Monday, 6 April 2015

TAN SRI KHALID BIDAS KERAS AZMIN ALI AGAR JANGAN BERLAGAK SEPERTI PAK KADUK SEHINGGA TERGADAI NEGERI SELANGOR.



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dibidas kerana menjadi pemimpin oportunis apabila sering membuat keputusan yang popular tanpa memikirkan kesan besar kepada negeri, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bekas menteri besar yang disingkirkan PKR itu berkata, Azmin masih belum layak menjadi negarawan kerana mengamalkan pentadbiran retorik dan sandiwara politik, selain mengulangi gesaannya supaya Azmin berundur.

"Kita semua, lebih-lebih lagi pemimpin sepatutnya tahu ada perbezaan yang besar antara keberanian melulu dan kebijaksanaan terpimpin dalam membuat keputusan.

"Apa gunanya berani persis panglima perang sekiranya strategi dan teknik yang diguna pakai akan menyebabkan kita menang satu pertempuran tapi kalah dalam peperangan.

"Ambillah iktibar dan pengajaran kisah nasib malang Pak Kaduk yang menang bersorak, kampung tergadai akibat kedunguan dan kejahilannya.

"Kelayakan, kredibiliti dan integriti seorang pemimpin bukan diukur atas neraca keberanian tetapi lebih bersandarkan keupayaan dan kebijaksanaan hakiki," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kritikan Khalid itu merujuk kepada kenyataan Azmin minggu lalu berhubung Selangor menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST), selain pembatalan lebuh raya bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex), penstrukturan air dan amalan sistem tender terbuka yang menjejaskan rakyat Selangor.


RAKYAT SELANGOR TIDAK PERLU RETORIK DAN SANDIWARA POLITIK


Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Menteri Besar Selangor kerana memberi respon terhadap sesetengah isu yang saya bangkitkan meskipun jawapan beliau lebih kepada cubaan untuk memperlekehkan legasi saya selaku mantan Menteri Besar.

Apatah lagi isu yang sangat penting yakni penstrukturan semula industri air tidak disentuh sama sekali. Sesungguhnya, rakyat Selangor berhak mendapat penjelasan dan kepastian terutama tentang komitmen beliaudalam memuktamadkan segera penyusunan semula industri air pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion; langkah-langkah mengambilalih Splash, satu-satunya syarikat konsesi yang masih berdegil dan penamatan serta-merta Perjanjian Penswastaan berat sebelah dengan semua syarikat konsesi.   

Kita semua, lebih-lebih lagi pemimpin, sepatutnya tahu ada perbezaan yang besar antara keberanian melulu dan kebijaksanaanterpimpin dalam membuat keputusan. Apa gunanya berani persis panglima perang sekiranya strategi dan teknik yang digunapakai bakal menyebabkan kita menang satu pertempuran tapi kalah di dalam peperangan.

Ambillah iktibar dan pengajaran daripada kisah nasib malang Pak Kaduk yang menang bersorak, kampung tergadai akibat kedunguan dan kejahilan beliau. Kelayakan, kredibiliti dan integriti seorang pemimpin bukan diukur atas neraca keberanian tetapi lebih bersandarkan keupayaan dan kebijaksanaan hakiki.

Memandangkan Menteri Besar menjadikan isu KIDEX sebagai sandaran, sekiranya Dato' Menteri Besar terlupa atau terlepas pandang, saya ingatkan bahawa Kerajaan Negeri terikat dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bidang kuasa dan prerogatif bagi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sama ada di bawah senarai persekutuan, negeri atau bersama.

Jika diteliti Jadual Kesembilan tersebut, amat jelas bahawa projek KIDEX terletak di bawah bidang kuasa penuh Kerajaan Persekutuan memandangkan perkara-perkara berkaitan komunikasi dan pengangkutan serta kontrak Kerajaan Persekutuan termasuk dalam senarai persekutuan.

Hakikatnya, skop dan capaian bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal-ehwal berkepentingan awam sangat meluas dan hampir mutlak. Dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, peranan Kerajaan Negeri tidak lebih daripada memberi nasihat dan tiada kuasa menolak projek Kerajaan Persekutuan. Malah, walaupun sebarang perkara berkaitan tanah di bawah senarai negeri, perancangan pembangunan bandar dan desa masih tertakluk di bawah senarai bersama.

