Thursday 3 November 2011

SUDAH SAMAN MINTA MAHKAMAH BATAL SAMAN... UMNO DAN UTUSAN DAH SEWEL!!



Isu Bukit Kepong: Utusan mahu batal saman Mat Sabu


KUALA LUMPUR, 3 Nov — Mahkamah Tinggi akan mendengar 23 November ini permohonan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bagi membatalkan saman fitnah yang difailkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.
Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk John Louis O’Hara.
Beliau menetapkan tarikh itu selepas berjumpa peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Mohamad dan Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu semasa kes itu disebut bagi pengurusan kes dalam kamarnya hari ini, lapor Bernama Online.
Dalam permohonan yang difailkan 27 Oktober lalu, kedua-dua defendan mahu membatalkan saman itu atas alasan ia mengaibkan, remeh dan menyusahkan selain ia suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
Pada 14 September lepas, Mohamad (gambar), 57, memfailkan saman itu dengan mendakwa kedua-dua defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel fitnah pada 27 Ogos lalu dan dua lagi artikel pada keesokan harinya iaitu pada 28 Ogos.
Timbalan Presiden PAS itu mendakwa penerbitan ketiga-tiga artikel itu adalah berhubung isu Tragedi Bukit Kepong.
Mohamad mendakwa penyiaran artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dirinya menyokong komunis, telah terkeluar daripada ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai pengganas komunis yang bekerjasama dengan Goh Peng Tun dan 200 lagi angggota komunis.
Beliau mendakwa dirinya terasa malu dan aib serta sengsara dari segi maruah, kredibiliti dan juga reputasinya, serta menanggung penderitaan akibat menerima khidmat pesanan ringkas yang mengandungi ugutan jenayah terhadap dirinya dan keluarga serta ancaman supaya dirinya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau juga mendakwa menerima ancaman agar kewarganegaraan beliau dilucutkan di samping didakwa di mahkamah atas dakwaan menghasut atau menghina Yang di-Pertuan Agong.
Mohamad mendakwa tindakan defendan-defendan menerbitkan kesemua artikel tersebut bertujuan untuk mensensasikan berita, melariskan penjualan akhbar bagi mendapatkan faedah kewangan dan bagi mendatangkan keuntungan politik kepada parti politik Umno.
Beliau menuntut ganti rugi am, teladan dan melampau yang tidak ditetapkan jumlahnya serta satu perintah mahkamah agar kesemua defendan memohon maaf serta menarik balik artikel fitnah itu.

PANDANGAN OMAK:-
HARI ITU BERIYA-IYA CABAR MAT SABU SUPAYA SAMAN... KINI BELUM APA-APA DAH TAKUT DAN MINTA MAHKAMAH SUPAYA BATALKAN SAMAN ATAS ALASAN MENGAIBKAN,REMEH DAN MENYUSAHKAN SERTA MENYALAH GUNAKAN PROSES MAHKAMAH....BETUL-BETUL LIDAK BIAWAK!!!!!!!...KALAU BERANI CABAR KENA BERANI SAMBUT DAN LAWAN....ITU BARU ANAK JANTAN... JANGAN BERLAGAK MACAM ANAK PONDAN!!!!.....APA JUA YANG BERKAIT RAPAT DENGAN UMNO SEMUA JENIS TAK DE TELOR.. NO BALLS.. NO GUTS... CAKAP SAJA LEBIH TAPI PENAKUT... CUBA TENGOK PEMIMPIN NOMBOR SATU MEREKA NAJIB RAZAK.. BAPAK SEGALA BAPAK PENAKUT....MALU RAKYAT KAPADA NEGARA LUAR... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

1 comment:

  1. Tak payah cakap memang lidah biawak dan berkulit babi!!!!!!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...