Monday, 17 June 2013

BERITA YANG DISAMBUT DENGAN PENUH KESYUKURAN DAN REDHO OLEH PARA PENDOKONG DAN PENYOKONG UMNO/BN!!!!...HARGA TAMBANG BAS YANG BARU DISYORKAN OLEH PARA PENGUSAHA BAS EKSPRES!!!!

Semoga apa yang dicadangkan oleh para pengusaha dan tuan punya bas-bas ekspres kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dipengerusikan oleh mantan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar, membawa berita gembira kepada semua pendokong, penyokong dan ahli UMNO/BN yang memberikan undi mereka sehingga membawa kemenangan kepada UMNO/BN pada PRU 13 baru-baru ini.

Bukannya banyak pun... sekadar 30% jer...tak sampai 10% duit BR1M...

Kita ambil contoh yang jelas...Sekarang ini dari Kuala Lumpur ke Seremban adalah RM6..jika diberikan kebenaran naik ianya sekadar menjadi RM7.80sen saja.. Baru naik RM1.80sen...Apa barang sekadar RM1.80sen kan??????...Demi menyokong kerajaan UMNO/BN yang perihatin nasib rakyat bawahan dengan slogan Rakyat DiDahulukan dan Tradisi Membela Rakyat apa barang RM1.80sen.

Oppss!!!!.. Kalau sehari satu perjalanan RM1.80 sen .. ulang alik sudah menjadi RM3.60 sen...Seminggu kerja 5 hari sudah menjadi RM18.00 dan sebulan 4 minggu baru RM72.00 saja kan???..

Maklum sajalah rakyat yang naik bas berulang alik pergi kerja adalah warga yang berpendapatan tinggi.. setakat RM72.00 tidak akan terasa.. macam tak gugur bulu romalah...macam celah gigi jer!!!!

Omak Kau harap...semua para pendokong,penyokong tegar UMNO ucapkan syukur dan berterima kasih dengan UMNO/BN bawah pimpinan Najib Razak jika permintaan para pengusaha bas ekspres ini menjadi realiti...Jangan luahkan rasa sesal sebaliknya berkerja lebih keras untuk PRU 14 ini untuk mengekalkan UMNO/BN.. Ok??????

44 comments:

  1. aku ok ja.. kesian pengusaha bas yang rata2nya penyokong PR.. depa pun nak untung jugak..k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah yerk... Tokey2 pengusaha bas sumer org PR.. Takkanlah BN nk bg kroni2 dier jg penguasaha bus... Lps ni kaya raya la org2 PR... Horeyyy...

      Naikkn lg hrga.... Lg best! Minyak kite murah lg... Naik lg pon rakyat tak kisah...

      Delete
    2. betul2.. minyak kita memang murah nak banding dengan negara jiran.. kalau tak buat apa susah payah pi seludup minyak ke negara sana.. orang PR memang kaya cuma tak reti nak bersyukur..

      Delete
    3. Betul tu naik kan semua. Harga tambang bas, minyak, kenakan GST. Rakyat tak kisah.... naik kan lah....

      Lagi banyak naik lagi mudah PR buat kerja PRU 14 nanti.

      Ingat janji mesti ditepati tau!!!! Hahahaha..... (Gelak tauke Bas)

      Delete
    4. PRU 13 dah guna isu barang naik.. tapi gagal menarik pengundi melayu Islam..

      Delete
  2. Alah penadapatan perkapita rakyat kan tinggi....setiap benda perlukan pengorbanan. Berkorbanlah Ape Saje

    ReplyDelete
  3. Jadi pengusaha bas ni susah. Minyak disel dah mahal sekarang. Spare part memang dah mahal sebab cukai tinggi. Itu belum masuk lagi syarat JPJ, SPAD dan PUSPAKOM (3 agensi yang berbeza tuuu) yang memerlukan wang untuk dipenuhi dan dilaksanakan.

    Pemandu pun nak naik gaji. Anak nak sekolah, isteri nak duit dapur, kereta/motor dan rumah nak kena bayar, tambang bas sekolah anak pun nak kena bayar.... Kos sara hidup semakin meningkat setara dengan peningkatan gaji penjawat awam, sedangkan mereka swasta!!.

    So kena la naikkan tambang bas.....

    Kalau GST dilaksanakan dalam masa 4-5 tahun masa BN memerintah ni, maka kos sara hidup akan bertambah le peningkatannya.... Dan tambang bas tu pun mungkin akan dinaikkan lagi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 agensi berbeza? kalau bas kemalangan salahkan kerajaan kononnya tiada pemantauan ke atas pengusaha bas..

      GST tu siapa yang mampu dia akan bayar lebih.. hasil dari cukai boleh beri pada yang kurang mampu.. bukan itu yang diperjuangkan selama ini ke.. keadilan untuk semua??

      Delete
    2. Kebanyakan pengusaha bas.lori penbekal2 dan segala macam adalah siapa?.yang selalu menaikkan harga adalah mereka.mereka inilah lintah darat yang di bela oleh puak pr.yang di salahkan kerajaan apa punya lol ko ni

      Delete
    3. Klu spare part mahal sebabc cukai tinggi aku x percaya aku berkerja dalam sektor tersebut spare part naik harga adalah disebabkan kenaikan harga di negri yng mengeksport. Cth jpn kenaikan harga disana merupakan impak kepada penguna di seluruh dunia pasal diesel tu xde kerajaan naikan harga pon mereka tetap membeli dengan kadar seringgit seliter subsidi dari krajaan utk mereka jadi dapat kita simpulkan di sini ini permainan politik pengusha teesebut yg rata rata berbangsa cina cuma pemandu sja bnyk bangsanya melayu dan india

      Delete
    4. Anon 13.28 kewujudan agensi dan pemantauan isu yang berlainan. Wujudlah 10 agensi sekali pun kalau tak de pemantauan dan pelaksanaan undang-undang tak de guna juga.

      Contoh, untuk lebuh raya, kelajuan bagi bas ekspres ialah hanya 90km saje. Tak percaya tengok kat badan bas tu, dah tampal had kelajuannya. Tapi semua ambil maklum bahawa bas ekspres kita memang pecut melebihi 90KM!! Persoalannya kenapa tak pasang speed limiter kat bas tu?? Kan itu salah satu isu penguatkuasaan? Dah beratus rakyat mati sebab kemalangan bas yang bawak laju tau!

      Nanti orang kata , kalau begitu kenapa tak pasang pulak speed limiter pada semua kereta persendirian di Malaysia. Itu isu berlainan sebab bas ialah pengangkutan awam sedangkan kereta persendirian itu milik persendirian. Kalau persendirian lantak la tuan punya nak bawak berapa laju pun. Sendiri tanggung le. Kalau pasang speed limiter juga , tutup le syarikat AES dan kurang le hasil saman yang kerajaan dapat, tak begitu????

      Pasal GST tu, secara teorinya memang begitu. Tetapi di Malaysia tak semua hasil diagihkan secara adil. Trengganu contohnya dapat hasil wang ehsan. Kelantan yang 95% melayu tak dapat satu sen pun sedangkan perjanjian menetapkan begitu. Sedangkan parti yang memerintah melaungkan memperjuangkan nasib Melayu!! Tak percaya tanya Ku Li.

      Begitulah demokrasi acuan BN.

      Lagi satu, sekali satu barangan/perkhidmatan dinaikkan atas alasan GST maka barangan/perkhidmatan yang lain akan naik juga. Sebab domino effect.

      Delete
    5. wang ehsan Kelantan kerajaan pusat agihkan melalui agensi pusat sebabtu kerajaan negeri meroyan.. tak masyukk kat depa.. kesian..

      Delete
    6. adakah kelajuan punca majoriti kemalangan melibatkan bas ekspres? sebenarnya kecuaian pemandu yang letih dan mengantuk disebabkan nak kejar upah prjalanan sebab gaji pokok mreka rendah.. pemandu rata2 orang melayu dan India.. pengusaha rata2 bangsa mana?

      Delete
    7. Tapi yang hairannya yang sign perjanjian dengan petronas tahun 1976 dulu tu adalah kerajaan negeri bukannya agensi pusat tu. Kenapa salur kat tempat yang salah?

      Dan kalau dilihat kepada laporan audit negara, yang banyak salah guna duit kerajaan adalah agensi pusat bukan kerajaan kelantan.

      So kenapa masih nak salur kepada agensi pusat??

      Jawapannya ialah.... Itulah demokrasi acuan BN. Janji ditepati! Tak gitu....

      Delete
    8. harga naik pun nanti tengok nak raya ni kuih berapa jenis.. baju brapa pasang.. mewah rakyat Malaysia ni.. tengok kat tol tu punya penuh kereta.. tu dalam barang naik kononnya.. tak reti bersyukur..