Meskipun KIDEX tidak termasuk dalam draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dan pelan rancangan tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya yakni hujah Seksyen 18 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 mungkin boleh dipertimbangkan, saya amat khuatir akan keterdedahan Kerajaan Negeri kepada implikasi perundangan dan kewangan akibat pengumuman pembatalan pada 16 Februari 2015 kerana saya difahamkan Kerajaan Persekutuan sedang meneliti semua aspek berkaitan bersama Jabatan Peguam Negara.

Sebenarnya, pengumuman pembatalan projek ini aneh dan diragui kesahihannya di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri kerana ia tidak terlibat langsung dalam perjanjian konsesi yang ditandatangani di antara syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan pada 16 November 2013.

Terdapat juga percanggahan hujah dalam alasan pembatalan di mana syarikat konsesi didakwa gagal memenuhi kesemua syarat yang ditetapkan dalam tempoh yang diberi sehingga 14 Februari 2015 sedangkan syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan mendakwa sebaliknya.

Berpandukan krisis KIDEX, kita tidak dapat menolak kemungkinan pelabur swasta akan berfikir berulang kali sebelum membuat keputusan melabur di Selangor khususnya dalam pembinaan infastruktur pengangkutan awam.

Saya kira perlu dimaklumkan kepada rakyat juga ketika saya mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES), persetujuan secara prinsip atau kelulusan bersyarat yang diberikan pada 23 Februari 2012 sebenarnya tertakluk kepada empat (4) prasyarat yang wajib dipenuhi oleh syarikat konsesi dalam tempoh masa yang mencukupi sebelum kebenaran merancang boleh dikeluarkan:

(1) Hasil laporan penilaian impak lalu lintas (TIA), impak alam sekitar (EIA) dan impak sosial (SIA)
(2) Unjuran kewangan lengkap mengenai pulangan pelaburan modal oleh syarikat konsesi untuk menetapkan tempoh tol perlu dikenakan
(3) Unjuran margin keuntungan bakal dikaut
(4) Sesi "engagement" di antara syarikat konsesi, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan penduduk yang bakal terkesan, dimudahcara oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Setelah kepimpinan pentadbiran negeri bertukar, rakyat sepatutnya dimaklumkan bahawa barisan EXCO yang baharu hanya membuat keputusan berdasarkan ketetapan dan faktor pertimbangan yang saya gariskan dahulu selaku Menteri Besar.

Memang mudah mengumumkan pembatalan, tidak kiralah sama ada pembatalan projek atau kelulusan pembangunan tetapi apakah solusi alternatif Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah dasar iaitu kesesakan lalu lintas teruk berdasarkan aduan rakyat di Lembah Kelang terutama di kawasan berkenaan?

Sekali lagi saya tegaskan bahawa keupayaan mencadangkan penyelesaian alternatif yang boleh dilaksanakan pada kos yang setimpal dan impak negatif minima merupakan ujian sebenar kewibawaan, kaliber dan nilai teras seorang pemimpin.

Mengenai dasar perolehan Kerajaan Negeri, rakyat perlu diingatkan bahawa sistem tender terbuka melalui kaedah "cut-off" telah digunapakai oleh pentadbiran Barisan Nasional sebelum 2008 tetapi telah saya tamatkan kerana ianya terbukti tidak menitikberatkan prinsip kompetensi, ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti di samping membuka ruang kepada perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

Keberkesanan sistem tender terbuka berdasarkan prinsip "value for money" yang saya laksanakan sejak 2009 di mana kontrak Kerajaan Negeri dianugerahkan kepada sebut harga paling kompetitif jelas terbukti apabila Dato' Menteri Besar sendiri mengumumkan minggu lepas di dalam Dewan Negeri Selangor bahawa Kerajaan Negeri mencapai penjimatan bernilai RM430.221 juta di antara 2011 dan 2014 yakni setara dengan purata tahunan sebanyak RM107.56 juta.

Logik akal manusia waras yang benar-benar ikhlas ingin melaksanakan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik serta menentang gejala ketirisan, pembaziran dan amalan rasuah sudah pasti tidak akan sekali-kali bersetuju dengan apa jua justifikasi yang diberi oleh pentadbiran baharu untuk mewajarkan keputusan membatalkan satu kaedah yang terbukti berkesan di era pentadbiran saya. Lebih parah lagi, digantikan pula dengan kaedah yang telah digunapakai sebelum 2008 biarpun dijenamakan semula sebagai kaedah "cut-off" yang diubahsuai.

