KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 7 April 2015

EDISI DON'T PLAY PLAY .... SEMPENA PELAKSANAAN GST PENIAGA NAIKKAN HARGA 1 SEN PUN AKAN DI DAKWA KATA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN HASAN MALEK JAGA.




Peniaga yang sengaja menaikkan harga barang susulan pelaksanaan GST boleh dikenakan tindakan walaupun jumlah kenaikan harga kecil, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad.

Beliau mengulas aduan pengguna mengenai harga barang yang sudah termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum ini dikekalkan peniaga yang kemudian menambah kadar enam peratus GST, sekali gus meningkatkan harga barang dan membebankan pengguna.

“Prinsipnya jelas, kalau barang itu ada SST (sebelum ini), kalau kadar SST lebih daripada GST, barang akan turun harga. Kalau SST (sebelum ini) lebih rendah daripada GST, harga akan diseimbangkan dengan enam peratus GST.

“Sekiranya peniaga naikkan harga lebih daripada yang patut dikenakan, kita akan lihat sama ada peniaga mencatut atau tidak. Apabila berlaku kenaikan begini kita kena lihat banyak perkara, kita tak menghukum secara tidak adil.

“Kenaikan harga mungkin boleh berlaku akibat macam-macam sebab jadi peniaga perlu tunjukkan sebab kenaikan harga itu. Kalau untuk mengambil keuntungan, peniaga naik satu sen pun kita boleh dakwa di bawah undang-undang, kerana peniaga dikira mencatut (mengambil untung berlebihan),” tegas Alias pada sidang media mengenai GST, semalam.

Alias berkata, di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, peniaga diwajibkan menyimpan dokumen dan invois berkaitan jual beli selama tujuh tahun untuk dijadikan bahan bukti terhadap siasatan KPDNKK.

Sistem cukai SST yang diguna kerajaan sejak 1972 sebelum ini mengenakan kadar cukai berbeza mengikut jenis barang, contohnya kadar lima peratus bagi makanan segera, minuman dan produk tenusu.

18 comments:

  1. Sememang la ni ada kenaikan harga barang. Bukannya 100 % sebab gst.
    Perubahan harga sebab peniaga mau untung lebih.
    Contoh, jika dulu harga air cactus RM1.50 termasuk sst. Kenapa la ni jual RM1.50 dan tambah gst?. Sepatutnya harga turun ataupun tak naik.
    Kerajaan perlu pantau sebelum gst.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GST adalah bukti jelas bahawa BN adalah lintah darat yang menghisap darah rakyat hingga kering! Maka tidak hairanlah BN bererti Barang Naik ! Hanya rakyat bodoh tahap lembu sahaja yang sokong BN sebab mereka suka sangat kena kencing dengan macai-macai upahan BN! Sebab itulah iklan GST tahap longkang pun mereka sokong secara membabi buta !! Bangang !

      Jatuhkan BN melalui PRU14 un tuk selamatkan keluarga anda!

      Delete
    2. Hahaha......
      Peniaga tak boleh naik harga.....tetapi kena naik gaji perkerja elaun kemudahan kesihatan siapa tanggung???? Kerajaan boleh naikkan harga dgn tarik balik subsidi tokok tambah GST lepas tu naik gaji PA tambah kemudahan dan elaun. Mana adilnya???? Adakah kerajaan umno cuba nak sabotaj perniaga??? Ambil hati rakyat. Cuba nak paksa perniaga tutup kedai kalau tak mampu ikut arahan!!! Mana hak perniaga??? Rakyat diutamakan. Kalau bijak sgt berniaga kenapa kedai 1 malaysia rugi??? Semua rakyat salah..... mrk betul ...kenapa malaysia jadi begini????

      Delete
  2. Realitinya peniaga tetap jual pada kadar harga asal sst 10% kemudian tambah pula gst 6% maka cukai peringkat pertama sahaja rakyat dah tanggung 16%....para pemuja gst kata harga akan turun tapi harga naik berlipat ganda...tapi masih ada macai bawah par IQ lembu dalam blog OK yang kata kufur nikmat bila tidak bersetuju dengan gst ...UBN pula asyik dakwa projek barisan nasional walaupun semua kos ditanggung rakyat dan tiada sesenpun duit barisan nasional termasuklah kos projek jubo barisan nasional untuk DSAI ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai-macai BN dan pemimpin BN adalah parasit penghisap darah rakyat sehingga kering. GST adalah bukti yang jelas BN menindas rakyat maka definisi tepat untuk BN ialah Beban Megara !

      Marilah kita semua menyokong PAS, PKR dll untuk menumbangkan BN dalam PRU 14 atau lebig awal lagi untuk menyelamatkan rakyat dan negara!