      Delete
    9. Bersyukur tetapi bukan berpuas hati. Kalau berpuas hati maka akan stagnant, tak de perubahan. Bersyukut dengan apa yang ada tetapi inginkan masa hadapan yang lebih baik.

      Bersyukur bukan bererti tidak berubah kepada kerajaan yang lebih baik. Kerajaan yang lebih telus... kerajaan yang lebih berkebajikan!

      Bersyukur bukan bererti membiarkan harta negara diranggah untuk kepentingan kecil segelintir rakyat sahaja.

      Dan bersyukur juga bukan bererti menerima se adanya keadaan sekarang dan pasrah dengan apa sahaja keputusan kerajaan yang menekan rakyat untuk kepentingan tertentu.

      Delete
    10. bersyukur ucapkanlah penghargaan sesama manusia.. bersyukur pada Allah berterimakasih pada manusia.. kalau sekalipun untuk mengubah gunalah saluran yang betul.. dan yang nak ganti tu pun tunjukkanlah kelebihan berbanding mencari keburukan kerajaan sekarang sahaja..

      Delete
    11. Kalu yang nak ganti pun macam kong kalikong flip flop baik x payah.buat menghabiskan boreh jo

      Delete
  4. kenaikan tambang bas ni adalah permintaan dari pengusaha bas.. kerajaan sedang mempertimbangkan supaya syarikat ini tidak menanggung kerugian.. selalunya bas ini hanya penuh pada musim2 tertentu dan hari2 tertentu.. ini pun nak salahkan kerajaan ke.. salahkan rakyat malaysia yang banyak duit yang takmau naik bas kononnya jatuh standard..balik kampung sorg2 pun naik kereta.. tu pun cakap minyak tol mahal.. tetapi realitinya menunjukkan rakyat malaysia memang kaya.. yang naik bas tinggal bangla dan indon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rakyat malaysia majoritinya kaya . Tu sebab kerajaan nak tambah BR1M dari RM500 ke RM1,100!! Dan kerajaan juga nak turunkan harga kereta. Sebab kerajaan dah buat kajian yang rakyat malaysia kaya le......

      Delete
    2. BR1M tu yang income beribu2 pun ambik.. sebab depa meniaga.. yang buat ni trutamanya dari bangsa mana? rakyat Malaysia kaya..bukti mana mau guna proton.. semua nak Honda dan Toyota..

      Delete
    3. pastu dapat 5 ratus boleh habis shari ja kat pasaraya.. kaya orang Malaysia ni.. sebab tu kerajaan bagi Rm500 tak bersyukur.. berbeza pada yang miskin RM500 dianggap satu pemberian yang bermakna..

      Delete
  5. Tambang Air Asia lagi murah !( satu tempat duduk sahaja tau !).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu hang kena tanya dkt pengusaha bas yang
      Rata2 dari puak mana?
      Mereka ni yang tamak dan nak burukan kerajaan.
      Apa orang kata nak sabotaj lah tu.
      Kenalah kat puak ni yang bingai maka di spinlah.

      Delete
  6. br1m sepatut nya disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga orang susah lagi miskin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betultu.. bagi kat puak yang kaya ni bukan reti bersyukur..

      Delete
  7. GST ~ G for Goods yang bermaksud KEBAIKAN !

    ReplyDelete
    Replies
    1. GST tidak akan dikenakan pada barang keperluan asas.. sekarang ni SST 6% dah pun lama dilaksanakan.. tapi hangpa relaks ja.. yang makan kfc mcd pizzahut tu yg kena tax tu.. yang bayar bil astro ngan bil celcom maxis digi suma tu pun kena sst 6%.. gst ni hanya 4%..yang hangpa duk pi tesco giant suma tu pun ada sst 6%.. GST ni cuma menggantikan SST.. dari 6% ke 4%.. akan ada harga barang yang akan turun harga.. akan ada yang naik.. apapun sapa guna lebih dia bayar lebih.. dan cukai itu boleh digunakan untuk orang yang miskin..

      Delete
    2. Anon16:33 tak paham bagaimana gst ni dilaksanakan. Kesian.

      Ni aku nak habaq kat hang. Gst ni dilaksanakan ke atas semua jenis barangan dan perkhidmatan. Tiada penjelasan konkrit brgan keperluan asas yg mana akan dikecualikan dr gst. Gst ni tak kira latar belakang ekonomi rakyat.yg miskin pun kena byr gst. Kehidupan pd hr ini bkn sahaja bergantung kpd keperluan asas semata2 tetapi keperluan2 lain spt ubat gigi, berus gigi, pakaian, susu bdk, lampin pakai buang kanak2 dan mcm2 lg la.