Jika kita teliti laporan akhbar dan aduan rakyat, pelbagai isu perkhidmatan awam yang disediakan PBT tidak diselesaikan pada hujung 2014 seperti yang Dato' Menteri Besar janjikan malah semakin teruk - longgokan sampah-sarap bukan di tempat pembuangan masih berleluasa, sistem perparitan dan longkang masih tersumbat, semak-samun di taman perumahan masih kelihatan, jalan-jalan tidak bersapu masih kerap. Ini semua bukti kegagalan kaedah "modified cut-off" ini yang sebenarnya amat mencurigakan tetapi telah dimomokkan sebagai penyelesaian terbaik bagi semua masalah berkaitan PBT atau seumpamanya.

Hakikatnya, sistem tender terbuka yang mempunyai seribu macam kebaikan telah tercemar kerana kaedah "cut-off" sebegini yang membenarkan kontrak diberikan kepada pembida yang bukan terendah bakal membuka ruang kepada perbincangan tertutup (back-door negotiations) sekaligus terdedah kepada amalan rasuah serta salah guna kuasa, salah urus dana awam dan salah laku berkaitan dana awam yang lain. Malang sekali nasib rakyat Selangor kerana akhirnya, mereka yang rugi kerana terpaksa membayar lebih bagi hasil kerja atau perkhidmatan yang ala kadar dan tidak setimpal dengan dana awam yang dibelanjakan.

Sekiranya yang menjadi masalah adalah wujudnya kontraktor yang culas dalam pengendalian tugasan yang diberi atau gagal menyempurnakan projek dalam tempoh masa dan/atau mengikut spesifikasi yang ditetapkan, maka sepatutnya pentadbiran baharu berusaha mencari mekanisme inovatif lain untuk menangani masalah tersebut di samping menambahbaik sistem sedia ada yang terbukti memberi faedah besar kepada rakyat.

Nampaknya, memikirkan satu mekanisme lain yang memerlukan analisa terperinci dan kepakaran spesifik terlalu membebankan bagi Dato' Menteri Besar dan para penasihat kanan beliau. Sebaliknya, tanpa rasa bersalah, beliau sewenang-wenangnya mengambil jalan pintas dan mudah dengan menggunapakai semula sistem lama yang hanya diberi sentuhan kosmetik.

Hakikatnya, sangat mudah menjadi pemimpin oportunis dengan membuat kenyataan atau keputusan yang popular dan lunak didengar tanpa perlu memikirkan impak dalam segala segi dan gambaran sebenar situasi atau kemampuan hakiki memenuhi sebarang janji manis.

Saya hanya mampu tersenyum apabila melihat di dada akhbar dan portal baru-baru ini kononnya negeri Selangor menentang GST sedangkan kita tahu hakikatnya, semua PBT telah diarahkan memaklumkan rakyat di semua peringkat bahawa GST akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2015.

Rakyat perlu sedar daripada terus dibuai mimpi indah bahawa kenyataan tersebut yang dibuat oleh Dato' Menteri Besar di dalam Dewan Negeri Selangor pada minggu lepas tidak akan merubah apa-apa kerana hakikatnya, Selangor tidak akan sama sekali dikecualikan daripada melaksanakan GST!  

Saya yakin kayu ukur sama ada seorang pemimpin itu semata-mata seorang politikus profesional atau seorang negarawan terbilang terletak pada ketulusan niat memberi yang terbaik kepada rakyat yang akan terserlah melalui keutuhan perjuangan, kesungguhan usaha dan pencapaian sebenar sepanjang hayat.

