Tuesday 18 June 2013

WALAUPUN KESEMUA CALON PAS KECUNDANG DI NEGERI SEMBILAN PADA PRU 13 YANG LALU, TETAPI UNDI POPULAR DI RAIH MENINGKAT!!!



WALAUPUN KALAH TAPI PAS BOLEH ANGKAT MUKA DAN JALAN DENGAN PENUH MEGAH...DULU KALAU PAS BERTANDING PRU DI NEGERI SEMBILAN..HAMPIR SEMUA CALON HILANG WANG PERTARUHAN..KINI SETIAP KALI PRU UNDI POPULAR MENINGKAT WALAUPUN NEGERI SEMBILAN TERKENAL SEBAGAI SALAH SATU NEGERI YANG CUKUP PEKAT DAN KUAT DENGAN UMNO!!!

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, PAS Negeri Sembilan meletakkan calonnya bertanding di tiga kerusi parlimen iaitu Jelebu, Jempol dan Tampin.

PAS juga bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Lui, Klawang, Serting, Lenggeng, Senaling, Johol, Labu, Paroi, Chembong, Kota, Bagan Pinang dan Gemencheh.

Di kesemua kerusi ini, pengundi Melayu merupakan dua pertiga daripada jumlah pengundi. Calon PAS bertanding satu lawan satu di kesemua kerusi ini.

PAS Negeri Sembilan masuk bertanding dalam PRU-13 iaitu di ‘medan perang Melayu’ (Malay battlefield), iaitu ‘medan perang’ yang paling sukar ditembusi berbanding dengan lain-lain ‘medan perang’ di Negeri Sembilan.

Kejayaan PAS menawan ‘’medan perang Melayu’ ini bermakna berakhirnya dominan Umno di Negeri Sembilan. Maka Umno mempertahankan ‘medan perang Melayu’ habis-habisan.

Kerusi-kerusi di mana PAS bertanding merupakan benteng tradisi Umno dan penentu hidup matinya Umno Negeri Sembilan.

Sebab itu Umno Negeri Sembilan mengambil sikap bahawa kubu tradisi Umno ini mesti dipertahankan dengan apa cara sekali pun (by hook and by crook).

Dalam PRU-12, PAS berjaya membuat tembusan dengan menawan DUN Paroi dengan majoriti yang selesa. Sejak dari itu, Umno Negeri Sembilan tidak pernah membuang masa dan tenaga untuk menawan semula DUN Paroi.

Asakan balas Umno membawa padah kepada PAS Negeri Sembilan apabila kehilangan satu-satunya kerusi yang dimenanginya dalam PRU-12 yang lalu.

Walaupun PAS kalah dalam PRU-13 ini, namun secara keseluruhannya, prestasi PAS terus meningkat berbanding dengan PRU yang pernah ditempohi PAS selama ini.

Pertama, undi popular yang diraih PAS di ketiga-tiga kerusi parlimen yang ditandingi calon PAS telah meningkat dengan ketara dari 31 peratus dalam PRU-12 kepada 39 peratus dalam PRU-13 iaitu kenaikan lapan peratus.

Parlimen Jelebu

Di kesemua kerusi parlimen ini undi popular PAS meningkat dengan parlimen Jelebu merakamkan peningkatan tertinggi dari 28 peratus kepada 39 peratus (kenaikan 11 peratus).

Undi popular di Jempol pula naik dari 33 peratus (PRU-12) kepada 41 peratus (kenaikan lapan peratus). Sementara di Tampin dari 30 peratus kepada 37 peratus (kenaikan tujuh peratus).

Kenaikan undi popular PAS di parlimen Jelebu adalah yang kelima tertinggi di dalam senarai kerusi parlimen yang ditandingi PAS di seluruh Malaysia.

Kedua, pada keseluruhannya, undi popular yang diraih PAS di ke semua kerusi DUN yang ditandingi merosot hanya satu peratus daripada 37 peratus dalam PRU-12 kepada 36 peratus dalam PRU-13.

Ini berlaku dalam suasana di mana kadar keluar mengundi meningkat secara mendadak dari sekitar 72-78 peratus dalam PRU-12 kepada 84-88 peratus dalam PRU-13, iaitu kenaikan sebanyak antara 10-12 peratus. Inilah kadar keluar mengundi yang paling tinggi pernah dirakam di dalam sejarah pilihanraya di Negeri Sembilan.

PAS berjaya meraih undi popular melebihi 40 peratus di empat kerusi DUN iaitu DUN Klawang (47%), DUN Paroi (45%), DUN Labu (43%) dan DUN Johol (41%). Ia juga berlaku dalam suasana di mana jumlah pengundi di 12 DUN ini telah meningkat dengan ketara sebanyak 22 peratus dalam PRU-13 berbanding PRU-12.

