Tuesday, 18 June 2013

PANAS MENDIDIH!!!!.. KETUA MENTERI MELAKA YANG BARU MENGAMUK KERANA MEREKA YANG DIANUGERAH DARJAH KEBESARAN DATUK DAN JAKSA PENDAMAI (JP) ENGGAN BANTU UMNO/BN SEMASA PRU 13 YANG LALU!!!!!


Pergh!!!! rupa-rupa penganugerahan darjah kebesaran yang mebawala gelaran "Datuk" dan Jaksa Pendamai (JP) di Melaka, bukannya kerana sumbangan kepada negeri mau pun berjasa besar kepada rakyat, tetapi sebaliknya sebagai umpan dan upah atau imbuhan untuk mereka menyumbang kepada kemenangan UMNO/BN dalam PRU 13 yang lalu.

Itulah yang dapat Omak Kau tafsirkan dari keratan akhbar Berita Harian yang meluahkan rasa geram dan marah Ketua Menteri Melaka Yang Baru yang terkenal dengan idea nak patenkan Masak Asam Pedas, Datuk Wira Idris Harun apabila dalam satu majlis Jamuan Rakyat BN di Stadium Jasin mengatakan " SEBELUM PILIHAN RAYA, MEREKA DENGAN TEGAS AKAN PASTIKAN KEMENANGAN BN, TETAPI APABILA TIBA WANKTUNYA (MENGUNDI), MEREKA HILANG ENTAH KEMANA. DIMANA JANJI MEREKA YANG KONONNYA MAHU MEMBERI SOKONGAN KEPADA BN?"

"MEREKA NAK JP( TAULIAH JAKSA PENDAMAI ) KITA BERI, NAK DATUK (DARJAH KEBESARAN NEGERI) KITA BERI, TETAPI BILA KITA MAHU PERTOLONGAN, MEREKA MENGHILANGKAN DIRI. TERGAMAK MEREKA BUAT KITA MACAM ITU YANG SELAMA INI BANYAK MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA MEREKA"


Laaaa....bukankah pemberian darjah kebesaran negeri kerana sumbangan besar kepada negeri dan jasanya kepada rakyat.

Ertinya kerajaan negeri Melaka memberikan darjah kebesaran Datuk dan JP adalah dengan nawaitu semata-mata mau mereka menyumbang kepada kemenangan BN setiap kali PRU lah kan?????

Jadi benarlah persepsi rakyat selama ini berkenaan dengan seorang guru pesara yang menangis meraung semasa mendengar lagu "Anak Kecil main Api" di Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu di PWTC, diberikan anugerah Datuk sebab jasanya menangis di PWTC.. kalau dikutkan jasa.. Apalah sangat jasanya pun.

16 comments:

  1. alah si nizar yang takdak jasa pun dapat datuk seri.. apa nak hairan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana hang tau dia tak da jasa? Hang dah check ka? Nak kena jdi MB ka br nak tabur jasa?

      Delete
    2. kalau dikutkan jasa.. Apalah sangat jasanya pun.ayat omakkau

      jawapan:
      Mana hang tau dia tak da jasa? Hang dah check ka? Nak kena jdi MB ka br nak tabur jasa?

      selesai isu ni.. omakkau keluar isu pencacai PR jawabkan..

      Delete
    3. Shahrukh Khan pun umno bagi dato' , apa nak hairan kan. Tapi S. Shamsuddin sampai meninggal tak dapat dato'.

      Kera di hutan disusui.....

      Kenyataan KM Melaka nampak sangat budaya mengungkit kat UMNO. Bagi sesuatu tidak ikhlas mengharapkan balasan.

      Delete
    4. Agaknya nnti sapa yg kentut plg kuat ms prhimpunn umno pun boleh dpt dato sbb perwakilan dpt mnfaat bau tahi.

      Delete
  2. Melayu Oh melayu Lihat video ini wanita melayu ni kepada mudah ditupu sehingga tergadai maruah.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ditujukan khas pada para pengomen pro UMNO totok..Baca balik berulang kali ayat luahan cetusan hati KM Melaka Asam Pedas ini kalau tidak faham...jangan pamirkan sangat kebebalan anda..

