Thursday 12 January 2012

NAJIB LANCAR 'SKIM CEPAT KAYA" UNTUK TAWAN HATI PENGUNDI!!!!!...DARI ELAK PUTRAJAYA DITAWAN PAKATAN RAKYAT!!!!!!



Najib lancar SARA 1Malaysia, permohonan dibuka 30 Jan
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Januari.
  
Najib berkata skim khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.

Katanya ia merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten.
  
"Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.
  
"Daripada pelaburan itu, kita jamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan," katanya ketika melancarkan skim tersebut di ibu negara.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman serta menteri-menteri kabinet.
  
Dalam Belanjawan 2012, Najib mengumumkan skim tersebut bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur serta membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.
  
Skim yang dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu dijangka memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah.
 
Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Pelabur dijangka mendapat pulangan menarik di akhir tempoh lima tahun tersebut dengan memperoleh pendapatan kira-kira antara RM5,000 hingga RM13,000 termasuk pulangan daripada pelaburan dalam Amanah Saham 1Malaysia.
   
Najib berkata kerajaan telah melancarkan pelbagai produk di bawah slogan 1Malaysia yang bertujuan memberi manfaat kepada rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Program Perumahan 1Malaysia.

Beliau menarik perhatian bahawa pelancaran SARA 1Malaysia pula diterjemahkan sebagai produk yang membantu golongan rakyat berpendapatan rendah.
  
"Ini adalah usaha kerajaan untuk membela rakyat. Banyak produk yang telah kita lancarkan dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, cuba bayangkan dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya...

APA BEZANYA SARA 1M'SIA DENGAN SKIM CEPAT KAYA?....DUA-DUA SKIM INI MENJANJIKAN PULANGAN YANG TETAP.... KEDUA-DUA SKIM INI AKAN MEMPERKAYAKAN PENGANJUR...DIPIHAK KERAJAAN 1M'SIA SKIM INI DIHARAPKAN DAPAT MEMIKAT DAN MENAWAN RAKYAT BERPENDAPATAN KURANG RM3,000 SEBULAN UNTUK MENYOKONG DAN MENGUNDI UMNO/BN PADA PRU 13 NANTI... BILA DAH DAPAT UNDI DAN MANDAT DARI RAKYAT MAKA KEPERCAYAAN ITU DIGUNAKAN UNTUK TERUS MEMPERKAYAKAN DIRI MEREKA TERMASUK KAUM KERABAT,ANAK BERANAK DAN KRONI...NAMPAKNYA SKIM "PAK MAN TELO" SUDAH MULA DIJADIKAN SENJATA UNTUK PUJUK RAKYAT SOKONG UMNO BN....DESPERATE MAN MADE DESPERATE MOVES...UMNO SUDAH MENJADI PARTI DESPERADO....

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...