KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 8 April 2015

KINI GILIRAN BAPA TIGA GADIS YANG BERGADUH DENGAN PEMANDU TEKSI DIDAKWA DI MAHKAMAH.



Bapa kepada tiga beradik yang bergaduh dengan seorang pemandu teksi di kawasan stesen minyak di sini akhir bulan lepas, hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencederakan pemandu teksi itu.

Syed Fareid Yahya, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Lelaki itu, yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Sumber Manusia di sebuah syarikat berkaitan kerajaan, didakwa mencederakan Azmi Mat Mokhtar, 54, di hadapan Pejabat Pertanyaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Persiaran Kayangan, Seksyen 9 di sini kira-kira 4.30 petang pada 29 Mac lepas.

Syed Fareid didakwa mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya N.Parimalaah yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan supaya lelaki itu dibebaskan dengan jaminan RM3,000.

Peguam Azad Bashir yang mewakili Syed Fareid, bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM1,500 atas alasan anak guamnya perlu menanggung isteri dan empat daripada tujuh anaknya.

Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin membenarkan Syed Fareid dibebaskan dengan jaminan RM2,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 29 April ini untuk sebutan semula kes.

Pada Isnin lepas, Azmi mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan mencederakan tiga anak perempuan Syed Fareid dan merosakkan kereta Myvi milik mereka di Stesen Minyak Petron, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, di sini pada 29 Mac lepas.

Mahkamah menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes pemandu teksi itu.

Insiden pergaduhan Azmi dengan anak-anak perempuan Syed Fareid menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

11 comments:

  1. Jantan dayus dan sial aje yang pukul perempuan...kalo dreba teksi tu kuat sangat...lawanlah dgn syed fareid tu...tak pasal2 kena penumbuk seliang jatuh terkangkang.berbaloi muka berdarah.padan muka.dah tua nk mampos tak ada sifat sabar langsung.baru bawa teksi kalo bawa ferrarri tak tahu apa jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga pemandu teksi yg kasar dan pentingkan diri sendiri. Elok sgt lah mereka diajar secukupnya supaya menjadi pengajaran kpd pemandu teksi yg lain.

      Delete
  2. Habis tu yang budak perempuan 3 ekor yang biadap kurang ajar tu hape? kalau aku rasanya aku bagi flying kick kat minah biadap 3 ekor dan mamat sayed ni sekali. Sayed le konon poorahhhhh....

    ReplyDelete
  3. Driver teksi tu bekas tentera beb, kalau dia nak bertumbuk betul-betul lama dah boleh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala.. Setakat bekas tentera jer.. Tak kuat mana pun.. Yg aku ada cuma bekas tapak kaki ajer...

      Delete
  4. 18:48 ko pun termasuk golongan jantan dayus...tu sebab golongan jantan yg ramai duduk dalam penjara,penagih,perompak,peragut, dll.nanti adalah yg akan cakap golongan perempuan ramai masuk neraka...ramainya perempuan masuk neraka bukan kerana perempuan jahat2 tapi oleh kerana jumlah kaum perempuan yg sememangnya lebih ramai dari lelaki....peduli apa dgn bekas tentera.cuma bekas saja.entah2 darah tinggi kencing manis jantung gout dah bermastautin dalam badan...berani dgn perempuan je...kenapa tk bagi penumbuk balik Kat bapak budak2 tu?. Celaka punya jantan tua!! Dayus!!!!

    ReplyDelete
  5. tua2 nak mampos pun mahu bergaduh dan bertumbuk....sama keduanya tu... buat malu org melayu dan islam...
    yg budak betina 3 ekor tu pun suka lihat bapa bertumbuk dng orang..
    mentaliti tahap bawah kasut..

    ReplyDelete
  6. Dah budak tu membohong kalau aku pun bengang. Sayang anak pun ambik tau dulu apa cerita sebenar

    ReplyDelete
  7. Ketua sumber manusia - HR lah tu...patutnya lebih beradab/ berakhlak: Mengetuai jabatan- contoh kepada pekerja, ini tidak.

    ReplyDelete
  8. Yang betina tiga ekor tu yang biadap, alih2 abang teksi tu pulak yang dayus sebab mempertahankan diri. Apa2 hal aku nak tengok balik muka minah 3 eko tu bila kene dakwa menipu nanti. tungguuuuu......

    ReplyDelete
  9. This Is What You Really Want !!
    WOW !!! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete