Thursday, 9 April 2015

BAYI BARU LAHIR DALAM BEG KERTAS DITINGGALKAN OLEH SEORANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB ATAS SEBUAH KERETA DEKAT MASJID.



Bayi ini telah di tinggalkan oleh seseorang di atas sebuah kereta di dalam bag kertas awal subuh tadi.

Bayi yang comel ini juga telah di azankan oleh jemaah masjid. Kejadian berlaku di Masjid Country Home, Rawang, Selangor Darul Ehsan.

DEMI MENGELAK BERTIKAN LIDAH DENGAN PELANGGAN DENGAN KEUNTUNGAN YANG TIDAK BERBALOI PARA PERUNCIT RELA UNTUK TIDAK JUAL KAD TAMBAH NILAI PRABAYAR.



Para peruncit kini lebih rela untuk tidak menjual kad tambah nilai prabayar daripada bertikam lidah dengan para pembeli.

Tindakan itu juga mengelak mereka menanggung kerugian daripada jualan kad tambah nilai itu, sebaik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa bulan ini.

Tinjauan mendapati, para pekedai ini tidak layak mendaftar bagi mengenakan cukai GST kerana pendapatan kurang daripada RM500,000 setahun seperti disyaratkan.

Namun, mereka terpaksa menanggung cukai tambahan enam peratus dari pengedar kad prabayar tersebut jika ingin menjualnya.

“Kita peniaga kecil tidak daftar GST, (kita) tak boleh kenakan GST kepada pelanggan, tapi barang yang kita ambil (dari pengedar) kena GST,” kata seorang pengusaha kedai runcit.

Beliau sebelum ini terpaksa bertikam lidah dengan pelanggan kedainya di Bukit Taman Angkasa, Kerinchi apabila beliau menjual dengan harga baru yang dikenakan GST.

Seorang lagi peniaga, berkata, beliau hanya mendapat untung satu peratus daripada jualan kad prabayar bernilai RM10 semasa GST belum berkuatkuasa.

“Kalau dah kena GST, saya tanggung cukai orang dan jual kad prabayar ini tidak ada untung langsung.

“Kalau pelanggan tidak beli kad prabayar pun saya tidak rugi, saya malas hendak bergaduh dengan pelanggan jadi saya suruh saja beli di (kedai serbaneka),” katanya.

Walaupun tidak mendapat keuntungan beliau terpaksa menjual kad prabayar ini demi menarik pelanggan ke kedainya.

"Untung memang tidak ada, saya jual kad lama yang saya beli sebelum GST. Tak tahu stok tahan sampai bila...

"Biasanya kalau pelanggan datang beli kad prabayar, mereka akan beli barang lain juga jadi kad prabayar ini macam pelaris kedai saja," katanya ketika ditemui di kedainya di Pantai Dalam.

Sementara itu, seorang pengedar kad bayar yang enggan didedahkan identitinya berkata beliau sudah menghentikan penjualan kad prabayar itu kepada peruncit memandangkan pengumuman dari kerajaan kini masih mengelirukan.

“Kami diberitahu sebelum 1 April kad prabayar tak kena GST. Tapi, esoknya (kerajaan kata) kad prabayar kena GST.

“(Dengan GST) harga tetap RM10.60 tapi telco bagi lebih masa berbual dan SMS.

“Tapi kalau pekedai baca berita 1 April dan tak baca berita 2 April, nanti dia cakap kita sengaja kenakan GST.

“Jadi, baik tak payah jual,” kata Hanif, 32, yang sudah menjadi pengedar kad prabayar sejak tiga tahun lalu.

Tambahnya, beliau juga tidak mendaftarkan perniagaan di bawah GST dan terpaksa menanggung cukai GST dari syarikat telekomunikasi.

“Sebelum GST kita dapat harga RM9.70, kita boleh jual kepada peruncit RM9.90, jadi peruncit boleh jual RM10 dan untung sepuluh sen.

“Sekarang tak boleh jual lagi sebab saya dan kedai runcit tak berdaftar GST," katanya.

Jualan kad prabayar berkenaan sebelum ini dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang ditanggung oleh syarikat telekomunikasi (telco).

Cukai berkenaan kini digantikan dengan GST, yang dikenakan oleh syarikat telco ke atas pengguna.

