Tuesday 13 December 2011

MAMPUKAH ISU :BLACK METALLIC MENGEKALKAN ZAMBRY KADIR SEBAGAI MB PERAK????



Rakyat Perak masih taruh harapan pada Nizar Jamaluddin untuk menjadi Menteri Besar Perak Darul Ridhuan walaupun terdapat usaha dari pihak tertentu yang akan cuba mencemarkan imej dan nama baik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjelang PRU-13 nanti.
Tindakan itu, kata mereka ekoran Mohamad Nizar masih mendapat sokongan dan menjadi harapan seluruh rakyat negeri itu untuk kembali memegang tampuk kepimpinan kerajaan negeri.


Faktor sokongan padu rakyat terhadap Nizar itu juga turut menjadi kebimbangan besar BN negeri itu terutama Menteri Besar Zambry Abdul Kadir.Sebenarnya Umno dan Barisan Nasional Negeri Perak amat bimbang perkara tersebut dan cuba memastikan imej Datuk Seri Nizar diburukkan dengan pelbagai serangan.


Rakyat Perak cukup yakin dan sedang menunggu untuk menyuarakan ‘undi’ mereka bagi memastikan Datuk Seri Nizar dan PR meneruskan pentadbiran bersih yang ‘terhenti’ dalam tempoh 11 bulan sahaja.
Pada masa sama jelasnya, Umno Perak kini sedang berdepan krisis dalaman apabila ramai di kalangan pemimpin Umno negeri itu kurang senang dengan Zambry dan mahu teraju kepimpinan negeri itu diganti orang lain.


Zambry juga dikatakan bukan calon pilihan Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib Razak. Kebanyakkan pimpinan Umno Bahagian Negeri Perak terutamanya kurang senang dengan kepimpinan Zambry berikutan ramai dikalangan mereka adalah penyokong tegar kepada bekas Menteri Besar Perak ke-9  Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali.. Sehingga kini Umno/BN Perak masih gagal untuk menamakan
siapakah calon Menteri Besar jika Umno/BN Perak "berjaya" kembali mentadbir Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti, sedangkan gagasan Pakatan Rakyat secara jelas dan terang akan menamakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai MB PR.
KEBENARAN ITU PAHIT... KEADILAN ITU PERIT.. PERJUANGAN ITU SAKIT..RAKYAT BENCI UMNO.. ANAK-ANAK MUDA TOLAK UMNO.. UMNO IS DEAD....PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...