Tuesday 13 December 2011

NURUL IZZAH CABAR HJ NAJIB RAZAK BERTANDING DIPARLIMEN LEMBAH PANTAI LAWAN DENGAN BELIAU...PASTI HJ NAJIB TAK BERANI PUNYA!!!!!


Najib dicabar bertanding di kerusi 1Malaysia
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan keikhlasan konsep 1Malaysia yang diterajuinya dengan bertanding di kawasan yang masyarakatnya berbilang bangsa seperti kerusi parlimennya di Lembah Pantai.

NONE"Apabila bercakap tentang transformasi dan imej berbilang bangsa di Malaysia, saya berharap Saifuddin akan sampaikan kepada perdana menteri bahawa beliau harus mempertimbangkan kemungkinan bertanding di kerusi yang masyarakatnya berbilang kaum, kerusi 1Malaysia.

"Daripada apa yang saya tahu, Pekan mempunyai 93 peratus pengundi Melayu.

"Oleh itu, selaras dengan janji-janji 1Malaysia dan semua itu, Najib perlu bertanding di kawasan yang mempunyai pelbagai bangsa seperti di Lembah Pantai,” kata Nurul Izzah kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada sebuah forum politik di Shah Alam.

Cadangan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 500 hadirin.

Walau bagaimanapun, Nurul Izzah kemudiannya memberitahuMalaysiakini bahawa kenyataannya itu bukan satu cabaran kepada Najib tetapi mahu perdana menteri membuktikan apa yang diperkatakannya.

Nurul Izzah dan Saifuddin adalah penceramah pada forum bertajuk ‘Pilihan Raya Umum ke-13: Undi siapa akan jadi penentu?’

Penceramah lain termasuk Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua parti KITA Datuk  Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah.

Forum itu anjuran akhbaran Sinar Harian.

najib nurul 1malaysiaNurul Izzah pertama kali dipilih sebagai ahli parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum lalu. Kerusi yang terletak di Kuala Lumpur itu mempunyai campuran penduduk pelbagai bangsa - i 52 peratus pengundi Melayu, 27 peratus Cina dan 18 peratus India.

Bagi Najib pula, beliau dilantik menduduki kerusi Pekan di Dewan Rakyat pada usia yang sangat muda iaitu 23 tahun. Kerusi pilihan raya parlimen di luar bandar di Pahang itu mempunyai 93 peratus pengundi Melayu, 2.7 peratus Cina dan satu peratus India..

KERAT JARI KELENGKENG KALAU HJ NAJIB RAZAK BERANI SAHUT CABARAN YB NURUL IZZAH..DENGAN BAPA DIA TAKUT.. DENGAN ANAK PUN DIA BACUL MENIKUS...LANGSUNG TIDAK ADA KELAS PUNYA PM....BIKIN MALU NEGARA SAJA....SAMBUTLAH KALAU BERANI.. BUKTIKAN YANG ANDA ADALAH PM PILIHAN RAKYAT DENGAN SLOGAN 1M'SIA.....KEBENARAN ITU PAHIT...KEADILAN ITU PERIT.. PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI UMNO... ANAK-ANAK MUDA TOLAK UMNO... UMNO PARTI POYO....UMNO IS DEAD... PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...