukar, rakyat sepatutnya dimaklumkan bahawa barisan EXCO yang baharu hanya membuat keputusan berdasarkan ketetapan dan faktor pertimbangan yang saya gariskan dahulu selaku Menteri Besar.

Memang mudah mengumumkan pembatalan, tidak kiralah sama ada pembatalan projek atau kelulusan pembangunan tetapi apakah solusi alternatif Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah dasar iaitu kesesakan lalu lintas teruk berdasarkan aduan rakyat di Lembah Kelang terutama di kawasan berkenaan?

Sekali lagi saya tegaskan bahawa keupayaan mencadangkan penyelesaian alternatif yang boleh dilaksanakan pada kos yang setimpal dan impak negatif minima merupakan ujian sebenar kewibawaan, kaliber dan nilai teras seorang pemimpin.

Mengenai dasar perolehan Kerajaan Negeri, rakyat perlu diingatkan bahawa sistem tender terbuka melalui kaedah "cut-off" telah digunapakai oleh pentadbiran Barisan Nasional sebelum 2008 tetapi telah saya tamatkan kerana ianya terbukti tidak menitikberatkan prinsip kompetensi, ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti di samping membuka ruang kepada perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

Keberkesanan sistem tender terbuka berdasarkan prinsip "value for money" yang saya laksanakan sejak 2009 di mana kontrak Kerajaan Negeri dianugerahkan kepada sebut harga paling kompetitif jelas terbukti apabila Dato' Menteri Besar sendiri mengumumkan minggu lepas di dalam Dewan Negeri Selangor bahawa Kerajaan Negeri mencapai penjimatan bernilai RM430.221 juta di antara 2011 dan 2014 yakni setara dengan purata tahunan sebanyak RM107.56 juta.

Logik akal manusia waras yang benar-benar ikhlas ingin melaksanakan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik serta menentang gejala ketirisan, pembaziran dan amalan rasuah sudah pasti tidak akan sekali-kali bersetuju dengan apa jua justifikasi yang diberi oleh pentadbiran baharu untuk mewajarkan keputusan membatalkan satu kaedah yang terbukti berkesan di era pentadbiran saya. Lebih parah lagi, digantikan pula dengan kaedah yang telah digunapakai sebelum 2008 biarpun dijenamakan semula sebagai kaedah "cut-off" yang diubahsuai.

Jika kita teliti laporan akhbar dan aduan rakyat, pelbagai isu perkhidmatan awam yang disediakan PBT tidak diselesaikan pada hujung 2014 seperti yang Dato' Menteri Besar janjikan malah semakin teruk - longgokan sampah-sarap bukan di tempat pembuangan masih berleluasa, sistem perparitan dan longkang masih tersumbat, semak-samun di taman perumahan masih kelihatan, jalan-jalan tidak bersapu masih kerap. Ini semua bukti kegagalan kaedah "modified cut-off" ini yang sebenarnya amat mencurigakan tetapi telah dimomokkan sebagai penyelesaian terbaik bagi semua masalah berkaitan PBT atau seumpamanya.

Hakikatnya, sistem tender terbuka yang mempunyai seribu macam kebaikan telah tercemar kerana kaedah "cut-off" sebegini yang membenarkan kontrak diberikan kepada pembida yang bukan terendah bakal membuka ruang kepada perbincangan tertutup (back-door negotiations) sekaligus terdedah kepada amalan rasuah serta salah guna kuasa, salah urus dana awam dan salah laku berkaitan dana awam yang lain. Malang sekali nasib rakyat Selangor kerana akhirnya, mereka yang rugi kerana terpaksa membayar lebih bagi hasil kerja atau perkhidmatan yang ala kadar dan tidak setimpal dengan dana awam yang dibelanjakan.

Sekiranya yang menjadi masalah adalah wujudnya kontraktor yang culas dalam pengendalian tugasan yang diberi atau gagal menyempurnakan projek dalam tempoh masa dan/atau mengikut spesifikasi yang ditetapkan, maka sepatutnya pentadbiran baharu berusaha mencari mekanisme inovatif lain untuk menangani masalah tersebut di samping menambahbaik sistem sedia ada yang terbukti memberi faedah besar kepada rakyat.

Nampaknya, memikirkan satu mekanisme lain yang memerlukan analisa terperinci dan kepakaran spesifik terlalu membebankan bagi Dato' Menteri Besar dan para penasihat kanan beliau. Sebaliknya, tanpa rasa bersalah, beliau sewenang-wenangnya mengambil jalan pintas dan mudah dengan menggunapakai semula sistem lama yang hanya diberi sentuhan kosmetik.