Namun, berdasarkan apa yang kita alami dan saksikan sendiri sejak hujung bulan September 2014, jelas bahawa Dato' Menteri Besar perlu berusaha lebih gigih untuk layak digelar negarawan kerana masih bersendikan retorik dan sandiwara politik. Kalau beginilah gaya dan pendekatan pentadbiran baharu, maka saya ulangi gesaan agar Dato' Menteri Besar segera berundur untuk diserahkan jawatan kepada seseorang yang benar-benar layak demi kemaslahatan rakyat.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
ADUN PELABUHAN KLANG

6 APRIL 2015

27 comments:

  1. Sudah Tiba Masa De Facto PKR Berundur. Tiada Alasan Lagi

    Keadaan De Facto yang terbaru seperti yang dilaporkan dalam media alternative sungguh menyedihkan

    Masaalahnya, sekiranya De Facto PKR menolak nasihat yang nepotism kejam maka beliau redha dgn nepotism dalam kerajaan BN yang dilawannya.

    Adakah itu sebenarnya maksud De Facto PKR?

    Tidak tahukan beliau sekiranya ada pertandingan, jawatan2 penting PKR akan diisi oleh mereka yang dipilih rakyat sekaligus menutup pintu nepotism dalam untuk campur tangan dalam parti?

    Adakah De Facto redha bila PKR menguasai semua DUN dan Parlimen namun tiada satu kerusi kerajaan pun dipenuhi bukan ahli dan rakan2 beliau?

    Adakah De Facto mahu terus menjadi corong pembesar suara Nepotism kerana yang takutkan nepotism hanyalah orang2 cerdik?

    Fakta sejarah jelas menunjukkan Nepotism kalah teruk dalam pemilihan parti.

    Sebagai contoh, di Malagasy, Parti Sosialis Malagasy mendapat kerusi yang jauh lebih banyak dari pemerintah bagi Majlis Perbandaran Malagasy City.

    Rata-rata National Malagasy Party kalah mencium bumi.

    Kenyataan2 De Facto yang mahu bini beliau jadi Embee Selangor pada tahun 2014 ini jelas melanggar keputusan rakyat marhaen Kebebasan yang mahukan Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

    De Facto PKR harus memilih samada:

    1) Berhenti sabotaj Parti sendiri dan mula hadir setiap kali ada malapetaka seperti banjir besar, kemarau panjang dan wabak penyakit
    2) Lepaskan jawatan De Facto supaya keputusan ahli bawahan tidak lagi diremehkan seperti sekarang

    Jangan jadi kuih talam

    Jangan mungkir janji.

    Jangan malukan parti

    TULANG BADAK
    Murtabak Waves

    ReplyDelete
    Replies
    1. 27 tahun nelson mandeia dipenjarakan kerana membela kaum nya dari dasar apartheid...Selama itulah penyokong nye tegar teguh dibelakang nya kerana percaya satu hari beliau akan keluar juga utk membela nasib mereka..ni baru kna 5tahun utk fitnah kedua...dh nk tinggal..nasihat kpd manusia2 smua ..teruskan sokongan..manusai saja...badak yg dh jdi tulang..xyah...dh mampos pon...mkn BRIM la tu...

      Delete
    2. Ialah tu Mat Matang bukan Mandela tapi Marcos. Cakap bohong untuk kepentingan keluarga Segam-Boot

      Orang yg bagys macam TSKI. Bekerja untuk rakyat

      Delete
    3. apa yg TSKI boleh buat. Dia bukan PKR lg. Harap maklum. Dulu boleh lah kau bodek sbb dapat projek.

      Delete
    4. mendela dipenjarakan kerana mempertahankan kaum kulit hitam..anuwar aljuburi dipenjara kerana menjubur bontot.heee

      Delete
    5. Maxai umno klu tulis pasti ilmu jubor. Rendah sungguh maruah macai umno.

      Delete
    6. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

      Delete
  2. Omak kau tolong cakap dengan Khalid tak payah ganggu azminlah,dah takda jawatan diam je.lebih baik tidur dari meroyan.Bagi tahu Khaldi tolong turun di bandar tun razak kawasan parlimenya,banyak isu yang bolih dia kerjakan,jagan makan elaun je.Azminm masih belum membahagi duit hasil harta karun tapi Khlaid dah lakukakn ,mana pergi duit 2 juta dulu?dah pulang ke belum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gang lilin vigil dikesan. IQ rendah Mamat ni.

      Delete
    2. Manusia yg hari2 cerita gang lilin ni adalah kumpulan penternak babi 4 kandang. Ekonomi meleset untung pun kurang sebab itu meroyan

      Delete
  3. Anwar Ibrahim betul-betul berang apabila Azmin Ali menyalahkan Rafizi Ramli sepenuhnya kerana semuanya bermula daripada langkah Rafizi Ramli yang mahu mengambil hati Anwar Ibrahim.

