Saturday 17 December 2011

AKHIRNYA PAKATAN RAKYAT TUNDUK KEPADA DESAKKAN MIC!!!!


Pada tengah hari 16 Disember 2011, tersebar berita berikutan kenyataan Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam kepada wakil media di Ayer Keroh, Melaka bahawa novel Interlok Edisi Muridakan ditarik balik daripada dijadikan teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) mulai 2012.

Kemudian, Presiden MIC, Datuk G Palanivel dilaporkan turut membuat kenyataan di Kulim, Kedah bahawa keputusan berkenaan dicapai dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu.

Dalam meneliti perkembangan terkini kontroversi ini yang bermula dengan "Interlok Kulit Merah" dan kini berada dalam versi "Interlok Kulit Biru", Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) bersikap objektif dan rasional; bukan emosional.

Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai isu ini. Khabarnya, pengumuman akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Maka, Kavyan hanya akan menerima berita penarikan balik InterlokEdisi Murid sebagai "benar dan sah" apabila pengumuman rasmi dilakukan Muhyiddin.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyatakan pada 22 Jun 2011 bahawa pencetakan semula 390,000 naskhah novel itu melibatkan kos sekitar RM1 juta; termasuk kos penghantaran.

Kavyan mahukan penjelasan daripada Kementerian Pelajaran mengapa novel yang belum sepenuhnya dimurnikan seperti dipersetujui itu dicetak dan kini mahu ditarik balik penggunaannya.

Pada Jun 2011 juga, "pelekat ajaib" digunakan untuk melakukan pindaan minimum pada novel berkenaan sedangkan tindakan itu tidak selaras dengan apa yang dijanjikan Muhyiddin di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2011. Kavyan ingin tahu berapa banyak wang rakyat terbazir dalam proses mencetak "pelekat ajaib" itu.

Akhbar Makkal Osai pada 10 Disember 2011 melaporkan Palanivel sebagai berkata bahawa segala perkara yang menyentuh sensitiviti kaum India dalam novel itu sudah dibetulkan.

Maka, Kavyan mempunyai alasan untuk berasa amat hairan mengapa MIC tiba-tiba perlu meminta kabinet menarik balik sebuah novel yang sudah pun "diluluskan" olehnya dan dicetak semula baru-baru ini atas persetujuannya sendiri.

Kavyan bimbang jika keputusan yang tiba-tiba ini bermotif politik dan semata-mata bertujuan meraih undi rakyat (khususnya kaum India) menjelang pilihan raya umum Ke-13.

Dalam kenyataan pertama yang dilakukan pada 3 Januari 2011 dan disiarkan di Malaysiakini, Kavyan menegaskan bahawa "Interlok EdisiMurid wajib dimurnikan".

SIAPA YANG JADI LEMBU TUNGGANGAN SEKARANG??????...


SIAPA YANG MENJUAL KEPENTINGAN BANGSA????... 

SIAPA PENGKHIANAT BANGSA??????....

SIAPA YANG MELACUR PERLEMBAGAAN NEGARA??????....

SIAPA YANG GADAI KETUANAN MELAYU????????.....

SIAPA SIAPA SIAPA!!!!!!!!....

KEBENARAN ITU PAHIT... KEADILAN ITU PERIT... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI UMNO.... ANAK-ANAK MUDA TOLAK UMNO... ASALKAN BUKAN UMNO PILIHAN RAKYAT... RAKYAT BERSAMA PAKATAN RAKYAT... UMNO IS DEAD... PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...