Hakikatnya, sangat mudah menjadi pemimpin oportunis dengan membuat kenyataan atau keputusan yang popular dan lunak didengar tanpa perlu memikirkan impak dalam segala segi dan gambaran sebenar situasi atau kemampuan hakiki memenuhi sebarang janji manis.

Saya hanya mampu tersenyum apabila melihat di dada akhbar dan portal baru-baru ini kononnya negeri Selangor menentang GST sedangkan kita tahu hakikatnya, semua PBT telah diarahkan memaklumkan rakyat di semua peringkat bahawa GST akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2015.

Rakyat perlu sedar daripada terus dibuai mimpi indah bahawa kenyataan tersebut yang dibuat oleh Dato' Menteri Besar di dalam Dewan Negeri Selangor pada minggu lepas tidak akan merubah apa-apa kerana hakikatnya, Selangor tidak akan sama sekali dikecualikan daripada melaksanakan GST!  

Saya yakin kayu ukur sama ada seorang pemimpin itu semata-mata seorang politikus profesional atau seorang negarawan terbilang terletak pada ketulusan niat memberi yang terbaik kepada rakyat yang akan terserlah melalui keutuhan perjuangan, kesungguhan usaha dan pencapaian sebenar sepanjang hayat.

Namun, berdasarkan apa yang kita alami dan saksikan sendiri sejak hujung bulan September 2014, jelas bahawa Dato' Menteri Besar perlu berusaha lebih gigih untuk layak digelar negarawan kerana masih bersendikan retorik dan sandiwara politik. Kalau beginilah gaya dan pendekatan pentadbiran baharu, maka saya ulangi gesaan agar Dato' Menteri Besar segera berundur untuk diserahkan jawatan kepada seseorang yang benar-benar layak demi kemaslahatan rakyat.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
ADUN PELABUHAN KLANG

6 APRIL 2015

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... PROTON SETANDING DENGAN BMW.


Kerajaan yakin Proton mampu bersaing dengan kereta import kerana ia setanding dengan jenama antarabangsa seperti BMW, Volvo, Toyota and Honda.

Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa berkata perkara itu berasaskan penarafan lima bintang daripada Asutralasian Car Assesment Program (ANCAP) dan ASEAN NCAP berhubung ciri-ciri keselamatannya.

Alang-alang nak buat rakyat syok sendiri dicadangkan membuat kenyataan salah satu dari berikut:  1)  BMW berhasrat mau belajar dari PROTON bagaimana nak buat kereta yang bermutu tinggi .. akan hantar beberapa pegawai ke kilang PROTON dalam masa terdekat .. Pengurusan BMW amat berharap agar PROTON Tidak keberatan dan tidak kedekut berkongsi ilmu dengan BMW ....   2)  PROTON kini sudah di iktiraf sebagai pengeluar kereta yang paling baik sekali mutunya dalam dunia sehingga dijadikan model kayu ukur sebagai kereta yang bermutu tinggi untuk di ikuti oleh syraikat-syarikat pengeluar kereta dunia lain   3) Tiada lagi syarikat pengeluar kereta didunia yang mampu menandingi kehebatan kereta keluaran PROTON.
 ... 4)  Beberapa pasukan F1 ingin menggunakan enjin Campro keluaran PROTON untuk sesi perlumbaan 2016 akan datang.

GAMBAR NEELOFA ENGGAN SALAM DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM DI MALAM ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN (ABPBH) 2014 MALAM TADI MENJADI RIBUT DI LAMAN SOSIAL.


Neelofa untuk turut sama hadir dengan malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014 sebagai tanda sokongannya kepada industri hiburan.

Kehadiran Neelofa ke malam ABPBH 2014 malam tidak sia-sia apabila beliau telah diumumkan sebagai pemenang kategori Pengacara TV Wanita Popular 2014. Kemenangan yang sebenarnya tidak dijangka apatah lagi Neelofa perlu bersaing dengan Fara Fauzana (pilihan utama) dan Scha Alyahya.

Menjadi lebih menarik dan riuh gegak gempita apabila beliau enggan bersalam dengan lelaki bukan muhrim.

Tindakan beliau ini seperti biasa ada menyokong dan tidak kurang juga mengutuk keras.


Tahniah dari Omak Kau kerana berani melakukan suatu perubahan yang membuka mata dan minda masyarakat.

IDENTITI WANITA MELAYU JADI KELDAI DADAH BERNILAI RM9.5 JUTA DITANGKAP DI LAPANGAN TERBANG KATHMANDU TERSEBAR.



