KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 8 April 2015

BENJY DAN RAKANNYA MASIH MAMPU KETAWA BESAR KETIKA DIBAWA KEMAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN MENGEDAR DADAH DAN BERDEPAN DENGAN HUKUMAN MATI.



Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37 atau lebih dikenali sebagai Benjy bersama rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, 27, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengedar dadah pada 27 Mac lepas.

Benjy dan Raja Shariff didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 1.32 kilogram.

Dalam kejadian bulan lepas, mereka ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar jam 1.40 pagi.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Kedua-duanya yang memakai pakaian lokap polis kemudian mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguambela Aqeeb Lizalman Nordin Zamery dan Farhan Read.

Terdahulu, peguambela memohon mahkamah untuk mendapatkan kertas pertuduhan terhadap anak guam mereka dan mahu laporan kimia mengenai kes terbabit dipercepatkan.

Muhammad Shukri tidak mempunyai halangan untuk memenuhi permintaan pihak pembelaan tetapi memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporan kimia memerlukan tempoh untuk disiapkan.

Mohd Syafiq kemudian menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

12 comments:

  1. Tak payah gantung lahhh. Letak sebilik dgn Anuar. Tup tup mati sebab ngeri tengok orang tua gila kuasa selama 5 tahun dlm villa bamboo river

    Vigil power banyak lilin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong keluarkan kami Dari cell, ada orang gila nepotism. Keluarkan kami warden .

      Kami tak mau Jadi gila macam tulang besi, greenboc, addin, mso.

      Kah kah kah. Bertapa seksa sebilik dgn Anuar. Hari2 dengar ceramah dongeng

      Delete
    2. Dongeng lah habis nak licin org melay umno bertempiaran masuk PAS.. HARAP nyawa2 ikan jangkahayat bantuan dari org sabah srwk.. org semenanjung dah tak sebodoh melayu BN..

      Delete
    3. Nak gantung boley mamat tu..tapi nanti dulu tunggu sirul buat kenyataan bhw sibotak laki bini yg mengarah sirul. Maksud aku si mamat dua ekor kat atas ni biar sama2 serentak kena hukum gantung sampai mati dgn si botak laki bini. Tunggu je tak lama lagi.

      Delete
  2. Ini konspirasi.
    Dulu masa kes pertama emaknya marah pads polis "ingat korang pun ada mak".

    ReplyDelete
  3. Salam 1rasuah,

    Bila jawatan tukang ajar diberi kepada orang tak cukup ajaran maka lahirlah sampah insan. Bayangkan mereka ini dulu kawan-kawan anda yang rendah intelek dan rendah akhlaknya tak dengar cakap guru dan ibu bapa tiba-tiba diberi degree di KU mana tah orang tak pernah dengar. Bila grad jadi beban kepada rakyat. Graduan pandai terpaksa berebut jawatan dengan mereka, pekerja am terpaksa diimport dari luar menambah jenayah. Jawatan mulia seperti guru diberi pula kepada penjenayah yang terkenal waktu di sekolah dulu tidak pernah naik pentas kecemerlangan dan rosak akhlak maka lahirlah sampah insan doktor cucuk sendiri dan perogol kanak-kanak.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik KEDEPAN....aku setuju kritikan ko pasal orang bodoh kena buat keja bodoh...tapi aku tak setuju ko nak salahkan cikgu semata-mata...kalo ko nak tau, yang fuck up kan masyarakat kita ialah segelintir ahli politik yang bangang, baik di pihak BN atau PR.........ko nak bukti? sila rujuk rakaman perbahasan YB YB kita di Parlimen....aku tak nafi ada yang bagus ada yang tak....tapi kebanyakannya hanya berpolemik dan berpolitik sentimen tak henti-henti...lagi satu, institusi keluarga kalau tak jaga, anak beranak belajar sampai PhD pun boleh jadi tungang langgang..........FAHAM?

      Delete
    2. Minta ja guru pamiaq result spm upsr depa kat ppn kenyataan sekolah

      Delete
  4. Orang yang tak faham undang-undang sahaja yang akan menghukum orang yang belum didapati bersalah.....mereka baru dituduh dan belum didapati bersalah, kenapa nak prejudis? lainla macam orang tu...dah terang-terang bersalah dan terima hukum tapi penjilat tegar masih bangang....anyway, kepada Rafizi & Geng (merujuk posting OK pagi ni pasal beberapa bijik BMW yang ada lambang persekutuan tu), pihak BMW dah bagi penjelasan dekat The Star Online....kereta-kereta BMW tersebut adalah ditaja oleh BMW Malaysia bersempena satu sidang kemuncak ASEAN yang akan berlangsung pada 24-28 April kelak........lain kali, YB-YB bengkok ni kena selidik dulu sebelum melatah....buat homework...jangan jadi retard facebook believer yang percaya bulat-bulat cerita dan gambar sensasi yang disebar di FB dan media sosial yang lain....FAHAM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

      Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

      Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

      Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

      TULANG BADAK (TB)
      MURTABAK WAVES
      SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

      Delete
    2. Sory bro. . .mengumpat dan spimn isue is our profession.

      Delete
  5. This Is What You Really Want !!
    WOW !!! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete