Tuesday, 10 January 2012

HAKIKAT....BILA MAHKAMAH BEBAS MAKA MAHKAMAH AKAN MEMBEBASKAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM


KEPUTUSAN YANG MENGEJUTKAN SELURUH DUNIA...

Keputusan mengejutkan. Itulah ungkapan yang tepat untuk digunakan. Sehinggakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pun tidak menyangkanya.

Bukan sahaja kaum kerabat dan rakan taulan yang rapat dan musuh politik Anwar serta penyokong Perhimpunan Bebaskan Anwar 901 terkejut, malah hampir kesemua pemerhati politik dalam dan luar negeri dan orang ramai yang menyangka Anwar akan didapati bersalah pun terkejut beruk.
Keputusan sudah dibuat. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan membebaskan dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan. Integriti dan kepercayaan dipersoalkan sehingga menimbulkan keraguan yang melampaui batas.
Keputusan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat kata hakim itu, kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful.
Pada 16 Mei 2011, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri walaupun jika diikutkan semangat dan roh undang-undang yang sedia ada tidak sepatutnya ini berlaku tetapi telah membuat keputusan bahawa pengadu dalam kes ini, Mohd Saiful adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa. Diperingkat ini lagi kes ini sewajarnya dan sepatutnya dibuang.
Beliau ketika itu menerima keterangan dua pakar daripada Jabatan Kimia iaitu Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon mengenai kewujudan DNA Male Y iaitu DNA lelaki asing pada dubur Mohd Saiful yang disahkan sebagai DNA Anwar.
Keputusan itu diperoleh hasil perbandingan sampel DNA berdasarkan tiga barang Anwar yang diambil dari dalam lokap Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semasa Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol bekas air mineral kosong.
Pada 22 Ogos 2011, Anwar memilih untuk memberi keterangan bela diri tanpa mengangkat sumpah dari kandang tertuduh menyebabkan soal balas tidak boleh dilakukan terhadapnya sama ada oleh pendakwa raya mahupun peguam bela. Salah satu cara yang dizinkan oleh undang-undang negara dan Mahkamah. Tiada siapa boleh mempertikaikannya.
Pihak peguam bela yang dikepalai oleh Karpal Singh telah memangil dua orang pakar forensik DNA dan seorang pakar perubatan yang cukup terkenal dan berwibawa mulia dan tinggi untuk merobek kesahihan laporan DNA yang disediakan pihak pendakwa dan berjaya melakarkan betapa saksi utama Mohd Saiful sebagai saksi langsung tidak boleh dipercayai.Keputusan putaran 360 darjah ini sungguh tidak disangka-sangka. 
Anwar didakwa di mahkamah pada 7 Ogos 2008. Dan 9 Januari 2012, baharu keputusan perbicaraannya tamat.
Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah pasti berada dalam keadaan tertekan,risaudan  gundah-gulana dengan keputusan penghakinan semalam, kerana parti itu teramat mengharapkan kes ini sebagai senjata ampuh menyerang Pakatan Rakyat dalam PRU 13 yang semakin hampir ini.
Saiful yang membawa kes liwat ke mahkamah dengan sokongan dan bantuan tangang-tangan gahib tetapi terang dilihat. Beliau yang cuba mau menyakinkan rakyat telah bersumpah laknat di dalam Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Cara dan mengapa sumpahan itu dilakukan telah menjadi kritikan dan momokkan pead dan keras dari rakyat terutamanya para ulama termasuk dari Ulamak tersohor kini Yusoff Qardawi.
Perlu diberitahu bahawasanya Anwar dibebaskan bukan atas masalah teknikal, tetapi atas asas fakta yang gagal diyakini oleh Mahkamah untuk diberikan walau pun sedikit pertimbangan.Jadi terpulang kepada pendakwa raya sama ada mahu membuat rayuan atau tidak. Kalau diikutkan nasihat dan syor Majlis Peguam Malaysia adalah paling baik,mulia dan suci sekiranya tiada rayuan dibuat.
Inilah hakikat dalam sistem kehakiman Malaysia. Jika Hakim diberikan kebebasan tanpa adanya campur tangan kuasa eksekuti maka rakyat akan menikmati keadilan sebenar.Itulah hakikat dan alasan mengapa Anwar dibebaskan.Suka tak suka, inilah realitinya.
Segala fitnah dan pembohongan UMNO/BN dengan mengguna pakai khidmat Mohd Saiful adalah satu konspirasi UMNO/BN sudah  terbukti adalah  benar. Buatlah seribu kali penafian pun. Rakyat sudah tidak percaya lagi.
Kes liwat di mahkamah adalah cara yang difikirkan oleh UMNO/BN sebagai senjata ampuh yang boleh memikat dan meujuk hati rakyat memberikan sokongan kepada UMNO/BN yang semakin hari semakin menipis tiris.
UMNO/BN hanya bergantung kepada isu kes mahkamah Anwar-Mohd Saiful bukan atas keupayaan dan prestasi serta apa yang mau dihidangkan kepada rakyat.

BERSEDIALAH UMNO UNTUK MENJADI PEMBANGKANG SELEPAS PRU 13 NANTI. 

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...