    Pendedahan dokumen KAJANG MOVE telah membuatkan segala-galanya menjadi kacau. Lebih menarik lagi, semua yang sedang berlaku sekarang ini hampir mengikut semua yang terkandung di dalam dokumen tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan buat fitnahlah. Anuar tak pernahpun sebut pasal Azmin atau Rafizi. Dlm keadaan sekarang mereka masih setia kpd Anuar dan PKR.
      Yang jadi dalang nya puak2 TSKI dan Jeff tauke babi.

      Delete
  4. Guling TSKI Halal. Guling De Facto Haram

    Kurang setahun lebih selepas keputusan PRU13, Anuar Beraheem dan Gang lilin telah berjaya mengerah kesemua orang2 PKR untuk memilih jijah kipas sebagai MB.

    TSKI yang ketika itu berada di Shah Alam tidak tahu menahu lantas kerusi MB mahu dicabut dari beliau

    Alasan yg diberika TSKI membelakangi parti.

    Dulu pun lepas 2008, TSKI dijualang. Tapi Anuar Berahim tetap mau TSKI sebagai calon MB dlm sekelip mata.

    Dia tunggu sat dekat seminggu sampailah TSKI dilantik.

    Lepas tu PRU 13 cukup haul baru Anuar bagi surat sokongan kepada Bini dia dapat jadi MB.

    Ni semua bukti Anuar dan bini bersubahat menggulingkan TSKI.

    Atas sebab itu Tuhan nak tunjuk bini Anuar tak jadi MB.

    Padan muka. Sorang kena baling selipar. Sorang kena sepak.

    Inilah wajah "kepimpinan liberal-nepotism, pluralism dan despotism". Kepimpinan hasad dengki tamak haloba tikam belakang.

    Ada hati nak cerita pasal keadilan den reformasi konon.


    SELANGOR HAMPIR PASTI TUMBANG KEPADA bn

    Rahsia kekuatan PKR di Kelantan adalah perpaduan di kalangan ahli2 dan penggerak walaupun terdapat banyak perbezaan pendapat.

    Perpaduan ini hancur luluh apabila TSKI digulingkan oleh geng2 Kajang Move, Gang lilin serta keluarga Segam-Boot.

    Sedangkan TSKI berpengaruh besar di kalangan PKR Selangor serta pengundi2 Selangor.

    Bukan stkt dgulingkan, mereka yang amanah menyokong TSKI juga dibuang, digantung da nada dan dipecat dgn tiada belas kasihan i.e Che Gu Bard

    Sedangkan orang2 yang dikatakan rapat dgn TSKI ini banyak berjasa kepada PKR Selangor.

    Makanya, kalau Selangor jatuh adalah kerana hasil kerja tangan gang2 lilin pimpinan clan segam-boot dan Gang Kajang Move yang berjasa memecah belahkan PKR Selangor.

    Syabas kerana Gang Lilin dah buat kerja untuk musuh.

    Sikap hasad, dengki, tamak, haloba puak2 nepotism pkSahakal menumbanngkan kerajaan Selangor dan menyerahkannya kepada musuh
    Gang2 yang sama ini jugalah yang ke hulu ke hilir bercerita pasal Justice.

    Cakap tak serupa bikin

    TULANG BADAK @ MURATABAKWAVES


    TULISAN TULANG BADAK@MURTABAK WAVESYANG DIILHAMKAN KEPADA SAYA DEMI MEMPERJUANGKAN KEBENARAN, KEADILAN DAN KESAKSAMAAN, SELARAS DENGAN PERMINTAAN PASMACHA

    ReplyDelete
  5. Azmin tak boleh memerintah selangor tampa anwar walau ia mendapat sokong akar umbi pkr Selangor itu. Sepatut azmin kena fikir akan apa penting pada rakyat selangor bukan ikut telujuk anwar dan jijah nepostima keluarga ,

    kebalikan parti keadilan ke landasan sebenar ,selogon (jastice for papa) tak sesuai lagi di zaman sekarang ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak2 mantan MB Selangor sdg menyerang Azmin. Mendapat restu dpd Omakkau yg juga anti kpd Azmin.