      Bkn soal sape gune lebih tapi soal guna sikit pun dah kena jugak. Pendapatan per kapita rakyat Malaysia tdk setinggi singapura. Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bwh 3000. Tak percaya pegi check bape ramai yg menerima br1m. Apa guna bg br1m pd rakyat miskin sdgkan mereka pun tdk terkecuali dr gst?

      Hang ckp org relaks ja byr cukai ms mkn kfc. Hang tau tak yg org terpaksa byr cukai tu. Bkn pilihan depa pun. Kalo bini hang mengidam kfc hang kena belikan jugak kan. Soalnya kenapa brgn makanan hendak dikenakan cukai jugak. mknan ni tak kira miskin dan kaya. Hang sedaq tak ada diantara restoran fast food nih mengenakan cukai berganda? Ada diantara depa mengenakan cukai perkhidmatan sebyk 10% disamping 6% hang sedaq tak. Sst, sales and service tax. Sepatutnya cukai yg dikumpulkan cume 6% tapi la ni jdi 16% pulak.hang paham tak ni?

      Mmg betui gst ni ganti sst tapi gst diimplentasikan secara menyeluruh ke atas semua jenis brgan. Sst cume pd sestgh brgan aja.hang paham tak nih.lg satu hang kena paham, kenaikkan dan penurunan harga barang tdk dipengaruhi oleh cukai semata2 tetapi kesan dr monopoli. Harap pencerahan ini dpt membuka minda hang dgn lebih luas.

      Delete
    3. kenaikkan dan penurunan harga barang tdk dipengaruhi oleh cukai semata2 tetapi kesan dr monopoli.. hang sendiri jawap.. tak salah lah kerajaan kenakan cukai.. ya memang semua kena cukai adil apa.. orang kaya beli barang mahal dan kena cukai tinggi.. orang miskin takkan beli barang2 mahal dan kena cukai rendah dan dibantu dengan bantuan hasil dari cukai pada orang kaya.. adil..

      Delete
  8. Buka blog jentayuabaka.anda akan kenal siapa yang buat sadiwara.

    ReplyDelete
  9. Tergelak saudara mara&anak bini macai untuk melayu no otak baca komen depa.termasukla aku.bangangnyaa..best jugak tengok bodoh orang2 komen kat sini.membusukkan lagi kerajaan yg hang pa sanjung ni.sian tempah kemurkaan Allah.tak pecaya???janji Allah pasti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tergelak tengok pencacai PR tak boleh nak jawab dengan fakta..

      Delete
    2. Anon 09.04 dah jawab dah. Hang pa yang tak tau nak balas jawapan tu.

      Delete
    3. anon 12:16.. kahkahkah.. kesian pencacai PR..

      Delete
  10. Ni website Perbendaharaan Malaysia tentang GST; SELECTED QUESTION WITH SELECTED ANSWER

    http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=category&id=186&layout=default&lang=en

    What is GST ?

    GST is a consumption tax based on the value-added concept. GST is imposed on goods and services at EVERY production and distribution stage in the supply chain including importation of goods and services.

    Is it true that those earning below RM3,000 per month who are not liable to pay income tax will now have to pay tax under GST?

    ....the imposition of GST WILL NOT MAKE ANY DIFFERENCE to the tax burden of those earning below RM3,000 monthly as they would have paid tax on the consumption of those goods and services.

    Are all goods and services subject to GST?

    In principle, GST is imposed on all goods and services produced in the country INCLUDING imports. However, certain basic foodstuff likes rice, sugar, flour, cooking oil, vegetable, fish and meat, eggs and essential services such as health and private education, public transportation, residential property and agricultural land are not subject to GST. Such exemption is to ensure that the lower income group is not burdened by GST.

    Do all businesses need to be registered under GST?

    Only businesses with annual sales turnover of RM500,000 and above are liable to be registered under GST. Businesses having an annual sales turnover of less than this amount are not liable to be registered under the GST. However, such businesses can apply for voluntary registration.

    ReplyDelete
  11. Tak semua goods and service yang kena GST. Itu hakikat.

