Tuesday, 18 June 2013

KERETA MANGSA RUNTUHAN PENABAT KILAT MENARA UMNO PULAU PINANG UMPAMA DILANGGAR 7 BUAH BAS PENUH MUATAN PADA KELAJUAN 130KM/J DALAM SATU MASA!!!!!!



Kereta Lim Seperti Dilanggar Tujuh Bas Penuh Muatan Pada 130km/j

Apakah jenis kuasa yang menyebabkan sebuah jalan pecah dan mengakibatkan sebuah kereta terbenam sehingga enam meter ke bawah tanah?

Menurut seorang pakar kejuruteraan, tenaga yang menghempap kereta Honda City yang dipandu oleh Lim Chin Aik adalah bersamaan dengan tenaga tujuh bas yang bergerak pada kelajuan 130 kilometer sejam (130km/j) dan melanggarnya secara serentak.

Kapasiti penuh bagi setiap bas henti-henti adalah 60 penumpang dan pemandu.

Arkitek berusia 35 tahun yang berpangkalan di Singapura, Clifford Tan membuat pengiraan mengenai daya impak ke atas kereta yang dipandu oleh penjual nasi, Lim apabila penebat kilat sepanjang 38 meter dan sebahagian daripada “dinding sayap” yang memegangnya jatuh dari bumbung Menara Umno setinggi 21 tingkat di Jalan Macalister.

Tan berkata, serpihan itu “akan memusnahkan apa yang dikenakannya”.

Serpihan yang melambung jatuh ke bawah itu akan menghasilkan halaju yang tinggi apabila menjunam, katanya dalam satu temu bual menerusi panggilan telefon dari Singapura.

Beliau berkata, ia akan menjadi sukar untuk mengeluarkan apa-apa yang telah dihancurkan atau dihempap dengan tenaga kuasa daripada serpihan yang jatuh itu.

Nasib pemandu masih tidak diketahui tetapi dia dikhuatiri terbunuh.

Tan, yang menyiarkan penemuan beliau pada akaun Facebook peribadinya, merujuk kepada ribut yang dahsyat, yang menyebabkan penebat kilat dan penyokongnya yang merupakan dinding sayap konkrit terjatuh.

Runtuhan serpihan itu turut menyebabkan seorang pembantu pemandu lori dari India maut.

Tan menganggarkan bahawa jisim konkrit yang runtuh itu sahaja hampir 100 tan metrik.

Dengan rangka keluli, struktur antena keluli, aluminium pelapisan dan komponen sampingan yang lain, jumlah jisim struktur yang jatuh itu mungkin seberat 110-120 tan metrik, katanya.

Bagi daya impak, beliau menganggarkan, kira-kira 1143333 N (newton) atau 1,143 kN.

Meletakkannya sebagai satu perspektif: jika anda meletakkan sau botol air seliter di tangan anda, yang mengenakan daya ke bawah kira-kira 10N (9.8N) di tangan anda.

Daya impak serpihan itu adalah 114,333 kali daripada itu.

Selain itu, beliau berkata, ia adalah bersamaan dengan tujuh bas RapidPenang yang penuh muatan yang memberi kesan kepada seorang individu pada kelajuan 133 kilometer sejam (133km/j).

Sebuah tapak lantai konkrit biasa bagi sebuah bangunan pejabat direka untuk membawa beban sebanyak 1.5 hingga 2.0kN/ meter persegi, manakala kawasan beban berat seperti dok muatan biasanya lima kN bagi meter persegi.

Tambahan berat beban papak lantai, sebagai contoh gudang dan kilang-kilang, biasanya diberi nilai antara 10-20kN/bagi meter persegi.

“Saya menganggarkan bahawa dinding sayap jatuh dari anggaran ketinggian 70 meter dan akan menyebabkan apa-apa yang dikenakannya akan musnah,” kata Tan.

Tan menegaskan bahawa beliau tidak membuat spekulasi mengenai runtuhan itu tetapi hanya menawarkan pemerhatian berdasarkan pengetahuan mengapa kereta itu hancur sehingga menjadi kepingan.

3 comments:

  1. mmg ada sesuatu yg pelik terhadap kejadian ini, kenapa ia terbenam jauh ke dalam 'tanah' dn mangsa..

    ReplyDelete
  2. dan lagi pelik sikap beriya2 si Ah Beng tu..

    ReplyDelete
  3. Aiseyy. tak sempat aku nak tarbiyah cina apek tu.


    -Aji Adi-

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...