Tuesday 13 December 2011

UMNO LANGSUNG TAK KISAH YANG RIDHUAN TEE MEYIBUK APA BARANG BEB!!!



Penghina hudud jangan kurang ajar - Ridhuan Tee

Kolumnis media Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah baru-baru ini menyelar pihak yang lantang menghina Islam khususnya hudud dan memberikan amaran kepada mereka.

Tanpa menamakan secara jelas, Mohd Ridhuan dalam tulisan yang disiar akhbar Sinar Harian kelmarin menggambarkan pihak yang dimaksudkannya adalah 'penzina' dan yang 'berlatar belakang menjijikkan'.

Katanya parti-parti politik atau orang bukan Islam boleh memberikan teguran dalam perkara lain seperti salah tadbir urus, salah laku peribadi, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bila tiba kepada perkara berkaitan agama Islam, 'jangan terlalu kurang ajar'.

"Apatah lagi jika yang menegur itu, latar belakangnya amat menjijikkan. Seks rambang dan perzinaan sudah menjadi budaya hidupnya.

"Saya masih lagi boleh bersabar jika mereka tidak menerima ‘hudud Pas’. Tetapi cara mereka bercakap tidak menampakkan rujukan kepada ‘hudud PAS’, tetapi menghina Islam secara keseluruhan dan isi kandung al-Quran. Perbuatan ini amat melampau," tulisnya.

Biarpun tidak dinyata dengan jelas siapa sasaran tulisannya, namun ianya dipercayai ditujukan kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Ini kerana, dalam tulisannya itu beliau merujuk kepada kenyataan yang mendakwa pelaksanaan hukum hudud akan membawa kepada kemusnahan ekonomi negara dan binasa diri.

Ianya termasuk dakwaan bahawa pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan “binasa diri” jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia yang pernah diucap Soi Lek pada satu forum di Wisma MCA baru-baru ini.

"Jangan bermain dengan api wahai penzina. Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan ‘binasa diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

"Persoalan saya, apakah Malaysia akan menjadi daya tarikan pelabur-pelabur dengan lambakan pelacur-pelacur yang datang daripada Cina dan Vietnam yang datang ‘memberi khidmat’?


"Apa matlamat sebenar membawa masuk mereka ini? Apakah mungkin beliau turut melanggan kerana memang menjadi kesukaannya menyimpan mistres?" soalnya lagi

UMNO LANGSUNG TAK AMBIL PORT DAN TIDAK RASA TERHINA DENGAN PENGHINAAN CHUA SOI LEK...LANGSUNG TAK TEGUR...LANGSUNG TAK BERANI NAK AMBIL TINDAKAN...JAKIM DAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN DIBAWAH KAWALAN UMNO LANGSUNG DIAM MEMBISU TERKEDU MUNGKIN TANDA SETUJU....TETIBA SIRIDHUAN TEE YANG SERING MENYERANG PAS BUAT BISING KIRA APA BARANG BEB!!...KAKI MENGAKU LEBIH MELAYU DARI MELAYU CUBA NAK JADI JAGUH ISLAM KONON...SIAPA YANG TAK KENAL RIDHUAN TEE INI...KALAU BERCAKAP SUKA BERTEMPIK...CUKUP LANTANG MAINKAN ISU PERKAUMAN SEMPIT...SUDAHLAH...LU PUNYA WAYANG RAKYAT SUDAH DAPAT TANGKAP.....KEBENARAN ITU PAHIT.. KEADILAN ITU PERIT.. PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI UMNO...ANAK-ANAK MUDA MELOYA TENGOK JENAMA UMNO.. UMNO PARTI POYO...UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...