Tuesday, 11 June 2013
RAFIZI RAMLI KASI KANTOI TERBURAI DAN TERBARAI SAMA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) KERANA ENGGAN BERI KEBENARAN GUNA PADANG MERBOK UNTUK HIMPUNAN AMAN BLACK 505 PADA 22HB JUN 2013!!!!!
Sekretariat Pakatan mendapat makluman bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun 2013, melalui surat yang difakskan semalam.
Melalui sidang media dan laporan berita berikutnya, saya mendapat tahu alasan-alasan kenapa permohonan itu ditolak, termasuklah alasan bahawa Padang Merbok diperlukan pada 22 Jun 2013 sebagai persiapan kepada satu acara yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada keesokan harinya iaitu 23 Jun 2013.
Saya telah membuat semakan seperti berikut untuk menentukan apakah acara yang akan dianjurkan oleh MOM seperti yang disebut oleh Dato’ Bandar Kuala Lumpur:
1. Menyemak kalendar acara MOM di laman rasmi MOM www.olympic.org.my seperti paparan skrin yang disertakan. Mengikut kalendar acara MOM, pada 23 Jun 2013 MOM akan menganjurkan Larian Olimpik McDonald (McDonald’s Olympic Run
2. Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Larian Olimpik McDonald ini. Didapati bahawa larian ini bukanlah berlangsung di Padang Merbok tetapi bermula dan berakhir di Dataran Merdeka (sila rujuk paparan skrin di bawah)
3. Untuk memastikan acara ini benar-benar diadakan di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok, saya menyemak pula laman Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM) yang turut sama akan terlibat di laman rasminya www.pacesetters.com.my (sila rujuk paparan skrin). Disahkan bahawa acara anjuran MOM ini akan diadakan di Dataran Merdeka, bukannya Padang Merbok.
4. Akhir sekali, saya menyemak sendiri laluan larian dari borang pendaftaran yang disertakan. Berdasarkan laluan larian seperti yang ditunjukan di paparan skrin, jelas bahawa larian tersebut tidak menggunakan Padang Merbok sebagai tapak dan ia bermula dan berakhir di Dataran Merdeka.
Saya kesal dengan tindakan DBKL yang tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai kepenggunaan Padang Merbok pada 23 Jun 2013 semata-mata kerana terpaksa tunduk kepada tekanan politik Umno/Barisan Nasional. Jelasnya, acara pada 23 Jun 2013 tidak melibatkan Padang Merbok dan bermula/berakhir di Dataran Merdeka – maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman #black505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun 2013.
Saya juga ingin menjawab alasan-alasan lain yang diberikan oleh Dato’ Bandar Kuala Lumpur terutamanya ekoran pendedahan bahawa acara pada 23 Jun 2013 anjuran MOM tidak menggunakan Padang Merbok:
1. Pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional bahawa perhimpunan aman hanya boleh diadakan di tempat tertutup seperti stadium adalah tidak masuk akal dan bertentangan dengan hak berhimpun secara aman di semua tempat-tempat awam mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman. Jika pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional ini digunapakai, maka tidak ada apa-apa majlis atau acara yang boleh dibuat di tempat terbuka dan akta perlulah ditukar namanya menjadi “Akta Perhimpunan Aman Dalam Stadium Sahaja”
2. Alasan bahawa penggunaan stadium akan memudahkan penjaja juga tidak masuk akal kerana semua perhimpunan aman yang dibuat di tempat terbuka sebelum ini berjaya menempat penjaja dengan baik. Malah, penggunaan stadium menyempit ruang untuk penjaja berniaga
3. Alasan bahawa perhimpunan di Padang Merbok akan menjejaskan perhiasan sekitar kawasan sudah tentu tidak masuk akal kerana acara Larian Olimpik McDonald mengambil ruang yang lebih besar dan melalui semua kawasan-kawasan berhampiran Parlimen
4. Alasan bahawa perhimpunan akan menyebabkan kesesakan jalan raya tidak boleh dipakai kerana Larian Olimpik McDonald akan menyebabkan jalan-jalan ditutup di sekitar kawasan. Jika pihak berkuasa boleh menutup jalan untuk mempermudahkan larian itu, saya pasti pihak berkuasa juga boleh menutup jalan untuk perhimpunan aman #black505 pada 22 Jun 2013.
Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan hadir berbincang dengan Dato’ Bandar Kuala Lumpur pada 14 Jun 2013 tetapi kami tidak akan berganjak dari keputusan mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun 2013, apatah lagi apabila terbukti padang itu tidak digunakan pada hari Sabtu dan Ahad minggu itu.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
11 JUN 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Satu lagi karenah jahat laknatullah.penipuan secara terang terangan.cuba memperbodohkan orang bijak dgn alasan tak masuk akal.dah diri tu bodoh jangan bodohkan org lain plak.bagi la alasan masuk akal.betul la kata mahathir yg bijak pandai tiada dalam umno.
ReplyDeletedah jadi datuk bandar tapi mentaliti ke laut...... arwah datuk aku yang suka ke laut pun tak mental cam datuk bandar. alfatihah untuk arwah datuk aku dan datuk bandar wkl.
ReplyDeleteAmeen.
Nak tanya ckit sapa yang paling kuat penipu dalam dunia ni????
ReplyDeleteMana isu blackout
Mana isu pengundi bangla
Mana pengundi indon myanmar
Mana undi 2 kali
Sapa penipu cer citer cer citer
Aku tanya sbb heboh satu dunia
Sampai buat perhimpunan
Mana mana mana ?????
Anon 18:26. Kamu tidak mengikuti perkembangan politik tanah air ke?
DeletePetisyen sudah difailkan di mahkamah berserta bukti, laporan polis dan akuan bersumpah dr saksi2. Kita tunggu perkembangannya.
Jika kamu tidak pasti akan kesahihannya sila luangkan masa dgn pergi ke blog saudara Rafizi Ramli utk pencerahan dan penjelasan.
Jgn berhujah membabi buta tanpa usul periksa dan lakukan sedikit kajian. Walaupun kamu tidak bersetuju dgn beberapa perkara yg dibangkitkan oleh PR tetapi sebagai org yg bijak kamu harus mendptkan kepastian sblm berbicara dan berhujah.
salam,
ReplyDeletekuasa yg diberi utk jaga kebajikan rakyat malah rakyat diberi hak utk bersuara dgn undang2 perlembagaan tetapi hak rakyat di manipulasi utk tutup kelemahan pihak2 tertentu malah salah guna kuasa utk kepentingan pihak tertentu. mana kebenaran????mana keterlusan?? mana keadilan??? mana undang2 perlembagaan???mana keikhlasan??? mana hak demokrasi??? mana malaysia utk rakyat???? mana???mana???mana??? malaysia dah lama kegelapan n skrg rakyat ingin kecerahan kebersihan keharmonian.
amin.
Kamu tanya mana mana jawabnya ada kt hantu bangla...hantu blackout.
DeleteKalau x caya tanya kt bomoh hantu nnt dia kata ada banyak hantu dalan puak pakatan kamu.ha tu bilik hantu jeretapu lah hantu hotel hantu kaunselling hantu raya hantu spanda macam2 ada .macam astrp lah plak...
Anon 02:58. Itu je ke jawapan kamu. Merapu, meroyan dan tak masuk akal jawapan yg kamu berikan. Inikah tahap pemikiran rakyat minoriti yg menyokong BN?. Amat sadis dan memalukan.
DeleteDBKL = Duduk Borak Kelentong Lebih
ReplyDelete