Wisma Putra masih menunggu laporan penuh dan enggan mendedahkan maklumat mengenai seorang wanita rakyat Malaysia yang ditahan Biro Kawalan Narkotik Polis Nepal selepas disyaki membawa 11 kilogram dadah jenis kokain di Lapangan Terbang Tribhuvan di Kathmandu, Jumaat lalu walaupun identinya kini sudah pun tersebar secara meluas di internet.

Jurucakap Wisma Putra berkata, pihaknya masih belum dapat mengesahkan kejadian itu dan sekiranya ianya berlaku, keluarga mangsa perlu dimaklumkan terlebih dahulu.

“Kami tidak dapat mengesahkan kejadian untuk setakat ini dan masih menjalankan siasatan.

“Sekiranya perkara tersebut berlaku, keluarga wanita tersebut akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, kokain yang dianggarkan bernilai RM9.5 juta (Rs160 juta) disembunyikan dalam lima beg komputer riba dipercayai untuk dijual di pasaran antarabangsa.

Portal Nepal melaporkan, wanita tersebut menggunakan laluan Nepal buat pertama kali setelah berkunjung ke Brazil dari Malaysia pada 15 Mac lalu.

Jurucakap Polis berkata, wanita tersebut mengakui membawa dadah dari Brazil ke Nepal melalui New Delhi dari Malaysia.

Difahamkan, wanita tersebut diberikan tempat tinggal di sebuah apartmen di Lazimpat.


http://www.ekantipur.com/2015/04/05/capital/malaysian-woman-held-with-cocaine/403679.html

HELLO AHMAD MASLAN CGPA 3.85 .... AMBIL PERHATIAN RUNGUTAN PARA PENIAGA KAD TAMBAH NILAI PRABAYAR.


Hampir semua kedai yang berniaga kad tambah nilai (top up) prabayar enggan menjual kad top up sebab tidak mau dituduh sebagai penipu oleh pelanggan dan tanggung kerugian kerana kata-kata flip flop, berdolak dalik dan U turn oleh Ahmad Maslan CGPA 3.85.

SEBAIK SAHAJA GST DI LAKSANAKAN KINI SEMUA RAKYAT SUDAH MAMPU BELI KERETA JENAMA CITROEN DAN PEUGEOT?????


Mulai 1hb April 2015 yang lalu dua jenama kereta Peranchis, Peugeot dan Citroen sudah turun harga antara RM13.50 hingga RM15.30.

Mungkin dengan penurunan harga yang begitu mendadak itu, kini bolehlah mana-mana rakyat Malaysia yang selama ini memendam perasaan untuk memiliki kereta dua jenama ini memilikinya  .. sudah tidak mahal lagi????? .. Terima Kasih kepada GST.

Sunday, 5 April 2015

PENIAGA UPTOWN SHAH ALAM KECEWA DENGAN AZMIN ALI KERANA GAGAL TUNAI JANJI BANGUNKAN SEMULA TAPAK PERNIAGAAN YANG MUSNAH DALAM KEBAKARAN




Peniaga Uptown Seksyen 24 Shah Alam kecewa dengan pentadbiran Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali kerana masih belum memajukan tapak perniagaan mereka seperti yang dijanjikan sejak enam bulan lalu sehingga menyebabkan kerugian besar.

Wakil peniaga, Hassan Nuruddin berkata, sehingga hari ini projek bangunan sementara Uptown masih belum siap walaupun kerajaan negeri berjanji untuk menyiapkannya pada Februari selepas tapak mereka musnah dalam kebakaran Oktober tahun lalu, namun ditangguh sehingga Mac dan kemudian Mei ini.

"Semasa lawatan, menteri besar membayangkan pembangunan semula boleh disiapkan hanya dalam masa dua bulan dari tarikh kejadian.

"Namun sehingga kini perjalanan projek tersebut amatlah mendukacitakan," katanya ketika ditemui pemberita di Shah Alam, hari ini.

Katanya, masalah semakin teruk apabila peniaga yang terpaksa menumpang sementara di kawasan tapak letak kereta mengalami kerugian besar disebabkan khemah yang mudah rosak dan musnah ketika cuaca hujan ribut.

Hassan yang berniaga jam sejak 9 tahun lalu berkata, mereka juga tidak dibekalkan keperluan elektrik dan hanya bergantung kepada mesin 'generator', selain menanggung kos sewa tapak yang tinggi.

