Wednesday 2 November 2011

ANAK BULAN PRU 13 SUDAH SEMAKIN KELIHATAN



Spekulasi kini bertiup kencang bahawa Malaysia akan mengadakan pilihan raya umum secara mengejut pada 9 Disember tahun ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kini berada di Mekah menunaikan fardu haji , dijangka untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja dia kembali pada 9 November.

Pemerhati UMNO dengan penuh yakin menyatakan bahawa satu bulan adalah masa yang sudah mencukupi  untuk SPR membuat segala persiapan. Ini bagaimmana pun tertakluk sama ada Najib mendapat inspirasi semasa melakukan haji. Jiaka gagal, maka PRU 13 akan diadakan paling lewatnya tahun depan dan paling awal bulan Mac 2012.

Kepada mereka yang telah mengikuti meneka perkembangan meramal dan meneka tarikh PRU 13 sudah pasti akan terkejut akan pemberitahuan maklumat ini memandangkan bulan November dan Disember adalah musim tekejuh dan beberapa negeri akan mengalami banjir.. Ini akan bertambah buruk bila ramalan banjir paling besar dalam sejarah negara akan menimpa tahun ini ekoran dari banjir yang melanda Bangkok.

Tetapi ada orang-orang yang mengatakan bahawa apa-apa jua syarat  Najib bakal cari, yang paling penting adalah elemen kejutan terhadap musuh wahidnya Anwar Ibrahim dan parti koalisi Pakatan Rakyat. Kedua adalah bahawa hujan boleh dan mampu menyekat keluar mengundi, jumlah peratusan pengundi yang rendah akan memihak kepada UMNO/BN yang popularitinya berada ditahap yang paling rendah sekali dalam sejarah penubuhannya..

Pakatan Rakyat pula kelihatan jauh lebih bersedia kali ini, berbanding dengan tahun 2008 apabila mereka menyapu bersih 5 daripada 13 negeri dinegara ini termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, Pakatan menjangkakan untuk menghadapi penipuan undi secara mega dan besar-besaran dengan undi Pos sebagai pemacunya.

Negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan untuk tidak turut membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dan fokus  di negeri-negeri lain.

Secara teknikalnya, mandat untuk memerintah tidak berakhir sehingga selepas Mac 2013.

Tetapisecara peribadi, omak masih fikir Najib akan menunggu sehingga 2012 selepas gula-gula Bajet 2012 dan wang tunai one off  telah diedarkan sebelum dia membubarkan Parlimen.Apa-apa pun rakyat harus bersedia untuk menerima berita "terkejut" ini

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...