      Delete
  3. Barang makanan ternakan ade GST? Yang di proses kilang? Ade GST?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan fikir tentang ternakan ! Fikir dahulu bagaimana manusia nak hidup di zaman kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang disebabkan oleh ketamakan BN dan GST ! BN adalah Beban Negara !

      Delete
  4. Peniaga dah beli brg ber SST .... Nak claim kat sapa....jangn fikir mudah jer....fikirlah masalah2 lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cerita penuh sikit.... apa sebab ko nak claim? ... Sebab ko serapkan GST ke harga barang ?.... kemudian ko kena bayar gst ke kerajaan?

      Delete
    2. Kan kastam dikatakan boleh claim!!!!! jika ada daftar untuk GST. contoh
      perniaga A tuntut balik dari pembekal makanan;
      pembekal makanan tuntut balik dari pengilang makanan;
      pengilang makanan tuntut balik dari ?????;
      ????? tuntut balik dari ??????

      Alamak apa tujuan di adakan GST dengan tuntut balik;tuntut balik;tuntut balik????

      Delete
    3. Peniaga boleh claim kredit cukai input dari kerajaan, rakyat yang tanggung beban kenaikan harga barang dan perkdhimatan nak tuntut dari siapa? KERA-jaan BN adalah lebih teruk dari perompak di tepi jalan.

      Delete
    4. Hahaha.....
      Bagi yg tak faham.....!
      Gst boleh claim tetapi sst tak di senarai boleh claim maka perniaga rugi sst kana bayar lg gst dan sebab itu mrk tambahkan gst tetapi tak tolak sst. Ini stock lama iaitu sebelum 1 april ,lainlah stock baru sebab tak ada sst lg.

      Delete
  5. Hasan ayam dan macai-macainya selalu kencing rakyat ! Kalau benar mereka mementingkan rakyat mengapa dia tidak menentang GST yang sedang menindas rakyat? Cakap tak serupa bikin ! Kementerian dia selalu gagal mengawal kenaikan harga barang dari dulu, kini dan selamanya. Akibatnya rakyat yang menderita kerana GST semasa pemimpin BN hidup mewah dan kaya raya ! Jelas sangat BN mementingkan perut pemimpin BN dan tidak memperdulikan penderitaan rakyat !

    ReplyDelete
  6. Semua cukai-cukai output 6% GST yang dikenakan ke setiap peringkat pengeluaran, pemasaran dan peruncit diserap kedalam harga jualan kepada rakyat yang bererti rakyat yang menanggung semua cukai-cukai output bukan peniaga!

    GST menjadikan peniaga kroni BN kaya raya kerana mereka boleh menuntut kredit cukai input dari kerajaan tetapi rakyat menjadi lebih miskin kerana mereka terpaksa menggunakan sebahagian besar pendapatan mereka untuk membeli barang-barang dan perkhidmatan yang sama !

    Ini jelas menunjukkan KERA-jaan BN telah menipu dan menindas rakyat dengan melaksanakan GST !

    ReplyDelete
  7. Semah badak nk beli cincin juta juta semah badak nk beli hndbag ratusan ribu semah badak nk tido hotel mahal mahal semah badak nak buat filem semah badak nk beli kasut baju mahal mahal semah badak nk naik jet kehulu ke hilir...semah badak nk buat kenduri anak ...laki dia gaji berapa sangat...jadi rakyat malaysia dipaksa tanggung mantainance semah badak melalui bermacam macam cukai...Malaysia boleh! Hidup melayu! Hidup semah badak!

    ReplyDelete
  8. Barang naik !! Sokong amno hidup amno!!

    ReplyDelete
  9. GST IALAH CUKAI UNTUK ORANG2 MISKIN DAN ORANG KEBIASAAN. PENIAGA BOLEH CLAIM GST. ORANG MISKIN TAK BOLEH CLAIM GST. PELANCONG ASING BOLEH CLAIM GST, ORANG MISKIN TAK BOLEH CLAIM

    ReplyDelete
  10. Hahaha......
    Memang rakyat yg bayor semua cukai tetapi bukan miskin sj....yg kaya juga kena....
    Sesiapa berbelanja akan kena gst.
    Adakah hanya yg miskin sj berbelanja????
    Bukan ke yg kaya berbelanja lagi byk dari yg miskin???
    Tak kiralah peniaga pembeli penguna semuanya akan kena gst bila mrk berbelanja.
    Hanya bezanya pendapatan siapa byk mampu membayar cukai tetapi bagi yg miskin memang susah nak bayar cukai sebab gaji terlalu kecil .

    ReplyDelete