Ketiga, calon PAS yang bertanding di kerusi DUN Klawang kalah tipis kepada calon Umno sebanyak 282 undi dalam PRU-13. Ini bermakna majoriti kemenangan calon Umno telah berkurangan dengan ketara daripada 841 undi dalam PRU-12 (2008), iaitu pengurangan sebanyak 559 undi atau 66 peratus.

DUN Klawang juga mencatatkan penambahan undi yang diperolehi calon PAS melebihi penambahan jumlah pemilih pada PRU-13 berbanding PRU-12.

11 comments:

  1. mesti yang undi PAS ni ramai cina tanah besar bukan rakyat Malaysia.. ini cuma andaian aku sahaja sebagaimana andaian penyokong PR TERHADAP undi Bangla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kemungkinan

      Delete
    2. Iya satu org cina tempatan pn xada yg undi pas semuanya undi dr cina tanah besar betul tk?

      Delete
    3. Segala usha pas memang tak dpt dipertikaikan usha ceramah dari kampung ke kampung sangat giat dijalankan oleh mereka jika nak dibandingkan dgn umno pas lrbih berkerja keras dalam.pru 13 namun takdir x menyebelahi mereka dari segi rohani berbagai bagai yg mereka buat solat hajatnya mentarbiah masyarakat islam khususnya dan dari pengalaman aku ada diantara penyikong pas masih berhadis walau sedang bebaris menungu giliran mengundi dipusat undian untuk meraih undi .. Namun allah mengerti segalanya apakah ujian utk pas apakah balasan utk pas apakah natijah dari kesilapan yg dilakukan yg mana kita semua tahu ajenda perjuangan pas telah menyimpang jauh semenjak menyertai PR RENUNG RENUNGKANLAH

      Delete
  2. renungkan taik ko lah. perjuangan umnongok lagi jauh menyimpang dari perjuangan melayu. tengok jelah yg kome lantik madey paria ..tu bukan melayu tu. tengok jelah madey n umnu hapuskan kuasa raja2 melayu. tengok jelah berapa tinggal tanah rezab melayu tengok jelah siapa yg gadai singapore klu tak umnongok bodo. tengok jelah siapa yg kebas duit bumiputra. rm 53 bilion. dan banyak lagi. klu aku cakap ko bukan tau sebab ko bongok. ki ki ki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini mesti komen mamat tak abis sekolah tu.. tak payah layan mamat ni.. wayar putus..

      Delete
    2. Red bean sundal 22:24 menyalak ulasan yg bangang ni nak bagi tau lu kalau tak lepaskan singapore sekarang ni malaysia aku rasanya bukan kerajaan melayu dan raja raja melayu dah pupus orang melayu walaupun ramai tapi gak minority jgn dok kaji kulit nya aje lah bodoh effect dari pengaruh pemikiran yahudi kecil yg ada kat malaysia ni pun dah boleh buat ramai oeang melayu yng bodoh macam macai macai pr nak gadaikan kepentingan pribumi dan islam itu sendiri ini kalau lah tunku x lepaskan singapura waktu tu mungkin sekarang ni kita dah x de raja raja dah x de islam sebagai ugama rasmi tak de istilah bumiputera jadi mcm kaum minority walaupun ramai bilanganya jangan berfikir singkat sangat pandang jauh sikit kita dipimpin oleh kerajaan yg tak begitu menekan terhadap semua rakyaat x mengira kaum kita bebas yang tak bebas cuma mereka yang tak ikut undang undang dan mereka yang terasa pandai sangat walhal mereka tu bodoh sesangatnya macam anoy 22:24

      Delete
    3. kalau madey bukan melayu pun ada masalahka? puak PR yang melayu yang takmau jadi melayu lagi malang.. kalau takmau jadi melayu konon nak Islam aja ok aku pun sokong.. tapi masalahnya Islam pun takmau.. kuasa raja melayu dihapuskan? raja melayu masih bertakhta dan kuasa yang ada inilah yang sedang diintai oleh puak PR untuk dihapuskan..

      Delete
  3. Anon 22:24 mcm cheen je punya ulasan

    ReplyDelete
  4. Kat komen omakkau ni ada 1/2 wakil kera dok hentam habis-habisan kat PAS.....teruskanlah sehingga PRUinfiniti insyallah anda akan ada ganjaran diSANA....tiap post OMAKKAU dia masuk....terus tendang terajang.....udah-udahlah tu cukuplah tu....muntah dah orang membacanya komen orang tk de akal pendek sangat inteligencenya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi kau tolong lah pertahankan omakkau dengan fakta yang tinggi tahap inteligencenya..takkan muntah sajakut..

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...