      Delete
  6. Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menerima kejutan pada hari pertama program jelajahnya di sini, apabila seorang ahli parti itu meminta ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertanding pada pilihan raya kecil nanti.

    Wan Azizah yang ketika itu menghadiri program sembang santai dan beramah mesra dengan peniaga di Uptown Bandar Perda tidak memberi sebarang reaksi terhadap cadangan tersebut, namun menerima surat berkenaan.

    Ahli PKR berkenaan, Rusly Yusof turut mencadangkan kepada Wan Azizah supaya pembangkang meletakkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai calon.

    Ketika ditemui pemberita selepas itu, Rusly berkata, cadangan tersebut merupakan haknya sebagai pengundi berdaftar di Permatang Pauh.

    Malah, dia turut menyifatkan adalah sesuatu yang membosankan jika PKR meletakkan Wan Azizah atau anak-anaknya sebagai calon.

    “Sampai bila telinga rakyat hendak disumbatkan dengan cerita tentang Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah dan terbaharu, Nurul Nuha,” ujarnya.

    Tambah Rusly, sekiranya PKR tetap memilih ahli keluarga Anwar, keputusan itu memberi gambaran seolah-olah parti berkenaan ketandusan calon yang berkelayakan.

    Dalam masa sama, Rusly turut mendesak Wan Azizah menjelaskan sampai bila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu akan membiarkan dirinya dipergunakan golongan tertentu dalam parti bagi mencapai matlamat politik.

    “Saya menjelaskan kepada beliau menerusi surat itu bahawa rakyat terutamanya anak muda bukan lagi boleh dicucuk hidung seperti sesetengah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR ditubuhkan utk membela Anuar. Bila Anuar dihukum pd zaman Mahathir kerusi Permatang Pauh digalas oleh Presiden PKR kebetulan isterinya. Bila dia bebas kerusi itu dikembalikan. Kini giliran Najib penjarakan Anuar. Azizahlah yg paling ideal itu memikul tanggungjawab itu.
      Sebagai isteri dan presiden PKR. So...apa masalahnya?

      Delete
  7. Khalid Ibrahim tak cukup kaya lagi ke nak masok canpur kerja Azmin ????

    Berapa Bilion ysng cukup ????

    Jamarluddin Jarjis yang bilionaire pun dah KIOK....

    Jangan menongkat langit , cuba cuba tongkat batu nesan tu dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kes sakit hati. Selagi Azmin dan PKR tak tumbang, puak2 yg kecewa ni akn terus menabur fitnah.

      Delete
  8. Hahaha.......
    Masa menentukan segalanya......pr cuba dikacau bilaukan oleh pihak tertentu malah org sdr utk melemahkan kuasa pr dan sokongan rakyat sebab pru14 semakin dekat cuba nak jatuhkan pr dan sekali menghalau pr dari selangor utk terus berkuasa. Kalau skrg tak hancurkan musnahkan melemahkan cemarkan nama baik pr nanti pru14 susah bagi bn nak menang malah mungkin bertukar kerajaan. Oleh itu anwar ditangkap ditempatkan dlm jail malah pecahbelahkan pr dgn pas dan dap sebab hudud boleh tegangkan hubungan antara pas dan dap. Bagaimana pun pru 14 nanti akan membuktikan segalanya, adakah pr akan hancur dan pr akan kalah teruk atau sebaliknya. Masa akan tiba juga malah pr semakin ditakuti disegani oleh pihak lawan, kalau tak kenapa pengkianat dlm selimut???? Mrk2 inilah yg cuba nak hancurkan pr demi kepentingan peribadi namun mrk tahu siapa mrk . Pr kalau bodoh dan takut tidak akan bertahan sehingga kehari ini. Asal rakyat nakkan perubahan pr memberi apa rakyat mahu malaysia akan dikuasai pr satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalang utama dlm sendiwara ini ialah Jeff tauke babi 4 kandang. Pemegang keahlian umno dan menyamar sbg PKR

      Delete
  9. Aku adalah rakyat Selangor yang tidak berparti. Aku akan sokong dan memberi undi pada sesiapa saja yang bersedia memberi kebajikan pada diri aku, ahli keluarga aku, saudara mara aku.

