Thursday 13 June 2013

BEKAS HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN DATO' GOPAL SRI RAM AKAN MEWAKILI PAKATAN RAKYAT PERAK DALAM PETISYEN PILIHANRAYA



Bekas hakim mahkamah Persekutuan yang cukup terkenal dengan penghakiman yang bernas dan berasas,  Dato' Gopal Sri
Ram diberitakan akan  bertindak bagi pihak Pakatan Rakyat Perak dalam petisyen Pilhanraya  yang difailkan semalam.

Nama besar dalam perundangan ini sudah pasti akan memberi gegaran dan kesan mendalam dalam perbicaraan nanti.

Sri Ram, 69. bersara daripada mahkamah tertinggi itu pada bulan Februari 2010.

Sri Ram adalah seorang peguam yang kemudiannya menjadi orang pertama dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Rayuan, dan kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2009.

Nama Sri Ram dicatat dalam beberapa permohonan petisyen Pakatan Perak, dan beliau dijangka hadir di mahkamah.

Jawatankuasa PAS pusat, Mohd Hanipa Maidin yang merupakan salah seorang penasihat undang-undang parti itu mengesahkan bahawa Sri Ram adalah salah seorang peguam kanan yang akan mewakili parti itu dalam tiga kes di Perak.

"Semuanya, terdapat enam petisyen pilihan raya yang difailkan di Perak - semuanya melibatkan kerusi DUN negeri.

"Tiga daripadanya dikendalikan oleh pasukan peguam parti itu dan tiga lagi dikendalikan peguam sukarela yang termasuk Gopal  (Sri Ram)," kata Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang.

PAS telah memfailkan enam petisyen pilihan raya di Perak, iaitu Pasir Panjang, Manjoi, Lubuk Merbau, Rungkup, Selama dan Manong.

Sementara itu, PKR telah memfailkan satu petisyen yang melibatkan kerusi Parlimen Tapah.

Petisyen pilihan raya Pakatan Perak dilihat sebagai penting, kerana jika Pakatan berjaya, ia boleh menukar kerajaan negeri.

BN memenangi 31 kerusi negeri, manakala Pakatan mempunyai 28 kerusi. Perubahan keputusan dua daripada enam kes petisyen tersebut akan membawa kepada perubahan kerajaan negeri.

14 comments:

  1. Ahahahaha....Lol!!! satu lagi badut untuk sarkis PR.....sekarang kata tak mau boikot parlimen sebab takut kena pecat,tapi masih nak buat petisyen dan masih nak buat blackout 505.Bukti bukti tuduhan tak di kemukakan pun,bangla 40k yg masuk ikut mana utk mengundi tu pun tak tau hujung pangkal nya sekarang ni.Kalau tak percaya pilihanraya apasal tak boikot tak yah ambik 3 negeri tu. Best giler sarkis tahun ni...takut nanti Pandikar pulak boikot sampai 6 bulan,baru meroyan tak tentu hala...ahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen tangkap leleh.rasa nya tak semua MP PR bersetuju untuk boikot sidang parlimen.ada pro dan kontra.ha.ha.ha.macai red white maggot army menelanjangkan kebodohan berhujah.bro.bro.takde ker yg lagi hebat dikalangan tentera alam maya umporno ni yg mampu melahirkan isu yg bernas.

      Delete
    2. Iyolah tu mik puak ko jeelah yang pandai.pasal pandai lah korang semua kena kencing.

      Delete
    3. Laaa bangang giler punya macai PR,kata tak semua pulak boikot.So apahal lak nak buat petisyen?Ish ish,tak de ker macai PR yg kurang kaki kencing untuk bagi komen bernas...ahaha...buat sarkis lagi baik ler korang ni.

      Delete
    4. Patutnya dh pi pereksa mental kt tg rambutan dh

      Delete
    5. Anonymous:... org nak buat petisyen pun salah ke, kan dah ada dlm undang2 boleh buat petisyen.
      bodah laa lu.

      Delete
  2. Bestnya tahun ni najib bakal di tolak dlm pemilihan tahun ni....klu Pak Lah dpt 140 kerusi pun kna tolak...inikan Najib hanya dpt 132 kerusi...pasai apa ada keistimewaan buat Najib utk kekal jdi PM...Najib dgn Pak Lah sama saja...prestasi buruk .....tolak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik bro dari 133 dh turun 132 nampak sangat ko ni bengong main sondol jee macam babi tonyok.

      Delete
  3. Kah..kah..kah..Be End buat lawak bodoh lgi membodohkan...kata SPR tak mlakukan kesalahan,SPR takmenipu,SPR buat kerja dgn baik,SPR tu SPR ni semunya baik saja...last2 buat petisyen pilihan raya punya banyak...nmpaknya Amno Be End sendiri pun tak percayakan SPR...klu mereka percaya 1 petisyen pun takkan buat..tindakan amno be end ni ibarat meludah ke muka sendiri atau cakap tak serupa bikin....haprak punya amno be end

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petisyen salah laku puak pakatan x dak pun pasal pengundi hantu or bangla or blackout
      Or dakwat kekal pun bkn pasal spr tak telus macai tetap macai

      Delete
    2. Setuju! sepatutnya PR kena gunakan isu Bangla dan pengundi hantu. Barulah orang boleh percaya.

      Delete
  4. Mangkok ni tak boleh pakai.
    Ni kira nak libas duit saja.
    Carilah orang lain yang lebih credible dan sincere.
    Dia ni macam macam kes. dan jangan terkejut yuran sekolah anak dia saja dulu cecah 60 ribu setahun..
    Bayangkan mana dia dapat duit

    ReplyDelete
  5. mana iklan dn lagu sayangi selangor.dh kena ban ke....

    ReplyDelete
  6. Macam mana parti yang dapat 89 kerusi mahi lantik yang dipertua dewan???
    Sepatutnya yang mnang 133 keeusi lah uang lantik
    Selangor pulaupinang kelantan ada berani ke buat cam nuar kata tu.bangang ingat di pm ke?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...