Perkara itu menimbulkan kekeliruan di kalangan penjual dan pembeli. Malah, daripada 800 aduan yang diterima pada hari pertama pelaksanaan GST, 40 peratus daripadanya membabitkan kad tambah nilai.

Selepas pelbagai aduan diterima sebagai langkah peralihan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa pengguna akan mendapat semula nilai dari GST itu dalam bentuk tempoh perbualan dan mesej teks percuma.

Bagaimanapun tempoh peralihan bermula 3 April 2015 selama tiga bulan.

RUPA-RUPANYA JABATAN KESIHATAN AKAN MELAKUKAN SEMBURAN ASAP ATAU FOGGING HANYA APABILA KAWASAN TERSEBUT ADA BERLAKU KES DENGGI ... TIADA DENGGI TIADA FOGGING



Pegawai Kesihatan Daerah Sabak Bernam, Jamaliah Jamil bekata, semburan asap atau fogging tidak boleh dilakukan secara kerap dan hanya dijalankan apabila berlakunya kes denggi di sesuatu kawasan yang dilaporkan.

“Penduduk kena faham 'fogging' dibuat apabila ada kes denggi dilaporkan dan tidak berjadual. Bila ada kes, baru kita akan buat semburan kerana matlamat fogging nak bunuh nyamuk dewasa yang ada virus.

“Jika dibuat secara kerap kita bimbang ubat yang digunakan itu akan rentan menjadikan nyamuk imun dengan bahan kimia,” katanya.

Menurutnya, sebanyak tiga kes denggi masih aktif berlaku di daerah itu iaitu di Kampung Sekendi dan akan diisytiharkan tamat pada 10 April ini jika ia dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh dua minggu selepas dikesan.

“Masyarakat memainkan peranan besar dalam membantu menghapus tempat-tempat pembiakan nyamuk. Dulu, kes denggi di Sabak Bernam biasanya di kawasan perumahan, tetapi sejak akhir-akhir ini mula menular di kawasan kampung tradisional.

"Kita sentiasa memberikan penerangan dan memperhebatkan kempen kepada masyarakat supaya sama-sama membantu mencegah wabak denggi,” katanya
.

TUANKU SULTAN JOHOR DIKATAKAN KEBERATAN BERSALAM DENGAN AHMAD MASLAN AKHIRNYA TERJAWAB.




Semalam dilaman sosial menjadi riuh rendah mengenai video Datuk Ahmad Maslan CGPA 3.85 tidak berkesempatan bersalam dengan Tuanku Sultan Johor dalam suatu majlis di Pontian sehingga menjadi viral dan sedikit sebanyak menimbulkan persepsi dan tanggapan yang tidak baik dan lunak.

Demi pencerahan dan kebenaran Omak Kau sertakan beberapa gambar Ahmad Maslan bersalaman dengan Tuanku Sultan Johor di majlis yang sama.

Jadi jelas ianya tidak disengajakan dan terlepas pandang. Harap dengan muat naik beberapa gambar ini maka segala persepsi buruk yang terbentuk akan terhakis.


Benar jangan sesekali kita timbus hanya disebabkan yang derita dan dapat aib ialah musuh politik kita  .. Benar tetap benar.

SIAPA BOLEH BANTU APA YANG DI TULIS DI BIL INI????


Kalau macam ini punya tulisan kalau nak buat tuntutan rasanya pening kepala ketua jabatan .. rasanya orang yang tulis pun tidak tahu apa yang dia tulis.

Wednesday, 8 April 2015

MUFTI PERLIS DR MAZA BERDIALOG TENTANG HUDUD DENGAN BEBERAPA AHLI PARLIMEN BN DI PARLIMEN.



"Menghadiri jemputan untuk saya berdialog tentang hudud dengan ahli-ahli Parlimen di Parlimen tengahari tadi. Terima kasih kepada YB Menteri Parlimen atas jemputan dan juga terima kasih YB2 yang hadir dengan diskusi yang rancak.".. petikan dari akaun Dr MAZA dilaman sosial Facebook.

SIAPAKAH AHLI -AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT IAITU 10 DARI PAS, 9 PKR DAN 7 DAP YANG TIDAK HADIR KETIKA PENGUNDIAN RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN KEGANASAN (POTA) 2015 AWAL PAGI SEMALAM???????



Pemimpin Pakatan Rakyat telah dikritik hebat dan keras oleh aktivis kerana tidak hadir ketika pengundian Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 di Parlimen, awal pagi Selasa.

