Ibrahim Ali tawar elaun MP buru dalang letupan 9 Jan
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menawarkan satu bulan elaunnya sebagai ahli parlimen untuk membantu mengesan dalang letupan bom ketika perhimpunan di luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada 9 Januari lalu.
Dalam SMSnya kepada akhbar Sinar Harian hari ini, Ibrahim yang juga
ahli parlimen Bebas dari Pasir Mas, mengalu-alukan tawaran polis RM10,000 yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam.
"Bagi membantu usaha polis, saya juga menawarkan sebulan gaji pokok ahli parlimen sebagai tambahan kepada tawaran polis sebanyak RM10,000.
"Semoga ia menjadi rangsangan kepada sesiapa yang boleh membantu polis menangkap mana-mana individu atau kumpulan yang amat jahat ini demi keamanan serta keselamatan rakyat," katanya dalam SMS tersebut.
Menurut Sinar Harian, buat masa sekarang, anggota Dewan Rakyat menerima elaun bulanan asas sekitar RM6,500. Selain itu, mereka juga layak menerima elaun lain seperti hiburan, pengangkutan dan telefon.
Secara total mereka akan menerima dalam lingkungan RM13,000.

Sementara itu, Bernama melaporkan polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tiga letupan tersebit supaya menyalurkannya kepada polis untuk membantu siasatan.
Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang ramai oleh menghubungi Pegawai Penyiasat Polis DSP Yahya Abdul Rahman di talian 019-470 8946, atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) di talian 03-2146 0584/0585, dan Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 dan 03-2266 344..
INI SUDAH BERITA BAIK...BERI MAKLUMAT DAPAT RM23,000....RM10,000 DARI POLIS DAN RM13,000 DARI PRESIDEN YANG TUKANG LAKUKAN....SERAMPANG DUA MATA...SAMBIL MENYELAM SAMBIL TERKENTUT.... IBRAHIM ALI CUBA NAK COVER LINE....DIA INGAT DENGAN CARA MEMBERI IMBUHAN ITU MAKA PEMIKIRAN RAKYAT AKAN LARI DARI PERSEPSI YANG AHLI PERKASA/PEKIDA TERLIBAT...SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDASNYA...

MAMPOS KAU UMNO KALI INI... UMNO IS DEAD... PR GANTI BN.. ASALKAN BUKAN UMNO.
No comments:
Post a Comment