Monday 7 November 2011

TIMBALAN MENTERI UMNO TEMPELAK KEPIMPINAN UMNO YANG BERPOLITIK TANPA ADA INTEGRITI


Saifuddin: Rakyat muak dengan politik tanpa integriti
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah bimbang ketandusan integriti di kalangan ahli politik akan menambah rasa jelak rakyat terhadap politik negara sehingga mereka memulau pilihanraya umum akan datang.

NONEJika ini berlaku, katanya, pembangunan Malaysia akan terjejas kerana parti yang menang hanya mendapat mandat rakyat minoriti tetapi ditolak oleh segmen terbesar penduduk yang bertindak menolak proses demokrasi itu.

"Yang saya bimbang nanti, yang mengundi itu adalah minoriti sebab majoriti tidak mengundi dan tidak kisah tentang politik. Kita mungkin akan mencetuskan suasana di mana negara akan berjalan tetapi sistem-sistem tertentu akan bertemu dengan banyak halangan.

“Ini kerana setiap kali kerajaan membuat keputusan, tidak kiralah kerajaan mana atau parti mana memerintah, majoriti rakyat tidak akan bersetuju (dengan keputusan itu),” kata Saifuddin dalam wawancara eksklusif dengan AntaraPos.com.

NONEAdalah dianggarkan hampir empat juta rakyat daripada 15 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi  masih belum berdaftar sebagai pengundi dan sebahagian besar daripada mereka adalah generasi belia.  

“(Apabila) majoriti rakyat tidak bersetuju, itu akan membantutkan pembangunan," katanya.
Politik melampau

Saifuddin juga membayangkan keadaan sebegitu tidak mustahil akibat politik melampau yang diamalkan sehingga menebalkan sikap acuh tak acuh rakyat terhadap arena politik negara.  

Justeru, menurut beliau, ahli politik mempunyai tanggungjawab mendokong perjuangan yang menzahirkan nilai-nilai murni dan bukan yang menambah rasa sinis rakyat terhadap ahli politik dan parti yang mereka wakili.     

NONE"Kalau kita sesama kita boleh tingkatkan integriti, termasuk juga idealisme perjuangan dan kualiti dalam perdebatan di parlimen dan dewan undangan negeri, kalau kita boleh tingkatkan secara bersama, misalnya dalam parlimen, kita (boleh) berdebat dengan bahasa yang indah.

"Barulah kita lihat status parlimen sebagai institusi membuat undang-undang yang tertinggi. Kalau kita berbeza pandangan pun, kita bersetuju untuk berbeza pandangan dengan harmoni. Tidak perlulah sampai jerit menggunakan perkataan yang tidak elok,” katanya.

Menurut Saifuddin, perilaku tidak senonoh dalam parlimen tentunya menyuburkan rasa sinis di kalangan rakyat terhadap  politik.

"Dia sinis bukan sahaja kepada pihak tertentu tetapi dia sinis kepada parti politik. Jadi apabila saya melihat kenapa orang muda tidak mahu mendaftar sebagai pemilih, saya bimbang bahawa itu sebab utamanya.

NONE"Dia menjadi putus asa dengan politik dan ini malang kepada masa hadapan negara kalau orang muda sudah menolak politik. Maka kita tidak mahu terjadi yang mengundi dalam pilihanraya itu adalah minoriti," katanya.
Sudah muak
Saifuddin berkata fenomena generasi belia semakin muak dengan aliran politik negara memang wujud, jika “sesi-sesi teh tarik” beliau dengan golongan muda dijadikan sandaran.

Sesi-sesi itu menunjukkan adanya belia yang " tidak percaya politik langsung dan ada yang tidak percaya parti- parti politik tertentu.

"(Bagi mereka) majoriti orang politik sama sahaja. Mereka kata orang politik ini suka cakap sahaja tetapi tidak buat dan selepas itu begitu begini dan sebagainya.

NONE"Jadi bila saya tanya sudah daftar sebagai pemilih? Saya tidak mahu daftar (jawap mereka); ditanya lagi kenapa? Mereka menjawab saya tidak mahu mengundi. Buat apa undi, mereka kata,  tidak jadi apa pun. Jadi ini yang saya katakan "sinis" atau skeptik terhadap politik," kata Saifuddin.

Walaupun tidak mempunyai angka lengkap mengenai jumlah golongan yang sinis terhadap politik negara dan tidak mahu mengundi, Saifuddin tetap bimbang.

"Katakanlah setiap bulan saya buat dua sesi pertemuan dan setiap kali itu bertemu dengan 20 orang, maknanya katalah 10 kali bertemu, maka dalam 10 kali bertemu itu, saya jumpa dua orang yang berprinsip begitu, maka angka itu besar ya," katanya.

PANDANGAN OMAK:-

SATU-SATUNYA PEMIMPIN UMNO YANG BERANI MENYATAKAN KEBENARAN APA YANG SEDANG WUJUD DAN BERLAKU DALAM KEPIMPINAN UMNO.. BERANI MENGATAKAN BETAPA RAKYAT TERUTAMANYA GENERASI MUDA DAH MELUAT DAN MENYAMPAH CIPAN KAPADA UMNO....SPESIS MACAM INI AMAT JARANG ADA DALAM SAF KEPIMPINAN UMNO DARI DULU KINI DAN SAMPAI KIAMAT.....PEMIMIN MACAM INI HAYATNYA DALAM KEPIMPINAN UMNO AMAT CEPAT MELAYANG....UMNO TIDAK GEMAR MEMPUNYAI PEMIMPIN SERUPA INI....TIDAK AMAT SESUAI DENGAN ROH DAN SEMANGAT JUANG UMNO YANG MERAI DAN HORMAT KAPADA PEMIMPIN KAKI ANGGUK DAN AMPU BODEK....UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...