Thursday 9 April 2015

DEMI MENGELAK BERTIKAN LIDAH DENGAN PELANGGAN DENGAN KEUNTUNGAN YANG TIDAK BERBALOI PARA PERUNCIT RELA UNTUK TIDAK JUAL KAD TAMBAH NILAI PRABAYAR.



Para peruncit kini lebih rela untuk tidak menjual kad tambah nilai prabayar daripada bertikam lidah dengan para pembeli.

Tindakan itu juga mengelak mereka menanggung kerugian daripada jualan kad tambah nilai itu, sebaik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa bulan ini.

Tinjauan mendapati, para pekedai ini tidak layak mendaftar bagi mengenakan cukai GST kerana pendapatan kurang daripada RM500,000 setahun seperti disyaratkan.

Namun, mereka terpaksa menanggung cukai tambahan enam peratus dari pengedar kad prabayar tersebut jika ingin menjualnya.

“Kita peniaga kecil tidak daftar GST, (kita) tak boleh kenakan GST kepada pelanggan, tapi barang yang kita ambil (dari pengedar) kena GST,” kata seorang pengusaha kedai runcit.

Beliau sebelum ini terpaksa bertikam lidah dengan pelanggan kedainya di Bukit Taman Angkasa, Kerinchi apabila beliau menjual dengan harga baru yang dikenakan GST.

Seorang lagi peniaga, berkata, beliau hanya mendapat untung satu peratus daripada jualan kad prabayar bernilai RM10 semasa GST belum berkuatkuasa.

“Kalau dah kena GST, saya tanggung cukai orang dan jual kad prabayar ini tidak ada untung langsung.

“Kalau pelanggan tidak beli kad prabayar pun saya tidak rugi, saya malas hendak bergaduh dengan pelanggan jadi saya suruh saja beli di (kedai serbaneka),” katanya.

Walaupun tidak mendapat keuntungan beliau terpaksa menjual kad prabayar ini demi menarik pelanggan ke kedainya.

"Untung memang tidak ada, saya jual kad lama yang saya beli sebelum GST. Tak tahu stok tahan sampai bila...

"Biasanya kalau pelanggan datang beli kad prabayar, mereka akan beli barang lain juga jadi kad prabayar ini macam pelaris kedai saja," katanya ketika ditemui di kedainya di Pantai Dalam.

Sementara itu, seorang pengedar kad bayar yang enggan didedahkan identitinya berkata beliau sudah menghentikan penjualan kad prabayar itu kepada peruncit memandangkan pengumuman dari kerajaan kini masih mengelirukan.

“Kami diberitahu sebelum 1 April kad prabayar tak kena GST. Tapi, esoknya (kerajaan kata) kad prabayar kena GST.

“(Dengan GST) harga tetap RM10.60 tapi telco bagi lebih masa berbual dan SMS.

“Tapi kalau pekedai baca berita 1 April dan tak baca berita 2 April, nanti dia cakap kita sengaja kenakan GST.

“Jadi, baik tak payah jual,” kata Hanif, 32, yang sudah menjadi pengedar kad prabayar sejak tiga tahun lalu.

Tambahnya, beliau juga tidak mendaftarkan perniagaan di bawah GST dan terpaksa menanggung cukai GST dari syarikat telekomunikasi.

“Sebelum GST kita dapat harga RM9.70, kita boleh jual kepada peruncit RM9.90, jadi peruncit boleh jual RM10 dan untung sepuluh sen.

“Sekarang tak boleh jual lagi sebab saya dan kedai runcit tak berdaftar GST," katanya.

Jualan kad prabayar berkenaan sebelum ini dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang ditanggung oleh syarikat telekomunikasi (telco).

Cukai berkenaan kini digantikan dengan GST, yang dikenakan oleh syarikat telco ke atas pengguna.

Perkara itu menimbulkan kekeliruan di kalangan penjual dan pembeli. Malah, daripada 800 aduan yang diterima pada hari pertama pelaksanaan GST, 40 peratus daripadanya membabitkan kad tambah nilai.