Katanya, masalah itu menyebabkan mereka rugi hampir 50% daripada pendapatan terdahulu kerana hasil keuntungan yang tidak menentu memandangkan jumlah pengunjung tidak lagi ramai seperti sebelumnya.

"Kerisauan peniaga semakin meruncing apabila bulan Ramadan yang semakin hamper tiba kerana bulan puasa diibaratkan seperti musim menuai bagi kami," katanya.

Uptown Shah Alam musnah terbakar pada 15 Oktober tahun lalu, menjejaskan 189 peniaga kedai Blok B dan FB.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan peruntukan pembinaan bangunan sementara RM3.5 juta dan projek bangunan kekal sebanyak RM18 juta.

Namun, Hassan berkata, peniaga kecewa bangunan sementara itu sehingga kini hanyalah satu khemah sementara (marquee tent) tanpa 'partition' dan pemasangan lantai yang masih tergendala.

"Beberapa mesyuarat dengan UPENS (Unit Perancang Ekonomi Negeri) amat mendukacitakan kerana tarikh menyiapkan projek bangunan sementara ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

"Tiada maklumat jelas daripada pihak UPENS dan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) tentang perjalanan dan jadual kerja projek yang diterima peniaga," katanya.

Sehubungan itu, katanya peniaga Uptown merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Azmin esok menggesa kerajaan negeri segera menyiapkan pembinaan khemah sementara untuk keselesaan peniaga.

"Kami amat berbesar hati sekiranya beliau sudi datang sendiri turun padang meninjau tapak projek pembangunan yang boleh dianggap sangat mengecewakan dan diragui ketelusannya.

"Hal ini bertepatan dengan manifesto yang diperjuangkan oleh kepimpinan menteri besar yang mahukan ketelusan dalam pentadbiran," katanya.


PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DI PEDULI ... HIDUP AZMIN ALI!!!! ... KAMI TERAMAT SAYANG AZMIN ALI!!!! ... JANJI DI TEPATI!!!!

TUN MAHATHIR MEMBUAT KEJUTAN DENGAN MENZIARAH KERUMAH AYAH DSAI YANG TELAH PULANG KE RAHMATULLAH AWAL PAGI TADI.


Dato' Ibrahim Abd Rahman (ayah DSAI) kembali ke rahmatullah jam 1.45am pagi tadi. Jenazah dibawa pulang di alamat Lot 459 Pinggir Pelangi Pagi, Country Height, Kajang. Jangkaan setakat ini pengebumian di Tanah Perkuburan Sg. Ramal, selepas zuhur.

Antara orang kenamaan yang datang menziarah ialah bekas Perdana Menteri yang juga seteru ketat pekat polis DSAI, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Dato' Seri Anwar Ibrahim insya Allah akan diberi keizinan oleh pihak penjara jam 11 pagi ini untuk ziarah Allahyarham ayahandanya.

Semoga roh Allahyarham di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman dan soleh.

Alfatihah.

KAK WAN YAKIN PR AKAN PERINTAH MALAYSIA SELEPAS PRU 14 NANTI.



Pakatan Rakyat (PR) optimis akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yakin masa depan negara ini terletak di tangan gabungan parti berkenaan.

Atas tujuan itu, beliau mengajak parti komponen PR- PKR, DAP, PAS – untuk terus bersatu dan fokus untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN).

Katanya, walaupun suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara sekali lagi namun ia tidak sedikit pun melemahkan semangat PR untuk terus berjuang.

“Kita teguhkan tekad kita bahawa perjuangan tidak sama sekali akan terhenti, tiada jua istilah berundur, kita akan terus mara. Mara bersama semangat perjuangan Anwar Ibrahim, sebagai suatu gerakan yang mampu mencorak masa depan negara, ” katanya dalam perutusan sempena Ulang Tahun ke-16 penubuhan PKR.

Menurut Wan Azizah, PKR kini setanding dengan parti politik arus perdana di negara ini walaupun melalui pelbagai dugaan dan tekanan sejak dari awal penubuhannya.

“Kami sekeluarga, para pendokong serta pejuang reformasi dihina dan difitnah hari demi hari. Tidak kurang yang diburu, ditangkap, diseret ke lokap dan ada yang terpaksa merengkok dalam tahanan ISA.

“Namun di sebalik segala kepayahan dan tekanan, PKR berusaha melakar sejarah dengan memecahkan tembok dominasi parti-parti politik veteran yang sudah lama mendominasi sistem politik negara,” katanya.

NAJIB KEHILANGAN TIGA TOKOH PENTINGNYA DALAM TEMPUH BEBERAPA HARI


Kesemua enam penumpang meninggal dunia dalam tragedi helikopter terhempas di Semenyih petang semalam, di mana dua daripadanya diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Najib Razak. Mereka ialah Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat merangkap bekas Menteri Kabinet dan Dato' Seri Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri.

Jamaluddin yang lebih popular dengan pangilan JJ, diketahui umum adalah orang kanan Najib, terutamanya berkaitan gerak kerja politik dan hal-hal yang bertujuan meningkatkan hubungan serta penerimaan dan sokongan masyarakat terhadap kepimpinan Najib.

Kematian beliau yang tragis bersama Azlin, sudah semestinya merupakan kehilangan yang amat dirasai Najib sekarang ini. Tentunya tidak mudah beliau menerima kehilangan dua orang kanannya itu secara serentak.

Beberapa hari yang lalu, seorang pegawai khas Najib, Dato' Mohd Po'ad Jelani juga meninggal dunia di Singapura akibat kanser.

Ini bermakna, dalam tempoh beberapa hari ini saja, Najib kehilangan tiga orang pentingnya kerana meninggal dunia.

Takziah kepada Najib dan juga kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh

Marilah juga kita tidak kira dari kelompok fahaman politik mana sekali pun, sekurang-kurangnya menyedekahkan Al Fatihah kepada roh mereka .. Al Fatihah.

KPN CABAR BEKAS KOPERAL SIRUL DEDAH BUKTI PEMBABITAN INDIVIDU PENTING DALAM PEMBUNUHAN ALTANTUYA



Ketua Polis Negara (IGP) Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan Sirul Azhar Umar bahawa beliau berbohong mengenai siasatan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya, Khalid menganggap Sirul seorang yang terdesak dan mencabar SIrul yang mendakwa dia diarahkan untuk membunuh Altantuya, mendedahkan semuanya.

Khalid berkata, Sirul bertindak demikian bagi menyelamatkan nyawanya dan untuk tidak dibawa pulang ke Malaysia di mana dia akan menghadapi hukuman mati.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Khalid berkata Sirul telah cuba untuk mencemar dan menimbulkan keraguan terhadap siasatan kes pembunuhan itu, sistem keadilan jenayah, serta penglibatannya sendiri dalam pembunuhan itu.

Katanya, daripada apa yang telah dikumpulkan, Sirul tidak menawarkan petunjuk baru yang boleh melepaskannya daripada jenayah tersebut.

Oleh itu, kata Khalid, pihaknya mengalu-alukan cabaran Sirul untuk membuat pendedahan sekiranya dia ada apa-apa mengenainya.

Sirul, dalam panggilan telefon dari Sydney dengan Malaysiakini awal pagi semalam, menuduh Khalid berbohong selepas ketua polis itu berkata pegawai telah dihantar ke Australia untuk menemubualnya tetapi tiada petunjuk baru ditemui.

Sirul kini berada di sebuah pusat tahanan imigresen di Australia.

Sirul memberitahu Malaysiakini bahawa tidak ada pegawai polis Malaysia yang pernah menemuinya sejak dia melarikan diri dari negara ini.


ULASAN OMAK KAU:-


Sepertimana yang telah Omak Kau nyatakan sebelum jika merasakan ada bukti kukuh dan fakta mantap tidak perlu bekas Koperal Sirul mau jadikan isu ini sebagai bargaining chips demi mau melepaskan tengkuknya dijerut dengan tali gantung .... setuju 101% dengan cabaran Ketua Polis Negara  ... dedahkan sahaja ... jangan nak acah-acah.

Pendedahan tidak semestinya dinegara ini .. nak buat pendedahan di Syney Australia pun boleh, tidak menjadi hal .. peliknya dah berlanjutan sekian bulan, kata nak dedah dan bongkar konon adanya arahan individu penting arahkan beliau melakukan pembunuhan keatas Altantuya ... tetapi tidak juga dedahkan.

Ikut hukum akal logik ... kalau benar ada rahsia dan maklumat penting yang mampu mengaitkan individu penting dala pembunuhan Altantuya .. dah lama beliau lakukan, sama ada dalam kenyataan kepada polis maupun dimahkamah terbuka dalam bersumpah ketika diminta membuat pembelaaan diri.