Bagaimanapun, kata seorang pemimpin PR, ketidakhadiran mereka itu bersebab dan mempunyai alasan yang boleh dimaafkan.

Proses pengundian itu sepatutnya bermula pada pagi semalam di Dewan Rakyat namun ditangguhkan sehingga jam 9:30 malam.

Menurut pemimpin berkenaan, Ahli Parlimen dimaklumkan mengenai pengundian POTA itu diperdebatkan.

“Beberapa Ahli Parlimen tidak hadir kerana mempunyai komitmen lain dan hanya mengetahui mengenai pengundian itu pada jam 8:30 malam yang merupakan notis setengah jam.

“Saya segera membatalkan semua program dan bergegas pergi ke Parlimen, namun yang lain tidak dapat menghadiri kerana berada di luar negara dan juga yang tidak sihat.

“Orang yang tidak hadir tanpa alasan yang baik perlu memberikan penjelasan,” katanya..

Semalam, POTA telah diluluskan selepas BN mendapat 79 undian manakala PR mendapat 60 undian.

Ramai yang mempersoalkan mana baki lagi 26 Ahli Parlimen ketika POTA diluluskan.

Antara ahli Parlimen yang tidak hadir ialah 10 daripada PAS, sembilan daripada PKR dan tujuh daripada DAP...   SIAPAKAH MEREKA????????

BENJY DAN RAKANNYA MASIH MAMPU KETAWA BESAR KETIKA DIBAWA KEMAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN MENGEDAR DADAH DAN BERDEPAN DENGAN HUKUMAN MATI.



Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37 atau lebih dikenali sebagai Benjy bersama rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, 27, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengedar dadah pada 27 Mac lepas.

Benjy dan Raja Shariff didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 1.32 kilogram.

Dalam kejadian bulan lepas, mereka ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar jam 1.40 pagi.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Kedua-duanya yang memakai pakaian lokap polis kemudian mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguambela Aqeeb Lizalman Nordin Zamery dan Farhan Read.

Terdahulu, peguambela memohon mahkamah untuk mendapatkan kertas pertuduhan terhadap anak guam mereka dan mahu laporan kimia mengenai kes terbabit dipercepatkan.

Muhammad Shukri tidak mempunyai halangan untuk memenuhi permintaan pihak pembelaan tetapi memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporan kimia memerlukan tempoh untuk disiapkan.

Mohd Syafiq kemudian menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

KINI GILIRAN BAPA TIGA GADIS YANG BERGADUH DENGAN PEMANDU TEKSI DIDAKWA DI MAHKAMAH.



Bapa kepada tiga beradik yang bergaduh dengan seorang pemandu teksi di kawasan stesen minyak di sini akhir bulan lepas, hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencederakan pemandu teksi itu.

Syed Fareid Yahya, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Lelaki itu, yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Sumber Manusia di sebuah syarikat berkaitan kerajaan, didakwa mencederakan Azmi Mat Mokhtar, 54, di hadapan Pejabat Pertanyaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Persiaran Kayangan, Seksyen 9 di sini kira-kira 4.30 petang pada 29 Mac lepas.

Syed Fareid didakwa mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya N.Parimalaah yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan supaya lelaki itu dibebaskan dengan jaminan RM3,000.

Peguam Azad Bashir yang mewakili Syed Fareid, bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM1,500 atas alasan anak guamnya perlu menanggung isteri dan empat daripada tujuh anaknya.

Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin membenarkan Syed Fareid dibebaskan dengan jaminan RM2,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 29 April ini untuk sebutan semula kes.

Pada Isnin lepas, Azmi mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan mencederakan tiga anak perempuan Syed Fareid dan merosakkan kereta Myvi milik mereka di Stesen Minyak Petron, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, di sini pada 29 Mac lepas.

Mahkamah menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes pemandu teksi itu.

Insiden pergaduhan Azmi dengan anak-anak perempuan Syed Fareid menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

BETUL KE DUA KERETA BERLAINAN JENAMA DARI SUATU KELUARGA MEMILIKI NO PLAT KERETA YANG SAMA?????


Sebuah kereta Mercedes Benz wrana hitam dan satu lagi Mitsubishi Attrage putih dari satu keluarga tetapi memiliki no plat kereta sama iaitu W 5155 K yang kini menjadi tanda soal dimedia sosial.

Mohon pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan respon mengenai kekeliruan ini demi pencerahan.

ISU PENGGUNAAN GELARAN DATIN SERI ... ISTERI MUDA NAZRI CABAR ANAK LELAKI NAZRI



Seorang wanita mendakwa dirinya isteri yang sah kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dan layak menggunakan gelaran Datin Seri.

Haflin mendakwa beliau layak menggunakan gelaran Datin Seri kerana Nazri dan ibu Nedim telah bercerai sejak 26 tahun lalu.

Di Instagram yang menggunakan nama Haflinsfashion, dia mendakwa telah berkahwin dengan Nazri pada Jun 2014.

“Tidak ada undang-undang di Malaysia yang menyatakan hanya seorang isteri dibenarkan mengguna gelaran Datin Seri,” tulis Haflin.

Sehubungan itu, dia mencabar Nedim Nazri yang juga anak tirinya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika fakta itu salah.

Haflin mendakwa, perkara itu terpaksa didedahkan atas permintaan Nazri untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan Nedim.

Nedim, kekasih kepada pelakon Nora Danish, baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana menuduh wanita yang menggunakan gelaran sesuka hati sebagai ‘wanita terdesak’.

Nedim juga mengkritik editor dari dua majalah tempatan yang didakwa tidak membuat penyelidikan kerana hanya isteri pertama layak menggunakan gelaran itu.

SEORANG GURU KAFA DIKATAKAN MEMBUAT GEMPAR DI PEJABAT SUK SELANGOR BAGI MENDESAK AZMIN ALI LULUSKAN KENAIKAN ELAUN YANG DIJANJIKAN SEBAGAI TUJUAN MEMBURUKKAN PENTADBIRAN TERDAHULU??????



Seorang tenaga pengajar Kelas Fardhu Ain (Kafa) telah membuat suatu stunt murahan dengan merempuh pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor bagi tujuan "mendesak" Kerajaan Negeri Selangor pimpinan YAB Tuan Hj Mohamed Azmin b Hj Ali segera meluluskan kenaikan elaun yang telah dijanjikan sejak tiga tahun lalu.

Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang mengaku kononnya mewakili 10,000 guru Kafa di seluruh Selangor meluahkan rasa kesal sambil menyerahkan surat terbukanya dengan disaksikan media di perkarangan Dewan Undangan Negeri Selangor secara kebetulan Omak Kau juga hadir.

Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) didakwa berjanji untuk menaikkan elaun dari RM1300 kepada RM1500 dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

“Sudah sekian lama kami ternanti-nanti hasil perbincangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) agar dinaikkan elaun.

“Saya memohon jasa baik kerajaan negeri Selangor bukan sahaja mempertimbangkan kenaikan elaun kami tetapi melunaskan manifesto PR pada PRU13 dengan kadar segera,” katanya hari ini.

Katanya, kerajaan negeri tidak pernah menaikkan elaun sejak sejak kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sehinggalah bertukar tangan kepada Mohamed Azmin Ali.

Jelasnya lagi, rakan-rakan senasib dengannya yang terpaksa mengemis meminta kenaikan sambil menitiskan air mata buayanya.

“Sehingga kini kekosongan guru tetap (DG29) tetap menjadi rebutan umpama seketul daging yang mahu dilahap oleh ribuan karnivor. Kekosongan jawatan tetap tersebut untuk tahun ini sahaja diisi oleh ribuan guru KAFA dan dipanggil temuduga seramai lebih kurang 500, namun 66 sahaja yang diterima.

“Apakah nasib guru-guru KAFA yang hanya berstatus sambilan sahaja? Kami dibuat seperti penagih yang dahagakan jawatan tetap manakala kebajikan kami sebagai guru yang bertanggungjawab memegang amanah mendidik insan terus terabai sebegitu rupa,” ujarnya macam nada "kesal".

Surat terbuka yang dibawanya sebentar tadi kemudian diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit kepada Azmin Ali, Datuk Yasid Bidin yang berjanji akan memaklumkan perkara itu kepada pihak atasan.

Omak Kau cukup yakin dan percaya melebehi 101% betapa stunt dan drama murahan ini tidak lain tidak bukan berniat serong untuk mengaibkan pentadbiram lama Selangor dibawah Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim dan percubaan menaikkan imej Tuan Hj Mohamed Azmin b Hj Ali dimata rakyat, dimana tuntutan dan janji menaikkan elaun guru-guru KAFA akhirnya akan di lunaskan dalam kadar segera.