Selepas pelbagai aduan diterima sebagai langkah peralihan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa pengguna akan mendapat semula nilai dari GST itu dalam bentuk tempoh perbualan dan mesej teks percuma.

Bagaimanapun tempoh peralihan bermula 3 April 2015 selama tiga bulan.

7 comments:

  1. Pembangkang Malaysia adalah Pembangkang yang GAGAL!

    ReplyDelete
  2. Dah kata dah, GST ni memang menyusahkan. tapi ada jugak dok sokong.

    ReplyDelete
  3. Hahaha......
    Salah bukan peniaga dan talco juga tak salah sebab kad prabayar yg lama telah dikenakan sst masih belum habis dijual. Kalau stock br dikenakan gst tetapi tiada sst lg maka harganya akan kembali pada harga asal. Kerajaan yg tidak bertanggungjawap kerana tidak kecualikan gst pada kad prabayar yg telah pun dikenakan sst sebelum ini. Bila yg lama habis dijual yg br dikenakan gst maka tiada masalah ini. Kerajaan cuba nak kenakan dua kali cukai pada pengguna Tetapi nak salahkan peniaga, ini menunjukkan kerajaan tak bijak malah tidak pandai melaksanakan gst yg boleh menyusahkan rakyat . Selagi kerajaan tak mampu melaksanakan gst malah tidak bertanggungjawap sebaliknya menyalahkan peniaga maka gst tidak boleh dilaksanakan.
    Rakyat atau pembeli atau pengguna jgn jadi bodoh senang diperbodohkan oleh kerajaan yg tidak bertanggungjawap memputarbelitkan sering salahkan peniaga tidak pernah mengaku mrk bodoh dan salah dan was2 melaksanakan sesuatu malah sering berubah.
    Melayu bijaklah kamu dan jgn diperbodohkan dipergunakan salah faham diantara kaum dimana bangsa kamu sdr yg mengkianati kamu wahai melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko pandai sangat ko jelah jadi Kerajaan....ko PM, ko menteri kewangan, Ketua Pengarah Kastam pun ko...baru pilihan yang bijak ye dak????

      Delete
  4. GST. Gagal Selesaikan Tunggakan!, lain kali ada tunggakan bayar, walaupun ada duit sikit, ini dibiarkan lama-lama dah menyusahkan orang!

    ReplyDelete
  5. Kaum umno/bn ni memang bodoh-hanya org bodoh sokong umnn/bn

    ReplyDelete
  6. Ini aku copy dari pengalaman seseorang. Kau org semua fikir sendiri dari pengalaman beliau...
    Hari ini aku betul2 terperanjat bila nak share topup keHP lain. Dahlah dikenakan bayaran 50sen setiap service share topup + dgn GST 6%. Klau nak share topup RM10 + 0.50 +0.60 = RM 11.10. Beli topup asal dari kedai atau online banking topup dah awal2 kena GST. Zalim sungguh zalim....Pastu pengalaman aku menalipon jabatan kerajaan semalam. Talipon diangkat dan disambung kedepartment berkenaan. Tunggu lama dan matikan, kuar charge RM0.54. Call lagi benda yg sama berlaku, matikan kuar charge RM0.46. Call semula, kena marah dgn pegawai yg angkat talipon. Kata beliau "awak dah 3 kali talipon, tak boleh tunggu sekejap ke?". Aku bagi jawapan, "Puan, sy matikan talipon dan call semula 3x sbab nak jimatkan cost phone bill sy. Sy tunggu yg pertama 54 sen dan ke2 46 cents dan yg ke3 ni taktau lagi berapa. Sy kena charge lebih 1ringgit hanya utk menunggu. Klau sy tidak mematikannya tak tau berapa charge yg dikenakan sbab terlalu lama utk disambungkan. Dgn keadaan topup mahal serta dgn GST, tlglah bertimbangrasa sikit dgn kami sbgai rakyat miskin ini..."

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...