Selepas keputusan Mahkamah Tinggi dapati bersalah .. senyap tidak kata apa .... selepas Mahkamah Rayuan membebaskan dari pertuduhan lagi senyap dan terus cabut lari ke luar negara .... hanya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan dapati bersalah baru nak bising kata ada arahan dari individu penting yang mengarahnya bunuh Altantuya ... masa dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi mati-mati tidak mengaku melakukan pembunuhan ... selepas Mahkamah Persekutuan kata bersalah baru nak mengaku bunuh Altantuya tetapi atas arahan individu penting .. After thought punya kenyataan.

Falsafah asas Omak Kau mudah ... ialah jika benar perlu berani dedah tidak perlu nak acah-acah.

MAHATHIR SERANG NAJIB SEBAB TERDESAK DAN BERSIFAT PERIBADI DEMI KEPENTINGAN KELUARGA SENDIRI KATA LOKMAN ADAM.



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menghormati pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak menghentam Perdana Menteri untuk mencari pengaruh serta populariti demi kepentingan keluarga sendiri.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Lokman Noor Adam berkata, ‎pelbagai pertikaian Dr Mahathir kepada Najib disifatkan tindakan terdesak yang mempunyai maksud tersirat selain memenuhi impian politik peribadi.

"Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Najib oleh Dr Mahathir semakin menjadi-jadi.  Yang terkini,  pemberian wang bantuan 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya.  Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Dr Mahathir.
‎
‎"Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Dr Mahathir, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokongnya yang menganggap Dr Mahathir sebagai seorang yang maksum umpama nabi.

"Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Dr Mahathir ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Lokman mengulas‎ mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menyifatkan tidak akan bertemu Najib untuk membincangkan kritikannya kepada negara melalui blognya.

Kata Dr Mahathir, tempoh perbincangan senyap sudah berakhir selain mengakui sudah berjumpa Najib sebelum ini dan kini mengambil jalan terakhir iaitu mendedahkan isu berkenaan.

Terdahulu, Dr Mahathir menyatakan pemberian BR1M merupakan satu kesilapan besar yang dilakukan kerajaan.

Minggu lalu, Dr Mahatir melalui blognya turut mendesak Najib untuk menentukan nasib serta masa depan UMNO.‎

‎Kata Lokman, setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara.

"Seperti  di zaman Dr Mahathir,  salah satu pendekatan yang digunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar.

"Saya masih ingat, Dr Mahathir selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai".

"Itu cara Dr Mahathir dan kerana itu jugalah bila Datuk Seri Anwar pada masa itu tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 bilion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat," ujarnya.

Tegasnya, walaupun diakui  Anwar seorang peliwat,  tetapi kalau betul Dr Mahathir tidak boleh menerima seorang peliwat untuk menggantikannya, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar.

"Tetapi Dr Mahathir tidak pernah kisah soal moral insan yang setia bersamanya ketika itu.  Dr Mahathir hanya bertindak ke atas Anwar apabila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi pada1997 sehingga1998.

"Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO.

"Di bawah kepimpinan Najib, dia tidak menggunakan pendekatan yang diambil Dr Mahathir.  Lagipun, jika RM5 bilion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan," jelasnya.

Kata Lokman lagi, matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran selain tiada beza pun dengan matlamat Dr Mahathir.

" Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka.  Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.

"Dr Mahathir bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun jet yang turut dia dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi dahulu.  Isu tersebut hampir semuanya sudah  dijawab dan Dr Mahathir bukanlah seorang yang malas membaca," katanya.
‎
Oleh itu jelasnya, apa yang menyebabkan Dr Mahathir gelabah hari ini adalah apabila dia melihat beberapa tokoh politik seangkatan dengannya sudah meninggal dunia.

"Dr Mahathir tahu yang masanya juga akan sampai dan dia kekurangan masa kini.  Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Dr Mahathir membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik.

"Setiap Perdana Menteri selepasnya dianggap hanya 'Calon Sementara' sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri.  Tempoh masa yang diberikan juga sekitar lima tahun supaya dia sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi nombor dua sebelum dia meninggal dunia," katanya.

Lokman turut memberi pesan kepada Dr Mahathir agar mengingat kembali ayat yang selalu disebut dahulu iaitu, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran.  Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar".‎

" Kalau Dr Mahathir terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan Najib, saya risau bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi Barisan Nasional (BN) juga akan tumbang sebagai parti memerintah.

" Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa.  Masa itu,  bukankah anak Dr Mahathir sendiri juga salah seorang yang akan berputih mata?"  jelasnya.

GAMBARAN YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI.



