Wednesday 21 December 2011

SELAGI BERNAFAS, MAHATHIR AKAN TERUS MENIPU!!!!



Dalam kesibukkan Tun M cuba menangkis serangan terhadap dirinya mengenai isu yang beliau sendiri cetuskan, isu kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah agen asing Yahudi kerana sanggup melutut sembah kepada Bank Dunia dan IMF apabila negara dilanda krisis kewangan pada tahun 1997, Dr Mahathir telah tanpa segan silu dan rasa malu terus menipu.. 

Penipuan ini boleh diperolehi dari paparan blognya Che Det...dalam satu ruang itu beliau secara jelas dan terang menipu mengenai pengganti Gabenor Bank Negara yang meletakkan jawatan ketika itu kerana tidak bersetuju kononnya dengan idea beliau untuk mengawal sistem kewangan, Tan Sri Ahmad b Mohd Don pada bulan Ogos 1998 beberapa hari sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan...

Beliau menyatakan penggantinya ialah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sedangkan pengganti sebenarnya pada tahun itu ialah bekas Ketua Pengarah Unit Perangan Ekonomi yang dicekup pihak BPR dipejabatnya dengan terjumpa ratusan ribu ringgit yang gagal dijelaskan dengan memuaskan oleh sekumpulan pegawai BPR yang diketuai Ketua Pengarah BPR sendiri ketika itu Datuk Shafie Yahya...bekas KP BPR Datuk Shafie Yahya telah dimarahi dan disergah serta dimaki hamun oleh Dr Mahathir atas insiden tersebut...kata-kata seperti " berani kamu menggangu dan menangkap pegawai saya".... 

Kisah ini sudah pun menjadi pengetahuan umum bila didedahkan sendiri oleh Datuk Shafie Yahya dalam bersumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perbicaraan kes Konspirasi 1 atau Liwat 1 dengan pihak pendakwaraya gagal mengoncang kesahihan fakta tersebut... individu yang dimaksudkan ialah Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman... Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hanya memegang tampuk Gabenor Bank Negara selepas beliau berhenti pada bulan Mei 2000.

Apa yang ingin diperjelaskan disini ialah bagaimana perkara yang jelas dan terang Dr Mahathir sanggup menipu rakyat...cuba kita persoalkan kembali..... kita cuit minda kita untuk berfikir sejenak..kita buat kali pertamanya berlaku jujur....JIKA PERKARA YANG JELAS DAN TERANG DIA SELAMBER BATU MENIPU.. MAKA SUDAH PASTI PERKARA YANG SAMAR -SAMAR DAN KELABU LAGI PASTI DIA TIDAK BERCAKAP BENAR...

Sebab itu isu krisis kewangan 1997 yang cuba dimainkan semula dengan mempalitkan segala permasalahan keatas bahu Datuk Sri Anwar Ibrahim, musuh politik nombor satu beliau telah mengesahkan sikap peribadi beliau yang sebenar....sanggup menipu dan berkata apa saja, janji musuh politiknya itu tidak dapat bangkit untuk menerajui negara...

Apa yang rakyat rasa sedih ialah setelah berhenti dari menjadi orang nombor satu negara 8 tahun yang lalu tetapi masih juga cuba menonjolkan dirinya sebagai manusia paling berkuasa....sifat kuat menipu ini amat menyedihkan rakyat dalam usianya yang makin lanjut...menyambut hari kelahirannya yang ke 86 tahun semalam dimulai dengan membuat kerja menipu rakyat...RUMAH SUDAH USIR.. KUBUR SUDAH GAMIT.. BAWA-BAWALAH BERTAUBAT...CUKUPLAH TU...APA LAGI YANG KAMU INGINKAN DALAM HIDUP...LAMBAT LAUN KAMU AKAN MATI JUGA... 


KEBENARAN AKAN TERBONGKAR AKHIRNYA....JANGAN PERSENDA DAN PERLEKEHKAN KEBIJAKSANAAN RAKYAT BERFIKIR DAN MENILAI...ZAMAN RAKYAT ANGGUK SEGALA BERITA YANG DISAJIKAN DAN TELAN SEGALANYA TANPA BANYAK BICARA SUDAH BERLALU.

1 comment:

  1. 10. Although he did not oppose currency controls, his appointees as Governor and Deputy Governor of Bank Negara refused to implement the policy and resigned. Tan Sri Zeti was then appointed as Governor of Bank Negara Malaysia....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...