Tuesday, 11 June 2013

PADAN MUKA PAKATAN RAKYAT!!!!!!....HIMPUNAN BLACK 505 PERINGKAT NEGERI PERLIS LANGSUNG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN...JUMLAH PEMIMPIN PR LEBIH RAMAI DARI HADIRIN????


Sekalipun bergelar negeri terkecil dan penduduk paling sedikit di Malaysia,namun  dianggarkan lebih 7,000 orang membanjiri dataran kompleks perniagaan di Kampung Bakau dekat sini malam tadi dalam program Black 505 peringkat negeri Perlis.

Himpunan Aman black 505 membantah penipuan di dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini dianggap sebagai antara himpunan paling besar pernah diadakan di negeri ini sekaligus menggambarkan satu fenomena kebangkitan rakyat menuntut sebuah sistem pilihan raya yang lebih telus di negara ini selain mendesak pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya mletakkan jawatan.

Walaupun pada awalnya, pihak polis dikatakan tidak memberikan kebenaran bagi mengadakan perhimpunan ini, program tetap diteruskan dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum.

Ia juga untuk menyambut kehadiran pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Majlis bermula dengan ucapan dari pimpinan tempatan termasuk Ketua Cabang PKR Kangar, Ko Chu Liang; Pengerusi PKR Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman; ADUN PAS Sanglang, Mohd Shukri Ramli serta Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob.

Turut menyampaikan ucapan, wakil DAP, Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus; ADUN Indera Kayangan; Chan Ming Kai; Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail; ADUN Sidam, Dr Robert Ling dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Majlis yang disusuli dengan tepukan dan tiupan trumpet oleh hadirin ini dimeriahkan lagi bila Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin mengambil pentas.

Seterusnya, majlis dikendalikan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan sejurus kemudian beliau menjemput Mohamad Sabu untuk menyampikan ucapan sebelum di akhiri dengan ucapan oleh Anwar.

Majlis diakhiri dengan semua pimpinan dan hadirin menyanyikan lagu Negaraku.

16 comments:

  1. 7000 wow itu je jumlah rakyat perlis blom lagi puak red bean yang dtg dari luar gro gro dari chaina lagi klu mcm ni penoh la seluruh negri perlis

    ReplyDelete
    Replies
    1. macai umporno mengong ka?11 June 2013 at 17:58

      Puak red bean?buktikan.jgn cakap saje bro.dah naik mual dok dengar isu red bean army.mana dia tangkapan.mana dia pendakwaan.neh....kalu setakat sembang ja hang pi habaq kat pemimpin hang....org hulu kampung bole juai la.mengong punya isu.

      Delete
  2. red white pemuda tahan lasak11 June 2013 at 18:04

    Red/white malaysian butter army takde ker.kecoh 1MALAYSIA.Mitos terbaek dr pimpinan umporno.

    ReplyDelete
  3. Aku pun dh mual dh blackout ni.aduyaiii
    Perhimpunan demi himpunan blackout
    Last last tukar pada black jer plak
    Ruparupanya x dak yang ada petisyen
    Pengundi hantu
    Dakwat kekal yang x kekal
    Kalau macam tu buatlah perhimpunan hantu bangla ngn hantu dakwat 505 ada betoiii ka

    ReplyDelete
  4. Yg mual rakyat 47% je. Yg sng kene tipu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sapa keba tipu ni ? Kena kencing lai
      Penat buat himpun aleh2 isu dakwat kekalngan hantu.x dak blackout

      Delete
    2. Hek eleh sengalnye. Gi la tgk blog rafizi oi. Dptkan kepastian. Ada report polis sekali la dodol.

      Delete
  5. Mari kita semua bersorak yea..yea..mari kita semua sokong DAP..DAP akan martabatkan Islam di Malaysia. Sepatutnya dari dulu lagi kita kena bagi DAP perintah Malaysia. Yea..yea..!! Lepas tu..alamak mana nak cari kedai Muslim? alamak mana nak cari makanan halal..alamak masuk belum waktu sembahyang, tak dengar azan pun...alamak alamak alamak, OMAK KAU!! jangan marah..aaa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambungan alamak masjid ke gereja ni.alamak anak nak bagi agama apa ni bapak keistian mak islam
      Alamak.lagu negaraku kena
      Alamk.rukun negara kena tukar
      Amma sudah tukar kaa

      Delete
    2. Alamak org bodo yg penuh dgn persepsi dan sentimen semata2. Tdk berhujah menggunakan akal dan fakta. Alamak kesiannya org2 yg mempunyai pemikiran begini. Alamak jika inilah cr pemikiran rakyat Malaysia maka mundurla negara. Alamak nasib baik golongan begini cume 47% aje. Fuh...lega....

      Delete
  6. Kalau anoy 18.52 memang orang Perlis Jgn sembang lah bab agama. Berjiran dgn Siam hari khamis dah masuk pekan Siam hari jumaat buat maksiat dalam pekan Siam jumaat kemana apa pun kemana. Belagak Kalau DAP perentah makanan halal tak tau nak dapat kat mana nak sembahyang tak tau cari surau dan mesjid kat mana. Pi lah hang la ni BN perentah Perlis awat hang alim sangat ke. Kaki laga ayam kaki belasah ayam cakap tak berlapik lansung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish ish ish ko ni dah le selalu kena tipu,kuat fitnah org Perlis pulak tu.Patut le dah blackout sampai sanggup puja DAP...dok kampung mane ni?.

