Wednesday, 11 January 2012

NAJIB SUDAH MENJADI LIABILITI AGUNG KEPADA UMNO!!!!!


Najib akan buat p'raya awal bagi elak pergeseran Umno
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengadakan pilihan raya umum ke-13 seawal Mac ini kerana sedang berdepan dengan ekonomi yang semakin lesu dan pergeseran dalaman Umno sendiri yang semakin ketara berikutan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu.

azlanPilihan raya kali ini akan menyaksikan Umno yang telah memerintah sejak kemerdekaan pada tahun 1957 berdepan dengan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar yang menjanjikan pembaharuan besar-besaran.

"Fokus tidak sebegitu banyak ke atas Anwar sekarang tetapi kepada Najib. Beliau mesti terus bergerak dan memastikan Umno tetap setia kepadanya," kata seorang pegawai kanan Umno yang terlibat dalam perbincangan kepimpinan parti dan tidak mahu identitinya didedahkan kerana beliau tidak dibenarkan bercakap kepada media.

"Saya melihat pilihan raya pada Mac, April, sebelum pemilihan Umno. Kegusaran terbesar Najib bukan pilihan raya umum tetapi pemilihan parti Umno kerana ada desakan di kalangan akar umbi Umno bahawa Najib terlalu berlembut ," kata pegawai itu.

NONESebuah akhbar bahasa Melayu yang berkait dengan Umno juga melahirkan kebimbangan itu, apabila sehari sebelum mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah, mempertikaikan kewajaran polis membenarkan penyokong pembangkang berhimpun di luar mahkamah.

"Lebih baik untuk jadi jahat, budak nakal sering dapat perhatian dan layanan yang baik," katanya.

Pilihan raya umum tidak perlu diadakan sehingga tahun 2013 tetapi Najib membubarkan Dewan Rakyat tahun ini.
- Reuters...

INI SUDAH BERITA BAIK PUNYA....UMNO SAMA UMNO BERGASAK SESAMA MEREKA KERANA KES DATUK SERI ANWAR IBRAHIM...MULA-MULA MEREKA SANGKAKAN KES FITNAH LIWAT II INI AKAN MEMBERIKAN SUNTIKAN SOKONGAN RAKYAT RUPA-RUPANYA SUNTIKAN MAUT PERCEPATKAN UMNO KIOK....SUDAH MULA MENGHAMBURKAN KATA-KATA NISTA TERHADAP NAJIB OLEH SEBAHAGIAN PARA BLOGGER PRO UMNO....SUARA KETIDAK PUAS HATI SUDAH KEDENGARAN TERUTAMA DIKALANGAN LINGKARAN PEMUDA UMNO...PERKASA/PEKIDA/GAPS/PERSILAT SERTA NGO-NGO BERTOPENGKAN PERJUANGAN MELAYU KONON YANG MESRA UMNO PUN SUDAH MULAI BENCI KEPADA NAJIB....SAMA ADA NAJIB BUAT PRU SEBELUM PEMILIHAN UMNO ATAU BELIAU AKAN DISINGKIR SEBAGAI PRESIDEN...PERCEPAT PILIHANRAYA BELIAU AKAN KALAH SEBAGAI PRESIDEN UMNO...PERLAMBAT PRU BELIAU AKAN TURUN KE PRU 13 SEBAGAI MANTAN PRESIDEN UMNO....KIRI PARAH KANAN NAZAK.. KIRI ICU KANAN CCU...YANG PASTI KALI INI UMNO MAMPOS!!!....MAMPOS KAU UMNO KALI INI!!!!

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...