Tuesday 1 November 2011

PR MENJAWAB FITNAH JAHAT AHMAD SHABERY CHEEK


Exco: S'gor tak terbabit bawa peninju Israel ke M'sia
Kerajaan Selangor menafikan terlibat dalam penganjuran program realiti The Challenger Muay Thai membabitkan peninju Israel Ilya Grad yang diadakan di negara ini.

NONEExco pelancongan Elizabeth Wong berkata, walaupun berjaya menarik siri televisyen itu difilemkan di Selangor, kerajaan negeri langsung tidak terlibat dalam penganjurannya.

"Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan warganegara Israel memasuki Malaysia," kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Katanya, sekiranya kemasukan Grad dimaklumkan lebih awal, kerajaan negeri pasti memohon Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Imigresen supaya menolak kemasukan warganegara Israel itu.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam dilaporkan berkata Selangor memberi peruntukan RM5 juta untuk kejohanan itu; sementara kementeriannya hanya meluluskan penganjuran sebagai aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain.

Ilya Grad, Israeli Muay Thai boxing championBekas juara Muay Thai Israel itu dilaporkan memasuki Malaysia pada satu tarikh untuk menyertai kejohanan yang dirakamkan dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Menulis di blog tinjuMuay Thai Authoritypada 15 Oktober, Grad menceritakan beliau memasuki Malaysia melalui Thailand dan ditahan 25 jam di pintu masuk sebelum mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Katanya, dengan begitu sahaja beliau melepasi sempadan dengan pas khas kerana pasport Israel miliknya tidak dicop.

Dalam kenyataannya hari ini, Wong berkata, insiden ini sudah dua kali berlaku dan menteri berkenaan hendaklah menghentikan pas masuk khas kepada warganegara Israel.

"Pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas. Demi semangat setiakawan dengan rakyat Palestin, Malaysia tidak patut mewujudkan sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel, katanya"

Ilya Grad, Israeli Muay Thai boxing championKatanya, hubungan dengan Israel hanya boleh dipertimbangkan sekiranya negara itu mengiktiraf hak rakyat Palestin dan menghentikan keganasan terhadap negara jirannya.
 
Mengulas kenyataan Shabery, Wong mendakwa menteri itu membuat kenyataan palsu dan berunsur fitnah dengan menunding jari pada pihak lain.

"Sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa kerajaan persekutuan," katanya lagi.

PANDANGAN OMAK:-

BILA DAH KANTOI SEPERTI BIASA UMNO AKAN CUBA MENGAITKAN PR DENGAN CERITA KALUT DAN MALUT...TANGKAP AHMAD SHABERY CHEEK SEBAB DAH SALAH GUNAKAN KUASA...JIKA PEGAWAI IMIGRESEN BOLEH DITAHAN DIBAWAH ISA SEBAB MENYALAH GUNAKAN AKTA IMIGRESEN.. OMAK SARANKAN AKTA YANG SAMA DIGUNAKAN KEATAS MENTERI YANG SALAH GUNA KUASA MEMBENARKAN PENINJU ISRAEL YAHUDI MASUK KEMALAYSIA.. UMNO SEMENJAK MENERIMA PAKAI NASIHAT APCO PERANGAI PUN DAH MACAM YAHUDI...DEMI PENINJU YAHUDI SANGGUP LANGGAR SYARAT-SYARAT IMIGRESEN...YAHUDI MUSUH RAKYAT MELAYU/ISLAM...MANA-MANA INDIVIDU ATAU ORGANISASI YANG MESRA DAN BANTU YAHUDI RAKYAT AKAN TENTANG HABIS-HABISAN...MANA PERGI SUARA PERKASA,PEKIDA,ZUL KULIM, PENGANJUR HIMPUNAN SEJUTA UMAT,PEMUDA UMNO DALAM HAL INI?????....RAKYAT BENCI YAHUDI.. RAKYAT BENCI UMNO.. UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...