      Delete
  7. Aeik.. Marah ke.. Bro jangan emosi sngat sembang je tu tapi dalam sembang ada makna DAP mengikut faktanya melalui LGE pada 25. 12. 2012 mengetengahkan isu kalimah allah dalam bible kalimah allah dalam bentuk thinity dalam bahasa melayu... Tak kurang ajar ke !!!! Selama ini apa masallah orng kristian guna peekataan god yg selama ini dipakai di semenanjung dalam bahasa selain BM kita bukan orang orang kristian bumiputera malaysia di sabah dan serawak yang mengunaka bahasa melayu sebagai bahasa perantara dan tulisan mereka lagi pun bible mereka adalah dari indonesia nak ke kita jadi mcm indonesia kawin campur tanah perkuburan campur dan berbagai bagai campur yang sedikit sebanyak akan mempengaruh kefahaman umat umat islam yang lemah iman macm kebanyakan kita sekarang ni.. Kalau tidak kita ingat anak anak cucu kita nanti.. Sedangkan dengan kadaan sekarang ni murtad dah bercambah di selangor cthnya peratusan murtad mendadak naik nya bila nak ditentang kena pecatla pulok doh.. Ustad tu... Masallahnya BAHASA bro .. Ok kemudian dtag lah ulama pro pembangkang dengan dokongan parti pas dan dsai yng bersekutu dengan LGE berbagai hadis dan keterangan yg di berikan utk umat islam bukan aku kata salah penjelasan mereka kalau tapi masallah kefahaman bahasa yang menidak bolehkanya kita bukan orang arab atau orang indon ye bro ya ustaz maza ya hadi awang ya dsai ... Sudah tu apa LGE buat lepas tangan siapa yg sunguh sunguh pulak itu nama nama yg tertera yg beriya iya sunguh kenapa yek

    ReplyDelete
  8. Takat 7000 jer yang datang wat letih jee sbb dpa dh tahu kena kencing pasal tu ramai x datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata dapat sokongan majority kenapa 7000 jer x kan rakyat perlis ada 7000 kot.jangan plak kata peelis kecik orang x ramai.piiiirahhhhhh.

      Delete
  9. Akum...Bestlar blog omak kau ni...macam2 info ad..semuanye baik-baik jek yang ditunjukkan, pemimpin tolong orang eksiden, bagi bantuan kat balu2, tolong sini tolong sane...bagusnye...Tapi yang peliknye nape bile gua bace blog ni cam bace utusan jek...cam same jek tapi cume bezanye pemimpin parti lain yg ditonjolkan...cam tak telus jek...so, ap bezanye blog ni ngan media massa yg lain yang pihak pembangkang kate pro-government? Tolong bagi penjelASAN sikit pada gua ni sbab makin lama cam makin pening jek gua tengok blog ni..Bagi artikel pun siap bagi statement pakai reverse psikologi lagi, ingat rakyat malaysia ni budak tadika ke pakai approach cam ni? Kenapa x direct jek? Malu ke kalau orang cakap blog lu ni cam promosi iklan colgate? Gua mintak maaf kalau gua bercakap berdasarkan ap yang ad depan mata gua sekarang ni. Cuba ketepikan politik dan kita sama-sama lihat dari sudut logik akal. Berfikir pakai otak dan bukannya berdasarkan emosi. Kate kerajaan kejam lar, tak adillar, tapi gua tengok ramai jek orang kat malaysia ni yang lepak kat kdai mamak lar,kopitiam lar, anak semua dapat sekolah,gaji pun boleh tahan gak, bolehlah hidup(kalau nak dapat lebih, usaha pun kne lebih lar, takkan itu pun korang nak salahkan orang lain)...hospital bayo inggit jek, boleh sembahyang ngan aman, belajo kalau pandai dapat lar biasiswa, x pandai pun dapat gak ptptn.. buat pagoda besar mane pun x ad orang marah, bebas nak pegi sini sana, azan pun boleh, bagi komen dan cadangan bernas dalam blog pun bleh..Kalau melampau sangat memang lar kne tangkap, sume negara buat camtu especially US ngan die punye NSA, CIA dan FBI lagi. So, ap masalahnya dengan negare kite ni? Teruk sangat ke? Negara lain yg tengah berperang cam Turki ngan Syiria sume nak aman balik, tp kita ni cam bangang jek rasenye nak buat riot sini sana tak tentu hujung pangkal..terbalik pulak dah..Knape? Tu yg gua musykil tu...Tak kisah lar kalau lu orang nak gelar gua red bean army BN ke ape ke, lantak korang lar sebab masing2 ad akal fikiran dan pandangan..Gua cume tulis berdasarkan ap yg gua nampak depan mate gua...tak dapat duit pun,tapi saje je nak berkongsi ngan kawan2 semua ni..tapi gua pelik sebab selama ni kite aman jek tapi tibe2 jek huru-hara cam nak tumbangkan negara sendiri...Mintak maaf banyak2 kalau kata2 gua ni menyakitkan hati, tapi gua tau bende yang benar tu memang pahit, tapi pada gua berfikir biarlah rasional bukannya secara konsep egoistik jek...lantak korang lar nak sokong manepun asalkan tak menyusahkan orang lain. sekian terima kasih. assalamualaikum.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...