(A) Hanafiah dan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (Pas) Dun Chukai membersihkan bumbung rumah
Zainab yang dipenuhi daun kering dan ranting kayu sebelum menggantikan zink lama dengan yang baharu.
(B) Zainab dan anaknya, Mohd Awi bersyukur kerana rumah mereka dibaiki Pusat Khidmat Masyakat (Pas) Dun Chukai secara gotong-royong.(C) Gara-gara akar pokok menjalar, ada antara papan dinding tercabut
menyebabkan daun kering masuk dan memenuhi ruang dalam bilik tidur.
CHUKAI – “Tok wan hanya tidur di birai tilam sebab separuh daripada
tilam dan katil dibelit akar pokok,” kata warga emas, Zainab Ismail, 80,
yang melalui rutin hidup sukar gara-gara rumah usang didiaminya
ditembusi akar pokok jejawi.
Akar pokok itu menembusi dinding dan bumbung rumah bukan sahaja
menjalar serta membelit perabot dalam bilik tidur, malah turut menjalar
ke ruang tamu dan dapur selain menyebabkan atap zink bocor teruk.
Kebiasaannya, anak kelima Zainab, Mohd Awi Jusoh, 54, yang akan
memotong akar pokok terbabit setiap kali ia menjalar masuk ke dalam
rumah, tetapi sejak sakit awal tahun lalu, dia tidak lagi berdaya untuk
berbuat demikian.
Mohd Awi mengalami bengkak lutut yang serius berikutan penyakit gout kronik.
Zainab yang mesra membahasakan dirinya sebagai tok wan berkata,
kadangkala dia juga terpaksa tidur dalam keadaan baju basah kuyup ketika
hujan lebat memandangkan hampir keseluruhan atap rumahnya bocor.
“Semasa hujan lebat, tok wan tak boleh tidur dalam bilik sebab dalam
bilik lagi teruk bocor (atap), tok wan akan lari dan tidur di bucu
(penjuru) ruang tamu rumah.
“Kalau tok wan kuat lagi, tok wan kerat semua akar pokok tu dan baiki
sendiri atap, tapi tok wan dah tak terdaya. Nak harapkan anak, dia
sekarang pun tengah sakit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di
Kampung Habib Mohsin (dulu dikenali sebagai Kampung Pawagam) di Kuala
Kemaman, di sini, semalam.
Luah nenek tujuh anak ini, meskipun mereka dua beranak seolah-olah
tinggal dalam hutan dengan keadaan rumah dipenuhi akar pokok dan daun
kering, tetapi dia tetap bersyukur kerana masih mempunyai tempat
berteduh.
“Sebenarnya tok wan risau juga takut-takut ada serangga atau haiwan
berbisa masuk ke dalam rumah, sebab tu setiap kali solat, tok wan akan
berdoa agar kami dua beranak dilindungi ALLAH SWT sepanjang masa,”
katanya.
Enam lagi anak Zainab sejak berkahwin tinggal berasingan dan turut
hidup susah, namun mereka tetap membantu dengan memberikan lauk serta
wang belanja kepada ibu mereka sekadar termampu.
Rumah tiada tandas
Lebih malang, rumah yang dihuni dua beranak itu sejak 40 tahun lalu juga tidak mempunyai tandas.
“Waktu muda dahulu walaupun rumah tiada tandas, tok wan masih gagah
berjalan dan boleh menumpang tandas rumah jiran atau ‘melepaskan hajat’
di tepi pantai, tapi sekarang nak berjalan jauh tok wan dah tak larat,”
katanya yang menerima bantuan bulanan sebanyak RM200 daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dalam kepayahan itu, Zainab bersyukur kerana beberapa tahun lalu, ada
penduduk yang bersimpati memberikannya tandas dan diletakkan di hadapan
rumahnya.
Namun kini, tandas itu bila-bila masa boleh runtuh, justeru mereka amat memerlukan tandas baharu.
Adun Chukai baiki rumah
Keperitan hidup Zainab mendapat perhatian Adun Chukai, Hanafiah Mat
yang segera bertindak membaiki rumah usang dua beranak itu secara
gotong-royong bersama 30 kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (Pas) Dun
Chukai.
“Kita belanjakan RM3,000 hasil sumbangan orang ramai untuk membaiki
rumah ini. Selain kita tukar atap dan dinding, papan lantai juga ditukar
kerana sebahagiannya sudah reput.
“Kita turut bina tandas baharu untuk keluarga ini,” katanya yang
memulakan gotong-royong sejak Sabtu minggu lalu iaitu sehari selepas
menerima laporan mengenai Zainab.
KERAJAAN UMNO/BN NEGERI TERENGGANU SIBUK TAJA MAMAT YANG BERNAZAR JALAN KAKI DARI KUALA BESUT SAMPAI PUTRAJAYA... SIBUK BELA HAIWAN DI ZOO.. SIBUK BUAT PERTANDINGAN MONSOON CUP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
Baru tolong sikit, gebangnya lebih.
ReplyDeletenak harapkan kerajaan BN tolong banyak,x bergebang2.
DeleteMana ada bn nak tolong orang miskin bro...malah seperti kata deris jusoh kenapa tak kerja? Kenapa asyik nak mintak bantuan? Berusahalah jangan harap bn je. Hehe. Sampai salah seorng drp orang miskin tu baling kat deris ngan kasut....padan muka ko deris.
DeleteDah smpai mcm ni ada ke cai umno nak ambk tau..projet bodoh jalan kaki najib pun dah pakai lebih dr setengah juta..cai umno yg bersubahat dgn mat mongol dgn anak kutty jawab la akhirat nanti..itu pun kalau cai umno rasa diorang ada Tuhan..
ReplyDeleteCai omono mana ada yg islam bro semua kafir laknatullah.
Deletemana kau tahu islam atau kafir seseorang?
Delete