    "MEREKA NAK JP( TAULIAH JAKSA PENDAMAI ) KITA BERI, NAK DATUK (DARJAH KEBESARAN NEGERI) KITA BERI, TETAPI BILA KITA MAHU PERTOLONGAN, MEREKA MENGHILANGKAN DIRI. TERGAMAK MEREKA BUAT KITA MACAM ITU YANG SELAMA INI BANYAK MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA MEREKA"

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi apa masalahnya.. kerajaan negeri melaka beri anugerah sebab nak harapkan pertolongan Datuk2 da JP2 ini.. pertolongan apa? sokongan apa? yang diperlukan oleh KM Melaka dari mereka ini? sudah tentu pertolongan dan sokongan itu ialah kempen untuk memancing pengundi.. dan untuk memancing pengundi sudah tentu dengan JASA kepada rakyat ataupun yang korang anggap rasuah tu..

      dan omakkau berani jawab kat sini tapi kes kedai lampu kat larkin diam aja.. kahkahkah..

      Delete
    2. Konsep you salah anon 12.21

      Bagi darjah kebesaran sebab berjasa kepada NEGERI BUKAN kepada UMNO! Harap faham ye perbesaan kerajaan memerintah dengan parti politik.

      So mereka membuat keputusan yang betul untuk tidak membantu UMNO masa pilihanraya dulu.

      Kerana UMNO menganggap harta negara dan harta negeri lah kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh KM Melaka!

      Delete
    3. Harap faham ye perbesaan kerajaan memerintah dengan parti politik..

      kahkahkah.. bila kuasa atau kemajuan kena bezakan kerajaan memerintah dengan parti politik.. tak perlu berterimakasih dsbnya..

      tapi bila keburukan atau musibah terus salahkan UMNO..

      Delete
    4. Sebab UMNO yang membawa keburukan dalam kerajaan. Penyelewengan, salah guna kuasa dsb. Bukan kakitangan awam/kerajaan. Harap faham. Semua kakitangan awam dah sedia maklum kerenah yang dibawah oleh orang UMNO. Nak projek pressure sana pressure sini. Tak ikut kata puak UMNO, maka kakitangan terbabit akan 24jam kena tukar, kenaikan pangkat dinafikan.

      Sanggup gadaikan negara dengan memberi IC kepada pendatang filipina dan indonesia semata2 nak kekal berkuasa. Sapa yang buat kalau bukan UMNO. Kakitangan awam yang tolong disumbat ke dalam penjara kena ISA.

      Khir Toyo contoh yang nyata penyelewengan. Itu hanya tip of the iceberg.

      Tengok laporan audit negara. Semua negeri PR merupakan negeri yang terbaik dari segi ketelusan dan corporate governance nya. Ini fakta. Kenapa begitu ?Sebabnya mudah... UMNO tidak memerintah negeri tersebut.

      Delete
    5. tetapi tak boleh dinafikan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia dan kemewahan yang rakyat Malaysia kecapi selama ini adalah hasil susah payah usaha kerajaan BN dan UMNO..Alhamdulillah..

      Delete
  5. yang kat perak tu Nizar baru dua bulan dua hari menang PRU leh dapat Datuk Seri camana ek? jasa pada rakyat ka parti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesetengah gelaran diberi atas pangkat. Ini adalah amalan yang dimulakan oleh UMNO dulu. Jadi menteri besar atau ketua menteri akan diberi Dato Seri/Dato'.

      Delete
    2. kahkahkah.. aku dah dapat jangka jawapan ini.. nanti kalau ditakdirkan Allah PR memerintah (moga dijauhkan Allah) kalau depa buat sesuatu dan dipertikaikan jawapan ialah kami hanya mengikut apa yang UMNO buat dulu.. tapi sebelum tu kita kembali ke masa silam perkara tu yang mereka guna untuk serang kerajaan BN.. malah kadangkala lebih teruk apa yang mereka buat.. UMNO bagi Dato saja depa terus Dato Seri..ini contoh le..

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...