Langsung tidak masuk akal hanya seorang guru KAFA boleh tergamak membuat pengakuan mewakili lebih 10,000 guru KAFA negeri Selangor ... nampak sangat wayangnya .. mau kasi gempak bagi nampak pentadbiran dulu sekadar janji palsu dan pentadbiran sekarang jenis cakap serupa bikin dengan slogan PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DI PEDULI
.

WAJAH WANITA WARGA KYRGYZSTAN MANGSA KORBAN HELIKOPTER TERHEMPAS DI SEMENYIH SABTU LALU SEPERTIMANA DISIARKAN MEDIA KYRGYZSTAN.




Hasil ujian yang dibuat ke atas mangsa wanita dalam kejadian helikopter terhempas di kebun getah dekat Semenyih pada petang Sabtu lalu yang mengorbankan 6 nyawa termasuk Tan Sri Jamaluddin Jarjis , ia merupakan mayat wanita berusia 25 tahun.

"Polis berpuas hati dengan keputusan siasatan yang dijalankan. Bagaimanapun identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti dan memerlukan masa," katanya dalam sidang media berhampiran lokasi nahas pada Selasa.

Abdul Samah berkata, polis telah pergi ke rumah Aidana iaitu sebuah pangsapuri di Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk mengambil beberapa barang, dokumen dan spesimen milik mangsa untuk ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa keenam nahas helikopter itu.

"Polis menemui bukti tiket penerbangan mangsa (Aidana) ke Langkawi pada 21 Mac lalu semasa LIMA (Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi) sedang berlangsung tertera namanya dan juruterbang terbabit (Fournier).

Juruterbang itu mempunyai akses masuk ke kediaman wanita itu," katanya.

Abdul Samah berkata, siasatan polis mendapati Aidana merupakan pelajar jurusan diploma pelancongan di tiga buah kolej iaitu Sunway University, Lim Kok Weng Universiti dan Segi College.

"Dia belajar di tiga kolej itu pada tahun 2010 hingga 2014 dan mendapat diploma dari Segi College pada 10 Oktober lalu," katanya.

Berikutan itu, polis mengambil keterangan daripada rakan-rakan wanita itu.

"Wanita itu amat berminat untuk menjadi seorang juruterbang, selain itu, ada saksi yang pernah melihat mereka (Aidana dan Fournier) terbang menaiki helikopter bersama beberapa kali sebelum insiden," katanya yang meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai wanita itu.

EDISI PENANGAN GST ... PENIAGA PASAR LAMBAK PONTIAN KAWASAN PARLIMEN AHMAD MASLAN CGPA 3.85 PUN KENA GST.



Meskipun hanya diberikan lesen sementara bagi menjalankan perniagaan di tapak pasar lambak di Pekan Nenas, beberapa peniaga mengeluh kerana dikenakan bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Adun Pekan Nenas, Yeo Tung Siong berkata, pihaknya menerima aduan daripada beberapa peniaga pasar lambak mengenai bayaran GST yang dikenakan ke atas lesen sementara mereka pada 5 April, lalu.

“Saya dimaklumkan peniaga sendiri mengenai bayaran cukai tersebut, dan mereka turut menunjukkan bukti lesen sementara yang dikenakan  cukai berkenaan.

“Meskipun bayaran tersebut hanyalah 12 sen, namun mereka (peniaga) mahukan penjelasan berhubung cukai dikutip itu,” katanya.

Menurutnya, memandangkan peniaga tidak menyewa tapak berkenaan secara kekal kerana berniaga dalam tempoh sekali seminggu, tidak wajar mereka dikenakan GST.

Jelasnya, peniaga terlibat adalah peniaga kecil dan mereka menggunakan tapak sementara hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Sehubungan itu, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada PBT berhubung isu tersebut.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian (MDP), Suhairi Hashim berkata, bayaran RM5 yang dikenakan ke atas lesen sementara peniaga pasar lambak meliputi bayaran kerja pembersihan, bayaran permit dan sewa tapak. 

“Daripada RM5 itu, RM3 dikenakan bagi bayaran permit, tetapi cukai GST hanya dikenakan bagi bayaran RM2 ke atas sewa dan kerja pembersihan.

“Bagaimanapun, MDP akan mengkaji semula cukai dikenakan itu, dan kemungkinan akan menyerap kos berkenaan dengan mengeluarkan permit kekal kepada peniaga,” katanya, semalam.



APA LAGI RAKYAT PONTIAN MAU!!!!!
  ... KALAU TIDAK MAU BAYAR GST IKUT SAHAJA SARANAN AHLI PARLIMEN LANGKAWI MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN LANGKAWI DATO' IR NAWAWI AGAR BERPINDAH DUDUK DI BULAN.

BEBERAPA GAMBAR ARMADA KERETA BMW 7 SERIES DENGAN JATA KERAJAAN DILIHAT DI BMW BANDAR PUTERI PUCHONG MENJADI TANDA TANYA????.



Omak Kau mendapat maklumat bahawa kereta-kereta BMW 7-Series ini dengan jata Kerajaan Malaysia dilihat di BMW Bandar Puteri, Puchong.

Omak Kau tidak dapat mengesah dan mempastikan sama ada apa yang diberitahu ini benar lagi sahih.

Mohon sesiapa yang ada maklumat dan pihak BMW  membuat pengesahan demi pencerahan sebab jika apa yang dikatakan ini benar maka ini sudah dikira suatu pembaziran dikala ada kementerian menyamakan kualiti Proton sudah setanding dengan BMW jadi apa perlu mengguna pakai BMW sebagai kereta rasmi kerajaan.

Katanya sebuah kereta BMW ini berharga hampir setengah juta ringgit.

ANAK PEREMPUAN MUHYIDDIN NAIK HELIKOPTER TERSEBAR DI MEDIA SOSIAL.


Heboh dimedia sosial mengenai gambar kononnya anak Muhyiddin Yassin yang baru sahaja berkahwin naik helikopter ada terpampang jalur gemilang.

Tidak dapat disahkan sama ada helikopter ini kepunyaan kerajaan ataupun persendirian.

Demi berlaku adil demi kebenaran maka perlunya pihak yang terbabit memberikan respon segera.

Lagi lama membisu lagi teguh terbentuk persespi yang tidak indah dan lunak.

Tuesday, 7 April 2015

SIAPAKAH WANITA YANG DIMAKSUDKAN INI??????



"Saya akan bagi hadiah wang tunai RM 300 malam ini juga (bank in) jika siapa dapat jawab dgn tepat soalan dibawah berserta dgn keratan (print screen) bukti. Pemenang dikira berdasarkan siapa yg jawab dulu. Seorg sahaja pemenang. Peraduan ini terbuka hingga jam 9 malam ini.
Wanita manakah isteri yg paling hebat cengkaman keatas suaminya, isteri yg bercita2 besar dan rakus hingga suaminya terpaksa mengaku kalah kepada dia ?"
Klue : april.2014
Bila dibaca sekali imbas sudah pasti majoriti akan terbayang wajah Datin Seri Rosmah Mansor isteri Dato' Seri Najib Razak ... rupa-rupanya jawapannya ialah Kak Wan Presiden KeADILan kerana peristiwa perebutan jawatan Presiden KeADILan 2014 yang lalu dimana DSAI telah menarik diri disaat-saat akhir bagi memberi laluan kepada Kak Wan menang tanpa bertanding.

Pada pandangan Omak Kau, apa yang cuba dibawa dengan status ini yang dimuat naik di laman sosial Facebook akuan kepunyaan Faisal bin Robhan ialah walaupun pelbagai serangan dilemparkan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, dimana salah satu darinya ialah seorang "Queen Control" dan mengawal segala pentadbiran negara, namun beliau tidak memegang apa-apa jawatan pun dalam parti UMNO sekadar menjadi ahli biasa sahaja.

Kini kena terima realiti betapa PKR kini sedang menghadapi suatu persepsi yang parti itu tadbir urus oleh satu keluarga .. maka sudah sampai masanya setelah berumur 16 tahun PKR harus keluar dari kepompong negatif itu sebab parti itu kini sudah mempunyai ramai tokoh untuk mengemudi parti tidak lagi seperti diawal penubuhan.

PEMIMPIN-PEMIMPIN TERTENTU DILIHAT BERSAMA DENGAN DAIM ZAINUDDIN MENJADI RIBUT DI MEDIA SOSIAL.



Antara yang dikenali umum dilihat bersama-sama minum petang sambil santai dengan Tun Daim Zainuddin ialah Dato' Seri Shahidan Kassim, YB Dato' Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat, ADUN PAS Batu Buruk, YB Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, blogger APANAMA Firdaus Abdullah.