    Sungguhpun demikian, pengenalan GST akan menaikkan harga barangan yang dikecualikan dari GST itu. Sebagai contoh, aku kerja dengan IPTS. Kami tak boleh kenakan GST kepada yuran pengajian kerana education sector tak boleh kenakan GST. Tetapi kami kena bayar harga barangan yang lebih tinggi sekiranya GST dikenakan. So kos kami akan bertambah dan keuntungan akan menurun. Contoh barangan/perkhidmatan yang kami kena bayar GST ialah kerusi meja, kawalan keselamatan, pencucian, buku, komputer, alatan elektronik dan sebagainya.

    So untuk menampung kos pembayaran GST kepada perkhidmatan dan barangan yang dinyatakan, maka kami MENAIKKAN yuran pelajar melebihi 6%. This we have already done.

    So in other words, pengenalan kepada GST sememangnya akan menaikkan kos barangan dan perkhidmatan accross the board.

    Macam contoh, sekarang beli DVD/VCD/Blu ray tak kena pun GST. Tapi lepas ni akan kena GST la. Beli kat Speedy atau Rock Corner (seller) akan ada 6% tax tu. Syarikat yang menyediakan perkhidmatan mengangkut DVD/VCD/Blu Ray (distributor) itu akan mengenakan juga GST kepada syarikat yang menjualnya. Syarikat yang mencetak DVD/VCD/Blu Ray itu akan mengenakan GST mereka pula (pengilang/producer). Kesimpulannya dari licencer, producer, distributer ke seller semuanya akan mengenakan GST...

    In other words GST would make the price reduction impossible. During recession, the only way for such entrepreneurs facing the GST is to even more intensely halt their production of those goods – the rise of unemployment of labourers within those industries.

    Ada pro and con GST ni. Pro nya ialah memudahkan Kerajaan nak semak pembayar cukai dan semakan cukai adalah lebih menyeluruh dan tepat. Con nya ialah rakyat terbeban.

    Tapi tidakkan Kerajaan tu dilantik untuk memudahkan dam mensejahterakan hidup rakyat?

    Tengok analisa di bawah:-

    https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/06/04/gst-a-recipe-for-economic-disaster/

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan kata mudah sapa pakai lebih dia bayar lebih.. cukai yang banyak boleh digunakan untuk membantu yang miskin.. menaikkan gaji kakitangan awam dsbnya..

      Delete
    2. Betul tu anon 14.00. Sapa yang pakai lebih dia bayar lebih. Termasuklah orang miskin yang pakai pun dia kena bayar juga...... So kat mana yang membantu yang miskin????.

      Delete
    3. orang miskin guna banyak ke? sekarangni barang dan servis yang mahal semua orang kaya ja yang guna.. dan tentu kerajaan ada mekanisme untuk memberi bantuan pada orang miskin.. jangan isau kalau hang miskin pasti ada bantuan dari kerajaan..

      Delete
    4. Guna banyak atau kurang bergantung kepada keperluan bukan miskin atau kaya.

      Delete
    5. baiklah keperluan orang miskin setiap bulan sudah tentu tidak melebihi RM1000 sebulan.. jika lebih mereka sudah tidak ditakrifkan miskin lagi..4% cukai jadi RM40.. okla kita bandingkan orang kaya yang membelanjakan RM10000.. jadi cukai 4% mereka ialah RM400.. jadi hasil cukai RM440 itu kita boleh bagi pada si miskin tadi.. wah sekarang si miskin sudah ada lebihan sebanyak RM440..adil..

      Delete
  12. Semua yg kerajaan BN buat tu sangat baik. Maksud aku BAIK untuk anak beranak depa lah,Bagi rakyat mampos pi lah pandai2 lah HIDUP. Kalau tak nak HIDUP pi lah mati habih cerita dan tutup buku. Merungut buat apa. Pemimpin2 UMNO/BN depa bukan Ada telinga,bukan Ada hati dan Mereka juga tiada perasaan hangpa hingak lah Camana pun depa buat dek je lansung tak kesah. Bagi aku Ada mata tengok,Ada mulut diam,Ada telinga buat pekak Kalau cakap lebeh nanti kena charge pula bawah akta hasutan,derhaka kepada raja2,derhaka kepada Yang Di Pertuan Agong macam2 Lagi undang2 akan dikenakan Kalau cakap lebeh. Nasihat aku Kalau hangpa pandai dan cerdek buat2 lah bodoh dan tunjukan kecerdikan anda di PRU 14 nanti Skrg bukan masanya untuk tunjuk pandai. Bukan tak nampak tangkap sana tangkap sini charge sana charge sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kalau bercakap pun hnya fitnah semata takkan tak kena hukuman.. negara lain pun buat macamtu.. kat singapura lagilah teruk..

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...