    Dalam hal diatas benarkah Mohamed Azmin Ali menjadi pemimpin oportunis kerana sering membuat keputusan yang popular tanpa memikirkan kesan besar kepada negeri, seperti kata Abdul Khalid Ibrahim ?

    Kerajaan negeri ada polisi dan kerajaan persekutuan juga ada polisi mereka sendiru. Pekara yang berbangkit perlu dirujuk kepada perundangan, peluang dan keuntungan kepada kedua belah pihak

    Jika diteliti tulisan Khalid diatas jelas dia lebih condong kepada menuruti segala kehendak kerajaan pusat. Ini menunjukkan beliau mempunyai motif tersendiri dari menjaga kepentingan kerajaan negeri, dan juga kepentingan rakyat Selangor.

    Ketika Khalid menguruskan isu KIDEX, ia lebih bercelaru dan berahsia. Dia juga bersikap berdolak dalik dengan penduduk setempat berkaitan bantahan projek leburaya itu.

    Walau apa pun pandangan Khalid tentang kepimpinan kerajaan negeri yang.dipacu oleh Azmin hanyalah satu pandangan yang tiada kreditibiliti dan tidak akan mengubah keputusan yang telah ditentukan.

    ReplyDelete
  10. Sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya. Sekali Khalid menulis sudah ku tahu apa maksudnya. Selagi PKR tak karam dendam kesumat tak akan padam.
    Maaf TSKI bukan PKR. Beliau hanya calon bebas mesra UMNO.

    ReplyDelete
  11. Yang Khalid sibuk akan pemerintahan A
    zmin....apa hal........ Masa kamu dulu pun bagitu juga......tak dengar kata kawan parti.......semua nak buat sendiri........konon ahli koprat yang bijak......tapi ada udang disebalik batu.....

    ReplyDelete
  12. HAHAHA.....
    bukan Khalid ka yang nak gadai selangor kepada Umno?
    berlendir-lendir mulut tuduh orang....

    ReplyDelete
  13. Hmmmmm.....inilah perangai MANUSIA yang bernama Melayu !
    BUSUK HATI dan DENGKI tak habis- habis !
    Khalid tak payah nak sibuk laaa... YOUR TIME IS OVER !
    BLOG ni menjadi PENYAMBUNG LIDAH RESMI UMNO/BN !

    ReplyDelete
  14. Sebelum PR memerintah Selangor, UMNO Selangor dah lama gadai Selangor. Tengok jelah tanah-tanah kerajaan Negeri Selangor di Kuala Lumpur licin licau. Itu belum kira lagi Kuala Lumpur yang diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Konon nak selamatkan KL dari bangsa lain. Apa dah jadi? Apa dah jadi? Dari dulu kerja tak menjadi!!! Macam dulu juga. Melayu boleh jadi jaga (awam dan swasta), dreba bas dan teksi, duduk bawah kolong, buka gerai tepi jalan, tepi longkang, tepi jamban dan sebagainya, duduk berhimpit dalam kotak kasut bandaraya, jadi penghantar (spare parts, surat, bunga , ayam, ayur, kuih dan sebagainya), jadi penagih, jadi peragut, GRO, tukang urut dan macam-macam kerja yang tak diuat oleh pendatan asing. Itulah kejayaan Melayu sejak merdeka. Oh ye ade juga Melayu yang berasal dari keluarga susah. Bapak jual belacan, menoreh getah, kutip sawait, jual nasi lemak, peniaga barang runcit masuk politik, bodek kuat, pegang macam-macam jawatan jadi kaya raya duduk kat Bukit Tunku dan macam-macam taman untuk orang kaya, pagar sampai dua tiga lapis, ada jaga ada CCTV, nak masuk punya lah susah. Takut dengan penyangak dan takut dengan penyokong. Nanti penyokong tengok rumah macam istana, kereta mahal berderet-deret, dalam rumah perhiasaan dari Itali, Perancis dan Austria yang harganya boleh membeli 160 ekor lembu korban, harga langsir boleh beli sebijik inspira. Itulah yang disokong oleh makcik-makcik kain merah yang tak reti apeke benda. Ape yang ade di Manila, Dhaka, Mumbai, Karachi, Nairobi dan setaraf tetap ada di Malaysia. Malaysia Boleh Satu Malaysia dan Islam Hadhari!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...