Wednesday, 19 June 2013

CONTOH TERBAIK BETAPA KERAJAAN NEGERI DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO/BN CUKUP BIJAK MENGURUS SUNGAI!!!!... AIR SENTIASA JERNIH DAN BERSIH????


KERAJAAN DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO/BN MEMANG YANG TERBAIK DAN TERHEBAT TERUTAMANYA JIKA NEGERI ITU NEGERI PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK...CONTOH TERBAIK DALAM MENGURUS SUNGAI AGAR SENTIASA JERNIH DAN BERSIH!!!!

BATU MALIM – “Sungai Pahang makin kotor, dah jadi kemerah-merahan dan berlumpur sejak aktiviti lombong bijih besi dijalankan di sini, beberapa tahun lalu,”.


Demikian luahan penduduk, Mohd Jais Jemangin, 47, yang mendakwa sungai utama itu menjadi semakin kotor dan tercemar sekali gus tidak selamat digunakan kerana kualiti air terjejas teruk.


Menurutnya, hal ini menyebabkan kawasan rekreasi dikenali Pusat Rekreasi Sukan Air, di sini tidak dapat dikunjungi ramai kerana air sungai berkeladak dan diselaputi lumpur.


“Kalau dulu, ramai yang datang ke sini untuk mandi-mandi dan bersantai bersama keluarga tetapi sekarang tidak lagi. Warna kemerah-merahan itu akan lekat pada baju dan susah untuk dibersihkan.


“Tak mustahil ada yang terkena sakit kulit sebab air sangat kotor,” katanya.


Mohd Jais berkata, keadaan air yang keruh juga menyekat pemandangan dalam air sekali gus menjejaskan aktiviti mencari ikan seperti menahan jaring, menjala, menyelam dan memancing.

“Pelombong kaut untung beribu ringgit tetapi yang jadi mangsa adalah penduduk kampung sebab mereka tak dapat cari rezeki,” katanya.


Menurutnya, perkara ini bukannya tidak dimaklumkan kepada pimpinan atasan dan mereka juga bertindak bersemuka dengan pelombong untuk membincangkan penyelesaian.


Bagaimanapun katanya, keadaan sama tetap berulang hampir setiap bulan.


“Kasihanlah dengan nasib penduduk di sini. Saya merayu sangat kepada pihak berkaitan supaya tinjau aktiviti lombong itu secara berkala dari anak Sungai Kete hingga ke Sungai Lipis di Batu Mali mini agar masalah ini tidak berlarutan,” katanya.

10 comments:

  1. pehh sungai kelantan dan sungai di penang sangat bersih.. kahkahkah..

    ReplyDelete
  2. Minta admint pi ambil gambar sungai pinang kt pulau pinang airnya cukup jernih sahinggakan limguan eng mandi manda di situ

    ReplyDelete
  3. Masalahnya ada ka air sungai yg keroh ini pernah disiarkan oleh TV TIGA SUKU?????Kalau kat Kelantan dan Penang dah kena dah 7 hari tujuh mlm keluar kat TV.Baguuusss nya KERAjaan BN!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kat dalam haramkah pun takdak puji kerajaan.. bagusnya puak PR!!!.. biaqla pi la hangpa kan tak tgk tv tiga.. apa mau kecoh2.. kahkahkah..

      Delete
  4. sungai adalah satu anugerah yang diberikan ALLAH pada kita... tak payah nak gadoh2 , boleh diatasi jika kerajaan mahu... banyak teknologi yang boleh diguna pakai... salah satunya .teknologi "River Filter "....

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi mentaliti rakyat Malaysia tahap sekarangni.. guna teknologi apa pun macamtulah.. satu perkataan PENGOTOR..

      Delete
  5. Air sungai keruh maseh boleh diproses menjadi bersih dan selamat digunakan bagaimana pula air pili yg tak terawat keruh di negri negri pakatan selangor dan klantan contohnya sebab minum dan mengunakan air tersebut hati puak puak pembangkang menjadi kaudu agaknya menang perancangan jahat pemimpin mereka yg gila kuasa..

    ReplyDelete
  6. Tengok Sg Golok nu bersih gile...yg punca air utma sebelah Thailand.berbandig dgn sg kat Malaysia ibarat gng dgn langit....ape tidaknya dlm bab ni mrka betul2 jaga alm skitr no politik,istanan etc..aktiviti penerokaan tanah n pembalakan sgt ketat....ape tidaknya tengok lah di CIQ sempadan R.Pnjg n B.Kayu Hitam lori balak Mlysia penuh berderet msuk hntar balak n papan ke Thailnd..gondol le hutg kita sbb tu sg berkeladak...yg untg tauke2 balak n sawmill cina bersama penerima rasuah gadi negara...yg merana rkyt....htg ngara mrka jaga...xpercya bwa le org 'forrest' kesana bljar dgn mrka..ckp je lebih. ..bukit bukau gng gnang hbs di ratah yg berkuasa

    ReplyDelete
  7. Hanya org2 yg tinggal di tepi sungai & menggunakan air sungai saja yg tau betapa kecewa dgn kualiti air sungai yg semakin keroh. Tak payah lah kamu nak bandingkan sungai ikut negeri2 parti politik sama ada BN atau PR...2x5=5x2 je.

    ReplyDelete
  8. pasal air sungai dalam msia nih korg leh ty pemancing, pemancing lebih arif tentang air sungai..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...