Monday 5 December 2011

PUTRAJAYA DALAM GENGGAMAN PAKATAN RAKYAT!!!!

LAGI DITEKAN LAGI KUAT  MELAWAN...LAGI DISERANG LAGI BERTAMBAH SOKONGAN RAKYAT KEPADA PAKATAN RAKYAT

Dalam Perhimpunan Agung Umno yang berakhir kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara individu yang dihentam kuat oleh pemimpin dan perwakilan Umno termasuk oleh Presiden Umno Hj Najib Razak.
Perhimpunan Umno itu juga seolah-olah menjadikan Anwar sasaran utama ‘balas dendam’ parti itu sepanjang persidangan.
Muhyiddin Yassin, timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno menuduh PAS diperkudakan oleh DAP dan tidak lagi memperjuangkan Islam.
DAP pula dilabel sebagai parti cauvinis Cina yang sedang menggugat kuasa orang Melayu di negara ini

Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim  berkata, tanpa ragu-ragu Umno telah bertindak secara tidak bermoral dengan menyalahgunakan dana yang dikhususkan bagi projek NFC dan kemudian mempertahankan Ketua Wanitanya Shahrizat Jalil.
Projek NFC diuruskan oleh keluarganya Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Isu berkenaan dengan masalah dalam NFC pertama kali terdedah menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Kemudian, kepimpinan PKR mendakwa suami Shahrizat, Mohamed Salleh Ismail telah menggunakan berjuta-juta ringgit dari dana NFC dalam urusan dalam termasuk pembelian dua unit kondominium mewah bernilai RM13.8 juta dan perbelanjaan peribadi.
“Hanya mereka yang tidak bermoral boleh melemparkan kata-kata penghinaan (ke atas Pakatan Rakyat), boleh mencuri RM250 juta, dan kemudian mempertahankan diri mereka.
“Kesalahan pertama adalah salah guna dana dan kedua ialah mempertahankan tindakan mereka,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim
Presiden PAS Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang juga menyentuh skandal NFC dengan menafikan segala tuduhan dilemparkan oleh Umno ketika perhimpunan agung tahunannya.
Sepanjang hujung minggu lalu, Umno mendakwa PAS dipergunakan oleh DAP manakala MCA pula mengatakan bahawa DAP berada dalam telunjuk PAS.
“PAS diperkudakan oleh DAP. DAP diperkudakan oleh PAS... Umno diperlembukan,” .
“Lebih baik diperkuda daripada diperlembukan kerana kuda untuk perjuangan, lembu untuk disembelih,” kata Hj Abd Hadi Awang.
Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abd Aziz Nik Mat Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan pula mendakwa Umno mengabaikan prinsip-prinsip Islam ekoran desakan MCA, rakannya dalam BN.
“Umno dipaksa menolak Islam sebab ia mahu memuaskan MCA,” .
Dengan merujuk kepada Indeks Persepsi Rasuah terbitan  Transparency International, Lim berkata, negara telah merosot 13 tempat ke kedudukan ke-60 sejak Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009.
“Apakah Umno boleh berubah?  Kita perlu mengubah Umno, dan untuk membawa perubahan, kita perlu memastikan bahawa Datuk Seri Najib menjadi ketua pembangkang selepas pilihan raya umum ke-13.
“Kita boleh memulakan sekarang, bab (dalam sejarah negara) di mana akan ada keadilan, kebebasan dan kemakmuran bagi semua rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Pakatan Rakyat memulakan siri  majlis rapat umum dengan yang pertama di Shah Alam malam tadi.
KEBENARAN ITU PAHIT....KEADILAN ITU PERIT...PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI UMNO... ANAK-ANAK MUDA TOLAK UMNO....UMNO PARTI POYO...UMNO IS DEAD...PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...