PIC OF THE DAY: Anggota polis membantu menolak lori milik seorang lelaki yang mengalami masalah di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 berhampiran persimpangan Ampang Jaya

KOLEKSI GAMBAR KESEMUA ENAM MAYAT MANGSA HELIKOPTER TERHEMPAS DI SEMENYIH YANG BERJAYA DITEMUI


Kesemua 6 mayat itu telah di Hantar Ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk tujuan bedah siasat .. Dato' Seri Najib Razak hadir dilokasi untuk pantau situasi.

PENJAGA GOL PASUKAN JDT II KENA CEKUP SEBAB MAKI ANGGOTA FRU.




PENJAGA gawang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Mohd Anis Faron Ahmad Arsidi ditahan polis selepas tamat perlawanan membabitkan pasukannya menentang Pulau Pinang di Stadium Bandar raya, kelmarin.

Penahanan itu dipercayai atas dakwaan pemain berusia 33 tahun itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Difahamkan, ia berlaku ketika pemain itu berjalan masuk ke bilik persalinan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan penahanan itu.

“Ya, kita tahan pemain tersebut dan setelah siasatan, kita akan bebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Perlawanan yang berlangsung dalam suasana tegang itu menyaksikan Pulau Pinang bangkit di babak terakhir dengan menundukkan JDT II, 2-1.


Mohd Anis Faron Bin Ahmad Arsidi, penjaga gol utama pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) telah didapati melanggar disiplin apabila melakukan tindakan yang memalukan pasukan.

Beliau yang ditahan oleh pihak berkuasa setelah melemparkan kata-kata kesat kepada pegawai bertugas dan jika didapati bersalah beliau akan ditamatkan kontraknya bersama JDT II.

Penamatan kontrak tersebut adalah selaras dengan polisi Persatuan Bolasepak Negeri Johor yang tidak akan bertoleransi terhadap sebarang perbuatan yang berkaitan dengan disiplin.

Kami masih menunggu laporan penuh dari pihak polis sebelum Persatuan Bolasepak Negeri Johor mengambil tindakan selanjutnya.


VETERAN UMNO UMPAMAKAN MAHATHIR SERANG NAJIB SEPERTI DISERANG HISTERIA DAN HILANG KEWARASAN




Veteran Umno melahirkan rasa kecewa terhadap serangan bertali arus oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, walaupun Dr Mahathir ada alasan untuk mengkritik Najib tetapi serangannya lebih berupa serangan peribadi yang bermotif untuk mendesak Najib berundur dari jawatan PM.

"Tun M seperti diserang histeria dan hilang kewarasan sebagai seorang negarawan yang disegani dan disanjung.
‎
"Sedangkan beliau boleh melakukannya dengan penuh berhemah dan berhikmah," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut Mustapha berkata sekiranya Najib perlu dijatuhkan, Dr Mahathir perlu menggunakan 'saluran' yang betul. 



"Najib menjadi PM kerana beliau adalah Presiden Umno.

"Beliau dipilih oleh perwakilan Umno, Jadi, cara yang paling demokratik ialah melalui pemilihan Umno juga.

"Sesiapa saja boleh menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden, termasuk Tun M, Najib hanya alat institusi Umno.

" Najib boleh diganti, tetapi Umno sebagai satu institusi mesti dipertahankan oleh setiap ahli Umno," ujarnya.

Oleh itu,veteran berharap, Dr Mahathir
menghentikan serangan itu, kerana beranggapan natijahnya akan menghancurkan Umno dan merugikan Melayu.



"Sebelum nasi menjadi bubur, sebaiknya Tun M kembali ke pangkal jalan.

"Bertindaklah sebagai negarawan yang rasional dan bijak kerana veteran mahu Tun M terus dikenang sebagai tokoh kebanggaan Melayu sepanjang zaman," katanya.



Mutakhir ini, Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blogchedet.cc, yang terbaharu menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14.

Saturday, 4 April 2015

WAJAH JURUTERBANG DAN PEMBANTU JURUTERBANG HELIKOPTER YANG TERHEMPAS DI SEMENYIH PETANG TADI YANG MENGORBANKAN 6 NYAWA TERMASUK TAN SRI JARJIS JAMALUDDIN DAN DATO' SERI AZLIN ALIAS



Helikopter peribadi yang dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Subang itu terhempas di sebuah ladang getang Jalan Sungai Lalang dekat Kampung Sungai Pening di Semenyih, Kajang kira-kira jam 4.50 petang tadi.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis  antara enam penumpang helikopter yang terhempas itu.

“Kami masih mengumpul maklumat mengenai kemalangan itu.

“Polis sedang bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya.

Orang kenamaan (VIP) lain yang turut terkorban ialah ahli perniagaan dari Kedah, Datuk Robert Tan dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias.