Kelihatan juga bekas bos NSTP yang sejak kebelakangan ini cukup ligat hentam Najib Razak dan puja melambung Tun Mahathri, Datuk Kadir Jasin.

Telah menjadi perbualan kalangan warga media sosial apa tujuan dan motif sebenar perjumpaan minum petang bersama-sama dengan Tun Daim Zainuddin ini yang cukup terkenal sebagai salah seorang pengkritik ketat Dato' Seri Najib Razak.

Dimana lokasi dan bila tidaklah dapat Omak Kau pastikan lagi tetapi yang nyata memang ada perjumpaan minum teh itu berlaku.

Demi pencerahan ... sewajarnya mereka yang berdala dalam rakaman gambar ini memberikan respon segera agar tidak terbina suatu persepsi yang kurang lunak dan enak.

AKHIRNYA KPDNKK WPKL AMBIL TINDAKAN KEATAS RESTORAN NASI BERIANI INSAF KERANA KENAKAN HARGA CEKIK DARAH KEPADA PELANGGAN.




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNKK WPKL) memberikan tempoh tiga hari kepada pengusaha sebuah restoran nasi beriani terkenal di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, untuk memberi penjelasan berhubung tindakan mereka mengenakan harga ‘cekik darah’ kepada pelanggan.

Pengarahnya, Muez Abd Aziz berkata, ia selaras dengan tindakan notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, yang dikeluarkan terhadap pengusaha premis berkenaan, dalam operasi semalam.

Menurutnya, menerusi dua notis yang diberikan itu, pihak pengusaha perlu tampil memberikan penjelasan termasuk mengemukakan segala dokumen bukti sekiranya menyifatkan harga yang dikenakan itu adalah munasabah.

“Sekiranya mereka boleh beri kita alasan kukuh di mana harga yang ditetapkan itu munasabah dengan kos modal seperti bahan mentah, ia bukan satu kesalahan.

“Bagaimanapun jika mereka gagal kemukakan sebab ataupun didapati alasan tidak munasabah, tindakan selanjutnya akan dikenakan dan jika melibatkan kesalahan berulang, boleh dikenakan tindakan mahkamah.

“Untuk kesalahan bawah notis ini, tindakan denda sebanyak RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya boleh dikenakan kepada individu dan jika melibatkan pertubuhan, denda sehingga RM100,000 boleh dikenakan,” katanya pada sidang media selepas Operasi Pematuhan GST-Catut KPDNKK & Kastam di sini, semalam.

Sementara itu, pemerhatian di dua cawangan restoran berkenaan mendapati harga yang dikenakan bukan hanya tidak munasabah, malah berbeza walaupun melibatkan dua restoran dan menu sama.

Contohnya harga teh o ais dan teh ais ditetapkan RM3 dengan saiz gelas yang sama dan nasi putih dicaj RM3 sepinggan.

Manakala harga telur rebus juga didapati dinaikkan dari RM1.60 kepada RM2.00.

Dalam operasi sama, pemeriksaan turut dilakukan di pasaraya Kompleks Sogo melibatkan barangan yang dikenakan caj GST.

Muez berkata, hasil pemeriksaan mendapati pihak pasar raya mematuhi peraturan, namun beberapa perkara perlu dibuat penambahbaikan.

“Kita lihat ada tag 0 caj GST untuk rak-rak tertentu namun kita telah minta agar pihak Sogo perincikan untuk setiap produk untuk memudahkan pelanggan memahami lebih jelas,” katanya.

Untuk rekod, sejak 1 April lalu, sebanyak 465 premis telah diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat lima kes melibatkan peniaga yang mengenakan harga tinggi terhadap barang jualan.

Daripada lima kes berkenaan, sebanyak 25 notis dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Lima pasukan khas terdiri daripada pegawai KPDNKK WPKL dan Kastam digerakkan untuk pemantauan setiap aduan diterima.



ULASAN OMAK KAU:-

Ini baru betul, tepat dan bijak ambil tindakan .... bukan perkara baru rungutan orang ramai mengenai restoran ini tetapi semacam tidak ada tindakan yang menyakinkan di ambil.

Rakyat lihat tindakan di ambil bukan sekadar sembang kencang.

Salute kepada para pegawai KPDNKK WPKL.