Turut terbunuh juruterbang helikopter Kapten Cliff Fournier, pemilik Chempaka Aviation, Ajdiana Baiziera dan pengawal peribadi, yang dikenal pasti sebagai Raskan.

Jamaluddin dalam penerbangan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias di Kuala Lumpur malam ini.

Sementara itu, saksi kejadian sebuah helikopter, yang dinaiki enam orang, itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.

BEBERAPA GAMBAR TAN SRI JARJIS JAMALUDDIN DAN KETUA SETIAUSAHA SULIT PM DI MAJLIS KENDURI KAHWIN ANAK PEREMPUAN NAJIB RAZAK DI PEKAN, PAHANG SEBELUM TRAGEDI HELIKOPTER TERHEMPAS.


Antara 6 orang yang dikatakan terkorban dalam nahas helikopter terhempas petang tadi di Semenyih  ialah Tan Sri Ir Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit YAB Perdana Menteri , Dato' Seri Azlin Alias.

Mereka semua dikatakan baru lepas menghadiri kenduri kahwin anak YAB Perdana Menteri di Pekan, terbang ke Kuantan menuju ke Subang sebelum terhempas di Semenyih.


Takziah kepada seluruh ahli keluarga dan kaum kerabat yang terkorban. Hidup ini hanya satu perjalanan yang sementara dan amat singkat rupanya.


"Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita akan kembali".
"Dari Allah datangnya perintah, kepada Allah juga amal kita dirujuk" ... AL FATIHAH.
ุจِุณْู…ِ ูฑู„ู„َّู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…
ูฑู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ูฑู„ْุนَู€ู„َู…ِูŠู†۞ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…۞
ู…َู€ู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ูฑู„ุฏِّูŠู†۞ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ۞ ูฑู‡ْุฏِู†َุง ูฑู„ุตِّุฑَุทَ ูฑู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ۞ุตِุฑَุทَ ูฑู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ۞ ุบَูŠْุฑِ ูฑู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَ ูฑู„ุถَّุงูۤ„ِّูŠู†َ۞
ุงِู†ّุง ู„ู„ู‡ ูˆุงِู†ّุง ุงู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†..

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุบْูِุฑْ ู„َู‡ُ ูˆَุงุฑْุญَู…ْู‡ُ ูˆَุนَุงูِู‡ِ ูˆَุงุนْูُ ุนَู†ْู‡ُ ูˆَุฃَูƒْุฑِู…ْ ู†ُุฒُู„َู‡ُ ูˆَูˆَุณِّุนْ ู…ُุฏْุฎَู„َู‡ُ ูˆَุงุบْุณِู„ْู‡ُ ุจِุงู„ْู…َุงุกِ ูˆَุงู„ุซَّู„ْุฌِ ูˆَุงู„ْุจَุฑَุฏِ ูˆَู†َู‚ِّู‡ِ ู…ِู†ْ ุงู„ْุฎَุทَุงูŠَุง ูƒَู…َุง ู†َู‚َّูŠْุชَ ุงู„ุซَّูˆْุจَ ุงู„ْุฃَุจْูŠَุถَ ู…ِู†ْ ุงู„ุฏَّู†َุณِ ูˆَุฃَุจْุฏِู„ْู‡ُ ุฏَุงุฑًุง ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู†ْ ุฏَุงุฑِู‡ِ ูˆَุฃَู‡ْู„ًุง ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู†ْ ุฃَู‡ْู„ِู‡ِ ูˆَุฒَูˆْุฌًุง ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู†ْ ุฒَูˆْุฌِู‡ِ ูˆَุฃَุฏْุฎِู„ْู‡ُ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ ูˆَุฃَุนِุฐْู‡ُ ู…ِู†ْ ุนَุฐَุงุจِ ุงู„ْู‚َุจْุฑِ ุฃَูˆْ ู…ِู†ْ ุนَุฐَุงุจِ ุงู„ู†َّุงุฑِ

Ya Allah, AMPUNILAH DIA, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburannya, cucilah kesalahannya dengan air, ais dan embun sebagaimana Engkau mencuci pakaian putih dari kotoran, gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, gantilah keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, gantilah isterinya dengan isteri yang lebih baik, hindarkanlah dari fitnah kubur dan siksa neraka (Sahih Muslim).


Semoga roh-roh arwah ditempatkan bersama dengan para siddiqiin, shuhada dan solihin.

ุงَู…ِูŠู† ูŠَุง ุฑَุจَّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠْู†

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...