SATU LAGI PENGAMAL POLITIK PRIMITIF BILA BUKA MULUT .... TUAI RUMAH YANG TIDAK SOKONG KERAJAAN KENA LETAK JAWATAN KERANA ELAUN MEREKA DI BAYAR KERAJAAN.




Seruan kepada tuai rumah tidak sokong kerajaan kerana kerajaan bayar elaun, lantik mereka
KANOWIT: Tuai rumah yang tidak menyokong kerajaan digesa meletak jawatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent berkata, ini kerana kerajaan membayar elaun para tuai rumah termasuk melantik mereka.

“Para tuai rumah diminta terus setia bersama kerajaan dan menyokong segala agenda serta dasar-dasar kerajaan.

“Elaun dibayar itu menunjukkan kerajaan menghargai perkhidmatan serta tanggungjawab anda,” ujarnya semasa berucap pada Program Santai Bersama Rakyat di Rumah Anthony Ikus, Pedai di sini, petang kelmarin.

Turut hadir Penghulu Barnabas Angkis, Penghulu Juin Adan dan Tuai Rumah Anthony.

Pada program itu, beliau turut menyampaikan sijil pelantikan tuai rumah kepada Anthony.

Alexander berkata tuai rumah yang dilantik harus memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Jelasnya, tuai rumah juga wajar sealiran dengan kerajaan sebagai mata dan telinga kerajaan.

“Tuai rumah adalah ejen kerajaan sebagai sumber maklumat. Mereka juga akan membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan memberi info yang jelas kepada rakyat. Kita tidak mahu tuai rumah menyalahgunakan kuasa mereka demi kepentingan diri sendiri,” tegasnya.

Beliau menyeru agar para tuai rumah sentiasa mewujudkan hubungan baik dengan semua pihak dan dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan sebagai pemimpin setempat.

Sementara itu, beliau memberitahu bahawa kuota tuai rumah di negeri ini akan ditambah tidak lama lagi.

“Ini menunjukkan kerajaan sudah mula memberi kepercayaan kepada kita untuk membantu mereka dan jangan pula anda melawan kerajaan,” tambahnya.


ULASAN OMAK KAU:-


Pergh!!!! Satu lagi pemimpin berjawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) bila bercakap tidak pandang kiri kanan langsung ... siapa sahaja yang tidak setuju dan bersongsang dengan kerajaan dikerah supaya letak jawatan .. sebelum ini pernah juga kedengaran rakan-rakan beliau yang seangkatan dengannya berkata jika tidak setuju dan sokong kerajaan supaya nyah dari negara ini .. duduk di hutan dan terbaru dari Ahli Parlimen Langkawi merangkap Pengerusi KTMB supaya duduk dibulan kalau enggan bayar GST.

Inilah dinamakan politik primitif .. berpolitik secara guna modal usang dan pupus tarikh .. berpolitik lebih teruk dari spesisi yang menjadi penghuni hutan belantara .... politik diktator.

Bab ini Omak Kau secara ikhlas lagi jujur puji Dato' Seri Najib Tun Razak .. setakat ini walaupun bertali arus diserang sama ada pihak lawan maupun dari kalangan ahli-ahli parti sendiri .. sepatah ayat pun tidak keluar dari mulutnya suapa yang menentang beliau dipersilakan keluar dari negara ini maupun kakitangan awam digesa letak jawatan hatta ahli parti dikerah berdiam diam atau berdepan dengan tindakan disiplin parti .. TIDAK ADA ... ini membezakan antara negarawan dengan yang ingat pemimpin berjiwa haiwan.

Kalau berterusan para pemimpin BN mengamalkan budaya politik diktator dan primitif ini, maka tunggu dan saat ketikanya, bakal menjadi pembangkang selepas PRU 14 nanti .. politik ugut dan hambat sudah tidak ada tempat dijiwa dan minda rakyat yang berfikiran waras.

Hujah lawan dengan hujah bukan dengan terjah  ... berpolitik secara matang bukan ikut cara binatang.

Sebab itu, walaupun Najib diserang secara ganas tanpa henti dan berperikemanusiaan dari Tun M, namun majoriti rakyat terutamanya kalangan ahli-ahli UMNO masih memberikan sokongan padu kepada beliau .. kerana apa????  ... Sebab tidak mengamalkan politik primitif seperti ADUN Ngemah dan mereka yang sewaktu dengannya.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...